Sunday, December 28, 2008

Aduhai Perantau...


ADUHAI PERANTAU
“Wahai anak2 Terengganu di perantauan…
Tidakkah engkau (wahai Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap pasukan bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia2? Dan Dia mengirimkan kpd mrk burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu dan tanah liat yang dibakar, sehingga mereka dijadikanNya seperti daun2 yang dimakan (ulat).
Surah al-Fiil, 1-5
Pulanglah ke pangkuan Islam di Terengganu biarpun terpaksa berjalan kaki, hatta jika perlu merangkak dengan kedua jari sekalipun, kembalilah untuk melunaskan janjimu.
Tidak terasa terhinakah apabila org luar yang tiada kena mengena bertekad menghancurkan Islam di bumi darul Iman tercinta ini?...
-TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG



Saat terbaca warkah ini, hatiku terasa gentar… janji.. janji yang perlu dilaksanakan..
Wahai anak perantau, pulanglah, bekerja untuk Islam. Biarpun sumbanganmu terlalu sedikit, pulanglah utk memberi semangat kepada pejuang2 yang lain.. kerana, bukan kemenangan yang akan dipersoalkan Allah kpdmu, tetapi yang akan dipertanyakan ialah adakah kamu berusaha atau tidak…
Ingat kisah NABI IBRAHIM a.s dibakar dengan api yang marak menyala? Bagaimana seekor burung mengambil air dengan paruhnya yang kecil, kerana mahu memadamkan api yg besar itu…lantas ditertawakan oleh seekor gajah..apa jawapannya? “Sekurang2nya aku punya jawapan apabila aku dipersoalkan kelak…”

Tuesday, December 23, 2008

PLATONIC: Teman tapi Mesra...??

TEMAN tapi mesra.
PLATONIC = friendly and affectionate but not sexual


Ungkapan terbabit sering kedengaran di bibir anak muda, kadang2 di dalam kelas saya sendiri... tetapi kadangkala mengelirukan, namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Berkawan tidak salah, bahkan digalakkan kerana ia selaras dengan fitrah dan membawa banyak manfaat sehinggakan dapat membuatkan hidup lebih ceria.

Cuma, berwaspada apabila kawan lebih daripada had, terlalu rapat dan intim, malah sanggup mengorbankan harga diri.Islam menasihati umatnya sentiasa memelihara kesopanan dan tata cara sepanjang masa, terutama apabila bersosial dan berkawan, supaya kebaikan terjaga.

Ulama tersohor, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidak ditolak secara keseluruhan. Bagaimanapun, beliau menggariskan beberapa syarat hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit, dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu. Menurutnya, wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam, yang menutupi seluruh badan, tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan.

"Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan. Dalam perkataan lain, seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan. Tiada wangian dipakai dari rumah."

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina."

Al-Qaradawi juga berkata, lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu
tempat yang tiada lelaki lain.

Hari ini,fenomena memiliki teman istimewa kian menjadi-jadi, seolah-olah ia suatu kebiasaan.Bagaimanpun, apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan, timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot, selera makan menurun, bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat.

Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram.Kerana ia memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama. Perhubungan intim yang membawa kepada pertemuan sosial atau 'dating' boleh mengundang pelbagai mala petaka, seperti rogol, pembunuhan dan persundalan.Fenomena itu mula bercambah ketika muzik Barat mula memekik dari kereta dan pasangan muda berpegangan tangan di kafeteria. Malah, seks sebelum perkahwinan menjadi suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi sejak era revolusi seks 1960-an.

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan, peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial, berisiko berdepan dengan kekejaman, hamil, penderaan, bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri.Berikutan itu, ramai di kalangan gadis menderita secara senyap, tidak memberitahu sesiapa kerana takut atau malu. Walaupun sesetengah mereka cuba memilih untuk bersuara bagi mendapatkan pembelaan, ia hanya membabitkan sebilangan kes tertentu.

Hari ini, bukan sedikit anak muda yang berada dalam keadaan mengelirukan dan keterpaksaan, bersama masa depan yang kabur selepas terjebak dalam perhubungan intim dengan pasangan masing-masing.Oleh itu Islam menasihati umatnya berwaspada apabila bersosial dan jangan sampai merugikan diri dan keluarga.

Monday, December 22, 2008

Organmu untuk Manusia Lain

Ya, kali ini saya Berjaya merentasi sempadan pintu bilik ‘Blood Bank’. Selama ini, saya tidak berkelayakan untuk berada di situ, kerana berat yang tidak mencukupi, hemoglobin yang rendah dan tekanan darah yang tidak seimbang. Tetapi pada kali, saya berjaya. Berat saya berjaya melebihi 45kg, hemoglobin 12.8. Maka, pegawai yang bertugas mula mengambil setitik darah saya, untuk dipastikan jenis apa. Dan secara jujur, baru saya mengetahui bahawa darah saya jenis A.



“Baguslah awak dating menderma. Darah jenis A ni, dah berkurangan dalam bank darah. Tidak ramai penderma yang mempunyai darah A”. Saya tersenyum, walaupun ada debaran kencang, kerana ini kali pertama saya menderma darah.

Nurse yang bertugas meminta saya berehat seketika, sementara dia mengambil tekanan darah sahabat saya. Setelah melihat procedure derma darah itu, nurse beralih kea rah saya. Beliau mula memicit cuff sphygmomanometer. Dan..
“Minta maaf dik…tak dapat, sebab tekanan darah adik terlalu rendah..”
Sedih saya mendengar. “Boleh la staff nurse, nanti saya pergi lompat2, pastu staff nurse ambil balik tekanan darah saya…”
“Tak boleh dik. Terlalu rendah, nanti adik pengsan..”
Maka, pulanglah saya ke wad dengan rasa yang kecewa…

Syarat2 untuk menderma darah:

1)Berat melebihi 45kg

2)Tekanan darah normal = 120/80 mmHg

3)Normal hemoglobin (wanita = 12-14, lelaki = 14-16)

4)Sihat tubuh badan

5)Bebas HIV

MENDERMA ORGAN
Ketika pameran nursing dulu, sahabat saya menawarkan saya untuk menderma organ. Setelah menimbang-nimbang, maka, dengan rela hati saya mengisi borang itu. Pada hari itu sahaja, kami mendapat seramai 50 penderma yang mendaftar.

WHAT IS PRICELESS GIFT OF LIFE
Setentunya, kematian dan derma organ, adalah isu yang sukar difikirkan, sukar utk diperkatakan. Dan jika ia terlalu rumit bagi kita sekarang, cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan apabila berhadapan dengan kematian orang yang tersayang. Pegawai perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit juga terasa sukar menerima kematian dan berbincang mengenainya. Membuat keputusan untuk menderma organ dan tisu orang yang tersayang yang baru sahaja meninggalkan kita juga bukan perkara yang mudah. Jadi, ia adalah pertaruhan organ dan tisu kita sendiri, dan keputusan ini adalah lebih senang berbanding orang lain.
Mendaftar untuk menjadi penderma boleh menyelamatkan nyawa orang lain.

ORGAN & TISU YANG BOLEH DIDERMA
Organ: buah pinggang, jantung, hati, peparu dan pancreas
Tisu: mata, tulang, kulit dan injap jantung.

JANGAN CEPAT MELATAH
Tidak perlu risau. Organ2 ini hanya akan diambil apabila berlaku kematian otak bagi penderma. Jika seseorang penderma meninggal bukan kerana kematian otak, maka organ2 ini tidak akan diambil.


ISLAMIC WORLDVIEW
“Tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu berbuat dosa dan kemungkaran.”(Al-Maidah,2)
Islam MEMBENARKAN rawatan pemindahan organ atas dasar memelihara maslahat iaitu kebajikan yang berterusan untuk manusia.


12.16am
MAHALLAH ZAINAB

Pejuang yang Hina

Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Parti Keadilan
Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta,
09 Agustus 1998,
yangdiiringi oleh titisan air mata hadirin.

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami
"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu,
anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia
Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan
yang menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran
yang marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun
dan laut yang mengancam nyawa
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatuwassalam dari kafir Quraisy durjana,
Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan,
malam,dan perut ikan
Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara
Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan
dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami
Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang
memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami,
ummati ummati,ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu
Engkau kirimkan kepada kami da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

Saturday, December 20, 2008

1st IIUM National Nursing Student Symposium


Tiba2 Rizal, juniorku memanggilku.
"Akak dipertugaskan menjadi Assistant Programme Manager untuk Symposium ni.."
Saya terkejut. Ya Allah...taklifan lagi..Alhamdulillah..
Symposium ini, beratnya sama seperti IQUEST beberapa bulan yg lepas. Kenapa?
Kerana ia melibatkan menteri. Insya Allah, kali ini kami akan menjemput Menteri Kesihatan untuk merasmikan simposium ini. Apabila melibatkan orang atasan, maka program ini dinamakan "high protocol programme". Maka, semua hal perlu dijaga betul2, silap hari bulan, maka tercemarlah nama UIA yang tercinta ini.
Alhamdulillah, committees pun dah set up. Alhamdulillah, semua bersemangat utk membuat kerja. 110 org tenaga penggerak...
ape2, boleh lawati web symposium kami...

Wednesday, December 17, 2008

Mana Satu...



Artikel ini, ana dapat daripada Kayan. Kayan yang asyik cerita tentang artikel ini. Jadi, ana pun berminat untuk membacanya. Silakan lah bacai nya..


Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”

Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”

Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.

“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”

Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.




Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”

Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.

“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..”

mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”

emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..”

mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.”
emak berhenti seketika.. Bukan luar biasaTentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..”

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Monday, December 15, 2008

Daie bukan Sekadar Omongan

Sudahkah anda melihat trailer "Sang Murobbi " di atas? Saya tidak sabar2 ingin melihat cerita nya yang penuh.

Sila hayati lirik nasyid di sebelah..jika anda benar2 mahu menjadi Sang Murobbi..

Ia bukan sekadar beromong..tp omong ini perlu dipraktikalkan. Jika anda seorang penulis blog, tujuan anda ialah mahu berdakwah melalui blog, anda juga tidak terlepas drp perlu mempraktikkan segala omongan anda itu..

Berjumpalah dengan mad'u, barulah anda akan tahu bagaimana keadaan mereka. Jangan sekadar manis di lidah, tp malas untuk praktikalkan..

Pengalaman saya turun ke kampung2 kawasan Kuala Terengganu:

Sedih..Sedih saya melihat anak2 watan kita. Rumah pertama yang saya lawati..amat mengejutkan saya. Sehingga lidah saya kelu untuk bertutur. Saya melarang hati saya untuk su'u Zhon... "Ya Allah...husnuzhon wahai hati..husnizhon"

Biarlah saya rahsiakan ape yang berlaku di rumah pertama itu.

Rumah2 seterusnya, saya amat terharu dengan penerimaan mereka. Mereka sangat bagus dalam mengikramkan tetamu. Banyak yang kami kongsi. Kehidupan, kesihatan sehingga ke masalah2 yang masing2 hadapi..

Saya rasa, saya tidak mampu untuk menjadi seorang wakil rakyat (jika diminta)...

Uzlah Syahid

Hati saya merindu pada blog saya ini. Merindu untuk menaip.

Tidak adil jika saya mengatakan bahawa saya sibuk kerana semua manusia sibuk. Jika saya kata saya sibuk, Dr. Mariah, Dr. Lo' Lo', Senator Mumtaz lagi sibuk..

Khilaf saya kerana sukar bertemu dengan internet. Itu sahaja alasan yang langsung tidak kukuh yang dapat saya nyatakan...

BLOG JURNAL

Sepanjang 1 bulan ini, banyak benda dan pengajaran yang saya dapat. Rutin harian saya di hospital, terlalu banyak yang ingin saya ceritakan, buat pengajaran kepada pembaca. Insya Allah, saya akan create 1 lagi blog saya, khusus untuk memuatkan jurnal saya sepanjang berada di rumah sakit. Jika ulama terdahulu mewariskan kitab2 kepada kita, saya ingin mewariskan blog jurnal saya itu, buat generasi yang akan datang.

Bak lirik kumpulan Demascus, nasyid yang bertajuk "Membaca"... "Kita hidup tidak lama, mahu kutip semua pengalaman, tidak sempat. Jadi bacalah, kerana membaca boleh menambah pengalaman..."

Friday, November 21, 2008

Apa Warna Diri Anda?

from:http://ulumcordova.putrabytes.com


ANDA PARA DAEI ! APA WARNA DIRI ANDA?



“Saya tak reti la nak ‘masuk’ dengan budak kelas saya, diorang ni payah skit nak dakwahkan, ade ke patut kata saya ni mat skema”.Rungut seorang daei di sebuah kampus.



“Pening saya,ade ke saya di katakan emosional,pada hal saya rasa saya ok je, entahlah sahabat2 saya ni,tak paham betul!” Bentak pendakwah muda di satu institusi tinggi.



Begitulah serba sedikit rencah dalam dairi seorang pendakwah,rungutan mula muncul apabila berdepan dengan kerencaman sikap manusia yang terkadang kala menaikkan kemarahan.Namun,bagi pendakwah itulah bayaran yang perlu dibayar apabila terjun dalam medan pengislahan umat kini. Manusia rencam dan complicated …



Secara umumnya, manusia boleh dibahagikan mengikut warna diri yang berbeza. Pelajaran yang saya kutip dalam pengajian ilmu Color Vibration Therapy (CVT) membahagikan warna diri kepada empat bahagian utama iaitu Putih ,Merah Jambu ,Hijau dan Biru. Setiap manusia secara azalinya telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan warna dirinya yang tersendiri dan ekslusif.Dan warna tersebut diterjemahkan dengan sifat semulajadi individu tersebut.



Warna putih melambangkan Spiritual atau sifat kerohanian, manakala merah jambu (pink) melambangkan Emotional. Hijau pula melambangkan mental dan biru melambangkan fizikal. Jika di lihat dari sudut seerah Nabawiyyah keempat2 warna ini diwakilkan melalui empat khulafa’ arrasyidin dizaman Nubuwwah.



Putih dinisbahkan kepada Saidina Abu Bakar r.a , merah jambu dinisbahkan kepada Saidina Umar alkhattab r.a, manakala hijau dinisbahkan Saidina Uthman Ibn Affan r.a dan biru mewakili warna Saidina Ali r.a. Kita maklum bahawa keempat sahabat terutama Nabi SAW ini mempunyai karakteristik yang berbeza dan masing-masing menampakkan competitive advantages yang tersendiri. Malahan, kisah mereka juga dapat menonjolkan sifat dan sikap peribadi mereka sebagai qudwah hasanah kepada umat Islam.



Dalam dakwah kegagalan mengenali diri sendiri sebagai pendakwah dan sasaran (mad’u) akan menatijahkan mekanisme dan pendekatan yang kurang efektif. Kerana itu Dr Abdul karim Zaidan dalam buku Usuul adda’wah menekankan tiga arkanuddakwah ini di fahami dan diperkemasi oleh para daei.Kenali diri dan mad’u anda! Begitulah mungkin penekanan yang hendak disebutkan oleh Dr Kareem Zaidan.




Dengan memahami warna diri dan mad’u anda akan mencari titik keserasian atau paling tidak membina titik homofili bersama mad’u. Bahkan ianya tidak terungkai dari tiga penekanan dalam institusi usrah iaitu TAARUF (kenal),TAFAHUM (faham) dan TAKAFUL (Bantu). Bagaimana nak faham kalau tidak kenal, dan bagaimana nak tolong kalau tidak memahami?. Natijah memahami sifat seseorang akan menyebabkan kita matang dalam melayani kerenah dan mampu mengawal sifat negatifnya dengan memberikan rangsangan optimistic dalam minda para mad’u tentang kesyumulan manhaj Islam.



Namun,bagi para daei sifat yang selayaknya perlu disediakan dalam diri, bahkan keempat-empat warna itu sesuai digabungjalinkan dan dipraktikan mengikut masa dan tempatnya. Ada masanya emosi perlu disertakan, mental perlu diseimbangkan , ruhiyyah perlu diperteguhkan dan tenaga fizikal perlu diperkuatkan. Penggunaannya perlu sesuai dan sepadan dengan keperluan semasa, kerana itu daei perlu faham waqi’. Stephen R.Covey juga menyebut dalam karya masyhur: 7 Habits The Most Effective Person tentang sifat orang yang hebat antaranya “Seek to be understand then to be understood” (Baca: Cuba memahami sebelum mahu difahami).Dan itulah sifat yang perlu ada bagi daei!



Mengenali warna diri bermakna kita berusaha mengenali sifat dan sikap semulajadi serta sifat dominant yang ada dalam diri seseorang yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Ia sedikit sebanyak memberikan kita hint untuk mendekati sasaran dengan lebih efektif dengan memahami geraklaku dan tatakerja si mad’u.Dan itulah petanda awal kecemerlangan daei. Mengenali mad’u dengan betul ! Bahkan kita perlu mengenali kerenah dan perangai pelbagai lapisan masyarakat. Hayatilah Buku Thariqquda’wah : Baina Asaleh wal inhiraf ( Jalan dakwah antara keaslian dan penyelewengan) karangan Ust Mustafa Masyhur, juga kitab Aafaat Ala Thariq (Wabak sepanjang Jalan) karangan Dr Assayed Muhammad Noh dalam memahami gelagat (behaviour) dalam dakwah. Anda tentu akan mendapat sesuatu.



Ingatlah pesan Imam Hasan Al-Banna : Jadilah kamu umpama pepohon buah-buahan. Ia sering dilempar manusia barangan tiada berharga.Namun, diakhirnya dia (baca: pohon buah) itu akan menghasilkan buah yang akan memberi manfaat kepada makhluk. Apapun, doa saya kepada semua daei, teruskan tugas anda mengislah umat agar ia menjadi saham yang boleh dipersembahkan kepada Allah swt di akhirat kelak. Hidup ini sekali didunia maka nikmatilah ia dengan nikmat perjuangan Islam ! Ayuh kenali diri dan mad’u anda!




Rujukan :1. Usuul Dakwah 1&2 (Dr Abdul Karim Zaidan)2. Memperingati 100 tahun Hasan Al-Banna (Riduan Mohd Nor)3. Jalan Dakwah Antara keaslian dan penyelewengan (Mustafa Masyhur)4. Wabak sepanjang Jalan (DR Sayed Muhamad Noh)





Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..

Akan Solehkah Generasi Pewaris Kita?

15/11/2008

Saya menaiki bas dari K.Terengganu ke Kuantan pada jam 8.30pm. Seorang diri. Sebelum ini, saya selalu pulang atau pergi bersama sahabat sekelas saya, Razida, tetapi pada malam itu, saya keseorangan. Semenjak bertukar kampus di Kuantan, saya sebenarnya jarang menaiki bas pada waktu malam, tetapi kali ini, terpaksa kerana saya harus tiba awal di kuantan, untuk bertolak ke Temerloh pula, kerana saya ada klinikal posting di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Bas berhenti rehat di Chendor. Biasanya, saya tidak berminat untuk turun dr bas, ttp malam itu (11.30pm) , hati saya melonjak2 ingin turun. Setelah membeli sebungkus air milo panas, saya terus bergegas ke bas.

Dan bermula lah episod yang meninggalkan kesan trauma...

Dalam perjalanan ke bas, saya terdengar bunyi sebuah motor dari belakang. Saya dengar, motor itu terlalu dekat dengan saya. Dlm hati, saya berdoa semoga penunggang motor itu nampak saya dan tidak melanggar saya. Saya tidak terfikir hal lain akan berlaku.

Tiba2 beg kecil saya disentap dari tangan saya. Saya tidak dapat berfikir apa2, cuma tindakan refleks pada waktu itu, tangan saya merampas beg itu kembali...

Alhamdulillah, Allah selamatkan saya daripada kejadian itu. Motor itu berlalu.

Kemudian, baru saya tersedar. Rupanya saya hampir diragut sebentar tadi... Bila naik ke bas, baru lah saya melihat jejari saya menggigil...

SUASANA YANG TIDAK MEMBANTU

Bila menonton berita, tentu hati akan berasa takut. Di sana dan di sini, berlaku jenayah. Rasa hidup sudah tidak selamat. Rasa seperti tidak boleh percayakan sesiapa lagi skrg.

Drp kanak2 sehingga orang tua, semua tidak segan melakukan jenayah. Pelbagai. Walau apapun langkah keselamatan yang kita ambil, belum tentu dapat selamatkan diri kita. Hanya Allah tempat bergantung.

Dalam suasana sebegini, mampukah kita mendidik dan mentarbiyyah anak2 generasi pewaris kita? Biah sekarang sangat tidak membantu kita dalam mendidik mereka. Teringat lontaran persoalan daripada seorang ustaz:

"Seandainya kamu sbg wanita solehah, berkahwin dengan seorang lelaki soleh,dengan suasana tempat tinggal begini, yang menggalakkan berlakunya jenayah dan maksiat kepada Allah, adakah kamu dapat menjamin anak2 kamu akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah?"

Ya, ibu dan bapa yg soleh masih tidak mencukupi untuk mendidik anak2 menjadi insan yang soleh..

Suasana...

Teringat apa yang dipelajari dalam subjek HEALTH BEHAVIOUR AND COMMUNICATION. Cara2 mengatasi stress. Ada 2. Sama ada kita mengubah suasana itu atau kita mengubah cara kita bereaksi dengan suasana itu...

Jadi, merubah suasana ialah kaedah penting dalam menangani stress, cara penting dalam membaiki keadaan.

Bagaimana mengubah suasana?

Mari kita ramai2 lakukan REFORMASI!!!

Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..

Monday, November 10, 2008

Silent Mode

Tidak sabar rasanya menanti jam 10.30pm...

Sudah lama tidak pulang menjenguk wajah mak dan ayah di kampung... wajah yang sangat membahagiakan dan mendamaikan...

Melihat wajah mereka sudah mendapat pahala, apatah lagi berbakti untuk keduanya...

Mak dan ayah...anakmu memulangkan diri ini kepadamu...

Saturday, November 08, 2008

"Engkau Gila!"

Pernah tak kamu diejek "gila!"?...

Gila bermaksud mental retarded. Seingat kamu, kamu pernah tidak diejek dengan perkataan yang sangat menyakitkan hati itu, sedangkan, kamu bukan pesakit mental. Kamu ialah manusia normal. Bijak dalam pelajaran, aktif berpersatuan. Pernah tak?

Nabi tercinta kita, pernah. Malah acapkali digelar "majnun" yakni "gila". Padahal, sebelum itu, nabi diangkat oleh masyarakat dan terkenal dengan gelaran al-amin. Bermakna, nabi sebelum itu sudah popular di kalangan arab bahawa baginda seorang yang bijaksana dan jujur yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namun, setelah baginda menerima wahyu untuk berdakwah kepada manusia, mereka mula mengejek bahawa nabi itu "gila". Pedih betul hati...

Pernah tidak kamu berdakwah sehingga mereka menggelar kamu GILA? Atau mereka memulau kamu bertahun-tahun, tiada makan, tiada minum, sehingga terpaksa memakan dedaun kerana kamu mengajak manusia mentauhidkan Allah. Pernah tidak?

Kalau saya, tidak pernah..

Hebat kan baginda?..

Setakat mana usaha kita untuk menyambung perjuangan baginda? Darah pun, belum lagi setitis mengalir demi Islam.

Berdakwah

Ramai manusia takut dengan perkataan ini. Apatah lagi implimentasi nya. Padahal, berdakwah bukan perkara susah. Bukan berdakwah itu semata-mata pergi kepada rumah orang yang tidak dikenali, ketuk pintu, minta supaya tauhidkan Allah. Bukan itu semata-mata.

Kamu perlu variasikan cara berdakwah. Tetapi, jangan sampai tersilap arah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Contoh, seorang lelaki soleh, bercouple dengan seorang perempuan, niatnya untuk berdakwah. Salah! Salah sama sekali, kerana couple sendiri itu sudah HARAM!

Berdakwah perlukan HIKMAH. Tetapi ingat, hikmah itu bukan LEMAH LEMBUT. Hikmah itu ialah sesuai dengan mad'u dan keadaan. Berdakwah adakala boleh menggunakan kekerasan seperti rotan. Seorang bapa/ibu boleh merotan anak yang berusia 10 tahun ke atas jika si anak malas sembahyang. Namun, ada cara dan tempatnya untuk merotan. Berdakwah juga boleh menggunakan dengan lemah lembut. Seperti seorang sahabat baik yang sememangnya kita tahu bahawa dia sangat sensitif. Ia sangat memerlukan skill bagaimana untuk menyedarkan dia. Ibarat menarik rambut dalam tepung.

Berdakwah bukan sekadar dengan lisan. Kalau hanya lisan, bagaimana si bisu mahu berdakwah? Tentu tidak adil, kan? Berdakwah juga seperti cara komunikasi (seperti yang saya belajar dalam subjek Bahasa Melayu Kerjaya, Therapeutic Communication dan Health Behaviour and Communication). Ada verbal, ada nonverbal dan ada language (tulisan). Sesiapa yang Allah bagi kelebihan dalam menulis, tulislah sesuatu yang dapat membaiki dan mangajak manusia ke jalan Allah. Sesiapa yang boleh melukis, lukislah sesuatu yang boleh menyebabkan kita merasai takut dan cinta pada Allah. Sesiapa yang ada kebolehan berucap, gunakanlah peluang itu untuk menggetarkan hati2 manusia supaya beriman kepada Allah. Gunalah sebaik2 untuk jalan perjuangan.

Berdakwah, hak semua orang. Nurse, doctor, ustaz, engineer, guru, lawyer, semua kene berdakwah. Ibarat kata2 baginda.. “Setiap orang ada penjurunya. Jagalah penjuru itu sebaik2nya.” Gunakan segala kelebihan yang ada untuk berdakwah, bukan untuk bermaksiat.

Berdakwahlah, jangan berhenti. Sehingga manusia mengejek “kamu seorang gila!”. Jangan takut jangan gentar, kerana Nabi menerima lebih teruk drp itu. Berdakwahlah wahai manusia yang beriman!

~Semoga jejari ini menjadi saksi di akhirat nnt, bahawa aku pernah menggunakan mereka untuk perjuangan Islam~


Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..

Monday, November 03, 2008

JANGAN BERHENTI BERHARAP


Alhamdulillah, peperiksaan saya untuk semester ini sudah berada di penghujungnya. Semoga, semuanya berjaya. Tentang keputusan, kita serah sepenuhnya kepada Allah, kerana kerja kita hanya berusaha dan bertawakal, selebihnya, kerja Allah. Lulus atau tidak, itu kerja Allah. Kerana itu semua ujian yang akan diturunkan kepada manusia, untuk menilai siapakah yang lebih baik amalnya.

Masing2 mempunyai impian untuk berjaya. Berdoalah selagi masih bernyawa. Dan janganlah berhenti berharap pada rahmat dan kasih sayangnya. Berjaya tidak semestinya dalam peperiksaan, tetapi juga dalam hidup,cinta, keluarga, kerjaya, dalam perjuangan yang panjang dan semestinya pada hari yang ditunggu2 iaitu di hari perhitungan.

Betapa pemurah dan kasihnya Allah kepada kita. Di dalam al-Quran, acapkali disebut tentang doa dan jaminan akan diperkenankan. Dalam hadith juga banyak dikhabarkan betapa Allah mahu kita berdoa. Seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi:

“Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu, Aku ampuni segala doasa2 engkau dan Aku tiada peduli. Hai anak Adam! Kalau dosa2mu telah sampai ke langit kemudian jika ketika itu kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan ampuni engkau. Hai anak Adam! Jika engkau datang kepadaKu dengan kesalahan2 sepenuh bumi, padahal engkau tidak pernah menyekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan sepenuh bumi.”

Ya Allah, sungguh bertuah bagi sesiapa yang mencintai Allah. Sifat penyayang dan pengampunanNya sangat luas. Cinta yang tidak berbelah bagi kepada hamba!

Ada lagi hadith yang menunjukkan sayangnya Allah kepada kita.

“Barangsiapa yang menghampiriKu sejengkal, Aku hampiri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang menghampiriKu sehasta, Aku hampiri kepadanya sedepa. Dan barangsiapa yang datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berlari.”

Saya teringat ketika saya belajar di Darul Quran, saya pernah diuji dengan al-Quran. Hari ini, menghafal maqra’ lain, maqra’ semalam sudah terlupa. Sehinggalah tiba musim peperiksaan, saya berasa sangat sempit dada kerana 10 juzuk yang sepatutnya saya perlu masyi (lancar), amat susah melekat di kepala. Sehingga saya rasa hampir berputus asa. Saya berasa seolah-olah ingin berhenti setakat itu, tidak mampu lagi. Menangis saya menelefon ibu, dan akhirnya abang saya memujuk. Kata2 abang saya, membuatkan saya tersedar. Ya, al-Quran ini milikNya, Dia akan menguji kepada sesiapa sahaja yang mahu diujiNya. Dia mahu menguji kita, setakat mana kemahuan kita dalam menghafal ayat-ayatNya.

Dan malam sebelum peperiksaan, saya bangun berteleku di hadapanNya. Air mata laju mengalir. Malam itu sungguh sunyi dan saya dapat merasakan bahawa Dia sedang mendengar aduan saya dan sememangnya Dia selalu mendengar..

Serta merta, hati saya tenang. Ketika itu, jika tidak silap, ada 2 jam lagi untuk masuk waktu subuh. Saya membuka radio ikim.fm. Dan air mata saya mengalir laju sekali lagi, kerana mendengar lagu “Yang Abadi” dendangan Mestica. Tapi Engkau pun tahu, onak dan duri pada duniaMu. Engkau ciptakan pagar rintangan, harga cintaMu, jiwaku korban.

Dengan kuasa Allah, ayat yang perlu saya tasmi’ pada hari itu ialah ayat yang say abaca ketika bertahajjud semalam….Alhamdulillah…

Jadi, jangan berhenti berharap. Dan jangan berhenti bersangka baik dengan Allah. Bercintalah dengan Allah, nescaya cintamu tidak akan dikecewakan…

“Hai Tuhan, Engkau Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau yang menjadikan daku, dan aku hamba Engkau. Dan aku di atas ketetapan dan perjanjian Engkau selama aku berdaya upaya. Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan yang telah aku perbuat. Aku akan kembalikan bagi Engkau dengan nikmat Engkau atau aku akan kembali dengan dosaku, maka ampunkanlah bagi dosaku. Kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni segala dosa melainkan Engkau.”

(Hadith Syadad bin Aus drpd Rasulullah S.A.W)

Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..

Thursday, October 30, 2008

Allah rindu padamu

Tiba2 hp berbunyi...mendapat 1 mesej daripada sesorg yang tidak saya save nombornya dalam hp saya.

"Sesungguhnya malaikat jibrail itu diutuskan utk menyempurnakan hajat manusia. Apabila seseorang kafir memohon, Allah memerintahkan jibrail agar menunaikan hajatnya kerana Allah benci mendengar kata2nya. Dan apabila seorang hamba yang muslim, yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan kepada jibrail agar menahan, menangguh dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya kerana Allah rindu mendengar suaranya..."

K.Bariah, dimasyq

Oh, syukran akk...jauh dari Syiria, dia mengirimkan SMS ini, kerana dia tahu, adiknya ini, memang mempunyai masalah. Dan air mata ini mengalir lagi. Bukan tanda lemah, tetapi kerana terlalu rasa jauh denganNya...

Pertemuan dengan k. Bariah semasa menuntut di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu akan sentiasa terpahat di hati...

Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..

Tuesday, October 28, 2008

Engkau Ori, Bukan Fotokopi

كُلُّكُمْ رَاعٍوَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌفَالإِمَامُ رَاعٍوَهُوَ مَسْؤُولٌوَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِهِوَهُوَ مَسْؤُولٌوَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَاوَهِيَ مَسْؤُولَةٌوَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِوَهِيَ مَسْؤُولَةٌأَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍوَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ*


Terjemahan:Setiap orang diantara kamu adalah penjaga
Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab
Maka Imam itu penjaga
Dan dia adalah bertanggungjawab
Lelaki itu penjaga keatas keluarganya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Perempuan itu penjaga keatas rumah suaminya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Hamba itu penjaga keatas harta tuannya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Yang pasti setiap orang diantara kamu adalah penjaga
Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab




Engkau Ori, bukan fotokopi
Tanyalah hati, sedarkan diri
Rambut berduri, jatuh cicak mati
Naik motor seperti tak ingat mati


Jadilah Ahli Sunnah
Tinggalkan Ahli Punnah dan Ranah
Engkau gila budaya metal
Atau gila penyakit mental


Nak kata siswi, tapi tak sesuai
Nak kata dewi, tak sampai piawai


Tersenyum sendirian melihat entry "Engkau Ori, Bukan Fotokopi" ini. Sesiapa yang terasa terkena atas batang hidung, minta maaf banyak2 yer. Entry ini ditubuhkan bukan bertujuan untuk mengumpat atau mengutuk sesiapa. Tetapi andai rasa terkena, kembalilah ke pangkal jalan.... Jalan kasih sayang itu terbentang luas...



Tintasalsabila = Duta Kasih Sayang.... Love Ambassador

Benarkah Cintaku Padamu?

Suatu pagi seusai solat subuh dan bertadarus, aku berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.

Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.

Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu. Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap memujiMu.

Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar.

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa. Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum.

Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan merayu kepada aku.

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi,

Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi...

Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara.

SambungNya lagi,

Kini... adakah kamu menyintaiKu.

Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih,

Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab,

Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu.

Aku bertanya kepadaNya,

Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?

Dia menjawab

Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

Tuhan, ku harapkanKepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang.
Kehidupan terpelihara..
Hati yang dahaga
mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati,
Bahagia kekal abadi..
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu,
Engkau ciptakan pagar rintangan.
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

Monday, October 27, 2008

Katakanlah, inilah Jalanku

Entry bulan ini, banyak sikit, kerana:
(a) kebanyakan masa, berada di bilik
(b) wireless yang sangat mantap

Saya menerima satu mesej friendster drp saudara Airul Azizan.
"Ape persediaan utk menjadi student representative council (SRC)?"

Saya terfikir. Saya rasa, susah untuk menjawab soalan ini. Soalan subjektif. Saya tangguhkan utk membalas mesej sahabat sekelas saya ini.Dan sehari selepas itu, saya hanya mampu membalas.. "Solat tahajud, kerana ia dapat memberi kekuatan dalaman."

Ya, bukan senang menjadi seorang SRC. Mesti punyai kekuatan fizikal dan mental. Rohani dan jasmani. Tersilap langkah, satu universiti akan terima padah. Lebih2 lagi, menjadi SRC di UIAM. Sebuah universiti yang menjadi kubu kuat pro mahasiswa sekarang. Tentu lagi banyak ujian, mehnah dan tribulasi yang perlu dilalui. Ada sesuatu yang perlu dibayar untuk jual beli di atas jalan perjuangan ini!

INTERVIEW FOR SRC'S CANDIDATES BY DEPUTY DEAN OF STUDENT AFFAIRS

The students are:
(i) AIRUL AZIZAN B ZAINUDIN (0714409)
(ii) RUBIAH BT ISMAIL (0715700)

Alhamdulillah, sesi interview tersebut telah berlalu. Semua berjalan lancar, walaupun ada killer question diajukan.

Teringat kisah Sultan Muhammad al-Fatih. Teringat juga kisah Salahuddin al-Ayyubi. Saya amat minat menghayati kisah pejuang2 ini. 2 kisah ini, ada persamaannya.Iaitu, karekteristik yang ambilberat dalam memilih pejuang frontliner. Hanya pejuang yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud, sunat rawatib dan solat 5 waktu sahaja yang dipilih menjadi calon frontliner. Dan kerana karekteristik yang luarbiasa inilah telah memberi kemenangan kepada umat Islam. Jurusalem berjaya ditawan.

Begitu juga dengan kisah ahli Badar yang sangat mengagumkan, dimana umat islam seramai 313 yang hanya bersenjatakan pelepah tamar berperang dengan 1000 musyrikin yang lengkap bersenjata canggih. Kerana ketaqwaan di hati, kemenangan berpihak pada Islam, di mana tentera dari langit telah dihantar untuk membantu.

Jadi, konklusinya, untuk diberi pertolongan dan kemenangan dalam memperjuangkan Islam, formulanya amat mudah. TAQWA.

biar berlinangan air mata,ku takkan hentikannya.
biarkan ia menyembuh luka, hilanglah rasa duka.
tidak ku termampu merentasi liku2
oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
oh sungguh ku tak upaya
jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
bisa meleraikan iman, kan hancur semuanya
walaupun menitis air mata darah
tak bisa menrubah segalanya melainkan taubat nasuha
moga kan diterima
namun ku percaya masih ada kesudahannya
kerana Allah itu Maha Kaya Maha Mendengar
rintihan hamba2Nya
kerana sesiapa bertakwa kepada
pasti akan ada jalan keluarnya
rezeki yang tidak disangka2
cukup Allah baginya berkuasa segala2 nya
terima seadanya


Maka, kali ini, saya telah menggariskan TAKLIFAT harian khas utk diri saya sendiri:

Beri salam
Senyum
Solat fardhu berjemaah (5)
Solat fardhu di awal waktu
Solat sunat rawatib
Solat sunat dhuha
Solat sunat hajat
Solat sunat taubat
Solat sunat witir
Tasbih (33x)
Tahmid (33x)
Takbir (33x)
Selawat
istighfar
Ma'thurat pagi & petang
Puasa sunat
Qiamullail
Tilawah quran
Baca buku islami
Bersedekah
Menziarahi sahabat2
Mengulangkaji pelajaran
Kemas bilik
Telefon ibu & ayah
Zikir sebelum tidur & maafkan semua orang
Berazam untuk yang terbaik esok hari


"Dalam riak wajah ada pancaran dakwah, dalam tutur kata ada gema tarbiyyah, dalam gerak langkah ada semangat mujahadah. Kitaa lupakan wajah yang layu, kita tinggalkan bicara pilu, kita kuburkan langkah yang lesu, bangkitlah perjuangan tatkala yang hak mendabik megah & kebatilan akur menyembah, Allah tahu bahawa kita pernah bersama menyeka peluh & air mata, demi Islam tercinta."

Selamat berperang untuk PRK.

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...