Friday, December 28, 2007

Hebatnya HAJAR

Setiap kali tiba musim Aidil Adha, semestinya para khatib akan menceritakan kisah Ibrahim dan Ismail yang sedia menerima apa sahaja arahan dari Allah tanda keimanan terhadap Tuhan yang Satu. Namun, kehadiran Hajar dalam kisah pengabdian hamba kepada Tuhan ini adalah sehebat kisah kehadiran Ibrahim dan Ismail juga.

Masakan tidak, Hajar ialah ibu kandung kepada Ismail. Bukankah seorang yang hebat itu secara sunnahnya lahir dari rahim dan didikan wanita yang hebat juga? Ternyata, Hajar memang seorang wanita hebat dan terpilih dalam sejarah Islam.

Hajar asalnya hanyalah seorang hamba milik Ibrahim dan Sarah. Kerana kemurahan hati Sarah, dipintanya suaminya Ibrahim untuk menikahi Hajar, agar zuriat Ibrahim tidak pupus setakat itu kerana ketiadaan rezeki baginya untuk melahirkan zuriat buat Ibrahim.

Namun, perempuan tetap perempuan. Sarah tetap memiliki hati seorang perempuan. Isteri mana tidak cemburu, walau telah berkali2 Sarah mengusir perasaan itu. Perasaan itu semakin menebal apabila Hajar dikurniakan Ismail. Seperti juga yang tercatit dalam sejarah Humaira’ dan Rasulullah (SAW), si Humaira’ tetap cemburu apabila Rasulullah sentiasa menyebut-nyebut tentang kebaikan Khadijah yang tiada bandingnya.

Tabah Hajar menerima keputusan untuk dibawa menetap ke bumi gersang. Perjalanan yang jauh dan memakan masa itu, tidak pernah diisi dengan bersoal jawab dengan suaminya. Hajar tidak pernah menyalahi Sarah, kerana Sarah ialah wanita yang paling banyak berbudi padanya ketika dia bergelar hamba dahulu, lebih-lebih lagi kesudian Sarah menerima Hajar sebagai madu.

Setibanya di tempat yang dituju, yang diiringi petunjuk Ilahi, Ibrahim terpaksa meninggalkan Hajar dan Ismail segera. Hati suami mana tidak luluh dengan perpisahan itu. Hati isteri mana yang tidak hancur, namun demi menenangkan hatinya, Hajar akhirnya bersuara bertanya kepada Ibrahim.

“Adakah ini perintah Tuhan?”

Anggukan Ibrahim meyakinkan hatinya. Hajar yakin, jika itu perintah Tuhan, Tuhan tidak akan membiarkannya dan Ismail sia-sia. Keyakinan itulah yang mentarbiyyah Ismail untuk mewarisi keimanan ibu dan bapanya. Ibrahim juga meninggalkan kedua-duanya dengan menyerahkan mereka sepenuhnya di bawah jagaan Allah.

Ketabahan Hajar telah mentarbiyyah Ismail. Ketegaran Hajar telah mendidik Ismail. Akhirnya, tercatit dalam sejarah, Ismail pula yang menyuruh Ibrahim menyembelihnya ketika diberitahu bahawa ia ialah arahan Tuhan.

Hebatnya Ismail hasil tarbiyyah dari wanita yang hebat, Hajar. Benarlah kata hukama’, berdirinya seorang wanita di belakang kejayaan seorang lelaki. Firman Allah dalam surah at-Taubah:

Dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang maaruf, dan mencegah dari kemungkaran, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

Wednesday, December 19, 2007

Menangislah

MENANGISLAH DI SINI SEBELUM MENANGISDI SANA


Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinyamemuncak gembira penawar sakit dan lesu.Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati,berdakwatkan air mata.


Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan,menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan.

Penghuni Syurga ialahmereka yang banyak dukacitanya didunia.Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barang siapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.


Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan.Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.


" Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."(al- Hasr: 20)


Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis,dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau merugikan.


Sabda Rasulullah s.a.w."Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."


Nabi Muhammad bersabda lagi :"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."


Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akanbertakhta.


Nabi bersabda :"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."


Nabi Muhammad bersabda :"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."


Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.


Seorang Hukama pernah bersyair :"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. " Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.


Lupakah kita Nabi pernah bersabda :"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis." Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. "(AL BAQARAH : 216)


Bukankah Nabi pernah bersabda:"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."


Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu,menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan.


Kenangilah,sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu." Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :"Kenapa engkau menangis?""Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya .Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."


Ibnu Masud r.a. berkata :"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara,khusuknya di waktu orang lain berbangga,seharusnya orang yang mengerti alQuran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam,lalai, bersuara keras dan marah.Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur dihadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."


Menangislah di sini,sebelum menangis disana!!!... ... ... ... .

hanya untuk remaja

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam.
Apa generasi Rabbani ini?

Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan olehRasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:Dan org2 yg kafir berkata. "Janganlah kamu mendengar dgn sungguh2 akan Al Qur'an ini & buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mrk).

Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati.

Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar.

Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka?
Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal.

Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya.

Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik.Satu malam ni, dia ketuk2 satu bilik ni, tak buka2. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 org siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil. (homoseks) Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ.

Teruk?Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 thn paksa boyfriendnya yang baru 12 thn buat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi..Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak2 skolah rendah. Dia nampa budak2 ni handphone nye, N-Gage, sabun, daun dan yang lain2 yang mahal2 tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jd ceritanya. Tapi skali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap,“Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar2 lucah yang ada dlm HPnye. Kawan saya ni terkejut berukla. Tergamam dia di situ.

Ni budak2 sekolah rendah!Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini?




Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang.Bagaimana remaja kita?Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka.Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka!

Nauzubillah!
Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah.Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mrk berkata. "Mengapa kamu menasehati kaum yg Allah akan membinasakan mrk atau mengazab mrk dgn azab yg amat keras?" Mrk menjawab. "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kpd Tuhanmu, & supaya mrk bertakwa". Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org2 yg beriman."(surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).

Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani.Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”.

Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita.Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Smoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi.Firman Allah :[i]Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).[/i](Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka.Firman Allah:Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?

inilah saya, anda pula siapa?


"Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran...Saya adalah manusia yg mencari erti sbnar kemanusiaan...Saya adalah seorang warga negara yg impikan sebuah negara yg dhormati, merdeka, tenteram & hidup harmoni di bawah naungan Islam yg murni....”
“Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya utk ALLAH Tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutuiNya. Inilah yg diperintahkan kpd saya & saya salah seorang yg menyerahkan diri…”
“Inilah saya,anda pula SIAPA????”-kata2 as-Syahid Imam Hassan al-Banna-
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...