Friday, February 27, 2009

Hikmah Sang Balqis

Menjadi pemimpin bukanlah perkara semudah kata2. Melunaskan segala janji manifesto bukanlah sesenang memetik jari... (nak petik jari pun susah kalau kulit tangan licin)...

Itulah hidup seorang pemimpin.

Semua orang ialah pemimpin.

Ciri2 kepimpinan banyak disebut dalam alQuran. Kisah sebelum zaman Nabi Muhammad SAW juga ada menceritakan kisah kepimpinan. Bagaimana Nabi Daud memimpin, bagaimana anakanda Nabi Daud, Nabi Sulaiman dapat menguasai makhluk selain drp manusia, juga bagaimana kisah seorang ratu memimpin komunitinya juga diserapkan di dalam Kitab Allah yg mulia itu.

Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya

Sikap sang Ratu patut diteladani
Baginda sang ratu mengutamakan pandangan pembesar, pemimpin kaum dan rakyat jelata sebelum menitahkan sesuatu. Daulat sang ratu terletak di atas restu, suara, pendapat, pandangan rakyat yang mewakili jiwa, ruh serta pemikiran bangsa.

Baginda tidaklah sesuka hati membuat keputusan tanpa merujuk orang-orang di sekelilingnya terlebih dahulu. Sikap dan pendirian ini sangat Islami dan cenderung ke arah pendirian Tauhid walaupun baginda sang ratu bukannya memeluk agama Tauhid. Allah s.w.t merakam pendirian Balqis ini sebagai contoh teladan kepada raja-raja dan pemerintah.

Kedua, dalam fikiran ratu sudah tersemat andaian dan sepekulasi bahawa raja-raja zalim akan selalu merosakkan negeri lalu menyebabkan orang yang paling mulia menjadi hina-dina.

Dengan penuh hati-hati, walaupun diasak oleh para pembesar untuk berperang, maka Balqis tetap menolak saranan supaya kerajaannya berperang dengan kerajaan Sulaiman. Baginda bimbang nasib rakyat jelata yang lebih banyak terkorban.

Lalu baginda ratu memilih jalan perdamaian dengan mengirimkan hadiah sebagai cara melihat tindak-tanduk Raja Sulaiman apabila melihatkan hadiah-hadiahnya yang serba mewah dan barang perhiasan yang berkilauan bak mutiara itu.

rujuk surah an-naml (30-35)


Sikap musyawarah inilah yang perlu dicontohi...

Monday, February 23, 2009

Saya Akan Mati Esok?...


Rasulullah bersabda; "orang yang paling bijak antara kamu ialah org yang mengingati mati."
Mati = terputuslah hubungan manusia dgn dunia...
Ada orang tahu bila akan tiba saat kematiannya, cth, pesakit kanser. Doktor dapat meramal jangka hayat pesakit tersebut. Tetapi, berlaku atau tidak, itu kerja Allah.
Manusia cinta kepada kehidupan. Itulah fitrahnya. Maka, Donald Latumahina telah menulis 21 cara bagaimana kita mahu menyempurnakan hidup kita...
Hidup di dunia hanya sekejap, namun seketika persinggahan ini, biarlah ia memberi MAKNA kepada diri kita mahupun org lain, apatah lagi utk Islam.

1) fikirkanlah soalan ini...jika kamu hanya mempunyai 6 bulan lagi utk hidup, perkara apa yang paling kamu tidak mahu sesali? persoalan ini akan membuka rahsia antara terhadap prioriti anda.
2) drp jawapan soalan #1, fikirkan apakah tujuan hidup anda. tulis beberapa matlamat hidup anda dan apa yang ingin anda capai berdasarkan matlamat tadi.
3) Ambillah langkah pertama utk capai matlamat2 anda. Walaupun perkara yang sangat mudah. As the saying says: “The journey of one thousand miles begins with the first step”.
4)Menderma
5)Apabila berjumpa dgn keluarga, kawan2, jangan lupa untuk hormati mereka.
6) Berhenti berfikir bagaimana cara utk mendapatkan wang yg banyak.
7)Mula memberi, jangan hanya menjadi penerima.
8)jadi emphaty
9)Senyum
10)berhenti membebel
11)Bagilah kata2 perangsang utk shbt2 yg memerlukan
12)Ringankan tangan memberi hadiah
13)banyakkan terima kasih
14)Be punctual.
15) buat carta hidup. dan lihatlah sudah sejauh mana anda berjalan.
16)jangan putus hubungan dgn shbt lama.
17) berkongsi pengalaman
18)senaraikan apakah minat anda
19)ucapkan selamat hari lahir kepada sahabat
20)Cuba ambil ujian personaliti
21)Keep your promises.

Friday, February 20, 2009

Isteri Perkasa


Mereka mahukan muslimat perkasa
Yang mampu berdikari
Yang mampu bercakap di tengah demonstrasi
Yang lantang bersuara memberi pandangan
Yang mampu mempertahankan hak dan perjuangan

Cuma dia rasa seperti mahu bertanya
Mahukah mereka pada isteri perkasa?
Acapkali terkena sejuknya angin malam
Kadang- kadang panas terik dan juga hujan
Terpaksa bersaing dengan pelbagai kenderaan
Yang selalu memberi pandangan atau kritikan
Namun dia berserah dan cuba
Untuk tidak ambil kisah
Baginya dia mahu jadi seperti saidatina Fatimah
Kuat hatinya seperti Nusaybah
Penuh keibuan seperti saidatina Khadijah
Cerdik aqalnya sepeti saidatina Aishah
Agung cintanya seperti Rabiatul Adawiyah
Dan dia tak boleh duduk diam di dunia sekarang
Kerna musuh itu sedang menyerang
Sister in Islam, Secularisme, Pluralisme
Jadi dia perlu terus bergerak
Mempertahankan Islam dan kebenaran
Membantu para muslimin di medan juang

Walau kadang dia bertanya
Perlukah sebagai muslimat,
isteri, ibuUntuk terus berdiri di medan perjuangan?
Apapun dia sentiasa katakan pada diri
Bahawa hidup ini hanya untuk tuhan
Manusia itu hanya sandaran
Jadi biarlah tuhan yang menentukan
Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang

Jika mahukan muslimat perkasa,
Bersediakah anda menerima isteri perkasa?

Hari Ini Aku Menangis

19/02/09

Seharian saya dan shbt2 sekelas meluangkan masa di rumah ehsan, di bandar almuktafi billah shah, di dungun, terengganu. rumah ehsan ialah rumah org2 tua yang mempunyai penyakit yang melarat. kebanyakan mereka ialah bedridden (terlantar di katil) dan boleh disimpulkan sbg warga tua yg terbiar.

penghuninya seramai 109 org.

pertamanya, kami menuju ke wad perempuan, dan dr luar, saya terdengar suara seorang makcik yg terjerit2. pada mulanya, saya ingat, dia marah krn kami datang, dan oleh sebab itu, tidak ramai antara kami mendekati katilnya. saya mula mendekatinya krn saya ingin tahu, apa yg berlaku sebenarnya.

rupanya, dia tidak marah, malah dia gembira dgn kehadiran kami. saya bersalaman dgnnya.

kemudian, airul datang. airul juga bersalaman dgnnya. dan...

dia minta airul tundukkan kepala..
rupanya dia mahu mengucup kepala airul.
hati saya mula sebak, ttp saya tahan, krn tidak seharusnya nurse menangis di hadapan pesakit.

kemudian, saya duduk mendekatinya. saya bersalaman dgnnya buat kali kedua...dan dia melakukan perkara yg sama terhadap saya. cuma, ketika pipi saya bertemu dgn pipinya, saya dapat merasai satu kelainan...

dia yang sebelum ini happy go lucky, tiba2 terdiam dan saya nampak air matanya bergenang...
saya tahan lagi air mata saya...

dan dia mencium tangan saya...saya mencium balik tangannya, kerana seharusnya saya yang perlu mencium tangannya, bukan tangan saya yg perlu dicium.

dan, mmg saya tidak dapat menahan lagi..
lantaran...air mata terus laju mengalir. saya minta izin utk keluar dr wad...

dan di situ, saya menangis sepuas2nya...

anak jenis apakah yg sampai hati membiarkan ibu begitu...
saya tidak tahu..

kemudian, saya terus menelefoni ibu saya..
dan saya ucapkan...bahawa saya sayang emak..
saya xkan biarkan emak saya mendapat nasib seperti ibu2 n ayah2 di rumah ehsan ini.

wahai anak2 yg soleh
jgn kamu biarkan mereka sendirian
kerana kasih mereka terlalu tulus
dan mrk tidak layak dibalas dgn kejahatan...

Monday, February 16, 2009

Jom Ambush!


Saya menerima mesej drp Mahallah Representative Council (MRC). Ada operasi AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR katanya.

"SAY NO TO VELENTINE!!!"

Semasa saya ke Kuantan Parade (KP) yang terletak berhadapan dengan kelas saya, saya terpandang pada satu booth... booth yg dipenuhi bunga2 yang sangat cantik, yang memikat hati saya (kerana saya suka bunga). Tapi, girang hati saya berubah apabila saya tahu booth itu didirikan khas utk sambutan hari valentine. penjaga booth itu pula ialah remaja Melayu yang saya kira ISLAM...

Terus saya meruangkan masa saya utk bersama2 skuad operasi MRC.
14/02/09

jam 10 malam, kami bergerak ke Benteng (tempat yang famous dengan pesisir sungai kuantan). Ramainya manusia...kebetulan ada pertandingan memancing.

Selepas menunggu sahabat2 drp KIPSAS, kami mulakan operasi menyebar risalah kepada muda mudi yang sedang berdua-duaan.

Adab dan akhlak islam perlu ditunjukkan sebaik mungkin, sebagai seorang daie, agar tidak memberi fitnah kepada Islam.

Cuma, saya hairan dengan org Kuantan, mrk sanggup membawa anak2 kecil berjalan2 di sana pada waktu yg saya kira agak lewat malam. Tidakkah mrk tahu, ini akan menjejaskan kesihatan anak2 kesayangan mereka.

Maka, setelah semua risalah sudah habis diedarkan, saya mula menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang bakal nurse. Saya berjumpa dengan ibu bapa mrk, dan bercakap mengenai hal ini. Dan saya selitkan...seeloknya pada waktu ini, anak2 sepatutnya diajar mengaji...

Kemudian, kami bergegas ke pantai Teluk Cempedak (TC).

Dan, suasana di sana, seperti yang dijangka...tanah air anak2 muda 'couple'.

Rata2 usia mereka lagi muda drp saya, maka saya gunakan segala ilmu THERAPEUTIC COMMUNICATION yang saya pelajari dalam kelas nursing...

Dan, apa yang saya perasan, bila disebut ttg ibu bapa, tentu mereka akan tunduk...mungkin tersentuh..atau mungkin juga bosan dgn saya...=)

"Hati yang mati tidak mampu menghidupkan hati lain yang mati.."

Saya memohon ampun drp Allah atas dosa2 yang pernah saya lakukan agar saya sentiasa istiqamah dalam mengajak diri sendiri dan saudara2 lain ke jalan Allah...

TO HIM WE GO BACK..

Sunday, February 08, 2009

Aku Tinggalkan Kamu



Dalam perjalanan saya dr kuala terengganu ke kuantan, 08/02/09.

Saya seperti biasa mendengar IKIM.fm.

Ketika kita mengangkat takbiratul ihram. Semua jari jemari kita akan dilepaskan. Analogi telah ditafsirkan oleh Imam as-Syafie, sebagai tanda kita melepaskan semua hal2 dunia yang membelenggu kita sebelum ini.

Seperti mana, seorang manusia, ketika mati, semua sendi2nya akan lurus, termasuklah jari jemari.Inilah tandanya..

"Wahai dunia, aku lepaskan engkau. Aku tidak berhajat lagi kepada engkau."

Begitulah yang perlu kita lakukan ketika menunaikan solat. Lepaskanlah dunia itu sebentar. Hadaplah wajah dan hatimu terhadap Tuan yang menciptakanmu..

Berbeza dengan bayi yang baru dilahirkan.
Tangannya akan mengepal.

Seolah2..

"Wahai dunia, aku datang. Dan aku memerlukanmu..."

Friday, February 06, 2009

Rubbish In, Rubbish Out


traffic ke malaysiakini.com jadi sesak. isu di perak menarik perhatian seluruh warga Malaysia. Tsunami apakah ini?...

Tanpa angin, tanpa badai, tsunami ini datang mengejutkan kita. Apatah lagi penghuni negeri Perak. Pertukaran MB bukanlah 1 perkara remeh.

Saya hanya memerhati dr kuantan. Political education perlu disemai dalam jiwa semua org, tidak terkecuali.

Cuma, hati saya kuat berkata, ini bukanlah satu peperangan yang adil. Siapa pengecut, wallahua'lam.

Apa yang dapat saya katakan, rubbish in, rubbish out. Saya tahu, semua sudah maklum, siapa yang benar2 tulus sebenarnya. Apa yang berlaku sekarang, tidak direlai oleh kebanyakan orang. Kenapa malaysia yang terkenal dengan laungan DEMOKRASI sebelum ini, tidak memperjuangkan hak demokrasi itu sendiri pada kali ini? Takutkah akan kekalahan?

Rubbish in, rubbish out! Memulakan sesuatu dengan cara yang kotor, hanya akan berakhir dengan cara yang kotor juga suatu hari nanti.

Bersama singkirkan politik kotor. Dan kebenaran itu tetap akan mengatasi kebatilan.

Thursday, February 05, 2009

Flowers are Red

Semalam, ketika pulang drp terminal, naik kereta pinjam drp saudara Acap @ Abelom, saya terdengar satu lagi yang diputarkan di IKIM.FM. Lagu yang menarik minat saya utk mencarinya di internet....

Dengarkan lagu itu...
FLOWERS ARE RED

Flowers Are Red
Album : Allah Knows (zain bhikha)
Munsyid : Dawud Wharnsby Ali
http://liriknasyid.com


A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"

Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"
This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one


APE YANG ANDA FAHAM DENGAN LAGU INI?

Wednesday, February 04, 2009

Diet Cadangan

Permintaan drp seorang sahabat, tentang hidangan cadangan yang lengkap dengan segala nutrien. Bermula drp itu, saya mula membelek kembali segala majalah kesihatan yang wujud di rak buku saya seperti Rapi, Health Today dan Anis.

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD

SARAPAN

1 keping roti canai, teh O

Mihun sup, Nescafe O

2 ketul kuih pau, milo O

Soto ayam, Nescafe susu

1 keping roti canai kuah dal, teh susu

1 cawan mee rebus, teh O

1 cawan bijirin sarapan pagi, susu rendah lemak

MINUM PAGI

1 keping apam balik, susu rendah lemak

1 ketul pulut panggang, susu rendah lemak

3 keping biskut oat, susu rendah lemak

1 ketul kuiah lepat pisang, susu rendah lemak

1 ketul tauhu sumbat, susu rendah lemak

1 ketul ban kacang merah, susu rendah lemak

1 keping roti+jem, milo O

MAKAN TENGAHARI

1 ½ cawan nasi, ayam masak halia, bayam tumis, 1 potong tembikai, air suam

1 ½ cawan nasi, daging stew, kangkung tumis, 1 biji epal hijau, air suam

1 ½ cawan nasi, ikan bakar+air asam, kailam tumis, 1 potong betik,air suam

1 ½ cawan nasi, ayam masak tomyam, sayur campur, 1 biji limau, air suam

1 ½ cawan nasi, ikan stew, sup sawi, 1 biji pir, air suam

Nasi ayam, salad sayuran, sup sayur, 1 biji belimbing, air suam

1 ½ cawan nasi, ikan masak singgang, sawi tumis, 1 biji epal merah, air suam

MINUM PETANG

1 ketul pudding roti, milo O

1 keping sandwich sardine, kopi O

Pengat pisang, Nescafe O

1 ketul tauhu sumbat, milo O

1 ketul pudding jagung, kopi O

1 ketul apam, milo O

1 cawan rojak buah, Nescafe O

MAKAN MALAM

1 cawan nasi, ikan asam pedas, sawi tumis, ½ mangga, air suam

1 cawan mihun sup, salad sayur, 1 biji lai, air suam

1 cawan nasi, sup ayam, brokoli tumis, 3 biji prun, air suam

1 cawan laksa penang+ daun salad+timun, 8 biji anggur, air suam

1 ½ cawan bubur nasi, ayam panggang madu, kalian tumis, 1 biji lai, air suma

1 cawan nasi, ayam stew, sawi tumis, 1 biji pisang, air suam

1 cawan mee hailam, salad sayur, 1 potong tembikai susu, air suam



P/S: Hidangan cadangan ini ialah utk manusia normal yang bebas drp penyakit sahaja. Adapun bg pesakit diabetis mellitus atau hypertension atau apa2 penyakit yang telah disahkan, anda boleh merujuk staff nurse, dietitian atau doktor anda.

Tuesday, February 03, 2009

Obes itu Bagus??


Obesity atau lebih mudah disebut obes ialah satu tahap kegemukan yang melampau. atau Berat badan yang melebihi drp ketinggian yang menyebabkan berlakunya nilai berat yang tidak ideal.

Anda mahu tahu anda obes atau kurus? Ada caranya...
Gunakan BMI ini.

BMI = berat (kg) / [tinggi (m) x tinggi (m)]

jika BMI anda kurang drp 18.5, anda adalah underweight.
jika BMI anda antara 18.5 - 25, TAHNIAH
jika BMI anda 25-30, anda overwieght
dan anda akan mendapat taraf OBES jika BMI anda lebih drp 30!

atau

anda boleh kira BMI anda dengan mudahnya di sini

http://www.nutriweb.org.my/bmical.php


Sebenarnya, jika BMI anda di tahap overweight atau gemuk, anda bukanlah tidak sihat. Anda adalah normal selagi mana anda tidak berpenyakit.

Tetapi, jika obes, anda perlu lakukan sesuatu...

Obes boleh menyebabkan banyak penyakit.


Banyak betul penyakit yang akan datang jika seseorg obes.

Kesimpulan :

BERSEDERHANA DALAM MEMILIH PEMAKANAN
RAJIN2 SOLAT KERANA SOLAT ITU TERAPI TERBAIK
seperti yang dinyatakan oleh sahabat saya.
BANYAKKAN BUAT KERJA2 YANG BOLEH MEMBAKAR LEMAK

Monday, February 02, 2009

InnaliLlah...Cobaan...


Huruf "L" terpampang di muka depan dan belakang motor saya. Motorsikal WAVE yang ayah beri pinjam sejak saya memasuki tahun kedua di sini. Terpaksa saya terima tawaran pinjaman ayah ini, kerana jarak dari mahallah (hostel)(IMC) ke kelas saya(JHC) hampir2 15km. Setiap hari, kami harus berulang-alik dr IMC ke JHC, dan kadang2 pada hari hujung minggu, terpaksa juga ke JHC kerana kebanyakan buku yang berkaitan dengan medical n nursing hanya disediakan di perpustakaan JHC, berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Tengahari sabtu, 31/01/09, yang indah...

Pulang dr Beserah, saya pulang ke IMC dahulu, untuk menunggu Kayan. Kami sudah berjanji utk sama2 ke kedai motor, utk membaiki motor. Kesian pada Burraq (nama yang saya bagi pada motor saya)..sejak sampai di Kuantan ni, tidak pernah saya service lagi. Kalau ayah tahu, tentu dh lama kene 1 dose...

Saya naik motor saya. Kayan naik motor Kayan, dengan K.Dayah. Dan sampai di satu tempat, tiba2 jalan sesak.

Rupanya ada JPJ buat roadblock. Dan semua motor diarah parking di tepi jalan.

Saya tidak rasa ketakutan apa2 kerana lesen, baru je di renew. Roadtax pula, seingat saya, ayah baru je pergi sambung. Dan saya terus tunjukkan lesen saya.

Kemudian, roadtax saya..

"Encik, tu roadtax yg lama. Ayah saya dah renew yang baru. "
"Ok, xpe, boleh check."

Pegawai JPJ pun check..

"Cik, roadtax x sambung lagi ni..."
"Allah..."
Terus saya menelefoni ayah, dan nyata, ayah lupa utk sambung roadtax.

MAKA, TERIMALAH SAYA SURAT SAMAN PERTAMA DALAM HIDUP SAYA...

"Sila ke mahkamah pada 05/05/09"

Innalillahi waiina ilaihi raaji'un..

Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Yayan, roommate saya atas kehilangan kasut yang disayanginya pada 30/01/09 semasa menunaikan solat di Megamall. Juga kepada sahabat seperjuangan SRC saya, Airul yang kehilangan handphone, juga pada hari yang sama.

Bermula drp kejadian2 ini, kami mula tertanya2...kerana ketiga-tiga kami ialah ANAK BONGSU!!
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...