Showing posts with label dakwahtarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label dakwahtarbiyyah. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Breaking News: 32 killed in major tsunami after 8.9 Japan quake






Dunia makin tua.
Jika Dia berkata "Jadi!" maka apa yang dikehendakiNya akan terjadi tanpa sebarang tangguhan.
Lantas...
Masihkah kita mahu mendabik dada menderhakai Nya?~

Wednesday, February 23, 2011

Indahnya Wanita Jika~


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

- [LINK=http://iluvislam.com/]Artikel iluvislam.com[/LINK]

Friday, February 04, 2011

Pompuan: Solat Jumaat Jom


Salam jumaat!

Boleh tak pompuan gi semayang Jumaat jugak?
Ye la, kalo boleh pergi, semayang 2 rakaat je, takyah la 4 rakaat (wah, nampak sgt malasnyer)

Lelaki boleh ke?
Lelaki mmg la confirm, siap wajib lagi. Kalo tak pergi, memang bukan lelaki la tu, dan bapak segala malas la tu.

Pompuan??

Boleh jer...tak de masalah.

Tapi kene patuhi 5 syarat ni:

1) mendapat izin suami / wali
2) tidak menimbulkan fitnah
3) tak pakai wangian yg kuat
4) tidak berhias
5) siap solat, segera pulang sebelum kaum lelaki kluar

Tapi...
Kat Malaysia tak pernah dibuat oleh orang pompuan.
Kalo pergi oversea, Denmark ke, UK ke, Verona ke...diorg buat je tau.


Wednesday, December 15, 2010

Hadiah Hebat Untuk Yang Sudi Sahaja

Erm, agak2 hadiah ape yg hebat sangat ni ye?

..
..
..

Actually hadiah HEBAT ni bukan AA nak bagi.

Tapi Pemberi yang HEBAT yang ingin memberi hadiah HEBAT kepada kita semua.

Syarat?

..
..
..

Sesiapa yang sudi sahaja akan diberi hadiah.
Yang tak mahu, tidak akan diberi la.


......Sesiapa yang sudi menambah amalan sunat iaitu berpuasa pada 9 dan 10 Muharam.....


(sempena hari Tasu'a dan hari Asyura)

Kalau di Malaysia, tarikhnya ialah pada 15 dan 16 December 2010.

Ingin tahu kelebihannya?

Thursday, December 02, 2010

Ust Azhar Oiiii...

Kenal dop sape nih?
Sape2 org ganu hok dop kenal, memang jakun la.
Sebab, die nih, org bukan ganu pon ramai hok kenal..
(Ops, entry loghat ganu doh pulop)

Ni bukan pengganas.


Ini ustaz azhar yg sempoi!

Die amik mane dop tahu senapang tuh.
Yang penting, ustaz azhar suka amik gambo.
Jangan main2 ngan photo snap die.
Dop caye gi la ke web die hok ade gambo banyok2 hok die tangkap.
Comel2 blake!

Kalu nok dengar ceramah die pon, pergi la kat youtube. Belambok! (Banyak yg teramat sangat).


Wednesday, November 24, 2010

Kenapa Perempuan Cantik Kalau Pakai Tudung

Peringatan: Ini bukan entry MENGAMPU!!!


Dia nk tutup aurat… … .

Dia jage maruah… … … ..

Dia x nak tunjuk kecantikan dier… … … … ..

Dia seorang yg pandai… … … .

Dia anak solehah… … … .

Gambar contoh : cikain






Dia dengar cakap mak ayah dia… … …

Dia hormati orang lain… … ..

Dia takut bile dier x pakai tudung orang tgk dia cantik… … dan ade niat x baik… … … …

Dia x nk diminati ramai laki sgt… … ..

Tak nak menyusahkan org lain… … ..

Dapat pahala… … … …



Gambar contoh lagi : sweethoney




Dapat menghindari dari maksiat… … … .

Supaya menjadi contoh pada perempuan lain… … ..

supaya lelaki yg beriman jer yg suke kat dier… … ..

Mendengar suruhan Allah… … .





Rambut perempuan adalah mahkota baginya… … … jd jgn sewenang2nye menunjuk kpd laki … kerana jika nada menunjuk anda tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilihat oleh sume laki… … … ..(kecuali kuarga)

Dapat megurangkan nafsu laki… … .

Sebab patuh pada suami… … …










Gambar contoh last: cikqiqi






S
ebab… … banyak lg sebab… … fikirkanlah… … … ..



Thursday, November 11, 2010

Tayangan Amal KCB


Tayangan amal Ketika Cinta Bertasbih (1&2) bantu mangsa gempa & tsunami.

Tempat: Tanjung Golden Village (TGV), KLCC
Tarikh : 13, 14, 20 dan 21 November 2010
Jam: 2.30 ptg & 5.15 ptg
Harga tiket: RM15 sahaja (wang akan disumbangkan kpd mangsa)
Hubungi : 03-2272 2882 atau 012-338 3347



Wednesday, November 10, 2010

Ramlah Ram Bertudung




Saya menyokong siapa shj yang ingin berubah ke arah lebih baik.

Saya berharap kak Ramlah konsisten dgn perubahan ini.

Dan semoga semakin hari semakin baik & colehah...

Sunday, November 07, 2010

Salahkah Menjadi Cacat?

Salam buat hamba2 Nya yang sentiasa berusaha menyemai cinta.

Sedang menyaksikan filem "Pensil"
Sudah kali ke berapa sy tgk cerita ni.
Tetap tak jemu.
Air mata tetap mengalir.
Memang patut lah cerita ni menang anugerah.
Skripnya pun sgt mendalam.


"Sabar...Allah bagi rezeki pd manusia mcm air hujan. Semua org dapat.." teringat skrip nenek Badrul.

Sedih.

Sy punyai seorang abg. Keadaan beliau sama seperti Badrul.
Ketika sepupu angkat Badrul membuli beliau, saya terfikir, apakah abg sy juga menerima nasib yg sama di luar rumah?

Pandangan masyarakat

Masyarakat memandang,
Orang yg istimewa (disabled) ini sebagai org yg tidak normal.
Bila sesorg tidak normal, maka mula lah mereka memandang dgn pelik.

Mereka akan pandang golongan ini sbg golongan yg tidak berupaya.
Yang hidupnya perlu pd pergantungan org lain.
Maka
Ada sesetengah yg cuba mengambil kesempatan
(Dlm Pensil, sepupu angkat Badrul merompaknya di tengah jalan, ibu saudara angkatnya mengadu domba pd ibu angkat Badrul)

Tidak
Sebenarnya mrk tdk mengharapkan kita simpati.
Mereka tidak perlukan simpati drp kita sedikitpun.

Mereka mahu berdikari.
Tapi masyarakat sentiasa memandang enteng.

Terima mereka seperti mana kita menerima manusia yang normal.
Kerana mereka tidak pernah minta utk dilahirkan sedemikian.
Bantu mereka utk berdikari.
Jangan ambil kesempatan terhadap mereka!


Thursday, October 28, 2010

Kredit Habis!


Tahun ni, baru pandai buat credit advanced. Tu pun ade orang yang ajarkan.

Bila dah pandai, mulalah, sikit2 CA, sikit2 CA.

Tadi beli topup. RM5 jer. Tapi bile masukkan no pin tu, 5 minit lepas tu, check balance, tengok2 ada rm3 je!

Aik, sape pula yg amik hset tanpa izin ni (macam PATI).

Recall

Owh, semalam ade buat CA la...

Ujian, topup tinggal sikit jer.


Itulah kite. Hari2 akan terima ujian.
Sama la, dgn study.
Stiap akhir sem mesti ade ujian
PMR dh takde...gembirala anak2 buah saya tu

Dari sekecil-kecil benda, hingga lah sebesar2 benda.
Kalau nak dibandingkan, ujian saya tu, sebesar kuman pun tak mampu utk dibandingkan dgn ujian yang saudara seislam kita terima di Indonesia.
jangan disangka air kolam yang tenang tiada naga (Badang, 2010)

GEMPA BUMI, TSUNAMI, GUNUNG MERAPI BERAPI
dalam masa yang sama!

Tapi, sbg manusia bergelar hamba Allah
tak kira la ujian tu kecik atau besar
kita tak layak pun nak pertikaikan kenapa kita ditimpa dgn ujian itu.

Ingat
Setiap kali terima ujian
Ucaplah

"InnaliLlahi wa inna ilaihi raaji'uun"

(tapi dalam exam hall, tak perlu la sebut dgn kuat ye, dalam hati dah la...bagi ruang kat perut bergendang je la)

Wednesday, June 23, 2010

Maafkan Aku Wahai Suami

Sumber asli : Ust Pahrol Mohamad Juoi

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMIKadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…

Maafkan aku wahai suami!


~Open Your Eyes~

Saturday, May 29, 2010

Millatfacebook Cabar Facebook


2010/05/29
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com , awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam. “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MillatfacebookcabarFacebook/Article/

p/s: inilah yang kita inginkan. professional-professional muslim ini mampu memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dalam membela islam tercinta.

tahniah kepada professional pakistan.

buat professional malaysia, semoga usaha mereka ini mampu membuka mata kita utk sentiasa kreatif dalam mengajak manusia kpd Allah (daie ila Llah)
~Open Your Eyes~

Tuesday, May 04, 2010

3 Lelaki Bakhil

3 orang sahabat yang terkenalkedekut sedang berkira-kira utk memberi sedekah sebahagian harta mereka setelah orang ramai mengecam sifat kedekut mereka.

Lelaki pertama berkata :

"Aku akan melukis 1 bulatan di atas tanah kemudian aku akan lemparkan wang ke udara. Wang yang jatuh di dalam bulatan itu milik aku, manakala wang yang jatuh diluar garisan bulatan tersebut milik orang miskin."

Lelaki kedua pula berkata :

" Aku pula akan melukis 1 garisan panjang di atas tanah. Aku akan lemparkan wang ke langit. Wang yang jatuh di sebelah kanan garisan ialah milik aku, manakala di sebelah kiri ialah milik orang miskin."

Manakala lelaki ketiga pula berkata:

" Aku akan lemparkan wang ini ke langit. Wang yang jatuh ialah milik aku, manakala yang tidak jatuh ialah milik orang miskin.."


-Ish-ish...kedekut betol

~Open Your Eyes~

Friday, April 30, 2010

Tips Anak Pandai


Salam kasih sayang buat pencinta kebahagiaan.

Saya ada terbaca 1 blog sahabat saya. Cerita tentang bagaimana caranya mendapatkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan itu sahaja, malah untuk mendapatkan anak-anak yang bijak pandai...

Dipendekkan cerita....

Untuk mendapatkan anak-anak yang bijak pandai dan soleh solehah...

Si ibu dan bapa mestilah ikhlas mengamalkannya.

Iaitu

Bacalah surah al-Insyirah setiap kali si anak mahu tidur dan bangkit dari tidur.

Malah digalakkan teramat sangat bagi si ibu yang sedang mengandung, menghabiskan masa dengan membaca al-Quran


InsyAllah, mudah-mudahan mendapat apa yang dihajati..

Kerana, doa ibu bapa sangat berkat =)













~Open Your Eyes~

Thursday, April 29, 2010

Sisters of Liberalism Bantah Koc Wanita Sepanjang Masa

Daripada : Faisal Tehrani

Badan Bukan Kerajaan, SOL atau Sisters of Liberalism secara rasmi membuat bantahan kepada Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter ekoran wujudnya koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’. Koc dengan warna merah jambu bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada orang perempuan itu diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam. Ia juga akan mulai diluaskan ke laluan lain mulai Mei ini (lihat di sini).

Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'

"Kami menuntut kesamarataan. Wanita mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa. Wanita mesti diberi peluang untuk berkawan-kawan. Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia. Dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia kita patutnya mengamalkan '1Koc Untuk Semua." Kata Wan Gayah Ibrahim yang pernah menjadi imam sembahyang Jumaat di beberapa surau di Bangsar dan Bukit Bintang satu masa dahulu.

Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."

Kolumnis terkenal sebuah akhbar tabloid, Datuk Paduka Ir. Kholidah Samad yang turut dihubungi bagaimanapun sedikit berbeza pandangan dengan Wan Gayah Ibrahim, "Kalau koc itu dilaksanakan supaya wanita tidak kena raba dek lelaki maka saya sokong. Punggung saya sendiri pernah kena pegang sekali dulu di Shah Alam. Saya tak suka orang pegang punggung saya. Tapi kalau koc itu dilaksanakan kerana alasan hukum iaitu lelaki dan perempuan tidak harus bercampur maka saya tidak setuju dan membantah dengan tegasnya. Setiap amalan mestilah dengan niat kata hadis nabi. Jadi saya nak tanyalah niat KTMB di sini? Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama dan tidak sesuai lagi dengan iklim politik negara kita pasca PRU ke 12." Demikian ujar penyokong kuat SOL
tersebut

.~Open Your Eyes~

Monday, April 26, 2010

Sup Tangan


Salam kerinduan!

Anda pernah makan sup tangan tak?
Saya tak...tapi terasa seperti mahu makan sup tangan...
Mengidamkah???? Atau pica???

Tidak.

Post kali ini bukan kerana geram, tetapi kerana empati dengan nasib-nasib hamba-hamba Allah yang menjadi mangsa curi dan rompak serta yang sewaktu dengannya.

Saya pernah menjadi mangsa. Banyak juga. Tetapi tidak pernah menghitung. Kerana lebih baik menghitung nikmat Allah daripada menghitung perkara itu =)


Hari ini, saya ingin menjiwainya lagi, kerana saban hari, saya semakin lali dgn cerita2 curi dan rompak. Kalau baca harian metro, teramatlah sangat banyak cerita2 nya.

Saya hilang baldi!

Ia hanya perkara kecil.

Tetapi, kerana sikap yg dianggap remeh inilah yang menyebabkan berlakunya kes2 curi dan rompak yang besar2.

Sikap "takpe, dia bagi nye pinjam" pun makin jadi barah.

Yang kemuncup bertukar menjadi barah.
Kan bahaya tu...

Jadi, sebelum masa terlambat...saya ingin nasihatkan diri sendiri.

Kikis sikap itu.
Dengan sikap itu, kita akan ambil remeh tentang harta pemilikan orang.

Kikis ye...kalau x dapat kikis, datang sini..
Saya buat wound debridment...mau? =)

Anjeruby~

Thursday, April 15, 2010

Sebiji Limau vs Akhlaknya


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.



~Anjeruby~

Friday, March 26, 2010

Hadiah Untuk Si Penziarah


MANUSIA sentiasa diuji, ada diberi kesenangan, ada dicabar keimanan dengan hidup miskin harta. Ada pula diberi kuasa sebagai ketua atau pemimpin, tidak kurang dianugerahkan kecantikan serta kepandaian.

Nikmat yang Allah beri tidak kekal pada kita kerana pada bila-bila masa ia boleh ditarik balik. Yang kaya mungkin jatuh miskin dan yang berkuasa, hilang kuasanya sementara si cantik akan pudar kecantikan apabila usia meningkat.

Semuanya boleh berlaku atas kehendak Allah kerana Allah Maha Berkuasa. Allah ingin menguji sejauh mana kita tabah dan sabar berdepan cabaran diberikan-Nya. Allah ingin melihat sejauh mana kuatnya iman kita kepada Allah.

Sakit juga adalah ujian Allah kerana itu ada kalanya, kawan yang dilihat sihat tubuh badannya tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit. Nasib kita juga tidak tentu kerana esok lusa, mungkin kita juga diuji dengan penyakit.

Orang yang ditimpa sakit sudah tentu diuji Allah. Kita yang sihat ini juga sebenarnya sedang diuji. Allah menguji orang sihat sejauh mana hatinya tersentuh dan bersimpati kepada orang menderita sakit.

Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.

Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."

Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."

Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."

Melawat orang sedang terlantar sakit di rumah atau di hospital bukan saja mengeratkan silaturahim sesama manusia, pada masa sama boleh meringankan beban perasaan pesakit. Pesakit berasakan dirinya tidak dilupakan saudara mara, kawan dan jiran terdekat.

Lawatan atau kunjungan itu boleh menguatkan semangat orang yang sakit untuk terus tabah, sabar dan reda dengan apa yang dialaminya. Kunjungan itu akan memberi kekuatan pada diri pesakit untuk melawan sakit ditanggungnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada lima iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiring jenazah, memenuhi undangan dan menjawab doa orang bersin." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menyifatkan seorang Muslim yang pergi melawat atau menjenguk Muslim lain yang sedang sakit seakan-akan ia sentiasa berada dalam kebun syurga.

Kita sebenarnya tidak membuang masa melawat atau menjenguk orang sakit kerana pahala yang kita peroleh cukup besar. Selain mendapat pahala dan reda Allah, mereka yang menjenguk orang sakit mendapat rahmat sejak ia keluar rumahnya dengan niat menjenguk sampai ia kembali. Mereka juga membangun rumah di syurga.

~Anjeruby~

Saturday, March 20, 2010

Haloperidol


Salam buat hamba2 Allah yg telah mengirimkan nota-nota cinta buatNya.

Alhamdulillah, blog ini sudah dibaiki setelah berlaku sedikit penyongsangan pada layoutnya.

Sekarang ialah musim exam. Sudah 2 paper saya lalui iaitu Community Nursing 3 dan Trauma, Emergency & OT Nursing. Esok, saya akan berhadapan pula dengan Mental Health Nursing.

Walaupun agak membosankan, tp ia cukup menarik. Terlalu banyak penyakit2 mental utk saya nyatakan di sini.

Tetapi, sy teringat lecture Prof Umeed Khan, tentang microscopic shizophrenia. Dia memberi contoh terbaik dan paling berpraktikal dlm hidupan seharian. Iaitu :

Ingat bende lain waktu solat!!!
Ye, siapa yg tidak pernah tidak khusyuk dlm solat?
Hatta, Saidina Ali pun mengaku, beliau tidak pernah mendapat solat yg khusyuk.
Apatah lg kita hamba biasa2 ini =)

Memang,
ketika solat lah macam2 ingatan akan datang.
bende yang lupe, akan diingati bila saja takbiratul ihram diangkat.
Bukan itu sahaja, bile bersembahyang, kita juga akan menjadi perancang yang berjaya, kerana tika ini la kita mula merancang apa yg bakal kita lakukan selepas sahaja memberi salam.

Oh ya, saya bercakap melalui pengalaman. Bukan mengumpat orang =)

Sebab itulah ramai ulama memberi cadangan bagaimana mendapat khusyuk dalam solat.

Cara yg paling berkesan ialah, menghayati segala bacaan dalam solat. Semestinya, bg kita orang melayu ini, perlu memahami kalimah2 arab dan ayat alquran yg dituturkan dalam solat jika kita mahu menghayatinya.

Barulah kita berjaya mendapatkan komunikasi berkesan dgn Tuhan =)

Selain drp itu, saya teringat pesanan Imam al-Ghazali, bahawa maksud takbiratul ihram tu ialah, haram kita mengingati benda2 keduniaan apabila takbir diangkat.

InsyAllah, microscopic shcizophrenia akan dapat dirawat sedikit demi sedikit.

~Anjeruby~

Sunday, December 20, 2009

Duhai Hamba Tuhan

Salam buat pencinta kalimah Tuhan...

Duhai hamba Tuhan...tersentuhlah hatimu yg serapuh kaca itu dengan kalimah Tuhanmu...

"HambaKu menyombongkan diri terhadapKu
dengan pelbagai bentuk kemegahan
padahal Akulah yang melindungi mereka
di tempat tidur mereka
Aku yang menciptakan
namun yang disembahnya adalah selainKu
Aku yang memberi rezeki
namun selainKu yang disyukuri
kebaikanKu sentiasa turun kepada para hambaKu
tapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu
Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmatKu
sedangkan Aku tidak memerlukan mereka
mereka memancing kemurkaanKu dengan pelbagai kemaksiatan
padahal mereka adalah yang paling perlu kepadaKu

Sesiapa yang datang kepadaKu maka
ia akan kujemput dari kejauhan
sesiapa yang berpaling dariKu
Aku akan memanggilnya dari kejauhan

Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku
akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup
sesiapa yang menginginkan keredhaanKu
Aku pun menginginkan apa yang diinginkannya
Sesiapa yang bertindak dengan bergantung pada
daya dan kekuatanKu
maka akan Kulunakkan besi baginya
dan sesiapa yang lebih mementingkan Aku dari selainKu
Aku akan memetingkannya dari orang lain

Orang yang mengerjakan maksiat
tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmatKu
jika mereka bertaubat kepadaKu
maka aku akan menjadi kekasih mereka
sebab Aku mencintai orang-orang
yang bertaubat dan mensucikan diri
kalau mereka tidak bertaubat kepadaKu
maka aku akan bertindak sebagai Doktor mereka
akan Kuberikan cubaan kepada mereka dengan berbagai musibah
untuk membersihkan mereka dari berbagai aib

Satu kebaikan disisiKu adalah
senilai sepuluh kali ganda sepertinya
hingga tujuh ratus kali ganda
hingga ke gandaan yang banyak sekali
sedangkan kejahatan disisiKu adalah bernilai satu
maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun
maka Aku pun mengampunkannya

Aku mensyukuri amal kebajikan yaang sedikit
dan mengampuni banyak kesalahan
Kasih sayangKu mendahului KemurkaanKu
Sifat penyantunKu
mendahului keputusanKu menjatuhi hukuman
pemberian maafKu lebih mendahului seksaanKu
Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaKu
lebih daripada kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya

Jika engkau mengingati Aku sendirian
Aku akan mengingati engkau di khalayak ramai
jika engkau mengingati Aku di khalayak ramai
Aku akan mengingati engkau di khalayak yang lebih baik dari itu

jika engkau datang kepadaKu berjalan
Aku akan datang kepadamu berlari
jika engkau menghampiriku sehasta
Aku akan menghampirimu sejengkal


~Anjeruby~
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...