Monday, March 30, 2009

My Lord..Calm Me Down.


Semalaman saya tidak tidur...Resah dan gelisah. Resah dgn masalah itu yg baru datang dan gelisah dengan final exam yang hanya beberapa jam shj lagi.

Kepala pening. Ujian yg benar2 menguji pada waktu yg benar2 terdesak.

Lemahnya manusia, hanya dgn sedikit ujian, mampu melumpuhkan semua saraf kehidupan.

Tiada siapa yang mampu menghidupkan kembali semangat yg mula luntur, melainkan hanya Dia.

"Dan janganlah kamu berasa lemah dan berasa sedih, sesungguhnya kamu itu tinggi darjatnya jika kamu beriman.."

Saturday, March 28, 2009

Kenapa bukan Muslim Yang Mulakan..


Lagi 2 jam..countdown to switch off the light. To support EATH HOUR 2009.

1) Global warming = insiden yang menakutkan, manifestasi drp kerakusan manusia mempergunakan bumi tercinta ini.

2) Kajian telah membuktikan, iceberg di kutub Utara mahupun Selatan semakin berkurangan kuantitinya. Aras air laut semakin tinggi dan tidak mustahil, banyak benua2 kecil mungkin akan tenggelam di dasar laut, terpupus dr peta dunia.

3) Mungkinkah Malaysia?

4) Bukankah Allah telah memberi amaran...bahawa kerosakan di bumi ini ialah drp tangan manusia itu sendiri??

5) Khalifah yang diutus Allah ialah manusia yang dapat menggunakan dan mentadbir bumi sebaik mungkin, dan khalifah itu ialah mrk yang menegakkan Tauhid Allah

6) Tp, kenapa bukan muslim yang mulakan kempen Earth Hour ni? Earth Hour yg lepas, tiada 1 pun negara Islam yang ambil bahagian.

7) Alhamdulillah, Malaysia ambil bahagian juga pada thn ini.

Bagaimana pula kempen boikot Israel? Masih utuh kah?

Monday, March 23, 2009

Dari Warga IIUM Kuantan Kpd Rakyat Palestin


Kuantan 13 Mac - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Kuantan hari ini telah berjaya menyerahkan sejumlah dana daripada warga UIAM kepada Aman Palestin Berhad untuk diserahkan kepada rakyat Palestin terutamanya bagi mereka yang berada di sekitar Gaza, di mana insiden serangan rejim zionis berlaku pada lewat Disember tahun lalu.

Majlis penyerahan dana berjumlah RM8,173.02 ini telah disempurnakan di pejabat pengarah kampus UIAM kuantan dengan dihadiri oleh beberapa wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) serta wakil Jabatan Hal Ehwal Pelajar (STAD) UIAM. Manakala dari pihak Aman Palestin pula, wakil yang tampil untuk menerima sumbangan ini ialah Ustaz Rushdan Abd Halim.

Sebelum itu, kutipan dana daripada warga UIAM telah bermula sejak serangan rejim zionis terhadap warga Palestin di Gaza yang bermula pada 27 Disember lalu. Kemuncak daripada peristiwa ini ialah perhimpunan aman yang digerakkan oleh Mahasiswa UIAM bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman Zionis di Palestin.

Naib Presiden MPP UIAM yang juga merangkap Presiden MPP kampus Kuantan, saudara Mohd Anwar Md Yassin berkata, mahasiswa sebenarnya memainkan peranan yang cukup besar dalam menjadi agen penyedar ummah terutamanya dalam isu berkaitan dengan kesengsaraan rakyat Palestin ini. Rakyat Palestin merupakan saudara seagama yang mendiami bumi anbiya’ ini dan akan terus menerus berjuang mempertahankan bumi yang diberkati ini daripada tangan-tangan kotor Zionis.

Tambah beliau lagi, merujuk kepada resolusi yang telah dicapai ketika perhimpunan aman dahulu, mahasiswa khususnya warga UIAM perlu sentiasa ingat akan tanggungjawab mereka selaku jurubicara ummah yang disegani dan dihormati oleh massa dengan berusaha untuk menjadikan isu masyarakat dan ummah sebagai landasan perjuangan.

Terdapat 4 ketetapan yang telah disepakati oleh mahasiswa ketika perhimpunan aman Januari lalu berlangsung;

  1. Mempraktikkan pembacaan Qunut Nazilah secara konsisten.
  2. Memboikot barangan buatan Amerika serta Israel dan beralih kepada barangan tempatan selaku produk alternatif.
  3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruhnya serta resolusi terakhir iaitu,
  4. berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peri pentingnya perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman dan kezaliman zionis.

Tegas beliau, ketetapan-ketetapan ini diharapkan tidak hanya tinggal sebagai satu memori, sebaliknya sentiasa dipraktikkan dan diingati oleh mahasiswa sebagai satu usaha mereka menyambut seruan perjuangan rakyat Palestin yang mendambakan sokongan daripada saudara seagama mereka di rantau ini.

Lagu dan Sinetron


Allah Peduli

1. Lagu yang dinyanyikan oleh Agnes Monica, penyanyi yang terkenal dgn lagu "Matahariku".

2. bila menonton di youtube, lagu ini lebih menceritakan tentang kesengsaraan manusia, tetapi walau sengsara mana pun mereka..Allah tetap peduli.

3. Namun, bila mendengar sampai habis, "Allah" yang dimaksudkan ialah merujuk kepada Jesus!

4. Senang2 sahaja kita ditipu dgn lagu. Sebabnya, sebenarnya lagu ini ialah lagu yang dinyanyikan oleh gereja.

5. Skrg, bukan lagu sahaja, tetapi drama sinetron yang diimport drp indonesia yg semakin melambak di malaysia perlu ditapis semula.

6. Kerana, makin hari, cerita2 yang dipertontonkan semakin mengarut dan jelas tidak masuk akal.

7. Drama2 ini boleh merencatkan intelektual rakyat Malaysia, melambatkan proses pengembangan otak dan meningkatkan risiko penyakit darah tinggi... (tidak percaya? boleh try tengok cerita bawang putih bawang merah)

8. Jabatan Perfileman Negara perlu sedar bahawa peranan mereka amatlah penting dalam memastikan intelek rakyat Malaysia dididik dgn cara yg sebetulnya.

9. Individu2 yg terlibat dgn persiaran juga perlu ambil tahu bahawa cerita2 ini hanya membuang masa sahaja.

10. Jangan tengok lagi cerita2 yang mengarut yang langsung tidak membantu perkembangan minda!

Terima Kasih kepada MAIS kerana telah mengharamkan lagu ini.

Sunday, March 22, 2009

Hati Kemuncup

Dulu, masa sekolah rendah, suka main teka teki dgn kawan2..

"Tetamu apa yang tidak diundang?"

Soalan dari buku teks.

Laju menjawab : KEMUNCUP!!!

Petang tadi, setibanya di rumah sewa di temerloh, saya terlihat ada kemuncup pada hujung jubah saya. Inilah tetamu2 yang tidak diundang. Saya pun tidak pasti, denai mana yang telah saya langkahi sehingga si kemuncup hinggap di jubah.

Kesian pada kemuncup...

Adakah ia rela digelar tetamu tidak diundang?
Sedangkan apa yang dilakukannya selama ini ialah utk memastikan survival generasi masa hadapannya...

Jika ia tidak lakukan begini, mungkin spesis kemuncup sudah lama pupus di bumi..

Thursday, March 05, 2009

Cinta Perjuangan


"Mcm mana akk boleh allocate masa?..Study n persatuan.."

Saya menerima 1 SMS.

Saya membiarkan dahulu mesej itu.

Belajar itu satu perjuangan menuntut ilmu
Persatuan itu satu perjuangan menuntut amanah n tanggungjawab

Dua2 penting dan dua2 tidak harus dibelakangkan..

Semua org mendapat masa yg sama iaitu 24 jam.
tp, bagaimana kita mengisi setiap saat drp 24 jam, itu yg menjadi persoalan.

persatuan=belajar

ini semua pilihan kita.
chapter 1 in 7 habits...
becoming PROACTIVE, NOT RESPONSIVE

Wednesday, March 04, 2009

SRC : Pembalakan di Bukit Galing

Baru-baru ini, isu pembalakan haram di Bukit Galing kedengaran lagi di kaca tv, terutamanya di dalam slot buletin utama. Dua hari berturut-turut isu ini dibangkitkan oleh stesen televisyen yang bernaung di bawah kelolaan media prima ini.

Kes ini pertama kali dibangkitkan kira-kira 3 bulan yang lalu. Saya masih ingat lagi ketika isu ini ditayangkan di kaca tv, saya sedang bercuti dan masih terngiang-ngiang lagi nama UIAM kampus Kuantan disebut-sebut di kaca tv.

Pada mulanya, saya agak gembira tatkala melihat pintu gerbang UIAM tersergam indah di permulaan berita. Tapi rupa-rupanya panas tidak sampai ke petang, hujan turun di tengah hari. Isu yang saya dengar bukanlah isu yang boleh dibanggakan. Akan tetapi ianya isu yang menimbulkan persoalan yang mana jika tidak ditangani dengan baik, akan mencetuskan satu persepsi yang kurang menyenangkan.

Wartawan melaporkan terdapat kejadian pembalakan haram di kawasan tersebut di mana, aktiviti ini dilakukan atas nama pembangunan. Itu kata mereka(wartawan). Mereka juga mengungkit isu moraliti yang bersandarkan kepada kepentingan menjaga ekosistem di kawasan Bandar Palma ini.

Apa reaksi SRC berkenaan dengan hal ini ? Insya ALLAH, SRC akan cuba untuk mendapatkan butiran lanjut daripada mereka yang mengetahui. Ini bertepatan dengan saranan daripada Qur’an yang mana Allah SWT berfirman di dalam surah al-Anbiya’ ayat 7 yang bermaksud : “Tanyalah kepada mereka yang mengetahui, andai kamu tidak mengetahui”

Mohd Anwar Md Yassin
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UIAM

Tuesday, March 03, 2009

The Other Chances



peluang utk kita bertaubat hampir setiap hari dikurniakanNya.

kes 1

saya pernah menjadi guru sandaran tanpa latihan selama 2 bulan di sebuah sekolah menengah di negeri sembilan.

maklum sahaja, sebuah sekolah yang akan diiktiraf sbg sekolah cluster, tentu mesyuaratnya banyak dan guru2 wajib utk pulang paling awal jam 4.

perjalanan dr sekolah ke rumah mengambil masa lebih kurang 1 jam. tiba di rumah, perlu melayan anak2 buah dan membantu kakak ipar memasak utk makan malam (biasanya kami bergilir hari utk tugas memasak).

malam selepas maghrib, terus makan malam dan sementara menanti isyak, saya mengajar anak2 buah mengaji. kadang2, tidak sempat mengaji, kami syahid terlebih dahulu. maka, hampir seminggu isyak saya terlewat.

ada lebihnya solat isyak dilewatkan, jika kita dapat bangun dan qiamullail skali. tapi cara ini juga amat bahaya jika kita terlepas hingga ke subuh.

mmg saya akui, saya sangat letih. tidak dapat saya bayangkan bagaimana kehidupan bila berumah tangga dan beranak pinak. suatu malam...

saya bermimpi, saya sedang dikafankan. saya dapat melihat ibu saya menangis. dan saya dapat melihat sehingga kain kafan pembalut muka saya ditutup.

saya tersentak

astaghfirullah...

2pagi. saya terus berwudhuk. menunaikan solat isyak. dan saya juga solat taubat, saya menyesal atas kealpaan saya.

sibuk mcm mana pun, tanggungjawab saya terhadap Allah perlu diutamakan.

terima kasih Allah kerana menegur saya dan memberi peluang utk saya membaiki diri....


Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...