Wednesday, May 28, 2008

Terlepas lagi tanah kita (Pulau Batu Putih) ke tangan Yahudi


Oleh Ali Bukhari Amir

Saya kebetulan mengikuti secara langsung Kongres Perpaduan Melayu anjuran Gapena di Johor tanggal 2 - 4 Mei lalu. Ada dua kali saya bersolat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar yang mengadap pantai dan boleh terlihat Singapura di seberang sana.

Dua kali juga saya sempat mengecap pengalaman baru bersolat di masjid itu. Pada mulanya, saya anggap ia adalah amalan yang cuma dilakukan pada hari itu sahaja. 2 Mei adalah hari Jumaat, tapi pada 9 Mei tetap doa dan amalannya sama lebih kurang.

Jika ada orang Johor yang membaca tulisan ini harap dapat menegur kesilapan saya ini. Pertama, saya terasa ganjil kerana seolah-olah ada bacaan 'qunut' pada rakaat kedua? Mungkin bukan 'qunut', tapi jika bukan, ia doa apa?
Kemudian, selesai solat, ada suatu doa panjang yang khas kepada kerabat diraja Johor dan saya tidak mengaminkan doa itu dan tidak pula menadah tangan, melainkan tiba pada doa yang meminta agar Pulau Batu Putih kembali kepada negeri Johor. Saya aminkan dengan bersungguh-sungguh.

Walaupun saya bukan anak Johor, tapi itulah Tanah Melayu, tanah terlempar di tengah lautan yang sepatutnya diwariskan kepada orang-orang soleh untuk diperintah ke atasnya.

(Ada ayat al-Qur'an yang menunjukkan bahawa bumi ini diwariskan kepada orang-orang yang soleh. - rujuk sendiri surah apa dan ayat apa, saya tak ingat)

Persoalannya, adakah rakyat Johor atau penghuni, penduduk dan pengundi di Malaysia @ Tanah Melayu ini sudah tidak lagi soleh, lalu Tuhan menyerahkan pulau itu kepada Yahudi atau proksi Yahudi? Biarlah orang-orang menjawabnya.

(Saya tidak melihat Singapura sebagai milik Cina. Ia tiada kaitan dengan Hong Kong, Republik China. Ia asalnya milik Malaya dan diserah kepada Yahudi.)

Mengenangkan hal ini saya teringatkan Alfonso De Albuquerque seorang Yahudi yang menjajah Melaka. Alkisahnya, Portugis beli tanah Melaka dengan seluas sebidang kulit lembu. Demikian liciknya mereka menyusun bicara.

Tanah itu mungkin sedikit, tetapi 'kekuasaan' dan 'kedaulatan' ke atasnya itulah yang Yahudi mahukan.

Bandingkan pula dengan tindakan Tokku Paloh yang bergabung dengan Sultan Terengganu bagi menghalang British mengambil tanah di Terengganu itu.

Kata Tokku Paloh, "Kalau tuan-tuan mahu ambil tanah, ambillah berapa banyak pasir yang ada di sini. Kalau nak campur urusan politik, tidak sesekali kami benarkan."

British dalam keadaan marah terus pulang, tapi punggung mereka terlekat di kerusi. Tokku Paloh sekali lagi menyindir: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu diambil juga?"

Ada suatu riwayat lain menyebutkan bahawa British mengajal Tokku Paloh berunding di atas kapal bertujuan memperlihatkan kekuatan angkatan laut mereka. Ini tidak lain bertujuan menakut-nakutkan beliau.

Ketika Tokku Paloh menyengetkan serbannya, seluruh kapal laut tersenget sama. Dan ada banyak lagi karamah yang menyebabkan British tak mampu menjajah Terengganu selagi mana ulamak bertaraf wali ini masih hidup!

Sekali imbas, bolehlah dikatakan bahawa di negeri Johor sudah pupus wali-wali dan orang-orang soleh. Doa yang dibaca pada setiap Jumaat yang selalu dikatakan orang sebagai doa termakbul pun tidak dikabulkan Tuhan.

Bangsa Portugis dan British; penjajah negara ini sememangnya mempunyai raja yang telah dikuasai oleh 'secret societies' yang dinamakan Freemason. Masyarakat rahsia ini dikatakan telah menjadi tulang belakang kepada raja-raja di Eropah.

Namun, berkat sentuhan wali-wali, ulamak dan doa orang soleh yang ampuh ini, semua itu dapat dipertahankan dan penjajah itu gagal menawan kita.

Perangai Yahudi di mana-mana pun lebih kurang sama. Di Melaka, mereka mengambil tanah seluas sebidang kulit lembu. Kini mereka ambil pula Pulau Batu Putih.

Entah esok lusa, jangan-jangan, mereka mula angkut pasir dan tanah dan menambak dari negara mereka sehingga ke pulau seluas sebidang padang bola sepak itu. Siapa tahu? Yahudilah katakan ... akal mereka panjang.

Tanah ada daging kita. Air adalah darah kita. Sebab itulah disebutkan orang tanahair, melengkapkan pengertian kepada tubuh manusia yang lengkap dan sempurna dengan daging dan darah.

Dan, Yahudi tak pernah mengira hal daging dan darah manusia ini. Dia akan terus mengasak kita untuk mendapatkan apa-apa sahaja yang diingininya, waima terpaksa membunuh secara bersih melalui jalan undang-undang!

Suatu contoh lain yang memudahkan kita memahaminya ialah melalui novel dan filem The Merchant of Venice (juga dikenali sebagai The Jew of Venice).

Seorang Yahudi yang kaya bernama Shylock dalam karya Shakespeare telah didatangi oleh seorang saudagar; Antonio dari Itali untuk meminjam sedikit wang. Dalam perjanjian itu, jika hutang tak terlunas, maka satu paun daging pada tubuh Antonio akan diceraikan daripada tubuh badan Antonio.

Diringkaskan cerita, percubaan Shylock tak berjaya. Tapi, apa yang menarik di sini ialah kisah bagaimana percubaan si Yahudi Shylock menikam Antonio bertujuan mengerat satu paun daging Antonia dalam MAHKAMAH disaksikan oleh ramai manusia.

(Saya melihat percubaan Yahudi Singapura 'mengerat' tanah seluas padang bola sepak dan percubaan 'mengerat' tanah seluas sebidang kulit lembu itu adalah seumpama kes si Yahudi Shylock mengerat sepaun daging Antonio!)

Ingatlah, Portugis di Melaka menggunakan laluan jalan bersih iaitu istana. Titah raja adalah undang-undang. Dalam kes Yahudi Shylock, hal memotong daging Antonio dibuat di mahkamah (secara bersih) seperti yang dilakukan proksi Yahudi Singapura di dalam Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Hanya mutu mengenal manikam. Yang anti Yahudi saja yang mengenal dan tahu mengenai cara dan selok-belok berfikir secara Yahudi.

Bukankah ini suatu bentuk rampasan tanah, daging milik manusia bernyawa yang cuba dilakukan oleh Yahudi secara bersih, melalui perundangan? Lihat, betapa keringnya hati Yahudi dan tidak berperikemanusiaannya mereka ini.

Kelemahan diri

Akhir kata, kita perlu melihat kepada kelemahan diri sendiri. Janganlah kita melihat serangan luar sahaja tanpa melihat kelemahan dalaman.

Contohnya begini, ketika Masjid Sultan Abu Bakar sedang membacakan doa supaya Pulau Batu Putih itu dikembalikan kepada kita, adakah setiap masjid di Tanah Melayu ini turut berdoa saban Jumaat?

Hanya penduduk dan tanah di bumi Johor sahaja yang berdoa. Singapura itu adalah sebuah negara dan Johor adalah sebuah negeri. Logikkah sesebuah negeri berperang dengan sebuah negara?

Jangan kita lihat saiz Johor dan Singapura. Lihatlah taraf dan makam Johor (negeri) dan Singapura (negara) itu. Ini perlawanan antara Johor - Singapura atau Malaysia - Singapura?

(Saya bangkitkan persoalan ini dengan merujuk kekuatan doa dan rohani. Ini kerana kita cuma bermodalkan senjata undang-undang sahaja dan kurang bekalan rohani.)

Saya tulis begini dengan merujuk kekuatan doa, sebab doa, tawakkal Tokku Paloh, hulubalang, pendekar dan alim-ulamak bertaraf wali-wali itulah yang telah mempertahankan setiap inci wilayah maruah kehormatan kita selama ini, sehinggalah kita sendiri yang menyerahkannya.

Sekolah Pemikiran Geylang Serai
Singapura, 9:17 malam, 9 Mei 2008.


Semakan kedua:-
Sekolah Pemikiran Jalan Abdul Rahman Andak
Johor Bahru, 7:10 petang, 10 Mei 2008.


Semakan ketiga:-
Sekolah Pemikiran Pusat Perhentian Kajang
4:24 pagi, 26 Mei 2008.


http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=2059


No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...