
Ada kajian mengatakan bahawa bahasa Perancis ialah bahasa no 1 dunia.
Tapi, actually, kalau diikut vocabulary dan seni bahasa, BAHASA ARAB ialah bahasa no 1 dunia.
Kerana 1 patah perkataan bahasa arab, membawa maksud yang pelbagai.
Contoh : yadun (tangan).
Kalau bahasa melayu, tangan merujuk kepada tangan lah kan.
Tapi bahasa arab, yadun digunakan utk tangan, tombol pintu, dan sebagainya yg berkaitan dgnnya.
Unik kan?
Selain itu, bahasa arab juga banyak menggunakan taukid (bahasa penguat).
Jika membaca alQuran dan memerhati akan maksudnya, tentu kita semua akan taajub dgn keindahan bahasa tersebut!
Jika bahasa arab bahasa no 1.. bahasa apakah bahasa no 2 dunia?
Ya, bahasa Terengganu!
Bahasa terengganu juga menggunakan kaedah taukid yg banyak.
Jika merujuk kepada benda yang berwarna hitam, org KL tentu hanya akan menyebut hitam. Contoh : batu itu hitam
Tapi, bahasa no 2 dunia ini pula, ada seni taukidnya.
Seperti
"Hitam beletung batu itu"
"Batu itu berwarna hitam belegam"
Tengok, indah kan taakid bahasa Terengganu?

Maka, banggalah mengguna loghat Terengganu!
~Saya org ganu~