Friday, November 21, 2008

Apa Warna Diri Anda?

from:http://ulumcordova.putrabytes.com


ANDA PARA DAEI ! APA WARNA DIRI ANDA?



“Saya tak reti la nak ‘masuk’ dengan budak kelas saya, diorang ni payah skit nak dakwahkan, ade ke patut kata saya ni mat skema”.Rungut seorang daei di sebuah kampus.



“Pening saya,ade ke saya di katakan emosional,pada hal saya rasa saya ok je, entahlah sahabat2 saya ni,tak paham betul!” Bentak pendakwah muda di satu institusi tinggi.



Begitulah serba sedikit rencah dalam dairi seorang pendakwah,rungutan mula muncul apabila berdepan dengan kerencaman sikap manusia yang terkadang kala menaikkan kemarahan.Namun,bagi pendakwah itulah bayaran yang perlu dibayar apabila terjun dalam medan pengislahan umat kini. Manusia rencam dan complicated …



Secara umumnya, manusia boleh dibahagikan mengikut warna diri yang berbeza. Pelajaran yang saya kutip dalam pengajian ilmu Color Vibration Therapy (CVT) membahagikan warna diri kepada empat bahagian utama iaitu Putih ,Merah Jambu ,Hijau dan Biru. Setiap manusia secara azalinya telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan warna dirinya yang tersendiri dan ekslusif.Dan warna tersebut diterjemahkan dengan sifat semulajadi individu tersebut.



Warna putih melambangkan Spiritual atau sifat kerohanian, manakala merah jambu (pink) melambangkan Emotional. Hijau pula melambangkan mental dan biru melambangkan fizikal. Jika di lihat dari sudut seerah Nabawiyyah keempat2 warna ini diwakilkan melalui empat khulafa’ arrasyidin dizaman Nubuwwah.



Putih dinisbahkan kepada Saidina Abu Bakar r.a , merah jambu dinisbahkan kepada Saidina Umar alkhattab r.a, manakala hijau dinisbahkan Saidina Uthman Ibn Affan r.a dan biru mewakili warna Saidina Ali r.a. Kita maklum bahawa keempat sahabat terutama Nabi SAW ini mempunyai karakteristik yang berbeza dan masing-masing menampakkan competitive advantages yang tersendiri. Malahan, kisah mereka juga dapat menonjolkan sifat dan sikap peribadi mereka sebagai qudwah hasanah kepada umat Islam.



Dalam dakwah kegagalan mengenali diri sendiri sebagai pendakwah dan sasaran (mad’u) akan menatijahkan mekanisme dan pendekatan yang kurang efektif. Kerana itu Dr Abdul karim Zaidan dalam buku Usuul adda’wah menekankan tiga arkanuddakwah ini di fahami dan diperkemasi oleh para daei.Kenali diri dan mad’u anda! Begitulah mungkin penekanan yang hendak disebutkan oleh Dr Kareem Zaidan.




Dengan memahami warna diri dan mad’u anda akan mencari titik keserasian atau paling tidak membina titik homofili bersama mad’u. Bahkan ianya tidak terungkai dari tiga penekanan dalam institusi usrah iaitu TAARUF (kenal),TAFAHUM (faham) dan TAKAFUL (Bantu). Bagaimana nak faham kalau tidak kenal, dan bagaimana nak tolong kalau tidak memahami?. Natijah memahami sifat seseorang akan menyebabkan kita matang dalam melayani kerenah dan mampu mengawal sifat negatifnya dengan memberikan rangsangan optimistic dalam minda para mad’u tentang kesyumulan manhaj Islam.



Namun,bagi para daei sifat yang selayaknya perlu disediakan dalam diri, bahkan keempat-empat warna itu sesuai digabungjalinkan dan dipraktikan mengikut masa dan tempatnya. Ada masanya emosi perlu disertakan, mental perlu diseimbangkan , ruhiyyah perlu diperteguhkan dan tenaga fizikal perlu diperkuatkan. Penggunaannya perlu sesuai dan sepadan dengan keperluan semasa, kerana itu daei perlu faham waqi’. Stephen R.Covey juga menyebut dalam karya masyhur: 7 Habits The Most Effective Person tentang sifat orang yang hebat antaranya “Seek to be understand then to be understood” (Baca: Cuba memahami sebelum mahu difahami).Dan itulah sifat yang perlu ada bagi daei!



Mengenali warna diri bermakna kita berusaha mengenali sifat dan sikap semulajadi serta sifat dominant yang ada dalam diri seseorang yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Ia sedikit sebanyak memberikan kita hint untuk mendekati sasaran dengan lebih efektif dengan memahami geraklaku dan tatakerja si mad’u.Dan itulah petanda awal kecemerlangan daei. Mengenali mad’u dengan betul ! Bahkan kita perlu mengenali kerenah dan perangai pelbagai lapisan masyarakat. Hayatilah Buku Thariqquda’wah : Baina Asaleh wal inhiraf ( Jalan dakwah antara keaslian dan penyelewengan) karangan Ust Mustafa Masyhur, juga kitab Aafaat Ala Thariq (Wabak sepanjang Jalan) karangan Dr Assayed Muhammad Noh dalam memahami gelagat (behaviour) dalam dakwah. Anda tentu akan mendapat sesuatu.



Ingatlah pesan Imam Hasan Al-Banna : Jadilah kamu umpama pepohon buah-buahan. Ia sering dilempar manusia barangan tiada berharga.Namun, diakhirnya dia (baca: pohon buah) itu akan menghasilkan buah yang akan memberi manfaat kepada makhluk. Apapun, doa saya kepada semua daei, teruskan tugas anda mengislah umat agar ia menjadi saham yang boleh dipersembahkan kepada Allah swt di akhirat kelak. Hidup ini sekali didunia maka nikmatilah ia dengan nikmat perjuangan Islam ! Ayuh kenali diri dan mad’u anda!




Rujukan :1. Usuul Dakwah 1&2 (Dr Abdul Karim Zaidan)2. Memperingati 100 tahun Hasan Al-Banna (Riduan Mohd Nor)3. Jalan Dakwah Antara keaslian dan penyelewengan (Mustafa Masyhur)4. Wabak sepanjang Jalan (DR Sayed Muhamad Noh)





Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..

Akan Solehkah Generasi Pewaris Kita?

15/11/2008

Saya menaiki bas dari K.Terengganu ke Kuantan pada jam 8.30pm. Seorang diri. Sebelum ini, saya selalu pulang atau pergi bersama sahabat sekelas saya, Razida, tetapi pada malam itu, saya keseorangan. Semenjak bertukar kampus di Kuantan, saya sebenarnya jarang menaiki bas pada waktu malam, tetapi kali ini, terpaksa kerana saya harus tiba awal di kuantan, untuk bertolak ke Temerloh pula, kerana saya ada klinikal posting di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Bas berhenti rehat di Chendor. Biasanya, saya tidak berminat untuk turun dr bas, ttp malam itu (11.30pm) , hati saya melonjak2 ingin turun. Setelah membeli sebungkus air milo panas, saya terus bergegas ke bas.

Dan bermula lah episod yang meninggalkan kesan trauma...

Dalam perjalanan ke bas, saya terdengar bunyi sebuah motor dari belakang. Saya dengar, motor itu terlalu dekat dengan saya. Dlm hati, saya berdoa semoga penunggang motor itu nampak saya dan tidak melanggar saya. Saya tidak terfikir hal lain akan berlaku.

Tiba2 beg kecil saya disentap dari tangan saya. Saya tidak dapat berfikir apa2, cuma tindakan refleks pada waktu itu, tangan saya merampas beg itu kembali...

Alhamdulillah, Allah selamatkan saya daripada kejadian itu. Motor itu berlalu.

Kemudian, baru saya tersedar. Rupanya saya hampir diragut sebentar tadi... Bila naik ke bas, baru lah saya melihat jejari saya menggigil...

SUASANA YANG TIDAK MEMBANTU

Bila menonton berita, tentu hati akan berasa takut. Di sana dan di sini, berlaku jenayah. Rasa hidup sudah tidak selamat. Rasa seperti tidak boleh percayakan sesiapa lagi skrg.

Drp kanak2 sehingga orang tua, semua tidak segan melakukan jenayah. Pelbagai. Walau apapun langkah keselamatan yang kita ambil, belum tentu dapat selamatkan diri kita. Hanya Allah tempat bergantung.

Dalam suasana sebegini, mampukah kita mendidik dan mentarbiyyah anak2 generasi pewaris kita? Biah sekarang sangat tidak membantu kita dalam mendidik mereka. Teringat lontaran persoalan daripada seorang ustaz:

"Seandainya kamu sbg wanita solehah, berkahwin dengan seorang lelaki soleh,dengan suasana tempat tinggal begini, yang menggalakkan berlakunya jenayah dan maksiat kepada Allah, adakah kamu dapat menjamin anak2 kamu akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah?"

Ya, ibu dan bapa yg soleh masih tidak mencukupi untuk mendidik anak2 menjadi insan yang soleh..

Suasana...

Teringat apa yang dipelajari dalam subjek HEALTH BEHAVIOUR AND COMMUNICATION. Cara2 mengatasi stress. Ada 2. Sama ada kita mengubah suasana itu atau kita mengubah cara kita bereaksi dengan suasana itu...

Jadi, merubah suasana ialah kaedah penting dalam menangani stress, cara penting dalam membaiki keadaan.

Bagaimana mengubah suasana?

Mari kita ramai2 lakukan REFORMASI!!!

Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..

Monday, November 10, 2008

Silent Mode

Tidak sabar rasanya menanti jam 10.30pm...

Sudah lama tidak pulang menjenguk wajah mak dan ayah di kampung... wajah yang sangat membahagiakan dan mendamaikan...

Melihat wajah mereka sudah mendapat pahala, apatah lagi berbakti untuk keduanya...

Mak dan ayah...anakmu memulangkan diri ini kepadamu...

Saturday, November 08, 2008

"Engkau Gila!"

Pernah tak kamu diejek "gila!"?...

Gila bermaksud mental retarded. Seingat kamu, kamu pernah tidak diejek dengan perkataan yang sangat menyakitkan hati itu, sedangkan, kamu bukan pesakit mental. Kamu ialah manusia normal. Bijak dalam pelajaran, aktif berpersatuan. Pernah tak?

Nabi tercinta kita, pernah. Malah acapkali digelar "majnun" yakni "gila". Padahal, sebelum itu, nabi diangkat oleh masyarakat dan terkenal dengan gelaran al-amin. Bermakna, nabi sebelum itu sudah popular di kalangan arab bahawa baginda seorang yang bijaksana dan jujur yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namun, setelah baginda menerima wahyu untuk berdakwah kepada manusia, mereka mula mengejek bahawa nabi itu "gila". Pedih betul hati...

Pernah tidak kamu berdakwah sehingga mereka menggelar kamu GILA? Atau mereka memulau kamu bertahun-tahun, tiada makan, tiada minum, sehingga terpaksa memakan dedaun kerana kamu mengajak manusia mentauhidkan Allah. Pernah tidak?

Kalau saya, tidak pernah..

Hebat kan baginda?..

Setakat mana usaha kita untuk menyambung perjuangan baginda? Darah pun, belum lagi setitis mengalir demi Islam.

Berdakwah

Ramai manusia takut dengan perkataan ini. Apatah lagi implimentasi nya. Padahal, berdakwah bukan perkara susah. Bukan berdakwah itu semata-mata pergi kepada rumah orang yang tidak dikenali, ketuk pintu, minta supaya tauhidkan Allah. Bukan itu semata-mata.

Kamu perlu variasikan cara berdakwah. Tetapi, jangan sampai tersilap arah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Contoh, seorang lelaki soleh, bercouple dengan seorang perempuan, niatnya untuk berdakwah. Salah! Salah sama sekali, kerana couple sendiri itu sudah HARAM!

Berdakwah perlukan HIKMAH. Tetapi ingat, hikmah itu bukan LEMAH LEMBUT. Hikmah itu ialah sesuai dengan mad'u dan keadaan. Berdakwah adakala boleh menggunakan kekerasan seperti rotan. Seorang bapa/ibu boleh merotan anak yang berusia 10 tahun ke atas jika si anak malas sembahyang. Namun, ada cara dan tempatnya untuk merotan. Berdakwah juga boleh menggunakan dengan lemah lembut. Seperti seorang sahabat baik yang sememangnya kita tahu bahawa dia sangat sensitif. Ia sangat memerlukan skill bagaimana untuk menyedarkan dia. Ibarat menarik rambut dalam tepung.

Berdakwah bukan sekadar dengan lisan. Kalau hanya lisan, bagaimana si bisu mahu berdakwah? Tentu tidak adil, kan? Berdakwah juga seperti cara komunikasi (seperti yang saya belajar dalam subjek Bahasa Melayu Kerjaya, Therapeutic Communication dan Health Behaviour and Communication). Ada verbal, ada nonverbal dan ada language (tulisan). Sesiapa yang Allah bagi kelebihan dalam menulis, tulislah sesuatu yang dapat membaiki dan mangajak manusia ke jalan Allah. Sesiapa yang boleh melukis, lukislah sesuatu yang boleh menyebabkan kita merasai takut dan cinta pada Allah. Sesiapa yang ada kebolehan berucap, gunakanlah peluang itu untuk menggetarkan hati2 manusia supaya beriman kepada Allah. Gunalah sebaik2 untuk jalan perjuangan.

Berdakwah, hak semua orang. Nurse, doctor, ustaz, engineer, guru, lawyer, semua kene berdakwah. Ibarat kata2 baginda.. “Setiap orang ada penjurunya. Jagalah penjuru itu sebaik2nya.” Gunakan segala kelebihan yang ada untuk berdakwah, bukan untuk bermaksiat.

Berdakwahlah, jangan berhenti. Sehingga manusia mengejek “kamu seorang gila!”. Jangan takut jangan gentar, kerana Nabi menerima lebih teruk drp itu. Berdakwahlah wahai manusia yang beriman!

~Semoga jejari ini menjadi saksi di akhirat nnt, bahawa aku pernah menggunakan mereka untuk perjuangan Islam~


Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..

Monday, November 03, 2008

JANGAN BERHENTI BERHARAP


Alhamdulillah, peperiksaan saya untuk semester ini sudah berada di penghujungnya. Semoga, semuanya berjaya. Tentang keputusan, kita serah sepenuhnya kepada Allah, kerana kerja kita hanya berusaha dan bertawakal, selebihnya, kerja Allah. Lulus atau tidak, itu kerja Allah. Kerana itu semua ujian yang akan diturunkan kepada manusia, untuk menilai siapakah yang lebih baik amalnya.

Masing2 mempunyai impian untuk berjaya. Berdoalah selagi masih bernyawa. Dan janganlah berhenti berharap pada rahmat dan kasih sayangnya. Berjaya tidak semestinya dalam peperiksaan, tetapi juga dalam hidup,cinta, keluarga, kerjaya, dalam perjuangan yang panjang dan semestinya pada hari yang ditunggu2 iaitu di hari perhitungan.

Betapa pemurah dan kasihnya Allah kepada kita. Di dalam al-Quran, acapkali disebut tentang doa dan jaminan akan diperkenankan. Dalam hadith juga banyak dikhabarkan betapa Allah mahu kita berdoa. Seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi:

“Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu, Aku ampuni segala doasa2 engkau dan Aku tiada peduli. Hai anak Adam! Kalau dosa2mu telah sampai ke langit kemudian jika ketika itu kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan ampuni engkau. Hai anak Adam! Jika engkau datang kepadaKu dengan kesalahan2 sepenuh bumi, padahal engkau tidak pernah menyekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan sepenuh bumi.”

Ya Allah, sungguh bertuah bagi sesiapa yang mencintai Allah. Sifat penyayang dan pengampunanNya sangat luas. Cinta yang tidak berbelah bagi kepada hamba!

Ada lagi hadith yang menunjukkan sayangnya Allah kepada kita.

“Barangsiapa yang menghampiriKu sejengkal, Aku hampiri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang menghampiriKu sehasta, Aku hampiri kepadanya sedepa. Dan barangsiapa yang datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berlari.”

Saya teringat ketika saya belajar di Darul Quran, saya pernah diuji dengan al-Quran. Hari ini, menghafal maqra’ lain, maqra’ semalam sudah terlupa. Sehinggalah tiba musim peperiksaan, saya berasa sangat sempit dada kerana 10 juzuk yang sepatutnya saya perlu masyi (lancar), amat susah melekat di kepala. Sehingga saya rasa hampir berputus asa. Saya berasa seolah-olah ingin berhenti setakat itu, tidak mampu lagi. Menangis saya menelefon ibu, dan akhirnya abang saya memujuk. Kata2 abang saya, membuatkan saya tersedar. Ya, al-Quran ini milikNya, Dia akan menguji kepada sesiapa sahaja yang mahu diujiNya. Dia mahu menguji kita, setakat mana kemahuan kita dalam menghafal ayat-ayatNya.

Dan malam sebelum peperiksaan, saya bangun berteleku di hadapanNya. Air mata laju mengalir. Malam itu sungguh sunyi dan saya dapat merasakan bahawa Dia sedang mendengar aduan saya dan sememangnya Dia selalu mendengar..

Serta merta, hati saya tenang. Ketika itu, jika tidak silap, ada 2 jam lagi untuk masuk waktu subuh. Saya membuka radio ikim.fm. Dan air mata saya mengalir laju sekali lagi, kerana mendengar lagu “Yang Abadi” dendangan Mestica. Tapi Engkau pun tahu, onak dan duri pada duniaMu. Engkau ciptakan pagar rintangan, harga cintaMu, jiwaku korban.

Dengan kuasa Allah, ayat yang perlu saya tasmi’ pada hari itu ialah ayat yang say abaca ketika bertahajjud semalam….Alhamdulillah…

Jadi, jangan berhenti berharap. Dan jangan berhenti bersangka baik dengan Allah. Bercintalah dengan Allah, nescaya cintamu tidak akan dikecewakan…

“Hai Tuhan, Engkau Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau yang menjadikan daku, dan aku hamba Engkau. Dan aku di atas ketetapan dan perjanjian Engkau selama aku berdaya upaya. Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan yang telah aku perbuat. Aku akan kembalikan bagi Engkau dengan nikmat Engkau atau aku akan kembali dengan dosaku, maka ampunkanlah bagi dosaku. Kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni segala dosa melainkan Engkau.”

(Hadith Syadad bin Aus drpd Rasulullah S.A.W)

Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...