Tuesday, August 28, 2007

Anak soleh solehah impian Baitul Muslim

Mutakhir ini, anak-anak Melayu Islam akhir zaman seolah-olah ada yang hampir hilang jatidirinya sebagai Muslim. Sebab itu remaja mempunyai maksud yang tersirat di sebalik setiap huruf itu. Remaja bermasalah digambarkan dengan pengertian berikut :
R- Rileks
E-Enjoy
M-Main-main
A-Angan-angan
J-Jaguh
A-Angkuh

Benarkan? Justeru ubat untuk remaja juga dengan remaja juga dengan maksud tersirat yang lain. Masalah remaja boleh diubati dengan pengertian berikut :
R-Religion
E-Education
M-Motivation
A-Advice
J-Journey
A-Adventure.

Justeru, semua ibu ayah marilah kita mendidik anak-anak kita dengan didikan yang terbaik dengan cakupan ilmu agama, kemahiran hidup dan keupayaan berfikir dengan kritis dan kreatif agar mereka mampu menjadi buah hati pengarang antung yang soleh dan solehah.

p/s: saya copy paste je ni...

Tuesday, August 21, 2007

~Nikmatnya Berjuang~





jalan perjuangan ini takkan ada penghujungnya, takkan direntangi dengan permaidani merah, takkan ditaburi dengan mawar2 mewangi. tetapi jalan ini telah direntangi dengan duri2 yang amat tajam dan nyilu. jalan yang penuh dengan halangan dan perangkap2 yang menunggu sesiapa yang berani merentasinya.
inilah sunnah perjuangan, sunnah jalan yang menuju ke syurga impian. sbb itulah terlah tertulis dalam kitab agung alQuran, kata2 terus dari Allah yang mafhumnya; jika jalan ini senang, tentu ramai yang akan menyertainya, tetapi nyata jalan ini penuh dengan rintangan. tersentuh hati ini bila mentadabbur ayat ini. terutama bila sedang berhadapan dengan mehnah dan tribulasi alam perjuangan. ternyata Dia Maha Benar, ternyata Dia sememangnya wujud di sisi kita, bila dilanda kesusahan, terus dia mempertemukan kita dengan kalamNya yang berkait rapat dengan masalah itu sehinggakan kita dapat merasai sebenarnya kita sedang berbicara dengan Tuhan Pencipta alam.besarnya nikmatMu ya Allah. maka nikmat yang manakah yang kamu dustakan??? sujud syukur dipanjatkan kepadaNya kerana dengan rahmatNya, Dia masih memandang kepada kita, insan yang begitu dhaif yang setiap saat mengingkari perintah2Nya.
Tuhan...hanya Engkau yang tahu pengaduanku kepadaMu, betapa jalan yang telah dipilh ini adalah jalan yang bukan seperti yang diimpikan oleh manusia2 yang mencintai dunia. Kau cekalkanlah hatiku seteguh karang di lautan, yang tetap kukuh berdiri walau ditempuh badai. "jika kamu berpaling, maka Allah akan gantikan dengan satu kaum yang mereka mencintaiNya dan Dia mencintai mereka..." benar firmanNya. sesungguhnya kuasaNya sedikitpun tidak akan berkurang jika kita tidak beriman kepadanya. Islam sedkitpun tidak akan rugi jika kita yang berpaling dari mempertahankannya, tetapi diri kita sendiri yang akan kerugian jika kita yang melepaskan peluang ini. beribu-ribu lagi pejuang islam yang akan menggantikan tempat kita, mereka lebih cekal dan berdaya jihad yang tinggi dari kita. siapalah kita untuk sombong denganNya?
teringat kata2 dari seorang ustaz dalam satu ceramah..;"kita tidak berharap untuk melahirkan pejuang yang ibaratnya seperti pohon bunga dalam pasu, yang perlu disiram setiap hari dan dicabut rumput2 yang tumbuh di sekelilingnya, tetapi kita berharap untuk melahirkan pejuang2 yang ibaratnya seperti sepohon pokok jati yang hidup di tengah2 hutan, yang mampu bersaing untuk mendapatkan cahaya dan air..." "apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga padahal kamu belum ditimpa dengan ujian sepertimana ujian yang telah menimpa rasul dan orang2 yang terdahulu?...
" maka nikmat manakah yang kamu dustai..........?????

Saturday, August 18, 2007

~Perkahwinan itu Satu Perkongsian~



alfun mabruk buat adinda NURUL MUTMAINNAH dan IMRAN yang disatukan pada 18/08/07.


semoga bahagia hingga ke syurga abadi....

Thursday, August 16, 2007

Kebangkitan Ummat


Ayuh... Bangun Semula

Terpaksa merana
Jiwaku gelodak meronta
Derita insan teraniaya
Yang tak berdosa

Pilu melihat
Dirimu diruntun senghsara
Sayu kau hadapi
Ujian kehidupan

Suara itu semakin hilang
Ia tak lagi kedengaran
Cahaya harapan hanya khayalan
Di manakah keadilan

Ayuh bersama kita lenyapkan
Hapuskanlah segala penderitaan
Kembalikanlah kemanusiaan
Demi masa hadapan

Kita melangkah seiring bersama
Hentikan kezaliman di bumi tercinta
Janji teguh kan tersemat di jiwa
Yang benar pasti berjaya

Percaya tak akan
Tertutup mata hatiku
Jiwaku meronta
Kerna kebatilan yang nyata

Kubalut luka usah berduka
Menadah tangan pada Yang Kuasa
Gapai tanganku bersama yakin
Kita kan bangkit semula...

Kenapa Mahu Beralasan Lagi...?



Seruan Lima Waktu

Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

terdengar suara azan
tinggalkan semua urusan
ayuh-ayuh mari teman
laksanakan perintah TUHAN
namun kau katakan nanti
nanti sekejap lagi
kau sering katakan tunggu atau pergi dahulu

bergema alunan azan
puji kebesaran TUHAN
ayuh-ayuh semua insan
mari menuju kejayaan
namun katamu tiada waktu
biar saja berlalu
dibuai helah duniamu
seakan tak bersyukur

manusia terlena dalam mimpi indah
cinta dunia yang fana'
hanya sementara
manusia terlupa janji pada TUHANnya

Tuesday, August 14, 2007

~Buatmu Mujahidah~


Assalamualaikum wahai sahabat!
Bagaimanakah keadaanmu di bumi Allah ini?
Pasti ia tak semanis madu
Jua tak sepahit hempedu
Namun...
Sering juga mencabar imanmu!
Duhai temanku yang dikasihi Allah...
Sebelum kau titiskan airmatamu
Ingin sekali ku berkongsi denganmu
Kalimah dan azimat suci
Buat panduan diri
Hadiah dari ibu tercinta
Demi anaknya yang kini sedang berjuang
Gapai kebahagiaan duniawi
Dan ukhrawi...!
Duhai temanku yang dirahmati Allah...
Pesan ibuku...
Janganlah dikau meratap dan mengeluh
Andai kau ditimpa sesuatu musibah
Ucaplah Masya Allah...!
Innalillahi wainna ilaihi raji'un...
dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali
kenapa harus sedih dan berputus asa
ingatlah teman!
Tidak tercapai tahap imanmu
Sebelum diuji Allah
Kerana ujian Allah itu
Tanda kasihNya pada kita
yang sering alpa mengingatiNya
yang sedang enak melakukan dosa
yang kian asyik mengumpul daki dunia
seolah kita hidup untuk selamanya...
Duhai temanku yang dicintai Allah
Azimat ibuku...
Sebelum kau keluhkan nasib malangmu
Kenangkanlah semula nikmatNya yang tak terhingga
Dimana syukur kita sewaktu kita gembira
Dimana syukur kita di masa kita bahagia
Dimana syukur kita di saat kita ketawa
Dimana syukur itu?
Alhamdulillah Ya Allah...
Alhamdulillah Ya Rabbi...
Kerana Mu aku masih nikmati rahmatMu!
Kerana nikmat mataMu ku lihat
Segarnya alamMu...
Kerana nikmat telingaMu ku dengar
Merdunya siulan beburung
Kerana nikmat hidungMu ku hidu
Wewangian madu bunga
Oh tuhan...
Tak terhitung nikmat yang Kau kurniakan untukku
Duhai temanku yang diingati Allah
Pesan ibuku lagi...
Musibah itu penghapus dosa
Jika kita bersabar dengannya
Jernihlah hati kita dari noda hitam
Jika kita tenang menerimanya
Tingkatlah tahap ketaqwaan kita
Janganlah kau tolak satu dugaanNya dengan keputus-asaanmu
Setelah sepuluh nikmatNya kau terima tanpa berterima kasih!
Ingatlah sahabatku!
Kerana sayangku padamu
Ku nukilkan ikhlas buatmu
Demi kasihku padamu
Ku tak redha melihatmu mengalirkan airmata kekesalan atas apa yang menimpamu
Atas keikhlasanku padamu
Ku tak sanggup menyaksikan hidupmu di dalam kemurkaanNya yang Maha dahsyat
Dan...
Kerana nama saudara Islamku
Ku ingin melihatmu menjadi muslimah solehah yang budiman!
Kerana itulah harta yang amat berharga disisiNya
Insya Allah...!
Hasbiallaha wani'mal wakil......

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Warkah Buat Mak Tercinta




Saya nak kongsi bersama,,bacalah warkah ni,,




WARKAH BUAT IBU...


Mak.....


Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....


Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,


Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan


sejuk syahdu masih terasa lagi nih....


Mak tau tak.....


itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....


dan itu juga terakhir kali nya.


Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....


nak tinggal kan anak2 mak.....


nak tinggal kan dunia fana ni.....


mak macam dah sedia.....


Seminggu sebelum tu.....


mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....


Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....


tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....


kakak pun rasa hairan.....


mak tak penah buat gitu.....


pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....


tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....


kengkadang siaran indonesia...


mak terus tekun menganyam...


Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu


di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...


Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....


pastu mak jemur karpet-karpet. ..


pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..


mak biarkan ruang tu kosong..


rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..


paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..


ada kat dalam almari.....


ada kat dalam dalam beg.....


ada dalam ASB.....


ada kat dalam Tabung Haji..


mak cakap tak berapa cukup lagi....


ada kat dalam gulung tikar.....


masa tu mak perasan takk..??


kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulungtikar...


kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...


mak cuma gelak jer...


eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..


Mak.....


Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....


bila malam tu kiter sampai dari KL.....


mak dah dalam kesakitan.


Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....


mak tetap takmau pi hospital.... .


dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...


Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital.... .


tapi kiter berkeras juga pujukk..


nanti di hospital ada doktor...


ada ubat untuk mak..


kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..


Mak tetap tak bersetuju... ..


mak memang degil...


tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..


Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....


mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit


kami adik beradiksepakat hantar juga mak ke hospital.... .


Mak.....


amponkan kami semua...


kami nak mak sehat...


kami sayang mak...


kami tak mau mak sakit...


kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....


ampon kan kami yer mak....


Mak.....


Malam itu abang bawa mak ke hospital


dan itu lah pertama dan terakhir kalimak naik kereta kiter...


Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,


kiter kata nak beli kereta....


Mak asyik tanya ajer..


cukup ker duitt..


kiter jawab pula...


kalau tak cukup,mak kan banyak duit...


mak gelak ajerr.....


Lepas tu bila kereta kiter sampai.....


mak buat kenduri kesyukuran.. ...


Dan kiter masih ingat lagi...


bila kiter eksiden terlanggar org naik motor.....


Punya la kiter takut...


kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat


> > > mak.....> > >


Bila balik sahaja kampong....


kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....


Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...


mak tanya kenapa...?


Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....


Mak....


tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...


Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...


mak, kiter menipu mak kan...


ampon kan kiter....


Mak.....


Jam 4.30 pagi 19/08/1999Bila tiba aja kat hospital....


nurse tengah balut mak dengan kain putih.....


mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...


Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....


Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....


Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...


mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn


Mak tau tak....


Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...


Adik kat sebelah diam melayan perasaan...


Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...


jalan di depan terasa makin kelam.....


airmata dah tak mampu di tahan....


Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...


Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...


di sebab kan pagi masih awal


jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....


Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...


terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn. ...


Mak.....


Kiter masih ingat lagi...


Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...


Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....


Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....


Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....


Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....


Mak perasan tak...?


Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....


Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."


Bila makcik tu kata gitu...


lagi laaaa laju airmata ni..


tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....


Mak.....


Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....


kiter nangis ni.....


Ni kat dlm bilik...


baru pukul 4.00 pagi....


Takder orang yang bangun lagi.....


kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"kiter sedih...


kiter rindu kat mak..!


Takpa la.....nanti bila kita selesai sembahyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...


mak tunggu ya...!


Mak..


Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .


Semua anak2 mak mengelilingi mak...


menatap wajah mak buat kali terakhir....


Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...


Mak rasa tak....


masa tu kiter sentuh dahi mak....


kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....


Kiter tak mampu nak cium mak...


kiter tak daya....


kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...


Airmata kiter tak boleh tahan....


Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...


tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....


Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....


Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...


badan akak terasa panas...


makk...


anak mak yang seorang tu demam....


Mak tauu...


cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .


Mak.....


Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...


Begitu terasa kehilangan mak...


boleh kata setiap malam selepas maghrib


anak mak ini berendam airmata...


Dan sampai satu tahap....


masa tu malam jumaat selepas maghrib...


Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ...


entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...


semakin kiter tenung terasa semakin sayu...


tangisan tak dapat dibendung...


Mak tauu...


kiter cuba bertahan...


memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...


Kiter rasa nak telefon mak...


nak cakap dengan mak....


anak mak yang ni dah tak betul kan..????


Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...


Kiter cakap dengan kakak..


kiter nangis lagi...


Puas la kakak memujuk kiter...


Akak kata..." tak baik laa nangis aje..


doa lah untuk mak..


nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.."


Dan akhirnya akak juga nangis.....


Agaknya mak nampak adegan tu...


Mak tau tak...


di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...


rasa nyilu sangat....


menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....


Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...


hanya sedekahal-fatihah kiter berikan.....


Mak....


cukup la sampai sini dulu....


kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....


kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...


selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...


kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...


esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....


Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...


pastu kawan kiter bgtau...


simpan je buat kenangan..


Kiter cuma tau alamat ni aje...


Takper yer mak...


kiter kasi orang lain baca...


Kiter stop dulu...


sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...


akhir kata untuk mak,


I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih


keranamembesarkan kiter...


memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..


sampai masuk unibesiti..


sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...


boleh rasa duduk kat negara orang...


Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..


Sekian terima kasih.




Yang Benar


Anak mak yang dah tak degil

Ke Arah Melahirkan Zuriat Perjuangan






Dalam melahirkan generasi perjuangan yang mencintai Allah, bukan semudah melafazkan akad nikah tatkala diijabkabul oleh tok kadi. Dalam melahirkan zuriat perjuangan, ianya bermula dari sebelum si ayah dan si ibu diijabkabulkan. Antara kaedah yang dilakukan oleh orang dizaman salafussoleh dalam melahirkan zuriat perjuangan yang bakal menyambung lidah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :






1. Menjaga keturunan.






Firman Allah SWT : "Jikalau ada penduduk kampung yang beriman dan bertaqwa, maka akan dibukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi" ( Al A'araf : 96 )






Anak keturunan zina amat payah dididik untuk menerajui sesuatu perjuangan. Sebab itu anak keturunan zina tidak ada yang menjadi Rasul, Nabi atau pun waliyullah. Malah anak zina juga tidak berhak diwalikan oleh lelaki yang menjadi benih kepada kelahirannya dan tidak berhak menerima harta pesaka lelaki tersebut. Bukanlah bermakna kita ingin menanamkan kebencian kepada keturunan zina. Tetapi begitulah hukum yang termaktub dalam Islam. Ini juga tidak bermakna orang yang berketurunan mujahid atau ulamak mampu meneraju sesuatu perjuangan. Ini disebabkan iman itu bukan sesuatu yang boleh di warisi dan dipesakai. Sejarah membuktikan, Sultan Muhammad Al Fateh yang menjadi wira empayar Osmaniah dihina oleh keturunannya sendiri yang juga berdarah Osmaniah. Sewaktu Italy menjajah Libya, keturunan Turki Osmaniah melarikan diri dari medan jihad dan berlindung dan hidup mewah dibawah panji Wahabi di Saudi meninggalkan Gerakan Sanussi pimpinan Omar Mokhtar bersendirian menghadapi tentangan tentera kafir musyrik Italy. Mereka melarikan diri ke tempat yang mampu menjamin kehidupan dan kemewahan peribadi mereka. Ada juga keturunan yang berhati dayus ini melarikan diri ke bumi Malaya. Sejauhmana kelayakan sesuatu keturunan untuk meneraju perjuangan ialah sejauh mana berkesan dan sistematiknya proses ta'alim dan tarbiyah yang dilakukan ke atasnya oleh penjaga atau murabbinya. Sejarah juga membuktikan bahawa keturunan yang baik andainya dididik dengan ta'alim dan tarbiyah oleh para murabbi dengan betul mampu melahirkan manusia yang hidup untuk syahid sebagaimana lahirnya Sultan Muhammad Al Fateh dari benih Sultan Murad. Sebagaimana lahirnya Syeikh Abdul Kadir Jailani dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dan Fatimah binti Abdullah Saumi. Terjadinya anak zina bukan sahaja disebabkan bersekedudukan tanpa nikah, tetapi juga terjadi disebabkan pernikahan yang rosak dan cacat. Nikah menjadi rosak apabila wali nikah dan saksi terdiri dari orang yang fasiq dan perjalanan majlis walimah dipenuhi dengan kemungkaran. Maka dalam membentuk generasi perjuangan, maka pernikahan hendaklah dilakukan dengan mematuhi syariat.






2. Memilih Pasangan






Percantuman antara satu benih pokok yang baik dengan satu lagi benih pokok yang baik akan menghasilkan pokok cantuman baka bermutu tinggi. Begitulah juga dalam perjuangan. Percantuman benih dari satu keturunan yang baik dengan satu lagi keturunan yang baik, akan melahirkan zuriat keturunan yang lebih baik. Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama. Yang diutamakan ialah agamanya. Nabi Muhammad SAW lahir dari percantuman benih Abdullah bin Abdul Mutallib yang amat mulia akhlaknya serta berwibawa dengan benih Aminah yang mulia dan terpelihara maruahnya. Nabi Ismail AS terhasil dari benih Nabi Ibrahim AS dengan Siti Hajar seorang wanita soleha yang mentaati suaminya dan sanggup berkorban agar ditinggalkan bersama bayinya di bumi gersang Mekah demi tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Abu Salleh Janghidost yang berketurunan Imam Hassan ketika bermusafir, telah termakan sebiji buah yang ditemuinya. Atas rasa bersalah dan ingin minta dihalalkan dari pemilik buah tersebut. Abu Salleh Janghidost sanggup menjadi pekerja kepada Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin selama 12 tahun dan mengahwini anak gadis Abdullah Saumi yang buta matanya, pekak telinganya, bisu lidahnya, kudung tangan dan kakinya. Setelah diakad nikah, ternyata anak gadis bernama Fatimah Binti Abdullah Saumi hanyalah buta dari penglihatan maksiat, pekak dari pendengaran maksiat, bisu dari membicarakan maksiat dan kudung tangan dan kaki dalam melakukan maksiat. Maka lahirlah Syeikh Abdul Kadir Jailani yang menjadi Qutubul Auliya. Omar Al Khattab sewaktu menjadi khalifah menjadikan berjalan malam untuk melihat kondisi rakyatnya. Satu malam dia terdengar dialog antara seorang ibu tua bersama anak gadisnya yang juga bernama Fatimah. Fatimah dinikahkan dengan anak Saidina Omar Al Khattab yang kerana Fatimah melarang ibunya mencampurkan air dalam susu untuk jualan adalah menjadi satu kesalahan walau pun Khalifah Omar tidak melihatnya kerana Allah masih melihat. Dari zuriat anak Saidina Omar dan Fatimah ini maka lahir Omar Bin Abd Aziz, cicit kepada Saidina Omar Al Khattab.






3. Memasang Niat






Memasang niat untuk memperolehi anak yang beriman dan bertaqwa ketika mula mendirikan rumahtangga dan disusul pada setiap kali berjimak. Lakukan hubungan suami dan isteri dalam keadaan hati yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah SWT, bukan semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu. Jaga adab-adab berjimak terutama membaca doa jimak { Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan hindarkanlah syaitan dalam apa yang engkau rezekikan kepada kami } agar terhindar dari campur tangan syaitan. Niat untuk beroleh zuriat yang beriman dan bertaqwa boleh dikuatkan dengan doa dan nazar. Niat yang disusuli dengan doa dan nazar memberi pengaruh yang besar dan kuat dalam pembentukan jiwa dan roh zuriat yang bakal dilahirkan. Firman Allah SWT : Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertaqwa. ( Al Furqaan : 74 ) Nabi Zakaria AS berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang mampu menyambung perjuangannya. Allah nukilkan doa Nabi Zakaria AS dalam Al Quran : Ya Tuhan ku, berilah aku di sisi ENGKAU seorang anak yang baik. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar ( Al Imran : 38 ) ( Ia Berkata ) "Ya Tuhan ku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepala ku dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhan ku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mewaliku ( orang yang menyambung perjuangan) sepeninggalanku, sedangkan isteri ku seorang yang mandul, amaka nugerahilah aku disisi Mu seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dab jadikanlah ia Ya Tuhanku seorang yang diredhai. ( Maryam : 4 - 6 ) Dan bernazarlah sebagaimana isteri Imran. Nazar ialah menunaikan janji apa bila niat terkabul. Setelah nazarnya terkabul, maka isteri Imran menyerahkan anaknya Maryam untuk berkhidmat untuk semata-mata beribadah kepada Allah SWT. Ingatlah ketika isteri Imran berkata " Ya Tuhanku sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat 9 di Baitul Maqdis), kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Ali imran : 35 ) Inilah peranan Niat, doa dan nazar dalam membentuk jiwa perjuangan zuriat yang bakal di lahirkan. Agar nantinya kelahiran zuriat itu memberi manfaat kepada sekelian alam. Sabda Rasulullah SAW : Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. Niat, doa dan nazar hendaklah dikekalkan setelah kelahiran zuriat, sebagaimana berdoanya Nabi Ibrahim AS Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata " Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan cucu ku daripada menyembah berhala. (Ibrahim : 35 ) Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. ( Ibrahim : 40) Ternyata niat sambil disusuli doa dan nazar merupakan amalan orang yang muqarrabin. Jika golongan muqarrabin pun berniat, berdoa dan bernazar dalam melahirkan zuriat yang beriman dan bertaqwa, lebih-lebih lagilah orang awam yang banyak dosa seperti kita, jika inginkan zuriat yang beriman dan bertaqwa memang sewajarnya kita melakukan niat, berdoa dan bernazar dengan sungguh-sungguh.






4. Memberi Ta'alim dan tarbiyah






Dalam menyambut kelahiran zuriat, sambil mengekalkan niat, doa dan nazar, usaha lahiriah perlu disusul. a. Tarbiah di dalam kandungan Pengalaman dan perasaan ibu perlu dikawal sewaktu hamil, kerana ianya memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan sikap, akal dan jiwa si anak. Ketenangan jiwa ibu yang sedang mengandung membantu pembentukan ketenangan jiwa pada si anak. Bagaimana ingin mendapat ketenangan ? Ialah dengan mengingati Allah SWT. Ingatilah Allah melalui zikir, pembacaan Al Quran dan ibadah-ibadah sunat yang lain. Kepatuhan Nabi Ismail AS untuk dikorbankan oleh Nabi Ibrahim AS lahir dari ketabahan Siti Hajar yang sanggup ditinggalkan di bumi gersang Mekah kerana perintah Allah SWT. Begitu juga halnya dengan si bapa. Aktivitinya juga mempengaruhi pembentukan jiwa anak di dalam kandungan. Watak yang ditonjolkan oleh Muhammad Al Fateh adalah disebabkan pengaruh roh jihad dan roh sufi ayahnya Sultan Murad. Maka lahirlah Sultan Muhammad Al Fateh yang sewaktu berusia 13 tahun sudah merancang untuk menumbangkan Kota Konstantinopel. Malangnya, kini tidak ramai keturunan Turki Osmaniah yang mewarisi roh jihad dan sufi Muhammad Al Fateh. Ada yang sehingga sanggup mendayuskan diri menipu isteri tua untuk beristeri muda. Saya yakin mereka ini tidak mempunyai hubungan keturunan dengan Muhammad Al Fateh. Sebaliknya mereka ini mungkin keturunan hamba sahaya atau penjenayah di era Turki Osmaniah, maka tidak hairanlah mereka ini bersifat bacul dan dayus. Proses tarbiah di dalam kandungan akan berterusan sehinggalah tempoh kelahiran ke dunia nyata. Susah atau senang dalam kelahiran menggambarkan peribadi yang dilahirkan. Aminah, ibunda kepada junjungan besar SAW tidak pernah merasa kepayahan sewaktu melahirkan manusia termulia ini. Begitu juga Maryam yang melahirkan Isa AS tidak merasa kesukaran dan kepayahan sewaktu melahirkan. Begitu juga Khadijah yang melahirkan fatimah Az Zahra. b. Tarbiah di luar kandungan Sabda Rasulullah SAW : Awal-awal agama mengenal Allah Tiap-tiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah ( suci bersih ), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi ( Bukhari dan Muslim ) Tunaikanlah hak ke atas bayi yang dilahirkan. Berikan nama yang baik. Di aqiqahkan dan dididik dengan ayat-ayat Al Quran, selawat serta zikir terutama sewaktu didodoikan. Ingatlah kata-kata bidalan bahawa tangan yang menghayun buaian itu yang bakal menggemparkan dunia. Andainya dodoian yang menjurus kepada ketaqwaan, maka anak itu nanti bakal menggemparkan dunia sebagai mujahid sejati. Andainya dodoian yang menjurus kepada kemungkaran, maka dunia akan digemparkan dengan maksiat dan fasad yang dilakukan oleh anak itu. Kawal alam persekitaran dan rakan-rakan anak-anak untuk membentuk fizikal, akal dan jiwa anak-anak agar mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. Wujudkan alam sekiling mereka dengan suasana majlis ilmu, muzakarah dan zikrullah. Susun program agar sentiasa berlangsung majlis zikir, ta'alim dan muzakarah di rumah agar fizikal, akal dan jiwa anak ini sebati dengan majlis di taman syurga. Walaupun anak-anak kurang memahami, tetapi suasana yang wujud dapat mencorak pemikiran dan jiwa anak-anak. Anak-anak yang tidak terdedah dan ditarbiyah dengan suasana majlis ilmu, apabila dewasa akan biadap dan kurang ajar sewaktu majlis ilmu berlangsung. Hidangkan anak-anak dengan kisah-kisah orang dizaman salafussoleh. Tonjolkan Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai wira yang sebenar dan bukannya watak-watak kartun ciptaan barat dan kuffar seperti ditayangkan di media massa. Bentuk akal dan jiwanya dengan bercerita. Kerana cerita-cerita tersebut akan meresap masuk ke dalam akal dan jiwa justeru menjadi azam dan cita-cita si anak untuk menjadi seperti tokoh dan watak utama dalam cerita tersebut.






5. Menjaga Makanan






Jagalah pemakanan anak-anak dari perkara yang haram, makruh mahupun syubahah. Makanan yang haram menjadi hijab kepada hati. Makanan yang makruh tempat kebencian Allah. Yang syubahah pula menghampiri perkara yang haram. Ketiga-tiganya menjadi penghalang bagi hati untuk bertaqarrub dan bermusyahadah kepada Allah SWT. Bila hati terhijab, tidak ada tempat untuk iman bertapak. Ibu Imam Syafie, pernah menjolok tekak anaknya kerana meminum susu yang tidak diketahui dari mana sumbernya. Omar Al Khattab sewaktu menjadi khalifah pernah merampas buah milik Baitul Mal dari tangan anaknya yang kelaparan kerana merasakan sebagai seorang khalifah HARAM bagi dirinya dan keluarganya mengambil hak rakyat. Abu Bakar memuntahkan semula susu yang diminum kerana susu itu dibeli menggunakan wang zakat.






6. Menyerahkan Anak kepada Murabbi






Murabbi adalah guru yang mentarbiyah kehidupan duniawi dan yang paling penting mentarbiyah kehidupan ukhrawi. Guru hanya boleh memberi ilmu. Ilmu yang diberi belum tentu mampu diamalkan oleh si murid. Di sini letaknya peranan murabbi. Untuk membimbing dan mentarbiyah murid untuk beramal dengan ilmu yang diperolehi, sama ada dari guru atau pun dari murabbi itu sendiri. Bai'ah antara murid dengan murabbi adalah langkah pertama, sebagaimana ditunjukkan oleh Jibrail dan Rasulullah SAW kepada Saidina Omar Al Khattab dan sahabat yang lain sewaktu Jibrail menyampaikan ilmu tentang Iman, Islam dan Ihsan. Dalam pembai'ahan tangan berjabat mesra, lutut bertemu lutut dan antara hati mekar rasa kasih sayang antara murid dan murabbinya. Ianya adalah suatu simbolik pautan hati antara murabbi dan muridnya, yang memeterai suatu perjanjian bahawa murabbi akan berusaha sepenuh jiwa untuk mentarbiyah muridnya dan muridnya akan sepenuh jiwa menerima ilmu dan beramal dengan murabbinya demi menegakkan hukum-hakam Allah di muka bumi. Murabbi menyalurkan ilmu dan membimbing untuk beramal dengan ikhlas. Murid menerima ilmu dan rela dibimbing dengan ikhlas. Maka terzahirlah manusia-manusia yang mengabdikan diri kepada Allah dan berlumba menjadi khalifah Allah untuk mentadbir alam ini. Demi menjaga rantaian barokah, maka murid akan menyebut nama murabbinya sewaktu menyampaikan ilmu kepada keluarga, sahabat atau masyarakatnya. Sebagaimana murabbi akan menyebut nama gurunya kepada si murid sewaktu berta'alim dan mentarbiyah. Guru murabbi pula akan menyebut nama gurunya kepada murabbi sewaktu murabbi menjadi muridnya. Dan begitulah rantaian rawi ilmu guru-guru atau murabbi sehinggalah ianya bersambung kepada tabiin kemudian bersambung kepada sahabat dan seterusnya kepada Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW dididik sendiri oleh Allah SWT. Begitulah rantaian ilmu yang berkat yang memudahkan murid untuk beramal, bagaikan rantaian perawi hadis yang meriwayatkan hadis yang akhirnya bersambung kepada Rasulullah SAW. Maka tidak hairanlah, Imam Asy Syafie sering menyebut nama gurunya, Imam Maliki dalam tarbiyah kepada muridnya. Muhammad Al Fateh menyebut nama gurunya, Shiekh Shamsudin Wali kepada tenteranya. Malangnya, kini istilah bai'ah dan murabbi sudah tidak diguna pakai. Malah ilmu yang barokah yang mempunyai rantaian yang bersambung dengan Rasulullah SAW juga tidak diendah. Orang Islam era modern dan cyber, lebih senang membeli buku dan membacanya. Bagi mereka "INILAH CARA TERMUDAH MENIMBA ILMU". Mereka mampu memiliki ilmu, tetapi tidak mampu beramal. Lihat saja kepada mereka, nak amalkan sunnah berserban dalam solat pun masih tidak mampu sedangkan serban adalah mahkota Rasulullah SAW. Maka lahirlah perjuangan Islam hanya berkisar dalam kepala dan berteori. Ilmu agama dibelajar dan ditafsirkan berdasarkan akal yang lemah, jumud dan tidak global. Ceduk sana sedikit, sini sedikit. Fatwa bukan lagi bersumberkan Al Quran, Sunnah atau ijtihad para ulamak, sebaliknya dari kepala otak si jumud. Maka tidak hairanlah ada di antara orang yang mengaku pejuang Islam berpandukan "pada pandangan saya.....", "pada hemat saya .... " dalam berfatwa dan membuat hukum. Fatwa yang telah dibuat oleh ulamak mujtahidin ditolak tepi dan diusahakan pendapat-pendapat para Imam dan ulamak modern untuk mensesuaikan dengan pandangan nafsu dan peribadinya. Sebagai contoh, saya pernah terbaca komen seorang yang mengaku kononnya alim dan ahli agama, menolak fatwa dan pandangan yang jelas dan mutlak oleh Hassan Al Basri, Imam Al Ghazali, Al Qarafi, Al Syatibi, Imam Nawawi, Ibnul Qayyim yang dibawa oleh seseorang dengan menggunakan pandangan seorang ulamak modern. Dia menolak atas alasan orang yang berhujjah hanya "copy & paste" kata-kata ulamak mujtahidin tersebut dan belum tentu apa yang tulis oleh ulamak muktabar sama dengan apa yang di "copy and paste". Yang paling melucukan, si ustaz celup itu pun copy & paste tafsir ulamak modern tersebut. Siap guna tafsir dalam bahasa inggeris lagi. Ampun maaf kalau saya katakan, orang yang sebeginilah yang hanya pandai cakap-cakap kosong tetapi menjadi syaitan bisu bila berhadapan dengan maksiat. Jadi perangai "cakap tara serupa bikin" dan sikap "yahudi yang mengaku Islam" nampaknya masih berleluasa di kalangan penganut agama "Islam Chatting". Manusia-manusia sebeginilah yang merasa gusar apabila ada pihak melakukan makrufat dan berdakwah. Mereka jugalah yang menyerang orang yang membuat makrufat atas alasan kononnya "tidak berhikmah" seolah-olah tindakannya yang menjadi syaitan bisu membiarkan sahaja rakan-rakan sekandang dengannya membuat maksiat tak kira masa walaupun di bulan puasa adalah sesuatu yang "amat berhikmah". Istilah "hikmah" dipersempitkan dan dihadkan. Mengapa ? Kerana ada kepentingan nafsu dan duniawi. Kerana sedar dirinya banyak kelemahan dan takut kelemahan terserlah dan hilang kepopularitian dan glamour. Manusia sebeginilah yang menzahirkan Islam dan menyembunyikan kekufuran. Atau istilah lainnya, merekalah golongan munafik laknatullah.






Golongan munafik wajiblah diperangi kerana tempat mereka lebih hina dari tempat golongan musyrik di dalam neraka jahanam. Inilah antara contoh-contoh yang nyata yang boleh kita lihat di chat room, portal dan group yang mengaku Islam.

Pastor Homoseks nak bina gereja di Malaysia??


Satu kontroversi tercetus di kalangan masyarakat Kristian Malaysia terhadap apa yang mereka dakwa satu cubaan seorang pastor, yang mengaku dirinya homoseksual, untuk memulakan sebuah gereja di sini. Sejak beberapa minggu lalu, banyak e-mel dan pesanan ringkas (SMS) membantah rancangan itu dikirimkan kepada Reverend Ou Yang Wen Feng, seorang pastor Malaysia yang berkhidmat dengan Metropolitan Community Church (MCC) di New York, Amerika Syarikat.
Beliau kini berada di Kuala Lumpur sekitar seminggu.
Menurut laman web MCC, gereja itu adalah sebahagian daripada satu gerakan gereja Kristian antarabangsa yang cuba mendapatkan sokongan golongan homoseksual, dwiseksual dan transeksual.
Rev Ou Yang, 37 tahun, menerima bidasan keras daripada masyarakat Kristian Malaysia kerana merancang mengadakan upacara penyembahan Ahad di sebuah hotel minggu ini.
Beliau mendedahkan bahawa dirinya seorang homoseksual tahun lalu dan dikatakan adalah pastor pertama di Malaysia yang berbuat demikian.
Rev Ou Yang, yang juga penulis kolum dalam akhbar Sin Chew Daily, belajar di Amerika Syarikat selepas mendapat biasiswa akhbar itu sekitar 1990-an.
Apabila dihubungi, Rev Ou Yang berkata beliau hanya cuba membangunkan sebuah gereja 'yang mana semua orang berasa selamat dan diterima'.
Adalah tidak adil untuk memberinya label sebuah gereja homoseksual, kata beliau. Menurutnya, beberapa e-mel yang diterimanya amat menyakitkan hati. - The Star



Homoseks juga sebahagian dari budaya kita?


Rakyat Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaan negara pada hujung bulan ini. Genap 31 Ogos nanti maka Malaysiaku Gemilang mencecah usia 50 tahun. Di ambang kemerdekaan ini kita sering menyingkap kembali perjuangan para pejuang kemerdekaan kita yang telah menumpahkan darah dan air mata untuk membawa udara kemerdekaan bagi kita bernafas dan mengharungi hidup seterusnya di atas bumi bertuah ini.Rakyat dari berbagai bangsa Melayu, Cina dan India masing-masing menyumbang ke arah kemerdekaan ini sehingga sama-sama kita membina satu negara bangsa berasasakan budaya yang kita terima dan warisi turun-temurun.Budaya Timur yang kita junjung, selaras dan selari dengan agama dan kepercayaan anutan kita masing-masing. Malah kita mampu hidup dengan aman dan damai kerana walaupun kita berbeza agama dan kepercayaan namun adat ketimuran mengikat kita seakan satu rumpun rakyat yang hormat-menghoramti dan saling percaya-mempercayai.Kita mengajar dan membentuk anak-anak kita untuk mengejar kemajuan dalam ruang lingkup kerangka budaya kita. Mereka terdedah dan mencungkil serta menimba ilmu dan maklumat dari luar namun mereka diingatkan untuk tidak menyerap masuk budaya kuning yang bercanggah dan bertentangan dengan budaya kita. Melayu, Cina dan India, kita semua mahukan anak-anak kita berjaya dan cemerlang sebagai rakyat Malaysia yang baik, berakhlak dan tinggi moralnya.Lalu saya terkejut apabila membaca berita berikut dalam akhbar The Star hari ini:Berita tersebut melaporkan berkenaan seorang warga Malaysia keturunan Cina yang kini adalah seorang paderi bertugas di Metropolitan Community Church (MCC) di New York. Masalahnya Reverand Ou Yang Wen Feng 37 tahun ini bukan seorang lelaki normal. Beliau mengakui adalah seorang gay yang mengamalkan seks sejenis.Lebih parah lagi Reverand Ou dalam kunjungannya ke sini membawa sekali kekasihnya seorang lelaki kulit putih bernama Angel Ayala yang beliau akui akan beliau kahwini sebaik sahaja bandaraya New York mengizinkan perkahwinan sejenis tidak berapa lama lagi. Ou menambah beliau nanti berhasrat untuk membuka cawanagn gereja MCC di negara kita menjelang tahun 2010. Gereja itu nanti akan terbuka kepada semua tanpa membezakan amalan seks masing-masing.Saya difahamkan amalan Ou ini ditentang oleh hampir semua gereja di Malaysia. Walaupun saya bukan penganut Krisitian saya tahu bahawa amalan homoseks ini bukan hanya ditentang oleh agama Kristian malah seluruh agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia dan ianya bercanggah sama-sekali dengan adat resam dan budaya kita turun-temurun.Dengan pengakuan Reverand Ou ini pihak berkuasa perlulah mengambil perhatian kerana kita tidak mahu rakyat Malaysia mencontohi amalan kotor beliau yang tidak dapat diterima di negara ini. Saya akui mungkin ada rakyat Malaysia yang mengamalkan seks sejenis seperti Ou ini tetapi itu mereka lakukan secara bersembunyi kerana amalan seks di luar tabiie ini dikategorikan sebagai suatu jenayah di negara kita.Cukuplah sudah dengan masalah keruntuhan moral dikalangan anak-anak remaja kita. Kita tidak perlukan seorang ahli agama seperti Ou pula untuk datang ke sini, meyalahgunakan statusnya untuk memperkenalkan amalan yang ditolak sama-sekali oleh semua rakyat Malaysia yang bermoral dan berakhlak. Yang saya hairannya kenapa akhbar ini memberikan ruangan dan layanan yang cukup istimewa kepada Ou ini, apakah mesej yang mahu ia bawa?

Sunday, August 12, 2007

rabiatul adawiyah : perindu cinta Allah....mampukah aku mencontohinya?..




Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”


Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”


Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”


Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:


“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”


Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.


Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”


Antara syairnya yang masyhur berbunyi:


“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”


Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”


Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:


“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”


Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.


Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Saturday, August 11, 2007

erti kasih sayang dalam islam





"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal." (Q.S. Al-Hujuraat [49]:13).



AJARAN Islam tentang kasih sayang telah lama di kumandangkannya dengan sempurna dan indah. Namun, kebanyakan dari manusia tidak menyadari apa erti sesungguhnya dari kasih sayang itu sendiri, sehingga dapat terhenti dan menyimpang dari aturan-aturan yang telah di firmankan oleh Allah SWT dan sabda-sabda Rasul-Nya.



Sebagaimana syair yang mengatakan,




"mawaddatuhu taduumu likulli haulin, wa hal kullun mawaddatuhu taduumu", kasih sayangnya (manusia) selalu kekal untuk segala hal yang menakutkan, dan apakah setiap orang itu kasih sayangnya selalu kekal. (Jawaahirul Balaaghah:407).




Hal ini jika tidak diniatkan semata karana Allah, maka ia tidak dijadikan sebagai ladang amal bahkan hanya untuk memperoleh keuntungan dan kesenangan duniawi saja.



Makna kasih sayang tidaklah berujung, sedangkan rasa kasih sayang adalah sebuah fitrah yang mesti direalisasikan terhadap sesama sepanjang kehidupan di dunia ini ada, tentunya dalam koridor-koridor Islam. Ini bererti bahwa Islam tidak mengenal waktu, jarak, dan tempat akan sebuah kasih sayang baik terhadap teman, sahabat, kerabat, dan keluarganya sendiri.




Rasulullah saw. bersabda, "Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah" Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya. (H.R. Turmudzi).



Dalam hadis tersebut kasih sayang seorang Muslim tidaklah terhadap saudara se-Muslim saja, tapi untuk semua umat manusia.




Rasulullah saw. bersabda, "Sekali-kali tidaklah kalian beriman sebelum kalian mengasihi." Wahai Rasulullah, "Semua kami pengasih," jawab mereka. Berkata Rasulullah, "Kasih sayang itu tidak terbatas pada kasih sayang salah seorang di antara kalian kepada sahabatnya (mukmin), tetapi bersifat umum (untuk seluruh umat manusia)." (H.R. Ath-Thabrani).



Bukan hanya kepada manusia saja ajaran Islam yang tinggi ini telah mengajarkan bagaimana kasih sayang bahkan terhadap haiwan dan tumbuhan yang harus direalisasikan. Abu Bakar Shiddiq r.a. pernah berpesan kepada pasukan Usamah bin Zaid, "Janganlah kalian bunuh perempuan, orang tua, dan anak-anak kecil. Jangan pula kalian kebiri pohon-pohon kurma, dan janganlah kalian tebang pepohonan yang berbuah. Jika kalian menjumpai orang-orang yang tidak berdaya, biarkanlah mereka, jangan kalian ganggu." Sebuah nasihat ini walau dalam keadaan untuk perang, ajaran Islam tetap memancarkan kasih sayangnya terhadap manusia, haiwan, dan tumbuhan.



Sebuah kisah lain yang menarik ketika Amr bin Ash menaklukkan kota Mesir, saat itu datanglah seekor burung merpati di atas kemahnya. Melihat kejadian ini, kemudian Amr bin Ash membuat sangkar untuk merpati tersebut di atas kemahnya. Tatkala ia mau meninggalkan perkemahannya, burung dan sangkar tersebut masih ada. Ia pun tidak mau mengganggunya dan dibiarkan burung merpati itu hidup bersama sangkar yang ia buat. Maka kota itu dijuluki sebagai kota fasthath (kemah).



Jelaslah bahwa ajaran Islam sangat menjunjung tinggi akan kasih sayang. Kita perlu mencontoh teladan Nabi saw. dan para sahabatnya yang benar-benar merealisasikan makna kasih sayang yang tanpa batas itu, tentunya untuk mencapai keridaan Allah semata yang bukan untuk mencari kesenangan dunia. Maka memang pantas bahwa Islam dikatakan sebagai agama rahmatan lil 'alamiin.



Sifat kasih sayang adalah termasuk akhlak yang mulia yang dicintai Allah. Sebaliknya Allah sangat membenci akhlak yang rendah. Di antaranya kepada orang-orang yang tidak memiliki rasa belas kasih sayang.




Ditegaskan hadis Rasulullah saw., Laa tunza'ur rahmatu illaa min syaqiyyin. Rasa kasih sayang tidaklah dicabut melainkan hanya dari orang-orang yang celaka. (H.R. Ibn. Hibban).




Yang dimaksud dengan orang celaka adalah orang yang tidak memiliki rasa kasih sayang di dalam hatinya baik untuk dirinya maupun orang lain.



Di sinilah perlunya kita bermuhasabah, bertafakur, apakah diri ini sudah benar menjalani hidup. Bagaimana kita mengasihi dan menyayangi ciptaan Allah sebagai akhlak yang mulia.




"Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah, Dia mencintai sifat pemurah, dan Dia mencintai akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah." (H.R. Na'im melalui Ibnu Abbas r.a.).




Cinta kepada Allah



Di antara manusia banyak yang cinta dan mencintai Allah, tapi lebih banyak yang mencintai dunia. Mencintai Allah adalah fardu bagi kaum Muslimin dan Muslimat yang bukan sekadar dikata saja. Dan jika kita benar-benar mencintai Allah secara kesungguhan hati, maka proses "rasa kasih sayang" untuk makhluk ciptaan-Nya akan terbentuk dalam hati kita. Selain itu, jati diri kita sebagai seorang Muslim akan tampak lebih kokoh serta mampu menjalani syariat-syariat Islam yang diridai dan di berkahi oleh Allah SWT.





Cinta kepada Allah adalah hal yang utama, sebagai jalan untuk memperoleh kebaikan dunia dan akhirat dengan melaksanakan perintah-Nya, menjauhi larangan-larangan-Nya. Cinta kepada Allah hendaklah melebihi cinta kepada segala yang maujud yang selain Allah. Mencintai Allah berarti juga mencintai Rasul-Nya, yakni mengikuti segala petunjuk Rasul dengan sepenuh-penuhnya.




Firman Allah SWT, "Katakanlah (hai Muhammad), 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.S. Ali Imran [3]:31). Ketahuilah, kehidupan akhirat adalah kehidupan yang lebih baik dan kekal.

Wednesday, August 08, 2007

erti sebuah tangisan

Kata Ibnu Qayyim -
10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah airmata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraungdan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklahmata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnyadari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yangtak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ialakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurangSerandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manisdan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalumenyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air matataubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodohyang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuatpersediaan .Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurangbersedekah buatamalan.Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalanuntuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segaladosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itudari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi danmencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, makaberguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.aAku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atauneraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Tuesday, August 07, 2007

SESUATU DI ANTARA WAKTU


Pernahkah suatu ketika kita mendapati bahawa ternyata secara tidak sengaja telah menyakiti hati orang-orang lain di sekitar kita. Kita melangkah memulai hari tanpa mengerti bahawa kelmarin, dua hari lalu atau hari-hari sebelumnya lagi, entah berapa banyak orang yang tidak berkenan dengan apa yang telah kita lakukan. Walau tanpa sedar, walau tak bermaksud demikian, namun hati yang terlanjur tersakiti, sulit untuk dipulihkan lagi.
Pernahkah kita menyedari bahawa mungkin hari ini kita telah mengecewakan banyak orang? Kita menyangka bahawa hari ini telah dilewati dengan lancar tanpa gangguan dan kita akhiri hari ini dengan tidur yang nyenyak. Namun, ternyata pagi tadi, kita terlupa mencium tangan orang tua untuk keluar ke sekolah, atau ke pejabat, terbersit sedikit kecewa di hati mereka. Pagi tadi, saat membayar tambang bas, kita memberikannya dengan huluran yang kasar hingga konduktor terasa terhina. Pagi tadi, saat masuk ke dewan kuliah, kita terlupa menyapa dan memberi salam dan senyum kepada beberapa teman hingga yang kita suguhkan hanyalah wajah-wajah penat dan kening yang berkerut.
Pernahkah terfikir oleh kita, bahawa sedikit kesan tak enak yang orang lain rasa dari tingkah laku kita, dapat membekas begitu dalam tanpa kita menyedarinya. Membuat mereka berasa sedih, kecewa, kesal atau bahkan marah kepada kita. Tanpa kita menyedari, bahawa hari itu telah kita lewati dengan menyakiti hati begitu banyak orang. Dan saat-saat hati mereka telah terluka, rasanya tak lagi bererti permohonan maaf kita saat kita ucapkan “I didn’t mean to…”
Kesalahan yang tidak disengaja, terkadang membuat kita sendiri hairan dan tertanya, “Bila aku melakukan hal itu? Betul ke aku telah bersikap kasar dengannya? Aku tidak bermaksud begitu. I didn’t mean to…” Dan sekian banyak maaf yang kita ukir untuk diri kita sendiri, tanpa peduli orang tersebut masih merasakan sakitnya hingga kini.
Tak usahlah lagi alasan itu dicari. Mari mulai perbaiki, mulai saat ini. Sebab kita tak pernah tahu bila diri kita pernah menyakiti hati orang lain.
Kita memang manusia yang sombong, merasa memiliki hak untuk menentukan hari esok, merasa berhak untuk menetapkan apa yang harus terjadi dan apa yang tidak harus terjadi pada hari esok. Kita juga menjadi manusia yang berburuk sangka kepada Allah, merasa diri tidak diperhatikan Allah, dizalimi Allah, selalu was-was resah gelisah menghadapi hari esok, takut jika menjadi manusia sengsara pada hari esok, takut tidak memiliki itu dan ini, takut tidak menjadi itu dan ini. Seperti kita saja yang jadi Tuhan, merasa paling benar, merasa apa yang terfikirkan adalah yang paling benar, yang harus terjadi esok hari. Kita jatuh ke dalam sebuah pusaran yang menghinakan, yang kita cipta sendiri, yang menjerumuskan, menghanyutkan diri kita sendiri!
Sedarlah wahai jasad yang bernyawa, yang memiliki fikiran dan perasaan, yang memiliki pendengaran dan penglihatan. Sedarlah bahawa engkau tidak berhak atas apa pun, engkau tidak memiliki kuasa apa pun! Allah lah yang Maha Kuasa, Allah yang mengenggam segala kekuasaan, yang memberikan kekuasaan kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Yang mencabut kekuasaan daripada orang-orang yang dikehendakiNya. Yang menuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, yang menghinakan sesiapa pun yang dikehendakiNya. Yang berkuasa atas semua makhluk. Dia di atas segalanya.
Sedarilah bahawa diri kita hanyalah hamba, yang tidak punya kuasa apa pun, tidak memiliki kekuatan untuk menentukan apa pun jua. Diri kita dan segala yang ada ini adalah buah ketentuan Allah, milik Allah, dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kita yang miskin, itu dari Allah. Kita yang kaya, itu juga dari Allah. Kita yang gagah, itu dari Allah. Semua dari Allah, milik Allah, ketentuan Allah. Jangan meratapi keadaan kita, jangan meratapi mengapa kita harus begini, sedangkan orang lain begitu. Jangan protes! Palingkan pandanganmu dari kebendaan, hadapkan dirimu ke Pemilik kebendaan itu.
Ketika Allah memiskinkan dirimu, bukan beerti Allah menzalimi dirimu. Ketika Allah mengkayakan dirimu, bukan beerti Allah melebihkan dirimu. Ketahuilah bahawa kekayaan, kemiskinan, status, jawatan sosial, ketampanan kecantikan, setiap keadaan yang ada, setiap eksistensi kita, pada hakikatnya semuanya adalah sama. Semua itu adalah milik Allah, dari Allah, yang dititipkan kepada manusia, diamanahkan kepada manusia, untuk ditunaikan pada jalanNya.
Kemuliaan manusia bukan terletak pada apa yang dimiliki manusia, apa yang disandang manusia, tetapi kemuliaan manusia adalah pada taqwanya. Sejauh mana dia melaksanakan amanah Allah. Sejauh mana dia mangarahkan apa yang dititipkan Allah itu.
Orang kaya, kemuliaannya tidak terletak pada hartanya, tetapi terletak pada bagaimana dia memanfaatkan kekayaannya, memaknainya, sejauh mana kerelaan dirinya untuk mewakafkan modalnya di jalan kesolehan.
Orang miskin juga punya modal. Modalnya bernama kemiskinan, kemuliaanya adalah sejauh mana dia memanfaatkannya dan menyikapinya, memaknai kemiskinanya. Apakah dengan kemiskinannya dia semakin dekat atau malah semakin jauh dengan Allah? Bersabar atau berkeluh kesah, redha atau malah protes kepada Allah.
Manusia mempunya kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang ditentukan Allah kepadanya. Manusia, misalnya, tidak dapat terbang. Ini merupakan salah satu ukuran atau batas kemampuan yang Allah anugerahkan untuknya. Kita tidak mampu melampauinya, kecuali jika kita menggunakan akal untuk menciptakan sesuatu alat, namun akal kita juga mempunyai ukuran yang tidak boleh dilampaui.
Di sisi lain, manusia berada di bawah hukum-hukum Allah sehingga segala yang kita lakukan juga tidak terlepas daripada hukum-hukum yang telah mempunya kadar dan ukuran tertentu (sunnatullah). Robohnya tembok, berjangkitnya penyakit, adalah berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan Allah. Tetapi Tuhan telah menganugerahkan manusia kemampuan memilih. Dan menjadi jelaslah kiranya bahawa adanya takdir tidak menghalangi manusia untuk berusaha menentukan masa depannya sendiri, sambil memohon bantuan
Ilahi.
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...