Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Thursday, April 05, 2012

Teringat Pada Kawan Sengal

Beginilah hidup aku. Bagai roda, kadang di atas, kadang di bawah. Kadang suka, kadang duka. Fasa kehidupan aku selepas fasa mengembara di university, 180 darjah berputar.

Teman-teman baik yg sama2 air naik kepala time study dulu, semua dah bawa haluan masing-masing. Setahu aku, ½ sudah menamatkan zaman dara sunti dan sekarang sudah bertukar status menjadi mak dara.

kawan-kawan yg agak sengal

Lagi menyedihkan, tepat 4 bulan aku di fasa pekerjaan ini, ibu tersayang aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Siapa tidak terkejut, aku hampir-hampir gila utk menerima kenyataan ini. Terlalu cepat dia pergi. Tapi nasib baik aku tidak mengizinkan kegilaan aku tu. Kalau tak, tentu waktu ini, aku sudah berada di Tanjung Rambutan atau mungkin di Tampoi.

Aku cuba sesuaikan diri dgn keadaan baru aku ini, Tuhan mentakdirkan aku hidup sendirian di sini, walau aku tak perlu fikir lagi fasa pengangguran, walau aku punyai wang (takde la banyak sangat pun, cukup-cukup makan aje), tapi aku masih rasa kekurangan. Kekurangan itu ialah ketidakmampuan aku berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan bersama orang tersayang.

Aku cuba mencari kasih daripada manusia, dengan harapan, aku boleh menumpang secebis kasih, meneguk setitik cinta. Namun, derita juga yg aku rasai. Sungguh! Cinta paling ikhlas sgt sukar dijumpai melainkan ia ada pada 2 orang insan bergelar mak dan ayah!

Rumah sewa aku ini benar-benar kosong. Sekosong hatiku. Kami (penghuni rumah ini) benar-benar bagaikan musafir yang hanya merancang utk berteduh seketika sahaja, sementara mencari tempat destinasi. Maka, rumah ini bagaikan sebuah hotel, berfungsi hny sebagai tempat melabuhkan tirai mata, tika badan penat bekerja.

Kekadang, aku terasa teramat sunyi. Tapi kekadang kesunyian itu mengingatkan aku rumah di bawah tanah yg sedalam 7 kaki itu nanti. Oh, sungguh sunyi!

inilah kawan terbaikku, yang sentiasa menggedikkan kepalanya ke kanan & ke kiri.

Monday, November 22, 2010

25 Perkara Yang Tak Best Ttg AA

One day...


Si canteq manis Aima In Luv mengetag AA...


erm....lama AA duk fikir.

ape eh....

1) AA ialah Athirah's Aunty

2) Nama salah seorang anak buah AA ialah Nurul Athirah.

3) AA ada 25 orang anak buah.

4) Kenapa AA pilih Athirah, sbb koleksi gambar Athirah paling banyak dlm external disk AA. Sebab, Athirah ialah yang paling pantang nampak kamera, mesti nak bergaya je kerja nya.

5) AA ialah org yg merantau. Amat jarang skali berada di rumah bonda.

6) AA ade je facebook.

7) Suka makan chicken chop.

8) Bila makan chicken chop, mesti kene kongsi sbb slalu tak habis makan.

9) AA sedang buat research tentang obesity.

10) Sekarang tengah study tentang oncology (cancer)

11) AA rindu kat arwah ayah!

12) Buat masa sekarang, AA sedang merantau di negeri orang selama 2 minggu, tetapi AA telah tertinggal handset, purse dan segala bagai yang penting di tempat AA bermukim!!!

13) AA sekarang sedang posting di HUKM

14) Suka cari resepi masakan tapi selalu tiada masa utk mencuba resepi tersebut.

15) Sangat jeles dgn org yg suka update blog.

16) Hobi AA ialah merendah diri (macam dlm cerita ZOO)

17) AA suka tengok cerita hantu.

18) Bercita2 nak beli sebuah kapal terbang, biar senang sket nak pergi jalan jauh2.

19) Suka Verona!!!

20) Selalu cepat lapar tapi still slim, ok.

21) Asyik terjumpa ular je akhir2 ni....kenapa eh???

22) Tengah homesick kot.

23) Rindu kat mak.

24) Rindu kat cleopatra (kucing AA)

25) Rindu kat Athirah!!!






Hee....lastly AA nak tag org yg slalu suka buli AA spt:



Thursday, November 11, 2010

Pesan Buat Menantu

Pesanan buat sahabat handai yang akan mendirikan rumah tangga pada Nov dan Dec ini...



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


(Dengar di sini)

Tuesday, November 09, 2010

Morning Wish

Salam buat makhluk Allah yg sedang melata di muka bumiNya mencari rezeki...

Bila berdoa, kita tidak boleh pentingkan diri sendiri.
Maksudnya, bila berdoa, kita perlu berdoa utk org lain jg.
Utk mak ayah, adik beradik, guru2, kawan2 dan seluruh muslimin.


Maka, pagi ini, saya ingin berdoa utk kalian.
Dia yg Maha Mendengar,
perkenankanlah doa di awal pagi zulhijjah ini.


This is my wish for you


Comfort on difficult days,

smiles when sadness intrudes,

rainbows to follow the clouds,

laughter to kiss your lips,

sunsets to warm your heart,

hugs when spirits sag,

beauty for your eyes to see,

friendships to brighten your being,

faith so that you can believe,

confidence for when you doubt,

courage to know yourself,

patience to accept the truth,

Love to complete your life....


Aamin
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...