


Dearest Mawaddah & Hafiz,
While the loss of a loved one is never easy, even when anticipated, it is most certainly the hardest when they are taken from us too soon. Your recent loss of your son who has left us at such a youthful age is certainly in the category of those hard losses for which there is so painful a reminder of what might have been.
We offer our sincere condolence and deepest sympathy on your loss. May the outpouring of sympathy, the kind acts of friends and strangers and the comfort in knowing that your loss is felt by many, help you through this difficult time.
I ask for God's blessings on you and your wonderful family. May you find the courage and strength to move forward in peace and confidence and in knowing that his was a life well-lived.
Yours In Peace,
Students' Representative Council
Sedih ma baca blog hajaq. Pengalaman masa kat NICU. Eden kat paed, gynae n neuro. Xbanyak sangat la cite2 menyayat hati ni…
Cuma, bila duk tulis pasal neuro ni, teringat plak kat satu2nya patient neuro eden. X ingat dah aih nama sapa (kalau ingat pon, mane bleh tulis nama dia). Agak teruk gakla…xcident.coma.xsedar.
Cuma, eden sangat terkesan time part wife dia nangis, sbb doc kata, xleh nak buat pape dh kat spital ni. Kene bawak balik rumah. Wife dia nangis sbb xtau cane nak jaga husband dia kat rumah nnt. Yela, dgn coma, wayar sana-sini. Kalau eden jd dia pun, eden gerun. Dahla anak sorg je, kecik lagi. Mmg xdak sedara mara yg duk dekat2. hmm…Rasa beruntung sangat amik nursing, sbb eden belajar cara jaga org sakit, jadi kalau berlaku apa2 pada family sendiri, insyAllah eden akan apply semua ilmu yg pernah eden belajar =)
Masa eden masuk bilik patient tu, nak amik observation n GCS, eden tengok wife nangis. Eden tau dah, sbb b4 tu wife ade cakap kat eden pasai ni. Anak dia tengah solat waktu tu. Pandainya depa didik anak..rajin solat. Ish..zaman skrg, susah na nak didik anak rajin solat.huhu. Eden xtau nak buat apa, yg eden tau, eden sebagai nurse, tugas eden bukan stkt amik observation. Jiwa patient and relatives pun tanggungjawab eden jugak.
Eden recall balik teori2 yg eden blaja. Apa guna bayaq mahal2 tp x practice kan (hehe..teringat nasihat eden kat junior2 shahputra yg posting skali ngan eden satu waktu dulu). Eden guna therapeutic touch. Eden letak tangan eden atas bahu wife tu…"I lend u my shoulder.."kata dalam hati ja..malu aih nak habaq..hehe..
At least, eden boleh tenangkan dia. Alhamdulillah, ok la sket wife tu..tp eden tau, masih ada baki2 sedih dlm hatinya. Betulla…berat mata memandang, berat lg bahu y memikul.
malangnya. eden x dapat nak membantu sepenuhnya kerana eden terpaksa ambil MC 2 hari. Demam panas. Bila menulis kisah ini, terfikir mcm mana nasib keluarga itu. Ya Allah, kuatkanlah hati mereka dlm menempuh ujianMu. Kuatkanlah semangat wife itu, dlm menyempurnakan tanggungjawab dan kasihnya sbg seorg isteri.
Semalam, ada sesorang menanyakan eden soalan praktikal sebegini. Dan buat insan yg bertanya itu, ketahuilah, inilah jawapan eden. Eden ingin contohi wife itu. Isteri solehah ialah isteri yg akan menyempurnakan kasihnya dlm tika susah dan senang =)
~Anjeruby~
Drp: http://blogs.iium.edu.my/martinelli/
Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.
Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.
Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia.
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.
~Anjeruby~