Wednesday, August 29, 2007
Tuesday, August 28, 2007
Anak soleh solehah impian Baitul Muslim
R- Rileks
E-Enjoy
M-Main-main
A-Angan-angan
J-Jaguh
A-Angkuh
Benarkan? Justeru ubat untuk remaja juga dengan remaja juga dengan maksud tersirat yang lain. Masalah remaja boleh diubati dengan pengertian berikut :
R-Religion
E-Education
M-Motivation
A-Advice
J-Journey
A-Adventure.
Justeru, semua ibu ayah marilah kita mendidik anak-anak kita dengan didikan yang terbaik dengan cakupan ilmu agama, kemahiran hidup dan keupayaan berfikir dengan kritis dan kreatif agar mereka mampu menjadi buah hati pengarang antung yang soleh dan solehah.
p/s: saya copy paste je ni...
Tuesday, August 21, 2007
~Nikmatnya Berjuang~
jalan perjuangan ini takkan ada penghujungnya, takkan direntangi dengan permaidani merah, takkan ditaburi dengan mawar2 mewangi. tetapi jalan ini telah direntangi dengan duri2 yang amat tajam dan nyilu. jalan yang penuh dengan halangan dan perangkap2 yang menunggu sesiapa yang berani merentasinya.
Saturday, August 18, 2007
Thursday, August 16, 2007
Kebangkitan Ummat
Ayuh... Bangun Semula
Terpaksa merana
Jiwaku gelodak meronta
Derita insan teraniaya
Yang tak berdosa
Pilu melihat
Dirimu diruntun senghsara
Sayu kau hadapi
Ujian kehidupan
Suara itu semakin hilang
Ia tak lagi kedengaran
Cahaya harapan hanya khayalan
Di manakah keadilan
Ayuh bersama kita lenyapkan
Hapuskanlah segala penderitaan
Kembalikanlah kemanusiaan
Demi masa hadapan
Kita melangkah seiring bersama
Hentikan kezaliman di bumi tercinta
Janji teguh kan tersemat di jiwa
Yang benar pasti berjaya
Percaya tak akan
Tertutup mata hatiku
Jiwaku meronta
Kerna kebatilan yang nyata
Kubalut luka usah berduka
Menadah tangan pada Yang Kuasa
Gapai tanganku bersama yakin
Kita kan bangkit semula...
Kenapa Mahu Beralasan Lagi...?
Seruan Lima Waktu
Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com
terdengar suara azan
tinggalkan semua urusan
ayuh-ayuh mari teman
laksanakan perintah TUHAN
namun kau katakan nanti
nanti sekejap lagi
kau sering katakan tunggu atau pergi dahulu
bergema alunan azan
puji kebesaran TUHAN
ayuh-ayuh semua insan
mari menuju kejayaan
namun katamu tiada waktu
biar saja berlalu
dibuai helah duniamu
seakan tak bersyukur
manusia terlena dalam mimpi indah
cinta dunia yang fana'
hanya sementara
manusia terlupa janji pada TUHANnya
Tuesday, August 14, 2007
~Buatmu Mujahidah~
Bagaimanakah keadaanmu di bumi Allah ini?
Pasti ia tak semanis madu
Jua tak sepahit hempedu
Namun...
Sering juga mencabar imanmu!
Duhai temanku yang dikasihi Allah...
Sebelum kau titiskan airmatamu
Ingin sekali ku berkongsi denganmu
Kalimah dan azimat suci
Buat panduan diri
Hadiah dari ibu tercinta
Demi anaknya yang kini sedang berjuang
Gapai kebahagiaan duniawi
Dan ukhrawi...!
Duhai temanku yang dirahmati Allah...
Pesan ibuku...
Janganlah dikau meratap dan mengeluh
Andai kau ditimpa sesuatu musibah
Ucaplah Masya Allah...!
Innalillahi wainna ilaihi raji'un...
dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali
kenapa harus sedih dan berputus asa
ingatlah teman!
Tidak tercapai tahap imanmu
Sebelum diuji Allah
Kerana ujian Allah itu
Tanda kasihNya pada kita
yang sering alpa mengingatiNya
yang sedang enak melakukan dosa
yang kian asyik mengumpul daki dunia
seolah kita hidup untuk selamanya...
Duhai temanku yang dicintai Allah
Azimat ibuku...
Sebelum kau keluhkan nasib malangmu
Kenangkanlah semula nikmatNya yang tak terhingga
Dimana syukur kita sewaktu kita gembira
Dimana syukur kita di masa kita bahagia
Dimana syukur kita di saat kita ketawa
Dimana syukur itu?
Alhamdulillah Ya Allah...
Alhamdulillah Ya Rabbi...
Kerana Mu aku masih nikmati rahmatMu!
Kerana nikmat mataMu ku lihat
Segarnya alamMu...
Kerana nikmat telingaMu ku dengar
Merdunya siulan beburung
Kerana nikmat hidungMu ku hidu
Wewangian madu bunga
Oh tuhan...
Tak terhitung nikmat yang Kau kurniakan untukku
Duhai temanku yang diingati Allah
Pesan ibuku lagi...
Musibah itu penghapus dosa
Jika kita bersabar dengannya
Jernihlah hati kita dari noda hitam
Jika kita tenang menerimanya
Tingkatlah tahap ketaqwaan kita
Janganlah kau tolak satu dugaanNya dengan keputus-asaanmu
Setelah sepuluh nikmatNya kau terima tanpa berterima kasih!
Ingatlah sahabatku!
Kerana sayangku padamu
Ku nukilkan ikhlas buatmu
Demi kasihku padamu
Ku tak redha melihatmu mengalirkan airmata kekesalan atas apa yang menimpamu
Atas keikhlasanku padamu
Ku tak sanggup menyaksikan hidupmu di dalam kemurkaanNya yang Maha dahsyat
Dan...
Kerana nama saudara Islamku
Ku ingin melihatmu menjadi muslimah solehah yang budiman!
Kerana itulah harta yang amat berharga disisiNya
Insya Allah...!
Hasbiallaha wani'mal wakil......
Petua Imam Syafie
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Warkah Buat Mak Tercinta
Ke Arah Melahirkan Zuriat Perjuangan
Pastor Homoseks nak bina gereja di Malaysia??
Satu kontroversi tercetus di kalangan masyarakat Kristian Malaysia terhadap apa yang mereka dakwa satu cubaan seorang pastor, yang mengaku dirinya homoseksual, untuk memulakan sebuah gereja di sini. Sejak beberapa minggu lalu, banyak e-mel dan pesanan ringkas (SMS) membantah rancangan itu dikirimkan kepada Reverend Ou Yang Wen Feng, seorang pastor Malaysia yang berkhidmat dengan Metropolitan Community Church (MCC) di New York, Amerika Syarikat.
Beliau kini berada di Kuala Lumpur sekitar seminggu.
Menurut laman web MCC, gereja itu adalah sebahagian daripada satu gerakan gereja Kristian antarabangsa yang cuba mendapatkan sokongan golongan homoseksual, dwiseksual dan transeksual.
Rev Ou Yang, 37 tahun, menerima bidasan keras daripada masyarakat Kristian Malaysia kerana merancang mengadakan upacara penyembahan Ahad di sebuah hotel minggu ini.
Beliau mendedahkan bahawa dirinya seorang homoseksual tahun lalu dan dikatakan adalah pastor pertama di Malaysia yang berbuat demikian.
Rev Ou Yang, yang juga penulis kolum dalam akhbar Sin Chew Daily, belajar di Amerika Syarikat selepas mendapat biasiswa akhbar itu sekitar 1990-an.
Apabila dihubungi, Rev Ou Yang berkata beliau hanya cuba membangunkan sebuah gereja 'yang mana semua orang berasa selamat dan diterima'.
Adalah tidak adil untuk memberinya label sebuah gereja homoseksual, kata beliau. Menurutnya, beberapa e-mel yang diterimanya amat menyakitkan hati. - The Star
Homoseks juga sebahagian dari budaya kita?
Rakyat Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaan negara pada hujung bulan ini. Genap 31 Ogos nanti maka Malaysiaku Gemilang mencecah usia 50 tahun. Di ambang kemerdekaan ini kita sering menyingkap kembali perjuangan para pejuang kemerdekaan kita yang telah menumpahkan darah dan air mata untuk membawa udara kemerdekaan bagi kita bernafas dan mengharungi hidup seterusnya di atas bumi bertuah ini.Rakyat dari berbagai bangsa Melayu, Cina dan India masing-masing menyumbang ke arah kemerdekaan ini sehingga sama-sama kita membina satu negara bangsa berasasakan budaya yang kita terima dan warisi turun-temurun.Budaya Timur yang kita junjung, selaras dan selari dengan agama dan kepercayaan anutan kita masing-masing. Malah kita mampu hidup dengan aman dan damai kerana walaupun kita berbeza agama dan kepercayaan namun adat ketimuran mengikat kita seakan satu rumpun rakyat yang hormat-menghoramti dan saling percaya-mempercayai.Kita mengajar dan membentuk anak-anak kita untuk mengejar kemajuan dalam ruang lingkup kerangka budaya kita. Mereka terdedah dan mencungkil serta menimba ilmu dan maklumat dari luar namun mereka diingatkan untuk tidak menyerap masuk budaya kuning yang bercanggah dan bertentangan dengan budaya kita. Melayu, Cina dan India, kita semua mahukan anak-anak kita berjaya dan cemerlang sebagai rakyat Malaysia yang baik, berakhlak dan tinggi moralnya.Lalu saya terkejut apabila membaca berita berikut dalam akhbar The Star hari ini:Berita tersebut melaporkan berkenaan seorang warga Malaysia keturunan Cina yang kini adalah seorang paderi bertugas di Metropolitan Community Church (MCC) di New York. Masalahnya Reverand Ou Yang Wen Feng 37 tahun ini bukan seorang lelaki normal. Beliau mengakui adalah seorang gay yang mengamalkan seks sejenis.Lebih parah lagi Reverand Ou dalam kunjungannya ke sini membawa sekali kekasihnya seorang lelaki kulit putih bernama Angel Ayala yang beliau akui akan beliau kahwini sebaik sahaja bandaraya New York mengizinkan perkahwinan sejenis tidak berapa lama lagi. Ou menambah beliau nanti berhasrat untuk membuka cawanagn gereja MCC di negara kita menjelang tahun 2010. Gereja itu nanti akan terbuka kepada semua tanpa membezakan amalan seks masing-masing.Saya difahamkan amalan Ou ini ditentang oleh hampir semua gereja di Malaysia. Walaupun saya bukan penganut Krisitian saya tahu bahawa amalan homoseks ini bukan hanya ditentang oleh agama Kristian malah seluruh agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia dan ianya bercanggah sama-sekali dengan adat resam dan budaya kita turun-temurun.Dengan pengakuan Reverand Ou ini pihak berkuasa perlulah mengambil perhatian kerana kita tidak mahu rakyat Malaysia mencontohi amalan kotor beliau yang tidak dapat diterima di negara ini. Saya akui mungkin ada rakyat Malaysia yang mengamalkan seks sejenis seperti Ou ini tetapi itu mereka lakukan secara bersembunyi kerana amalan seks di luar tabiie ini dikategorikan sebagai suatu jenayah di negara kita.Cukuplah sudah dengan masalah keruntuhan moral dikalangan anak-anak remaja kita. Kita tidak perlukan seorang ahli agama seperti Ou pula untuk datang ke sini, meyalahgunakan statusnya untuk memperkenalkan amalan yang ditolak sama-sekali oleh semua rakyat Malaysia yang bermoral dan berakhlak. Yang saya hairannya kenapa akhbar ini memberikan ruangan dan layanan yang cukup istimewa kepada Ou ini, apakah mesej yang mahu ia bawa?
Sunday, August 12, 2007
rabiatul adawiyah : perindu cinta Allah....mampukah aku mencontohinya?..
Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”
“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.
Saturday, August 11, 2007
erti kasih sayang dalam islam
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal." (Q.S. Al-Hujuraat [49]:13).
AJARAN Islam tentang kasih sayang telah lama di kumandangkannya dengan sempurna dan indah. Namun, kebanyakan dari manusia tidak menyadari apa erti sesungguhnya dari kasih sayang itu sendiri, sehingga dapat terhenti dan menyimpang dari aturan-aturan yang telah di firmankan oleh Allah SWT dan sabda-sabda Rasul-Nya.
Sebagaimana syair yang mengatakan,
Makna kasih sayang tidaklah berujung, sedangkan rasa kasih sayang adalah sebuah fitrah yang mesti direalisasikan terhadap sesama sepanjang kehidupan di dunia ini ada, tentunya dalam koridor-koridor Islam. Ini bererti bahwa Islam tidak mengenal waktu, jarak, dan tempat akan sebuah kasih sayang baik terhadap teman, sahabat, kerabat, dan keluarganya sendiri.
Dalam hadis tersebut kasih sayang seorang Muslim tidaklah terhadap saudara se-Muslim saja, tapi untuk semua umat manusia.
Bukan hanya kepada manusia saja ajaran Islam yang tinggi ini telah mengajarkan bagaimana kasih sayang bahkan terhadap haiwan dan tumbuhan yang harus direalisasikan. Abu Bakar Shiddiq r.a. pernah berpesan kepada pasukan Usamah bin Zaid, "Janganlah kalian bunuh perempuan, orang tua, dan anak-anak kecil. Jangan pula kalian kebiri pohon-pohon kurma, dan janganlah kalian tebang pepohonan yang berbuah. Jika kalian menjumpai orang-orang yang tidak berdaya, biarkanlah mereka, jangan kalian ganggu." Sebuah nasihat ini walau dalam keadaan untuk perang, ajaran Islam tetap memancarkan kasih sayangnya terhadap manusia, haiwan, dan tumbuhan.
Sebuah kisah lain yang menarik ketika Amr bin Ash menaklukkan kota Mesir, saat itu datanglah seekor burung merpati di atas kemahnya. Melihat kejadian ini, kemudian Amr bin Ash membuat sangkar untuk merpati tersebut di atas kemahnya. Tatkala ia mau meninggalkan perkemahannya, burung dan sangkar tersebut masih ada. Ia pun tidak mau mengganggunya dan dibiarkan burung merpati itu hidup bersama sangkar yang ia buat. Maka kota itu dijuluki sebagai kota fasthath (kemah).
Jelaslah bahwa ajaran Islam sangat menjunjung tinggi akan kasih sayang. Kita perlu mencontoh teladan Nabi saw. dan para sahabatnya yang benar-benar merealisasikan makna kasih sayang yang tanpa batas itu, tentunya untuk mencapai keridaan Allah semata yang bukan untuk mencari kesenangan dunia. Maka memang pantas bahwa Islam dikatakan sebagai agama rahmatan lil 'alamiin.
Sifat kasih sayang adalah termasuk akhlak yang mulia yang dicintai Allah. Sebaliknya Allah sangat membenci akhlak yang rendah. Di antaranya kepada orang-orang yang tidak memiliki rasa belas kasih sayang.
Di sinilah perlunya kita bermuhasabah, bertafakur, apakah diri ini sudah benar menjalani hidup. Bagaimana kita mengasihi dan menyayangi ciptaan Allah sebagai akhlak yang mulia.
Di antara manusia banyak yang cinta dan mencintai Allah, tapi lebih banyak yang mencintai dunia. Mencintai Allah adalah fardu bagi kaum Muslimin dan Muslimat yang bukan sekadar dikata saja. Dan jika kita benar-benar mencintai Allah secara kesungguhan hati, maka proses "rasa kasih sayang" untuk makhluk ciptaan-Nya akan terbentuk dalam hati kita. Selain itu, jati diri kita sebagai seorang Muslim akan tampak lebih kokoh serta mampu menjalani syariat-syariat Islam yang diridai dan di berkahi oleh Allah SWT.
Cinta kepada Allah adalah hal yang utama, sebagai jalan untuk memperoleh kebaikan dunia dan akhirat dengan melaksanakan perintah-Nya, menjauhi larangan-larangan-Nya. Cinta kepada Allah hendaklah melebihi cinta kepada segala yang maujud yang selain Allah. Mencintai Allah berarti juga mencintai Rasul-Nya, yakni mengikuti segala petunjuk Rasul dengan sepenuh-penuhnya.
Wednesday, August 08, 2007
erti sebuah tangisan
10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah airmata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraungdan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklahmata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnyadari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yangtak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ialakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurangSerandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manisdan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalumenyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air matataubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodohyang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuatpersediaan .Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurangbersedekah buatamalan.Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalanuntuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segaladosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itudari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi danmencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, makaberguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.aAku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atauneraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."
sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
Tuesday, August 07, 2007
SESUATU DI ANTARA WAKTU
Pernahkah kita menyedari bahawa mungkin hari ini kita telah mengecewakan banyak orang? Kita menyangka bahawa hari ini telah dilewati dengan lancar tanpa gangguan dan kita akhiri hari ini dengan tidur yang nyenyak. Namun, ternyata pagi tadi, kita terlupa mencium tangan orang tua untuk keluar ke sekolah, atau ke pejabat, terbersit sedikit kecewa di hati mereka. Pagi tadi, saat membayar tambang bas, kita memberikannya dengan huluran yang kasar hingga konduktor terasa terhina. Pagi tadi, saat masuk ke dewan kuliah, kita terlupa menyapa dan memberi salam dan senyum kepada beberapa teman hingga yang kita suguhkan hanyalah wajah-wajah penat dan kening yang berkerut.
Pernahkah terfikir oleh kita, bahawa sedikit kesan tak enak yang orang lain rasa dari tingkah laku kita, dapat membekas begitu dalam tanpa kita menyedarinya. Membuat mereka berasa sedih, kecewa, kesal atau bahkan marah kepada kita. Tanpa kita menyedari, bahawa hari itu telah kita lewati dengan menyakiti hati begitu banyak orang. Dan saat-saat hati mereka telah terluka, rasanya tak lagi bererti permohonan maaf kita saat kita ucapkan “I didn’t mean to…”
Kesalahan yang tidak disengaja, terkadang membuat kita sendiri hairan dan tertanya, “Bila aku melakukan hal itu? Betul ke aku telah bersikap kasar dengannya? Aku tidak bermaksud begitu. I didn’t mean to…” Dan sekian banyak maaf yang kita ukir untuk diri kita sendiri, tanpa peduli orang tersebut masih merasakan sakitnya hingga kini.
Tak usahlah lagi alasan itu dicari. Mari mulai perbaiki, mulai saat ini. Sebab kita tak pernah tahu bila diri kita pernah menyakiti hati orang lain.
Kita memang manusia yang sombong, merasa memiliki hak untuk menentukan hari esok, merasa berhak untuk menetapkan apa yang harus terjadi dan apa yang tidak harus terjadi pada hari esok. Kita juga menjadi manusia yang berburuk sangka kepada Allah, merasa diri tidak diperhatikan Allah, dizalimi Allah, selalu was-was resah gelisah menghadapi hari esok, takut jika menjadi manusia sengsara pada hari esok, takut tidak memiliki itu dan ini, takut tidak menjadi itu dan ini. Seperti kita saja yang jadi Tuhan, merasa paling benar, merasa apa yang terfikirkan adalah yang paling benar, yang harus terjadi esok hari. Kita jatuh ke dalam sebuah pusaran yang menghinakan, yang kita cipta sendiri, yang menjerumuskan, menghanyutkan diri kita sendiri!
Sedarlah wahai jasad yang bernyawa, yang memiliki fikiran dan perasaan, yang memiliki pendengaran dan penglihatan. Sedarlah bahawa engkau tidak berhak atas apa pun, engkau tidak memiliki kuasa apa pun! Allah lah yang Maha Kuasa, Allah yang mengenggam segala kekuasaan, yang memberikan kekuasaan kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Yang mencabut kekuasaan daripada orang-orang yang dikehendakiNya. Yang menuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, yang menghinakan sesiapa pun yang dikehendakiNya. Yang berkuasa atas semua makhluk. Dia di atas segalanya.
Sedarilah bahawa diri kita hanyalah hamba, yang tidak punya kuasa apa pun, tidak memiliki kekuatan untuk menentukan apa pun jua. Diri kita dan segala yang ada ini adalah buah ketentuan Allah, milik Allah, dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kita yang miskin, itu dari Allah. Kita yang kaya, itu juga dari Allah. Kita yang gagah, itu dari Allah. Semua dari Allah, milik Allah, ketentuan Allah. Jangan meratapi keadaan kita, jangan meratapi mengapa kita harus begini, sedangkan orang lain begitu. Jangan protes! Palingkan pandanganmu dari kebendaan, hadapkan dirimu ke Pemilik kebendaan itu.
Ketika Allah memiskinkan dirimu, bukan beerti Allah menzalimi dirimu. Ketika Allah mengkayakan dirimu, bukan beerti Allah melebihkan dirimu. Ketahuilah bahawa kekayaan, kemiskinan, status, jawatan sosial, ketampanan kecantikan, setiap keadaan yang ada, setiap eksistensi kita, pada hakikatnya semuanya adalah sama. Semua itu adalah milik Allah, dari Allah, yang dititipkan kepada manusia, diamanahkan kepada manusia, untuk ditunaikan pada jalanNya.
Kemuliaan manusia bukan terletak pada apa yang dimiliki manusia, apa yang disandang manusia, tetapi kemuliaan manusia adalah pada taqwanya. Sejauh mana dia melaksanakan amanah Allah. Sejauh mana dia mangarahkan apa yang dititipkan Allah itu.
Orang kaya, kemuliaannya tidak terletak pada hartanya, tetapi terletak pada bagaimana dia memanfaatkan kekayaannya, memaknainya, sejauh mana kerelaan dirinya untuk mewakafkan modalnya di jalan kesolehan.
Orang miskin juga punya modal. Modalnya bernama kemiskinan, kemuliaanya adalah sejauh mana dia memanfaatkannya dan menyikapinya, memaknai kemiskinanya. Apakah dengan kemiskinannya dia semakin dekat atau malah semakin jauh dengan Allah? Bersabar atau berkeluh kesah, redha atau malah protes kepada Allah.
Manusia mempunya kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang ditentukan Allah kepadanya. Manusia, misalnya, tidak dapat terbang. Ini merupakan salah satu ukuran atau batas kemampuan yang Allah anugerahkan untuknya. Kita tidak mampu melampauinya, kecuali jika kita menggunakan akal untuk menciptakan sesuatu alat, namun akal kita juga mempunyai ukuran yang tidak boleh dilampaui.
Di sisi lain, manusia berada di bawah hukum-hukum Allah sehingga segala yang kita lakukan juga tidak terlepas daripada hukum-hukum yang telah mempunya kadar dan ukuran tertentu (sunnatullah). Robohnya tembok, berjangkitnya penyakit, adalah berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan Allah. Tetapi Tuhan telah menganugerahkan manusia kemampuan memilih. Dan menjadi jelaslah kiranya bahawa adanya takdir tidak menghalangi manusia untuk berusaha menentukan masa depannya sendiri, sambil memohon bantuan Ilahi.