Tuesday, April 13, 2010

285- Jangan Dilupai

Salam keabadian buat semua sang perindu pertemuan dgn Rabb nya.

Flashback~~

04/04/10
Alhamdulillah, ini paper last utk final exam sem ini. Sy terpaksa balik ke kampung lewat sedikit krn perlu menguruskan borang zakat.

"Xpe, uruskan dahulu borang zakat tu, ayah dh boleh kluar hospital hari ini" teks mesej drpd kakak.

2 pagi, saya tiba di rumah, melihat ayah sudah berada di rumah. lantas, saya ambil tangannya yang tidak bergerak, lantaran sudah ebulan ayah koma akibat stroke. saya cium tangan ayah, saya cium dahi ayah. saya memberitahunya bahawa saya sudah pulang. Walaupun mata ayah tertutup rapat, namun gerak nafasnya eolah2 ayah mengerti apa yg saya bicarakan.

"Teruskan berbual2 dengannya, kerana walaupun dia koma. Dia mendengar sebenarnya." pesan seorang doktor.

Semenjak itu, kami tidak pernah tinggalkan ayah. Kami bergilir2 menjaga ayah di hospital. Ayat suci alQuran sentiasa kami bacakan utk ayah. Emak sentiasa bercakap2 dgn ayah, mengingatkan ayah supaya sentiasa ingat Allah.

"Allah...Allah...Allah...walaupun ayah x boleh sebut, cukuplah ayah sentiasa ingat Allah setiap kali ayah menyedut nafas.." bicara emak dan kakak.

08/04/10
Seawal 6 pagi, saya dikejutkan oleh kakak. Masa utk bagi ayah minum susu. Kakak merasakan tangan ayah sangat sejuk, lantas dia memanggil saya. Saya merasai kaki ayah juga sejuk, tetapi bahagian lain panas, seperti betis, paha, badan dan kepala. Saya agak ayah demam. Sambil saya memberi susu pada ayah, kakak membacakan yaasin utk ayah. Mata ayah terbuka, sayu memandang kami adik beradik. Selepas menghabiskan yaasin, kakak mengundur diri, utk ke sekolah. Emak datang, dan membuka surah yaasin. Saya minta emak duduk di tepi ayah, di mana tempat saya duduk, krn saya mahu menunaikan solat subuh. Emak duduk di tepi ayah dan mengajar ayah mengucap. Pagi itu, ayah nampak lebih baik drp semalam. Nafasnya tenang setenang nafas orang2 yg sihat. Cuma, nadinya sedikit lemah.

Usai solat subuh dan berzikir, emak memanggil saya. Saya terus mendapatkan ayah dan saya nampak, ayah sudah tidak bernafas. Saya terus memeriksa nadi ayah. Tiada. Innalillah...

"Mak, ayah dah xde.."

Emak meniti air mata, sambil mencium2 dahi ayah. aya terus menelefon ahli keluarga yg lain.

7.10 pagi, ayah telah menunaikan janjinya, bertemu dgn Yang Maha Esa.

12.30 petang, jenazah ayah dimandikan. Wajah ayah senyum. Dari masa ayah menghembuskan nafas terakhir, hinggalah jasad ayah dimandikan, saya dan beberapa anak buah, tidak seaat pun meninggalkan jenazah ayah. Kami ulang bacaan yaasin, semoga rohnya dirahmati.

Jirusan terakhir utk ayah, kami adik beradik dibenarkan memandikan ayah. Wajah ayah masih senyum. Alhamdulillah, tidak susah memandikan ayah, kerana semuanya sudah bersih. Kuku, hidung, kulit ayah, semua bersih krn sebulan ayah koma, hampir setiap hari kami mandikan ayah. Sedikit luka pun tiada di badan ayah.

Adik beradik lelaki mengkafankan ayah. Dan sebelum wajah ayah dilitup, kami adik beradik mencium dahi ayah. Alangkah bahagianya saat itu, menyaksikan wajah ayah yg makin berseri, senyum ayah makin melebar..

Ayah pergi dulu, nantikan kami di sana, krn kami juga akan menjejaki ayah

~Anjeruby~

7 comments:

TBD said...

salam takziah.. ikhlasnya hatimu.. moga terus diberi Allah ketenangan dan kemudahan dalam hidup ini..insyaAllah..

Shahibul Afzan Wahab said...

Sayunya membaca cerita anje...semoga arwah tenang di alam barzakh...kita akan bertemu beliau semula di sana, moga2 di syurga juga.amiinn...

jarrhajrun said...

DIA Tahu bahawa kamu semua kuat utk menghadapi ujian ini

wearelearningparents said...

amin amin

Asiyah said...

Ruby, takziah! Kuatkan semangat dah teguhkan kesabaranmu ya..smoga ruh ayah Ruby ditempatkanNya di kalangan para solihin..ameen..

Ustazah Amirah Muda said...

maaf terlambat ucap..menitis air mata akak dengan cerita ini..Kak emi pun dah melaluinya..semoga nnt kita dpt berkumpul bersama dirinya kembali..Kita jg akan kembali..

..::بشرى::.. said...

akk memang tabah..:(:(

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...