Wednesday, September 30, 2009

Running Assessment : Oral Contraceptive Pill [Health Education]


Oral Contraceptive Pill is a pill that containing hormone (either combination of estrogen n progestin or progestin only). This pill is used for women who are deciding in family planning.

This pill acts by 3 mechanisms :
1) prevent the ovary from producting the ovum
2) reduce the receptive of endometrium (uterus lining) in implantation
3) reduce the ability of sperm in penetration to the uterus.

The contraindications of this pill are :
1) woman with family history of deep vein thrombosis (visible blood vessel)
2) woman who is overweight (BMI > 30)

Assessment

1) Ask medical history (heart disease, DVT)
2) Ask any gynaecological disease (abnormal vaginal bleeding)
3) Ask current medication (anticonvulsant, antituberculosis, antibiotic broad spectrum such as cephalosporin)
4) Ask about life style (smoking, drinking)
5) Ask the last menstrual period (LMP) to make sure the client is not pregnant.
6) Ask about when the last time the client do the Pap smears test
7) Ask whether the client is breastfeeding the baby or not

Education :

How to start the pill:
1) If the client is not breastfeed the baby, the 21 days pill (OCP) is suggested.
2) Take the 1st pill on the 1st day of period (menses)
3) Take the pill until 21 days (in same time)
4) Break for 7 days after that (automatically, the menses will occurs in this time because the OCP will control your menstrual cycle)
5) Take the 2nd packet on the day after break.

1) If the client is breastfeeding the baby, the 28 days pill (progestin OCP) is suggested.
2) Take the 1st pill on the 1st day of period (menses)
3) No break in this kind of pill

Common problems in taking pill:
1) Nausea - will relieve on the 3rd packet - avoid taking the pill with food or after having meal.
2) Breast tenderness
3) Bleeding

If you forgot to take?
- if less than 12 hours, just proceed as usual
- if more than 12 hours, just proceed as usual also but within 7 days, you should use other precautions such as condom and so on.

Tips to remember :
- use handphone, set the reminder when you should take the pill
- scheduled the time of taking the pill such as have to take the pill before going to bed.
- keep the pill in your handbag

Seek the medical attention as soon as possible if :
- Abdominal pain
- Chest pain
- Severe headache
- Blurred vision

~Anjeruby~

Saturday, September 26, 2009

Ku Iringi Dengan Doa

Salam pengabdian kepada hamba2 Tuhan yg telah mengabdikan diri kepadaNya.

Hari ini, air mataku mengalir apabila singgah di blog KasihRizhad.
Walangkopo, salah seorg rakan blogger yg tidak pernah ku temui secara realiti telah pergi memenuhi janji Tuhannya.

Walangkopo@JMD,
Seorang insan yg ku kira cukup tabah menerima ujian sakit. (kanser)
Aku suka mengikuti perkembangannya.
Dan segala tulisannya, telah mengajarkan ku erti sebenar dlm menerima segala takdir Ilahi.

Dan
Secara kasar..
Aku nmpak bahawa walangkopo adalah contoh insan yg beriman dengan takdirNya.

p/s: petikan dr KasihRizhad

"Juallah dunia kamu kepada akhirat kamu, nanti kamu akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah kamu menjual akhirat kamu kepada dunia kamu, nanti dia merugikan kamu bagi keduanya serentak"

~Anjeruby~

Thursday, September 24, 2009

Eid Fitr & Diarrhea

Salam kemenangan buat pencinta Tuhan yang Maha Memberi Kemenangan.

This Eid celebration.. i forgot to snap any picture. Although my hand-made kuih raya (tapai n ketupat).kuih farael jual

Its ok for me. I'll snap them in my memory. Save as in my brain.

Once, I got a SMS. From my ex-wardmate, Ecah.
Asked me how to treat diarrhea. Should be administered water+salt?

I hardly thinking. Why not just administer ORS (oral rehydration salts)? Hm, maybe xde ORS there. So, ORS manual la maksudnya.

Diarrhea actually can cause dehydration. So, preventing dehydration is very important.

Dehydration occurs when the body has lost too much fluid and electrolytes (the salts potassium and sodium). The fluid and electrolytes lost during diarrhea need to be replaced promptly – the body cannot function properly without them.

Although water is extremely important in preventing dehydration, it does not contain electrolytes. To maintain electrolyte levels, you could have broth or soups, which contain sodium, and fruit juices, soft fruits or vegetables, which contain potassium.

Tips about food
Until diarrhea subsides, try to avoid milk products and foods that are greasy, high-fiber or very sweet. These foods tend to aggravate diarrhea.

As you improve, you can add soft, bland foods to your diet, including bananas, plain rice, boiled potatoes, toast, crackers, cooked carrots and baked chicken without the skin or fat.

~Anjeruby~

Thursday, September 17, 2009

Kredit Kalam Cinta Dari Syurga

"Kak, nape akk bg nama tintasalsabila pd blog akk?" Hajar (a.k.a princess@gomok hijau), my classmate asked me.

Tintasalsabila...wujudnya sudah hampir 2 thn setengah. Kalau ikut human development dalam ilmu paediatrics ni...dah dipanggil usia toddler ni. Bukan infant lg dah...so, semua sistem2 badan dah matured dah.

"Sebab akk suka nama tu. Tinta itu dakwat. Salsabila itu nama salah 1 sungai dalam syurga.." saya balas.

"Hm..tintasalsabila.KALAM CINTA DARI SYURGA.." hajar respon.

"KALAM CINTA DARI SYURGA"

Ya, sebab idea bernas hajar inilah membuatkan saya rasa ingin menukar.
Daripada tintasalsabila : [Jihad] : Paksi Cintaku, kepada tintasalsabila : Kalam Cinta Dari Syurga.

Saya bukan sesiapa utk mengaku segala penulisan saya adalah wahyu dari syurga.
Tetapi apa yg ingin saya maksudkan ialah...

Semoga segala penulisan saya ini bermanfaat utk diri saya dan pembaca.
Semoga penulisan ini boleh menjadi salah 1 saksi yg boleh membawa saya dan pembaca ke laluan syurga...

~Anjeruby~

Tuesday, September 15, 2009

Graduan UIAM Syahid di Palestin

Drp: http://blogs.iium.edu.my/martinelli/

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

~Anjeruby~

Saturday, September 12, 2009

Di Putrajaya Bersama Tan Sri


"Inilah tenure yg paling berjaya, krn kita diberi peluang utk sampaikan hasrat hati kita terus kepada Tan Sri" Kak Hanisah mengomel.

Ya.

11/09/09
Anwar (president SRC Kuantan), Syaza (vice president SRC Kuantan), Hafiz (Treasurer), Umme (Sdev), Airul (Welfare), Husna (Info) dan saya serta semua president KBS (Kulliyyah based society) bertolak seawal pagi ke Putrajaya.

Berpeluang berjumpa terus dgn President IIUM, Tan Sri Sidek Hasan a.k.a Ketua Setiausaha Negara, amat dihargai.

Berpeluang duduk semeja dlm bilik mesyuarat dlm bahagian Kabinet Menteri, xkan dilupakan.

Ketika Tan Sri sedang bercerita ttg struktur organisasi Jabatan Perdana Menteri, hati saya tersentak.

Selama ini, kita selalu ingin menanam jiwa negarawan dlm hati pemuda. Tetapi pd hakikatnya, sy sendiri, belum mampu berjiwa negarawan.

Mesyuarat tersebut, bukan shj memberi ruang kpd kami utk menyampaikan hasrat hati kami dlm menjayakan visi n misi IIUM (IIIC), tetapi ia juga telah memotivasikan saya dlm mencipta langkah, bagaimana seorang negarawan harus berfikir.

p/s: jgn jadi ahli politik, sebaliknya, jadilah negarawan. betul ke?..

~Anjeruby~

Thursday, September 10, 2009

Padang itu Saksi Kita


sorry.gambar hiasan je.x teringat plak nak ambil gambar padang MPK

09/09/09

the beautiful date.
i like to memoir dis date..with my blind date.

dis is my 1st day.
iftar there.
although sampai a bit late. Orang dah berbuka puasa waktu tu.
I break my fasting in car, with agar2 yg sape punya ntah, dlm kereta hajaq.

"Ada 2 benda yg sy suka kat pahang ni. selain drp tu, sy x suka." said Hajaq. Sorry org2 Pahang, dis is the sincere words..we r not hypocrite one..=)

"Suka sbb ada IIUM (of course taman ilmu n budi, tempat tadahan ilmu) and iftar kat padang MPK (dekat masjid negeri)"
Betul3x.

Seingat saya, selama sy bernafas, IFTAR RAMAI2 DI PADANG BERSAMA RAKYAT KUANTAN hanya available di Pahang shj.

Negeri len, xde kot.

Hopefully mane2 exco negeri yg terbaca blog ni, boleh take note, n provide di negeri masing2.

Padang itu saksi kita

Kembali kpd tajuk entri kali ini.
Padang MPK itu menjadi saksi ukhuwwah kita makin bertaut. Walaupun cik Fish xde.
Tp ada khai, hajaq, tiq, usu n ateh.

Padang MPK itu menjadi saksi bahawa kita semua mahu menjadi hambaNya yg taat, dengan berzuhud dlm berbuka puasa.

Namun

Padang MPK itu juga menjadi saksi
Couple2 yg tiada ikatan yg dibenarkan Islam berbuka berdua2an.
Lelaki dan perempuan yg berkawan melampau batasan berbuka beramai2.
Manusia2 yg hanya datang utk berbuka puasa semata2, diragui sembahyang maghrib, isyak n terawih atau tidak.
Lelaki2 yg tinggi hormon testosterone nye mengorat gadis2 manis.

Padang itu menjadi SAKSI segala2nya.

p/s: nak berbuka atas air pantai plak

~Anjeruby~

Wednesday, September 09, 2009

Tahajud Cinta


Di sepanjang waktu ku menjani kehidupan ini
begitu banyak dosa kesalahan terhadap mu ya ALLAH..
Di malam yang indah ini ku bersujud di hadapan Mu..
hanya sekedar mengaharap belas kasihMu..

Ayat-ayat mu berkumandang di stiap tempat-tempat ibadah…
begitu syahdu terdengar..
tergetar hati ini..
tergerak jiwa ini..
tuk bersujud di pangkuan mu

Bertekuk lutut disini..
Dan memanjatkan doa
Bersembah sujud…
Hanya untuk-Mu ya Allah..

Ku hanya mahluk ciptaan-Mu
Yang berlumur dosa
Ampuni segala kesalahan..
Tunjukkan ku jalan yang kau ridhoi..

mohon ampun…
atas semua dosa yang telah ku perbuat…
dan ku sadari semua kesalahan itu…

ampuni ku ya ALLAH..
ampuni ku ya ALLAH..
ampuni ku ya ALLAH..

~Anjeruby~

Tuesday, September 08, 2009

Sehambar Ambal Tabriz

I
AMBAL berwarna terang yang disangkut di dinding ruang tamu bercat pic, kutatap tanpa berkedip. Kubetulkan letak kaca mata supaya ruang pandangku lebih jelas.

Beg pakaian yang kusandang, berlapik blaus oren berbunga halus dan selendang warna senada, tiba-tiba terasa berat. Ceria yang menguasai diri sejak melihat mata Su Aida selepas tiga tahun tidak bersua di Lapangan Terbang Bayan Lepas, hilang begitu sahaja.

Entah bagaimana ambal ini menghias manis ruang tamu kediaman Su Aida. Dadaku berdebar-debar menelah, meskipun keyakinanku begitu tebal mengatakan itu ambal buatan tangan gaya Tabriz. Kuteliti warna latar krim yang menonjol dominan, disertai imej turanj di bahagian tengah dan motif bunga-bungaan dan dedaun paut-memaut di bahagian tepi, arabesque yang sering mencairkan jiwa para peminat seni Islam. Gah mempesona kehalusan tangan penenun oriental yang cekal, mengikat simpulan demi simpulan benang raj, adakala sehingga beratus jumlahnya dalam setiap inci persegi. Celupan warnanya sedaya upaya memiliki warna alam - biru tua meminjam warna nila pekat, krim meminjam warna bunga teluki, hijau meminjam warna daun, coklat meminjam warna kayu serta tiga rona merah daripada gelap sehingga terang; warna bunga-bungaan. Pesona mata dan hiburan nurani sekaligus.

Mataku akhirnya beralih separuh enggan meneliti tanda nama pembuat ambal itu. Tersenggeng pada sisi vertikal sebelah kiri dalam kaligrafi Nasta‘liq. Alif. Jim. Aku terkesima. Tidak mungkin dia. Aku cuba menolak sangka yang mungkin sekadar kebetulan. Bukan namanya sahaja dalam dunia ini berpangkalkan A dan J, walaupun hubungannya dengan ambal dan Tabriz mengecilkan kebarangkalian itu.

Ya Tuhan!

Nafas berat mengasak dadaku serta-merta. Kurasakan seolah-olah seluruh wajah yang akhir-akhir ini semakin mencengkung dek kesibukan projek pameran seni bina Islam terhenti alir darahnya. Mungkinkah suatu kebetulan boleh menyusup sedekat ini ke dalam hidup? Misteri apa ambal Tabriz ini muncul di Bayan Lepas di kediaman Su Aida, ibu saudaraku?

Sesusuk bayangan pemuda sederhana gempal meliuk-lentuk dalam jemala ingatan. Alisnya yang tebal melintang tirus atas sepasang mata coklat, hidungnya yang mancung tinggi tipikal lelaki Parsi dan bibirnya yang tipis merah; muncul bagaikan fatamorgana di tengah gurun gersang. Ali. Ali Jamshid. Di mana agaknya pemuda Tabriz penenun ambal yang kuanggap benteng budaya itu sekarang? Batinku benar terganggu oleh ambal 4 x 6 kaki, kini di depan mata. Kakiku yang bersarung celana denim biru tua membeku antara anak-anak tangga, terbius oleh sebuah kebetulan atau entah sebuah jawapan.

“Razwina, mari Su tunjukkan bilik.” Kubungkus semula memori lama kembali ke ruang kenangan, lalu kuhayun langkah menuju suara lunak Su Aida di bilik tetamu yang telah dihiasi ros merah dan baby breath segar. Namun sang bunga tidak dapat menawanku kembali daripada gangguan sebentang ambal Iran di dinding pic Su Aida. “Nampaknya Su sudah jadi peminat kesenian Islam sekarang. Dari siapa ambal istimewa di dinding sana agaknya?" Akhirnya terlantun juga dari kotak suaraku sebuah pertanyaan, tanda mengalah kepada rasa ingin tahu atau mungkin intuisi halus yang membuak-buak.

Bibir bergincu Su Aida tersenyum sambil menuturkan jawapan yang serba membingungkan, menyauh debar lebih dalam ke dasar jantung. “Hmmm . . . kurator kesenian Islam seorang ini pantang melihat hasil seni. Tetapi cerita ambal istimewa itu, lebih pantas kita dengar dari pemiliknya. Di lapangan terbang besok, biar Naili rungkaikan semua.” Warasku beranjak dipagut resah. Su Aida barangkali dapat melihat riak halus di tasik perasaanku. “Cerita kamu? Su lihat kamu sudah banyak berubah. Barangkali sejak menyertai Muzium Kesenian Islam itukah?"

Aku pasti Su Aida mengisyaratkan perwatakanku dan pakaianku yang kini lebih sopan tenang, berbeza denganku dahulu yang riuh, lantang dan tanpa tudung, meskipun bergelar penuntut universiti Islam. Kutenung mata Su Aida sambil menarik selarik senyum penuh makna.

II

Kubikel belajarku di tingkat empat perpustakaan bukan gempa bumi petang itu, tetapi gempa wacana. Kemunculan Ali Jamshid dengan salam bertenaga menamatkan pertapaanku melayan rasa tidak puas hati tentang keputusan pasukan debat. Konon mahu menjernihkan fikir dan rasaku. Bagiku, menikmati seni reka Islam bangunan universiti kami di perlembahan Gombak jauh lebih mengubat hati. Tenang dataran masjid dan gerak-geri para penuntut meraup air wuduk di pili kolah umum, menyuburkan cambah hujah meskipun wajahku membias kecewa.

“Ada pengakuanmu dahulu, bukan? Katamu kau lebih akrab dengan nama-nama Van Gogh, Toulouse-Lautrec, Canaletto dan Gauguin, daripada mesra dengan barisan nama Qutbah, Al-Hayyaj atau adik-beradik Al-Sijzi?”

“Jadi salahku apa? Itu hanya pernyataan tulusku, Ali, dalam perbualan santai bilik persatuan. Maklumlah, aku tidak lahir dalam keluarga penenun ambal dan aku bukan pakar manuskrip!" Hangat hatiku payah sekali dingin. Kedudukanku sebagai pendebat kedua telah diberikan kepada Ali di pertandingan akhir ini, meskipun dalam pusingan terdahulu aku pernah menyandang gelar pendebat terbaik sebanyak dua kali. Itulah tuah Ali yang selama ini diam di kerusi belakang pendebat simpanan.

Alasannya remeh amat; hanya kerana dia pelajar konservasi manuskrip Arab dengan latar belakang keluarga pembuat ambal eksotik Iran. Lalu dimuktamadkan, dia pasti akan lebih menjiwai debat ini. Berbanding aku. Alasannya lagi, aku dari aliran humanistik sejarah, manakala bapaku adalah pemilik butik seni moden aliran Barat, yang cenderung melihat seni Islam itu feminin dan kurang nilai intelektualnya. Betapa prejudis. Kini, baki tiga hari sebelum bertarung hujah dengan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pencadang isu “Kesenian Islam Masih Relevan dan Perlu Diberi Nafas Baru oleh Generasi Muda Islam” berasa kurang ertinya.

“Dengar dulu, Wina. Kamu tidak salah sedikit pun. Bagiku, kedudukanmu umpama anak angsa putih, yang menganggap itik hitam itulah ibumu, semata-mata kerana itik hitam itu yang mula-mula kau pandang sebaik menetas. Tetapi jangan kau lupa, kau sentiasa boleh mencari ibu sejatimu! Sudah tentu, sama ada kau anak itik hitam atau angsa putih, bergantung dalam kelompok mana kau berada.” Aku menanggapi patah-patah kata Ali dengan kekaguman yang kusembunyikan. Sayup-sayup hatiku mengakui pemuda Iran ini, dari bangsa pengagung para penyair, mampu menyihirku dengan tutur bicaranya. Namun sayang sekali, apa gunanya pandangan Ali? Sudah tentu tidak dapat merubah prejudis para jurulatih terhadap latar belakangku.

“Bersedia sahaja, ya Wina. Siapa tahu rencana Allah di sebalik rencana kita?" Begitu pesannya sebelum melangkah meninggalkanku di kubikel. Bibir tipisnya mengorak senyum paling manis sejak empat bulan kami saling melontar idea dan kritikan di medan latihan debat.

Malam sebelum debat itu berlangsung, malam latihan terakhir di bilik persatuan untuk merumuskan keupayaan kami di pentas sebenar, pecah kecoh dalam pasukan kami. Ali tiba-tiba diserang flu keras dan demam. Dia memakai baju panas mendatangi latihan dengan wajah merah oleh suhu tinggi, dan akhirnya rencana Allah menukar peranan kami kembali.

Kuperas jawapan Ali habis-habisan selepas universiti kami menjadi juara debat keesokannya. Ali mengaku tulus, demam jasmaninya itu memang dicarinya sendiri, asal dapat menyisih kemuraman yang merajai wajahku. “Demamku bahang kasih, Wina.” Guraunya penuh makna. Dia menatapku sungguh-sungguh, sampai aku jadi malu.

Sejak saat itu, ambal persahabatanku dan seorang Ali Jamshid bukan lagi dari bebenang kapas biasa, tetapi dari bebenang sutera yang disimpul erat jalinan kasih. Dia menuntunku sebagai anak angsa putih – ya, dia dalam kelompok yang menganggapku angsa putih – menemui ibuku yang sejati.

“Kita wajib meneroka kembali khazanah kesenian Islam selama seribu tahun yang telah dipisahkan daripada kita, Wina.” Begitu dalam perjalanan cita, kami sama-sama belajar menikmati seni menuju amanatnya yang tertinggi, gerbang ke lorong cinta Ilahi. Kami percaya pintu hidayah tidak semata-mata terbuka dengan pedang, tetapi juga dengan seni.

Bukan namanya kasih sejati jika tidak melahirkan pemberani yang sanggup menerima tanggungjawab daripada wali seorang gadis. Begitu Ali yang kukenal, dia memang seorang pahlawan seni, juga pahlawan cinta. Ayah menyambut Ali dingin sekali pada cuti semester tahun akhir itu, sekadar memenuhi syarat memuliakan tamu, namun Ali rela menadah amarah dan merendah diri. Betapa suasana tenang di rumah kemudiannya huru-hara oleh taufan ayah.

“Tidak ada anak gadis ayah akan menikahi Syiah, faham? Dan tidak sekali-kali anak penenun ambal itu.” Kata-kata itu seperti guilotin memotong leherku. Aku hulurkan pada ayah segala rasional yang kutahu. Syiah atau Sunni itu wujud hanya gara-gara percakaran politik dunia Islam. Kedua-duanya masih Muslim. Sunni atau Syiah, darah kedua-duanya masih tidak halal untuk ditumpah. Aku petik fatwa Al-Azhar. Aku petik pandangan Muhammad Mahdi Akef. Aku berjuang untuk Ali dan janji kami. Lalu kutunggu hati panas ayah menyejuk, berdoa dan bersabar dalam sujud, tepu harap.

Hari penuh sejarah itu, selepas lima bulan kami merayu dan memujuk tanpa jemu, ayah menurunkan cap mohor atas kasih kami. Restunya bersyarat. Ali meraup wajah tanda syukur di sofa ruang tamu, memantapkan hatiku sungguh-sungguh bahawa cabaran ayah itu bakal dapat dipenuhinya. “Hanya sehampar ambal, Wina. Aku akan menenun yang paling cantik. Ambal cita kita!"

Begitu akhirnya Ali kembali ke Tabriz, demi melaksanakan syarat ayah. Tunggu aku, rayunya. Namun, sejak itu juga aku tidak pernah menemui Ali. Sehabis daya kuhubunginya. Sistem pesanan ringkas, telefon, mel elektronik dan hubungan masa sebenar dunia maya kekal sepi. Demi menghidupkan bara ingatan padanya di dupa hati, kukejar gelar kurator Muzium Kesenian Islam hingga berhasil. Kucari raut wajahnya antara para pengunjung muzium saban tahun. Kucari raut wajahnya dalam pameran antarabangsa di negara-negara persinggahanku. Kupegang janjinya menenun sehampar ambal lambang cita kami. Bertahun-tahun kutunggu.

III

Mataku tertancap ke arah sesusuk tubuh tinggi lampai yang baharu keluar dari pintu balai ketibaan Lapangan Terbang Bayan Lepas. Itulah susuk tubuh yang kukenal sejak kecil, Naili Sukma. Kucari-cari tampang lelaki Iran sederhana gempal yang kubayangkan akan berjalan tegap di sampingnya, namun mataku menjamah wajah dan badan seorang pemuda yang terlalu berbeza.

Sewaktu Naili dan pemuda itu kian menghampiri aku dan Su Aida dari celah-celah kumpulan manusia dan tumpukan bagasi penumpang lain, hatiku bagai luruh dari dada ke lantai lapangan terbang. Kakiku meliuk seperti ilalang, hanya kekuatan semangat sahaja menyekatku daripada tumbang. Aku tatap sepenuh hati lelaki yang kini tepat berada di hadapanku, berdiri di sisi Naili dengan senyuman. Dia benar-benar lelaki itu, yang kutunggu sepenuh jiwa.

Namun dia bukan lagi Aliku yang dahulu. Ali Jamshid yang menghilang dalam wujud yang sempurna. Bahagian kiri wajahnya telah diparuti kesan luka, dan sebelah rongga matanya telah kosong dari alat indera lihat, hanya ditutupi kulit kelopak mata yang berkeriput oleh parut bekas jahitan. Syukur sekali sebelah mata coklatnya masih berfungsi, dan mata itulah memberi tanda dia mengenaliku - ada manik basah muncul di tubirnya. Bibir tipis Ali pantas menyebut namaku tanpa keliru. Naili dan Su Aida bertukar pandang, kebingungan. Kubiarkan.

Kuamati tubuh Ali yang kurus sekali di sebalik kemeja kuning berlengan panjang. Empangan air mataku musnah sewaktu kusedar tangannya kini tidak lagi sepasang. Sebelah kakinya juga, kelihatan kerdil oleh kecacatan. Mindaku berlari antara garis mimpi dan realiti yang berpilin kusut.

Malam itu di banglo pinggir Bayan Lepas, lima tahun yang hilang antara aku dan Ali menjadi seperti dongeng. “Selepas kudengar ISESCO mengumumkan negaramu sebagai Kota Kebudayaan Islam, cita-citaku yang bertahun-tahun dingin oleh kecelakaan bom di Mashhad hangat semula. Kufikir jalan pembebasan diri dari menyesali takdirku biarlah dengan memburu sarjana sejarah dan peradaban Islam di Exeter. Di sanalah kujual ambal itu kepada Naili, sebelum kami bersahabat dan aku bertandang ke mari. Bukan tidak mengenangmu dan janjiku, tapi aku bukan lagi Ali yang dulu.”

Pandangan kami yang bersatu beralih menatap ambal yang digantung manis di ruang tamu. Sehampar ambal tenunan cita, yang sempat disudahi Ali sebelum melawat saudaranya di Mashhad. Tiada lagi hutang janji antara kami, hanya keinginan melangkah seiringan ke gapura cita.

“Jangan biar apapun merobohkan bentengmu lagi, Ali!”

~Anjeruby~

Siapa Tak Pernah Menangis


Siapa yang tak pernah menangis
Dihujung setiap ketawa dan lupa

Siapakah diantara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah Tuhan?

Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa

Airmata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu


Lagu: Zubir Ali
Lirik: Nazri

dengar di : http://www.imeem.com/pamyuen/music/yNv9wgzG/zubir-ali-siapa-tak-pernah-menangis/

~Anjeruby~

Wednesday, September 02, 2009

Berterawih di Mansourah


Alhamdulillah, salam Ramadhan.

Berkatnya Ramadhan ini.
Baru usai 11 hari menempuhnya, sudah banyak ujian2 yg mampu menyebabkan insan mengalirkan air mata dihidangkan kpd kita.

Ujian itu tarbiyyah terus dr Tuhan yang Maha Menyayangi hambaNya.
Air mata itu pelembut hati.
Pelembut buat hati yg keras.
Pembasuh dosa2 yg berkarat di dasar hati.
Alhamdulillah.

Berimamkan imam yg didatangkan khas dr Mansourah, Mesir, aku bersujud syukur.
Indahnya beribadah pdMu, wahai Tuhan.

Lazatnya mengadu segala keresahan hati padaMu, hai Kekasih segala kekasih.
Enaknya dpt mengalirkan air mata dlm menangisi segala keterlanjuran.

Tiada perkataan mampu digambarkan lg.
Solat sunat terawih itu hanya ekslusif di bulan Ramadhan sahaja.
Siapa yg mengambil ringan akannya, maka rugilah ia.
Kerana Ramadhan yg akan berlabuh nnt tidak dapat menjanjikan pertemuan buat kali seterusnya pd kitaran akan datang.

Saat2 Ramadhan ini amat kuhargai.

Hai anak Adam
Janganlah engkau menyembah iblis.
Ikutilah jalan Tuhanmu yg lurus.


Aku BERIMAN pdMu, ya Allah

~Anjeruby~
12.47am
02/09/09
Medan Perang
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...