Friday, March 26, 2010

Hadiah Untuk Si Penziarah


MANUSIA sentiasa diuji, ada diberi kesenangan, ada dicabar keimanan dengan hidup miskin harta. Ada pula diberi kuasa sebagai ketua atau pemimpin, tidak kurang dianugerahkan kecantikan serta kepandaian.

Nikmat yang Allah beri tidak kekal pada kita kerana pada bila-bila masa ia boleh ditarik balik. Yang kaya mungkin jatuh miskin dan yang berkuasa, hilang kuasanya sementara si cantik akan pudar kecantikan apabila usia meningkat.

Semuanya boleh berlaku atas kehendak Allah kerana Allah Maha Berkuasa. Allah ingin menguji sejauh mana kita tabah dan sabar berdepan cabaran diberikan-Nya. Allah ingin melihat sejauh mana kuatnya iman kita kepada Allah.

Sakit juga adalah ujian Allah kerana itu ada kalanya, kawan yang dilihat sihat tubuh badannya tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit. Nasib kita juga tidak tentu kerana esok lusa, mungkin kita juga diuji dengan penyakit.

Orang yang ditimpa sakit sudah tentu diuji Allah. Kita yang sihat ini juga sebenarnya sedang diuji. Allah menguji orang sihat sejauh mana hatinya tersentuh dan bersimpati kepada orang menderita sakit.

Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.

Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."

Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."

Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."

Melawat orang sedang terlantar sakit di rumah atau di hospital bukan saja mengeratkan silaturahim sesama manusia, pada masa sama boleh meringankan beban perasaan pesakit. Pesakit berasakan dirinya tidak dilupakan saudara mara, kawan dan jiran terdekat.

Lawatan atau kunjungan itu boleh menguatkan semangat orang yang sakit untuk terus tabah, sabar dan reda dengan apa yang dialaminya. Kunjungan itu akan memberi kekuatan pada diri pesakit untuk melawan sakit ditanggungnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada lima iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiring jenazah, memenuhi undangan dan menjawab doa orang bersin." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menyifatkan seorang Muslim yang pergi melawat atau menjenguk Muslim lain yang sedang sakit seakan-akan ia sentiasa berada dalam kebun syurga.

Kita sebenarnya tidak membuang masa melawat atau menjenguk orang sakit kerana pahala yang kita peroleh cukup besar. Selain mendapat pahala dan reda Allah, mereka yang menjenguk orang sakit mendapat rahmat sejak ia keluar rumahnya dengan niat menjenguk sampai ia kembali. Mereka juga membangun rumah di syurga.

~Anjeruby~

Saturday, March 20, 2010

Haloperidol


Salam buat hamba2 Allah yg telah mengirimkan nota-nota cinta buatNya.

Alhamdulillah, blog ini sudah dibaiki setelah berlaku sedikit penyongsangan pada layoutnya.

Sekarang ialah musim exam. Sudah 2 paper saya lalui iaitu Community Nursing 3 dan Trauma, Emergency & OT Nursing. Esok, saya akan berhadapan pula dengan Mental Health Nursing.

Walaupun agak membosankan, tp ia cukup menarik. Terlalu banyak penyakit2 mental utk saya nyatakan di sini.

Tetapi, sy teringat lecture Prof Umeed Khan, tentang microscopic shizophrenia. Dia memberi contoh terbaik dan paling berpraktikal dlm hidupan seharian. Iaitu :

Ingat bende lain waktu solat!!!
Ye, siapa yg tidak pernah tidak khusyuk dlm solat?
Hatta, Saidina Ali pun mengaku, beliau tidak pernah mendapat solat yg khusyuk.
Apatah lg kita hamba biasa2 ini =)

Memang,
ketika solat lah macam2 ingatan akan datang.
bende yang lupe, akan diingati bila saja takbiratul ihram diangkat.
Bukan itu sahaja, bile bersembahyang, kita juga akan menjadi perancang yang berjaya, kerana tika ini la kita mula merancang apa yg bakal kita lakukan selepas sahaja memberi salam.

Oh ya, saya bercakap melalui pengalaman. Bukan mengumpat orang =)

Sebab itulah ramai ulama memberi cadangan bagaimana mendapat khusyuk dalam solat.

Cara yg paling berkesan ialah, menghayati segala bacaan dalam solat. Semestinya, bg kita orang melayu ini, perlu memahami kalimah2 arab dan ayat alquran yg dituturkan dalam solat jika kita mahu menghayatinya.

Barulah kita berjaya mendapatkan komunikasi berkesan dgn Tuhan =)

Selain drp itu, saya teringat pesanan Imam al-Ghazali, bahawa maksud takbiratul ihram tu ialah, haram kita mengingati benda2 keduniaan apabila takbir diangkat.

InsyAllah, microscopic shcizophrenia akan dapat dirawat sedikit demi sedikit.

~Anjeruby~

Friday, March 05, 2010

Aduhai Anak

Salam buat pencinta perbaktian kpd kedua org tua masing2.

Alhamdulillah, baru shj usai memandikan ayah, menyuapkan nasi ke mulut ayah dan mengambilkan wudhuk utk ayah sempurnakan solat zohornya.

Bahagianya hati.
Kerana diberi kesempatan menghulurkan kasih sayang sebagai seorang anak.
Allah, pimpanlah kami ke jalan yg Engkau redhai.

Jika sebelum ini, menjaga ibu bapa hanya dipelajari secara teori.
Tapi hari ini, Allah benar2 menguji sejauh mana kemampuan si anak utk mempraktikkan ajaran2 Islam dlm memberi bakti kpd ibu bapanya.

Ayah saya diserang strok. Kaki dan tangan kiri beliau lumpuh. Sejujurnya, hidup kami mulai berubah kerana hilangnya separuh fungsi seorang ketua keluarga.

Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.



~Anjeruby~

Wednesday, March 03, 2010

RED ZONE


Bismillah

attend dlm red zone

perlukan kekuatan mental & fizikal

juga critical thinking, dan paling penting, competency.

sebarang chief complaint mengenai CHEST PAIN, RED ZONE lah jawapannya.

RED ZONE, ini hari kedua terakhir.

Monday, February 15, 2010

Bahana Seronok


KUALA KRAI 13 Feb. – Sepanjang minggu ini sudah ada empat kes buang bayi.

Tetapi yang berlaku hari ini paling kejam dan meruntun perasaan.

Dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, bayi lelaki berkulit cerah ini dicampakkan ke dalam tong sampah!

Di atasnya diletak timbunan rumput, kayu dan kepingan zink.

Paling memilukan, si kecil yang dipercayai baru berusia beberapa hari ini dibakar!

Badan bayi ini separuh rentung. Kakinya pula bercerai daripada badan.

Cuma yang tidak dapat dipastikan adakah bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dibuang atau pun dibakar hidup-hidup.

Bayi malang itu ditemui dua petugas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Mohd. Zain Pa'Su, 57; Mohd. Hilmi Rosli, 26, dan Abdul Rahman Hussin, 28, semasa hendak memungut sampah di bandar ini.

Mohd. Zain berkata, mereka memulakan tugas seperti biasa untuk memungut sampah dengan lori tetapi merasa pelik apabila melihat sebuah tong MDKK di Jalan Tengku Zainal Abdidin di sini, terbakar kira-kira pukul 11 pagi ini.

Katanya, selain itu, tong sampah tersebut turut dipenuhi rumput, kayu dan zink yang seolah-olah disusun secara bertingkat untuk menyembunyikan sesuatu.

“Jarang tong sampah itu terbakar tetapi kami tidak mengesyaki apa-apa. Disebabkan susah untuk mengangkat sampah kerana tong itu terbakar kami terpaksa memunggah.

“Namun alangkah terkejutnya apabila menemui mayat bayi lelaki dengan separuh badannya terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, berdasarkan siasatan, tong sampah itu dipercayai dibakar sejak pagi semalam.

“Tetapi disebabkan semalam bukan waktu untuk memungut sampah tiada siapa menemui bayi malang itu sehingga kakitangan MDKK itu menjalankan tugas mereka pagi ini.

“Mereka kemudian membuat laporan kepada dua anggota polis bermotosikal yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.25 pagi.

“Kita mengesyaki suspek sengaja membakar tong sampah ini untuk menghapuskan bahan bukti kerana bimbang ia akan diketahui umum,” katanya.

Ujarnya, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian bayi ini.

Kata beliau, pihaknya juga percaya perbuatan itu dilakukan oleh remaja di sekitar bandar ini kerana tidak mungkin orang luar akan ke lokasi tersebut untuk membuang bayi.

“Saya memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian ini.

“Kita juga meminta kerjasama dari klinik swasta sekiranya menerima kes melibatkan kelahiran atau sakit selepas melahirkan bayi,” katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Rabu lalu, seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui mati di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di Kampung Permatang Duyong Melaka. Ketika ditemui bayi itu dihurung semut.

Sehari sebelum itu, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Isnin lalu, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Moral : MANUSIA SEMAKIN HILANG SIFAT KEMANUSIAAN, TIDAK JUGA SIFAT HAIWAN DAN BUKA PULA SIFAT SYAITAN... JAUH SEKALI SIFAT ALLAH ATAU PUN SIFAT MALAIKAT..

KINI KITA MEMBENTUK SIFAT SENDIRI... YANG KEJAMNYA TIDAK SEPERTI HAIWAN YANG MASIH SAYANG ANAK NYA DAN TIDAK JUGA SIFAT SYAITAN YANG MEMBAKAR ANAK SENDIRI!!!

~Anjeruby~
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...