




Selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis dan tersentuh menghayati gelagat mereka. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magi of childhood memories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.
Sebuah kisah keajaiban masa kecil 11 anggota Laskar Pelangi yang luar biasa dan menghiburkan. Pengembaraan anak-anak Melayu Belitong yang menyentuh dan sukar dilupakan. Kecintaan terhadap pendidikan, keunggulan nilai persahabatan dalam menempuh kesukaran hidup dan kemurnian prinsip menghiasi perjalanan Laskar Pelangi. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.
Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman para anggota Laskar Pelangi masih kecil. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Lintang, si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa untuk biaya keluarganya adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang Laskar Pelangi lain yang bersemangat dalam menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.

Pengarang: Masnur Hamzah
Penerbit: PTS Islamika
Sinopsis
“Aku tinggalkan di sisi kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh pada keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku.”
(Direkodkan oleh Muslim)
Kebolehan memimpin adalah seni yang sedia ada dalam diri setiap insan. Tinggal lagi, bagaimana menggilap bakat kepimpinan yang dianugerahkan itu. Sesuai dengan hadis yang dinyatakan, al-Quran dan hadis adalah sumber paling tepat bagi dijadikan rujukan dalam bidang kepimpinan. Terkandung di dalamnya pelbagai kaedah mengenai tatacara mengurus dan teknik-teknik memimpin.
Kandungan
Pendahuluan
Bahagian 1
Bab 1: Gaya Kepimpinan Islam yang Berkesan dan Berpengaruh
Kepimpinan dalam Islam
Gaya Memimpin yang Berpengaruh
Penyebab Timbulnya Pengaruh dalam Kepimpinan
Proses Pemilihan Pemimpin
Mengembangkan Akhlak Kepimpinan yang Berkesan dan Berpengaruh
Melatih Pemimpin dengan Pelbagai Cara yang Efektif
Nota Hujung
Bab 2: Pemimpin yang Berkesan dan Berpengaruh
Ciri-Ciri Pemimpin Berpengaruh
Sifat-Sifat Pemimpin yang Efektif
Sikap Tegas dan Adil
Nota Hujung
Bab 3: Melahirkan Pemimpin yang Berkesan dan Berpengaruh
Tahap 1: Bagaimana Menjamin Kejayaan Kerja
Tahap 2: Menangani Masalah
Tahap 3: Bekerjasama dengan Para Pemimpin
Nota Hujung
Bahagian 2
Bab 4: Tanggungjawab Pemimpin Eksekutif
Kepimpinan Eksekutif
Tugas Pemimpin Eksekutif
Peranan Pemimpin bagi Menimbulkan Kesan dan Pengaruh
Nota Hujung
Bab 5: Seni Kepimpinan Eksekutif
Seni Mengawasi
Seni Berinteraksi dengan Individu
Nota Hujung