Friday, January 29, 2010

Iye?

Benarkah

Lelaki itu antisocial??

dan...

Perempuan itu histrianic??

~Anjeruby~

Friday, January 15, 2010

Stupor...


Salam jumaat, penghulu segala hari dan hari yg penuh keberkatan.

Stupor bukanlah stupid maksudnya. Tetapi definisi stupor hanyalah boleh diketahui apabila anda menyertai kelab nya! Namun, penyertaan menjadi ahli kelab stupor bukanlah semudah memetik jari. Ia tidak terhad, tetapi penyertaannya ialah atas jemputan presiden kelab stupor!

Stupor kadang2 menjadi penyeimbang apabila hormon2 dan electrolyte dlm badan tidak seimbang. Kadang2 ia akan berfungsi sebagai ubat midazolam, iaitu penenang. Namun, ahli kelab stupor mengakui, menginsafi dan membenari bahawa sumber utama ketenangan ialah hanya dengan mengingati Allah!

Ahli kelab stupor juga bukanlah ahli yg berhobi menggoyang kaki. Ahli kelab stupor ialah ahli yg proaktif dalam menyumbang kepada dakwah n tarbiyyah massa!

Oleh itu, ahli kelab stupor amat berasa sakit hati apabila ada terjumpa sesiapa yg mengepost dlm facebook dgn frasa ayat "boring"..."tak tahu la nak buat apa.."...dan yg sewaktu dengannya, kerana ahli kelab stupor menyakini bahawa masa yg ada terlalu sedikit berbanding dgn tanggungjawab yg telah diamanahkan sebagai seorang KHALIFAH di muka bumi Allah ini.

Ahli kelab stupor juga merupakan ahli yg sensitif hatinya, kerana mereka berhubung dgn manusia dgn menggunakan hati, menghargai nilai2 kemanusiaan seseorg insan. Mereka bukan berhubung dgn manusia dgn menggunakan otak semata2, sehingga melayan manusia seperti robot2. Ahli kelab stupor bukan begitu....

Mahu jadi ahli kelab stupor??
Tanya diri sendiri, adakah anda punyai ciri2 ahli kelab stupor?

Salam jumaat.
Ahli kelab stupor disarankan membaca surah alkahfi pd hari ini.

~Anjeruby~

Wednesday, January 13, 2010

Izinkan Aku Memberi

Salam kasih sayang buat pencinta kebahagiaan, yang telah memberi kasih sayang tanpa syarat..

Januari 2010 - tamatlah tenure students' representative council (SRC) (majlis perwakilan pelajar) sesi 08/09.

Entah mengapa hati terlalu sebak. SRC yg telah menjadi sebahagian drp hidup ini selama setahun akan dilepaskan. Seakan2 seorg ibu yg perlu melepaskan seorg anak. Bukan kerana gilakan jawatan. Seorg ibu, yg dikurniakan seorg anak, walaupun ianya amanah, ttp ia amat membahagiakan, krn seorg ibu berpeluang "memberi tanpa syarat"..

Begitulah yg diri ini lalui. Amanah sbg majlis perwakilan pelajar, bukan sesuatu yg mudah. Tetapi Dia berikan diri ini ketenangan, apabila dapat memberi sebaik mungkin kepada apa yg dipimpin.

Sebak juga terasa krn sedih tidak mampu melakukan amanah ini sesempurna mungkin. Tidak mampu mengimplementasikan ia menjadi sempurna sesempurna "cinta sempurna".

Wahai diri, bersyukur...bersyukur..
Air mata ini telah banyak menjadi saksi, bahawa aku merinduimu duhai Kekasih dlm setiap lirikan manjaku dlm aduanku padaMu

Buat insan2 yg sedang menjadi calon utk Pilihanraya Kampus 09/10 (PRK).
Semoga Dia berikan yg terbaik utk kita semua.
Dan ku doakan, semoga Dia campakkan rasa ingin memberi kepada setiap hati antara kita.

Berilah tanpa syarat, kerana ketenangan itu apabila bahagianya sebuah hati =)

~Anjeruby~

Saturday, January 09, 2010

Book On Read [January 10]

ceritera-ceritera yg mampu membuatkan saya ketawa, menangis seorg diri...

memotivasikan saya dalam menjadi manusia yg memaknakan "erti hidup pd memberi".......
~Anjeruby~

Friday, January 01, 2010

Tiraiku

Salam buat perindu tertegaknya kalimah Allah...

1. Hadiah tahun baru utk semua : harga gula naik 20 sen (malah harga roti pun naik, kata rauf) dan gereja dibenarkan mengguna nama Allah!

2. Hatiku resah di awal hari. Semua kerja x jadi dibuat. Kebahagiaan itu bila tenangnya hati. Dan ketenangan itu hanya milik Dia, sang Kekasih Agungku. Lantas, kusujud taubat, memohon ketenangan itu, memohon kemaafan atas dosa2 yg si pendosa ini telah lakui. Air mataku deras mengalir. Wahai Kekasih yg kurindui, moga air mata ini mampu menyelamatkanku dr kemurkaanMu...jgn murkai aku, hai Kekasih hatiku.

3. Ayahku diserang Transient Ischemic Attack (TIA) minggu lepas. Luruh dadaku. Hai Kekasih yg kupuja, kupohon berilah ku peluang utk berbakti kpd org tuaku.

4. Pemujuk hatiku. Ku buka lembaran ayat2 cinta yg dikirim khas dr Pemilik hatiku. Nyata, Dia sentiasa mendengar rintih hatiku. Dia xpernah membiarkan ku keseorangan melayan hati yg sedih. Dia berbicara dgnku.




"Dan jika Kami berikan kpdnya sesuatu rahmat dr Kami setelah ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata,"Ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahawa hari kiamat itu akan terjadi. Dan jika aku dikembalikan kepada Tuhanku, sesungguhnya aku akan beroleh kebaikan di sisiNya." Maka sungguh, akan Kami beritakan kpd org2 kafir ttg apa yg telah mereka kerjakan, dan sungguh, akan Kami timpakan kepada mrk azab yg berat. Dan apabila Kami berikan nikmat kpd manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri dgn sombong, ttp apabila ditimpa malapetaka, maka dia banyak berdoa."
Hai Kekasih....ampuni aku....

~Anjeruby~
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...