Friday, December 28, 2007

Hebatnya HAJAR

Setiap kali tiba musim Aidil Adha, semestinya para khatib akan menceritakan kisah Ibrahim dan Ismail yang sedia menerima apa sahaja arahan dari Allah tanda keimanan terhadap Tuhan yang Satu. Namun, kehadiran Hajar dalam kisah pengabdian hamba kepada Tuhan ini adalah sehebat kisah kehadiran Ibrahim dan Ismail juga.

Masakan tidak, Hajar ialah ibu kandung kepada Ismail. Bukankah seorang yang hebat itu secara sunnahnya lahir dari rahim dan didikan wanita yang hebat juga? Ternyata, Hajar memang seorang wanita hebat dan terpilih dalam sejarah Islam.

Hajar asalnya hanyalah seorang hamba milik Ibrahim dan Sarah. Kerana kemurahan hati Sarah, dipintanya suaminya Ibrahim untuk menikahi Hajar, agar zuriat Ibrahim tidak pupus setakat itu kerana ketiadaan rezeki baginya untuk melahirkan zuriat buat Ibrahim.

Namun, perempuan tetap perempuan. Sarah tetap memiliki hati seorang perempuan. Isteri mana tidak cemburu, walau telah berkali2 Sarah mengusir perasaan itu. Perasaan itu semakin menebal apabila Hajar dikurniakan Ismail. Seperti juga yang tercatit dalam sejarah Humaira’ dan Rasulullah (SAW), si Humaira’ tetap cemburu apabila Rasulullah sentiasa menyebut-nyebut tentang kebaikan Khadijah yang tiada bandingnya.

Tabah Hajar menerima keputusan untuk dibawa menetap ke bumi gersang. Perjalanan yang jauh dan memakan masa itu, tidak pernah diisi dengan bersoal jawab dengan suaminya. Hajar tidak pernah menyalahi Sarah, kerana Sarah ialah wanita yang paling banyak berbudi padanya ketika dia bergelar hamba dahulu, lebih-lebih lagi kesudian Sarah menerima Hajar sebagai madu.

Setibanya di tempat yang dituju, yang diiringi petunjuk Ilahi, Ibrahim terpaksa meninggalkan Hajar dan Ismail segera. Hati suami mana tidak luluh dengan perpisahan itu. Hati isteri mana yang tidak hancur, namun demi menenangkan hatinya, Hajar akhirnya bersuara bertanya kepada Ibrahim.

“Adakah ini perintah Tuhan?”

Anggukan Ibrahim meyakinkan hatinya. Hajar yakin, jika itu perintah Tuhan, Tuhan tidak akan membiarkannya dan Ismail sia-sia. Keyakinan itulah yang mentarbiyyah Ismail untuk mewarisi keimanan ibu dan bapanya. Ibrahim juga meninggalkan kedua-duanya dengan menyerahkan mereka sepenuhnya di bawah jagaan Allah.

Ketabahan Hajar telah mentarbiyyah Ismail. Ketegaran Hajar telah mendidik Ismail. Akhirnya, tercatit dalam sejarah, Ismail pula yang menyuruh Ibrahim menyembelihnya ketika diberitahu bahawa ia ialah arahan Tuhan.

Hebatnya Ismail hasil tarbiyyah dari wanita yang hebat, Hajar. Benarlah kata hukama’, berdirinya seorang wanita di belakang kejayaan seorang lelaki. Firman Allah dalam surah at-Taubah:

Dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang maaruf, dan mencegah dari kemungkaran, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

Wednesday, December 19, 2007

Menangislah

MENANGISLAH DI SINI SEBELUM MENANGISDI SANA


Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinyamemuncak gembira penawar sakit dan lesu.Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati,berdakwatkan air mata.


Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan,menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan.

Penghuni Syurga ialahmereka yang banyak dukacitanya didunia.Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barang siapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.


Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan.Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.


" Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."(al- Hasr: 20)


Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis,dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau merugikan.


Sabda Rasulullah s.a.w."Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."


Nabi Muhammad bersabda lagi :"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."


Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akanbertakhta.


Nabi bersabda :"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."


Nabi Muhammad bersabda :"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."


Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.


Seorang Hukama pernah bersyair :"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. " Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.


Lupakah kita Nabi pernah bersabda :"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis." Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. "(AL BAQARAH : 216)


Bukankah Nabi pernah bersabda:"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."


Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu,menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan.


Kenangilah,sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu." Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :"Kenapa engkau menangis?""Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya .Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."


Ibnu Masud r.a. berkata :"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara,khusuknya di waktu orang lain berbangga,seharusnya orang yang mengerti alQuran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam,lalai, bersuara keras dan marah.Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur dihadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."


Menangislah di sini,sebelum menangis disana!!!... ... ... ... .

hanya untuk remaja

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam.
Apa generasi Rabbani ini?

Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan olehRasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:Dan org2 yg kafir berkata. "Janganlah kamu mendengar dgn sungguh2 akan Al Qur'an ini & buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mrk).

Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati.

Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar.

Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka?
Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal.

Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya.

Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik.Satu malam ni, dia ketuk2 satu bilik ni, tak buka2. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 org siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil. (homoseks) Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ.

Teruk?Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 thn paksa boyfriendnya yang baru 12 thn buat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi..Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak2 skolah rendah. Dia nampa budak2 ni handphone nye, N-Gage, sabun, daun dan yang lain2 yang mahal2 tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jd ceritanya. Tapi skali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap,“Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar2 lucah yang ada dlm HPnye. Kawan saya ni terkejut berukla. Tergamam dia di situ.

Ni budak2 sekolah rendah!Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini?




Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang.Bagaimana remaja kita?Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka.Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka!

Nauzubillah!
Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah.Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mrk berkata. "Mengapa kamu menasehati kaum yg Allah akan membinasakan mrk atau mengazab mrk dgn azab yg amat keras?" Mrk menjawab. "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kpd Tuhanmu, & supaya mrk bertakwa". Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org2 yg beriman."(surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).

Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani.Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”.

Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita.Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Smoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi.Firman Allah :[i]Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).[/i](Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka.Firman Allah:Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?

inilah saya, anda pula siapa?


"Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran...Saya adalah manusia yg mencari erti sbnar kemanusiaan...Saya adalah seorang warga negara yg impikan sebuah negara yg dhormati, merdeka, tenteram & hidup harmoni di bawah naungan Islam yg murni....”
“Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya utk ALLAH Tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutuiNya. Inilah yg diperintahkan kpd saya & saya salah seorang yg menyerahkan diri…”
“Inilah saya,anda pula SIAPA????”-kata2 as-Syahid Imam Hassan al-Banna-

hati seorang mukmin


Mengalirlah air mata mukmin
Atau mengalir air mata hatinya
Bila mengingati Tuhannya...

Malunya hati mukmin
Bila mengenangkanRahim dan Rahman
Tuhan...

Remuk redam hatinya
Bila teringat Qahhar dan Jabbar-Nya
Resah gelisah jiwanya melakukan dosa
Sedih hatinya lalai dengan Tuhannya...
Kemudian sedar semula
Tidak tentu rasa hatinya
Bila terbuat kesalahan dan kesilapan...

Hati mukmin sentiasa tenang dengan Tuhannya
Tidak tenang dengan dunia
Jiwanya bergelombang dengan Tuhannya
Bagaikan lautan tak pernah tenang...

Kalau bukan kerana kewajipan
Tentu mereka bersendirian
Membawa diri berkelana bersama Tuhan...

pantun buat ex- sekolah agama


~Assalamualaikum~

Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama Smakk.."

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz dan ustazah ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz dan ustazah selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim dan muslimah sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak Smakk berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"
Kesian ustaz dan ustazah mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

Monday, December 17, 2007


JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH DIMADUKAN,
BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI
TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!!
KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH
PERJUANGAN ISLAM!!!



PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN
KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA
BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM
BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG
PERJUANGAN SUAMIMU



JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA
SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU
DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU
DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA
IAITUPERJUANGAN ISLAM!



JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA
YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI
DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!!
BAHKAN DIRIMU
ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH
PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA.



DIA MENCINTAIMU KERANA
DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM.
JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN.
SEKELUMIT CINTA PUN
TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU
BANTULAH ISTERIMU DAN
KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN

Wednesday, December 12, 2007

produk baitul muslim


Tahniah buat sahabat...farhana idrus yang baru melangsungkan perkahwinan pada 2 minggu lepas. walaupun Ina buat majlis kecik-kecik dan x panggil kami, tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya akhirnya kami tahu juga... inilah ukhuwwah islamiyyah... mesti banyak memberi dari menerima...

kami akan sentiasa doakan agar Ina dan suami bahagia hingga ke syurga. semoga perkahwinan ini tidak menjadi penghalang untuk terus berjuang mencari redha Ilahi, malah semoga perkahwinan ini menjadi batu loncatan untuk terus gemilangkan Islam tercinta...


Pertolongan Allah & Kemenangan yang Dekat


Alhamdulillah, bermula dengan semester baru ini, dengan azam yang baru, dengan tekad yang jitu, dengan semangat yang tinggi, saya akan berusaha untuk terus gemilangkan produk yang sedang saya bawa di bahu saya ini, iaitu ISLAM.

Saya amat-amat bersyukur kerana Dia makbulkan jua doa saya, iaitu kejayaan dalam menuntut ilmu. Walaupun ini baru sahaja permulaan perjuangan, tapi dengan keputusan yang cemerlang ini, telah menyuntik semangat yang padu kepada saya untuk terus bertahan dalam mencari ilmu kurniaanNya.

Saya pernah gagal sebelum ini. Sehinggakan saya rasa, kegagalan saya ini telah membawa fitnah kepada Islam yang saya bawa. Saya gagal membuktikan kepada mata masyarakat bahawa berjuang untuk Islam tidak mengganggu gugat kejayaan saya dalam pelajaran. Sememangnya manusia ini hanya mampu menghukum berdasarkan zahir sahaja. Mampu menilai melalui apa yang terpampang pada CGPA sahaja, walaupun hakikat ilmu itu hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui.

Namun pada kali ini, Dia telah menyuntik semangat dan keyakinan saya bahawa berjuang untuk Islam itu tidak akan sia-sia ganjarannya. Pertolongan dariNya ini amat saya hargai dan kadang kala saya berasa agak takut dengan nikmat kejayaan yang Dia kurniakan ini. Bimbang-bimbang jika saya menjadi semakin lalai dengan kesenangan dan lupa untuk bersyukur kepadaNya!

Saya mahu menjadi seperti Rasulullah S.A.W. Bengkak tumit baginda kerana mendirikan sembahyang di sepertiga malam. Bertanya si Aisyah, mengapa sampai begitu amalan baginda, padahal baginda adalah manusia yang telah dijanjikan syurga dan terhindar dari dosa semalam, hari ini dan esok. Jawapan baginda amat menyentuh hati..”Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”

Setiap masa, Allah akan sentiasa menguji kita. Teringat firmanNya dalam surah Muhammad, saya lupa ayat berapa, namun mafhum ayat itu ialah Allah akan sentiasa menguji kita untuk mengetahui siapakah antara kita yang benar-benar ingin berjihad di jalanNya. Setiap saat ada sahaja saringan dariNya. Seperti kisah Talut melawan Jalut dalam surah al-Baqarah. Pada awalnya, Talut telah ditentang oleh golongannya sendiri, mereka tidak percaya kenapa Talut yang dipilih Allah untuk menjadi pemimpin mereka, padahal masih ramai lagi lelaki dalam kalangan mereka yang kaya-raya dan berkedudukan. Namun, pemilihan Talut bukan kerana itu. Allah memilih Talut kerana ilmu yang ada pada dirinya dan kegagahan badannya. Itulah saringan pertama bagi orang-orang yang ingin berjuang di jalan Allah.

Saringan tidak berhenti setakat itu. Tapisan kedua, ketika tentera Islam yang dipimpin oleh Talut melalui perjalanan yang jauh. Mereka telah diuji dengan sebuah sungai. Talut telah berpesan supaya tidak berlebih-lebih meminum air sungai tersebut, namun, ramai tenteranya telah ingkar perintah. Akibatnya, tertinggallah mereka dari jalan jihad itu kerana kekenyangan. Tapisan seterusnya, apabila tentera Talut berhadapan dengan tentera Jalut, sesetengahnya merasakan kurang yakin dengan janji Allah. Kerana sikap pengecut yang ada dalam hati mereka, mereka juga meninggalkan jalan jihad itu. Tinggallah beberapa org tentera yang masih setia dan yakin dengan janji Tuhannya, melawan Jalut dan akhirnya terbukti…Tentera yang sedikit dapat mengalahkan tentera yang ramai..

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiyah
Berkorbanlah wahai beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Wednesday, December 05, 2007

Pesan Pada Hati...

seandainya dirimu tidak mampu menjadi lilin yang menerangkan cahaya, maka janganlah pula kamu menjadi hembusan angin yang memadamkan cahaya..Kikislah kekecewaan di dalam sanubarimu dan tegakkanlah ketuanan Islam yang sejati..

kadang2 allah hilangkan sekejap matahari,kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,puas kita menangis mencari mana matahari,rupa-rupanya allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

don't walk in front of me,
i won't follow.
don't walk behind,
i may not lead.
walk beside me,
be my friends forever

mengingati teman tanda persahabatan,
mengingati mati sumber keteguhan iman,
mengingati akhirat semulia-mulia ingatan
&mengingati Allah nadi ketenangan...

pesan lukman al-hakim kpd anaknya "jika ada 5 perkara terhimpundalam diri seseorang iaitu agama,harta,rasa malu,akhlak yang baik& kedermawanan,maka ia adalah suci,bertakwa,kekasih allah danterhindar dari syatian"

NISA' SURVIVAL CAMP 2007
Love hectic stuff?
Desire challenges?

Go all the way by train, bus and lorry to reach your destination?
This is the package that you've been waiting for…
Stand a chance to mingle with the Orang Asli community
at the same time gather priceless experience…
DON'T MISS THIS OPPORTUNITY! !!
Let's join Nisa' Survival Camp and be part of
THE ADVENTURE OF NISA'…

Date : 28th to 31st December 2007
Venue : Ulu Slim, Perak
Fee : RM100 (including tee shirt)
Call our HOTLINE : 0196732037 NOW!!!
Limited to 60 PERSONS only, FIRST COME, FIRST SERVED

Saturday, December 01, 2007

Cinta Bait al-Haram (khas utk mak ayah)


LabbaikaLlahulabbaik… terngiang-ngiang di telingaku seruan itu. Namun, mataku hanya mampu menatap di peti televisyen sahaja. Begitu indah kota Makkah yang masih berdiri gagah itu. Tempat tumpuan berjuta manusia dari setiap pelusuk dan ceruk dunia.

Kota itu pernah menjadi dengkian di hati Abrahah, Gabenor Yarman. Lantas, tanpa berfikir panjang, terus si Abrahah mengarahkan pasukan bergajah untuk merobohkan rumah Allah binaan Ibrahim dan Ismail alaihumas salam. Tentera gagah bersenjata besar itu tidak dapat dilawan oleh sesiapa, kerana memang si Abrahah tidak mahu berperang dengan manusia, tetapi dia sebenarnya mendeklarasikan perang dengan Allah. Tanpa bertangguh, datanglah sekumpulan tentera Allah dari langit, Ababil yang membawa batu2 yang dibakar. Tentera bergajah dilempari batu2 terbakar dari langit, maka bergelimpanganlah tentera bergajah bagaikan daun2 yang dimakan ulat. Maka, tinggallah sejarah kekalahan era tentera bergajah.

Mekah dan Madinah kota impian. Teringin rasanya ingin sujud di hadapan Kaabah-Mu, ya Allah. Merasai manisnya ibadah di tanah suci-Mu. Tiada tempat seindah tempat ini, ya Allah. Beriktikaf di Raudhah, salah satu taman syurga yang berada di Masjid Nabawi, impian yang takkan pernah padam di hati ini. Berlari-lari anak dari Sofa ke Marwah sambil memegang tangan ibu bapaku...seolah2 terasa ketika mereka membimbingku belajar berjalan di waktu kecilku...
Wahai Tuhan, perkenankan doa kami. Terimalah kami menjadi tetamuMu yang dahagakan rahmat dan kasih sayangMu. Wahai ibu, wahai ayah, kalian akan sampai juga di tanah suci yang kalian mimpikan. Akan ku realisasikan impian kalian kerana, inilah hadiah ucapan terima kasih dari anak-anakmu.
Terimalah amalan kami, ya Allah… Aku datang, ya Allah walaupun bukan tahun ini, tetapi pada masa akan datang. Perkenankan doaku….

Sunday, November 18, 2007

Siapa KAWAN?


Salah satu doa Nabi Muhammad s.a.w yang sering kita ucapkan ialah agar kita di akhirat kelak berhimpun bersama para Nabi, syuhada dan orang-orang yang soleh. Ini kerana sesungguhnya mereka adalah sebaik-baik kawan dan pendamping.

Kawan, menurut orang tua-tua lebih dikenali sebagai saudara. Alasannya, kebanyakan masalah yang dihadapi seseorang, sering ditolong dan diselesaikan dengan bantuan kawan. Namun, seorang kawan bukan hanya dapat menolong dan bermanfaat bagi seseorang, tetapi sering kali juga kerana kawan, seseorang itu terjerumus ke lembah hina.

Seorang ahli hikmah ada mengatakan: sesiapa yang berkawan dengan 8 jenis manusia ini, maka akan bertambah pula 8 akibatnya….

Pertama : sesiapa yang berkawan dengan orang yang kaya, maka akan bertambah kecintaannya kepada dunia..

Kedua : sesiapa yang berkawan dengan orang miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan redha akan rezeki yang diberikan kepadanya.

Ketiga : sesiapa yang berkawan dengan para penguasa, maka akan bertambah kebongkakan dan kesombongannya.

Keempat : sesiapa yang banyak berkawan dengan wanita, maka akan bertambahlah kebodohannya dan nafsu syahwatnya.

Kelima : sesiapa yang bergaul dengan anak-anak, maka akan bertambahlah sifat suka bermain dan bergurau senda.

Keenam : sesiapa yang suka bersahabat dengan orang-orang fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk berbuat dosa dan melambat-lambatkan taubat.

Ketujuh : sesiapa yang bergaul dengan orang-orang yang soleh, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah.

Kelapan : sesiapa yang berkawan dengan ulama’, maka akan bertambahlah ilmu dan sifat berhati-hatinya.

Ramai orang yang menyimpulkan bahawa kawan yang paling baik adalah kawan sejati. Kawan sejati adalah kawan yang berada diwaktu suka mahupun duka. Pada dasarnya, Islam tidak menolak konsep ini, namun suka duka dalam Islam tetap mempunyai 2 sisi: iaitu dunia dan akhirat. Persahabatan yang sejati dalam konsep yang utuh ini, mungkin akan tercipta apabila didasari oleh cinta kerana Allah. Mudah-mudahan kita mempunyai kawan dengan dasar yang mulia ini. Amin..

Sunday, November 11, 2007

Syukur Berada Dalam Gelombang Kuning

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Walaupun kami terkena bahan kimia daripadaair asid yang dipancut oleh FRU ke arah pagar Masjid Jamek pada kira2 220pm, semangat juang tetap utuh dan tidak luntur.

Perhimpunan ini aman dan akan terus aman jika FRU tidak menembak kami. Malah ia sememangnyaaman, tiada rusuhan dan kekacauan. Apa yang berlaku hanyalah kami ditembak dengan air asid, ditembak dengan bom asap pemedih mata, dikejar polis, dan ada di antara kami ditangkap.

Bukankah ia masih aman. Kami tidak bakar atau merusuh. Entahlah, kalau selepas ini ada berita kami membakar, tetapi rasanya tidak kerana Allah menyelamatkan kami daripada fitnah itu dengan hujan yang sangat lebat.Alhamdulillah, banyak bantuan yang Allah kurniakan kepada kami ketika perhimpunan ini. Antaranya air yang didatangkan dari langit dan bumi. Iaitu air hujan dan air drp paip yang pecah.


Air dan garam adalah penyelamat anda jika terkena tembakan FRU.Saksikan sendiri apa yang sempat dirakan oleh aljazeera. Hakikatnya, apa yang berlaku petang tadi adalah suatu sejarah yang lebih besar dan hebat drp apa yang dpt dilihat di sini.

Syukur saya sempat berada di tengah2 gelombang kuning ini.

http://www.youtube.com/watch?v=BzqSddWkxGs&NR=1

Thursday, November 08, 2007

Perbandingan 2 Negara


Ada 2 negara yang diperintah oleh dua kerajaan. Negara pertama diperintah oleh seorang raja yang warak, alim dan adil. Baginda mempunyai sistem pemerintahan yang benar-benar belrlandaskan ajaran Allah yang suci - Islam. Visi dan misi ialah ketaatan kepada Allah dan Rasul demi kesejahteraan umat dunia dan akhirat. Berpaksikan hukum Allah dan sunnah Rasul, baginda membina empayarnya dengan saksama; dibantu oleh barisan menteri yang celik agama dan politik kenegaraan serta mempunyai prinsip yang teguh 'menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar'. Dari segi pelaksanaan undang-undang, mereka berpegang pada 'kami dengar dan kami patuh'. Ini bermakna apa jua arahan dari pihak raja akan mereka laksanakan sebaik mungkin asalkan semua arahan itu tidak menyempang dari agama Islam.

Saban siang, kesemua mereka menjalankan urusan pemerintahan dengan bersungguh-sungguh kerana menyedari bahawa mereka dipikulkan dengan satu tanggungjawab yang amat berat iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi. Mereka bertanggungjawab di atas apa jua tindakan yang dilakukan. Kepentingan sendiri mereka ketepi kerana mengutamakan hak dan kepentingan rakyat jelata. Oleh sebab Sang Raja mempunyai stail pentadbiran yang benar-benar telus dan lurus, maka kesemua barisan menteri, kakitangan awam dan juga swasta serta rakyat amnya memberikan sokongan padu menjayakan segala projek kerajaan sehingga negaranya sangat dihormati kerana kejayaan yang amat cemerlang dalam semua aspek kehidupan sama ada berbentuk ukhrawi atau duniawi. Kesemua tenaga kerja menyumbang ke arah menjayakan negara Islam sehinggakan doktor, peguam, peniaga, guru, arkitek, engineer, pegawai kerajaan dan lain-lain pekerja bersatu dalam menyempurnakan aspirasi Islam.

Pada malamnya pula, raja dan para menteri bangun mengerjakan solat tahajjud, meminta istighfar dan petunjuk dari Allah dalam menjalankan tugas yang dipikulkan ke atas mereka. Siang mereka bersama manusia, malamnya bersama Allah Pencipta sekalian alam.
Kejayaan dan kecemerlangan negara amat terserlah. Yang kaya menjadi bank kepada yang miskin, yang kuat menjadi pelindung yang lemah, yang mulia menjadi naungan kepada yang hina dan yang alim menjadi pemimpin yang jahil. Etika sosial begini menjadi asas kepada kejayaan negara keseluruhan. Pembangunan berjalan dengan pesat meskipun tiada projek mega yang membeban rakyat. Taraf pendidikan begitu maju dengan menekankan aspek fardhu 'ain terlebih dulu sebelum fardhu kifayah. Dalam bidang sosial pula, tidak terdapat golongan manusia yang bertuhankan kebendaan. Masalah jenayah, maksiat dan budaya lepak hampir tiada. Kecurian, penzinaan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa hampir tidak wujud di dalam kamus mereka. Pasukan polis dan askar amat mudah menjalankan tugas. Begitu juga dalam bidang ekonomi, negara menjadi kaya walaupun tidak mengamalkan sistem riba'.

Pendekata, berkat ketaqwaan dan kepatuhan kepada Allah, negara ini menjadi contoh teladan kepada negara lain seantero dunia. Allah meredhai pemerintahan raja yang menjadikan dirinya sebagai role model pemimpin yang adil. Sebagai balasan, negaranya berkat dan mendapat pengampunan dan keredhaan Allah 'Baldatun Thaiibatun Wa Rabbun Ghafur' - negara yang baik dan berkat serta mendapat pengampunan Allah. Raja negara ini berjaya membawa rakyat ke mercu kejayaan dunia dan akhirat.

Sebuah negara lagi adalah sebaliknya. Mempunyai pemerintah yang zalim. Menteri-menterinya juga ikut zalim dan rakus kuasa. Sesiapa saja yang cuba mendirikan keadilan akan dihukum dan tidak sesuai berada di dalam barisan menterinya. Harta negara dibahagi sesama mereka tanpa mempeduli hak rakyat jelata. Hak dan harta rakyat menjadi hak mereka diambil dengan sewenang. Kebajikan rakyat dan orang bawahan tidak dijaga baik, sebaliknya pendokong kerajaan dan juga para korporatnya begitu ditatang seperti menatang minyak penuh. Nama baik negara dijaga dari pandangan antarabangsa meskipun tidak diperkenan oleh rakyat jelata. Projek mewah yang langsung tiada kaitan dengan kepentingan orang bawahan begitu serius dijaga; sehingga mengorbankan kepentingan jelata.

Oleh sebab prioriti adalah untuk menegakkan ekonomi negara, maka soal lain menjadi perkara kedua yang tidak begitu penting dan tidak diberikan keutamaan. Sikap pemimpin ini menjadi ikutan orang bawah. Akhirnya matlamat hidup sebagai hamba Allah kian pupus. Manusia hidup untuk benda. Para korporat dibela. Rakyat jelata yang menaikkan mereka dibiarkan saja. Agama katanya masalah peribadi. Lahirlah satu generasi rakyat yang kosong jiwa walaupun kaya harta. Kerana mengejar benda, manusia lari dari Allah, tidak lagi melakukan solat 5 waktu. Amar makruf dan nahi mungkar tidak lagi jadi pegangan. Surau dan masjid semakin terpinggir walaupun tersergam dibina macam istana. Masjid dihias dan diceria tapi ke mana pergi jemaahnya? Yang dewasa mula longgar agama. Anak-anak mereka tidak dijaga. Larilah mereka dari rumah menurut rakan sebaya. Budaya mereka berpoya-poya. Amal ibadat jadi persenda. Ulama dan nabi dikatakan tipu daya.

Orang kaya semakin mengada, orang miskin pula kian melata. Kepada siapa ingin mengadu? Sang Menteri tidak ambil tahu. Orang ramai semakin menderita. Dunia mereka tidak dijaga. Akhirat pula dipandang hina. Akhirnya rugilah mereka kedua-dua. Sang Menteri tidak peduli apa berlaku pada remaja. Ramai melepak tak tentu hala. Pegangan agama tidak diambil kira. Sang Ulama dan Nabi dipandang hina. Tindakan mereka menjemput bala. Negara menuju saat kehancuran. Tapi menteri masih mendabik dada kononnya mereka membawa negara ke mercu jaya.

Benar sekali kata hukama, barangsiapa mengejar dunia, dunia akan terus lari. tetapi barangsiapa yang mengejar akhirat, mereka akan perolehi keduanya.

MORAL & IKTIBAR

Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada corak kepimpinannya.
Pemimpin yang berjiwa Islam membawa rakyatnya ke mercu kejayaan. Sebaliknya pemimpin sekular terlalu mementingkan kekayaan dunia hingga melupakan bahagian akhirat yang kekal. Mereka sesat lagi menyesatkan.
Pemimpin Islam sentiasa bergantung kepada Allah tetapi pemimpin sekular kuat pergantungannya dengan kemajuan ekonomi. Mereka percaya jika ekonomi kukuh, segala yang lain akan turut maju. Sikap begini boleh menjerumus atau membawa rakyat ke lembah syirik. Menganggap selain Allah memberi manfaat atau mendatangkan mudharat boleh membawa pada syirik.
Ideologi yang tidak memberikan penekanan kepada Islam adalah sesat.
Mana-mana raja atau pemimpin yang adil akan mendapat keredhaan Allah pada hari kiamat. Manakala pemimpin yang zalim akan dihumban ke neraka untuk menerima balasan yang setimpal dengan kezalimannya.
Sebagai rakyat, kita wajib memberi sokongan padu kepada raja yang adil. Menyokong pemimpin yang zalim adalah haram. Memberikan sokongan kepada mereka bererti bersekongkol atau bersekutu dalam melakukan kezaliman.
Di akhirat kita akan bersama dengan orang yang kita sayangi atau sokongi. Jika pemimpin zalim yang kita sokong masuk neraka, kita juga akan turut dimasukkan ke neraka, wal'auzubillah. Oleh itu sokonglah dan sayangilah pemimpin Islam yang berjuang menegak atau mendaulatkan agama Islam. Jika mereka masuk syurga, insyallah kita juga akan dimasukkan ke syurga. Kita bersama dengan orang yang kita sayangi.
Amar makruf dan nahi mungkar merupakan asas kebahagiaan dan keselamatan sesebuah negara.
Ulama adalah pewaris Nabi. Menyayangi ulama bererti menyayangi nabi. Membenci ulama jelas menunjukkan kebencian kepada nabi.
Seseorang yang arif dan alim (tahu) dalam satu bidang keagamaan boleh dianggap ulama dalam bidang tersebut dan perlu dihormati. Tidak semestinya alim dalam kesemua bidang agama diiktiraf ulama. Mereka yang alim dalam satu perkara pun dimuliakan Allah betapa pula yang alim dalam banyak urusan agama. Siapalah kita untuk mempertikai kewibawaan ulama terutama ulama' muktabar seperti Imam Shafei atau Imam Ghazali.
Raja adil perlu disanjung, raja zalim mesti disanggah.
Berbahagialah sesebuah negara di mana umara' (pemimpin)nya menjadikan ulama sebagai penasihat. Tetapi amat malang sekali jika ulamanya pula mengikut telunjuk umara'nya. Ulama' begini dikategorikan sebagai ulama' suu' (ulama' jahat yang menjual agama untuk mendapat habuan dunia).
Hidup adalah perjuangan untuk menegakkan syariat Islam. Inilah wawasan umat Islam.
Pemimpin yang sombong dan ujub tidak layak menjadi pemimpin orang-orang Islam. Sesebuah negara ibarat sebuah kapal yang sarat dengan penumpang manakala rajanya adalah jurumudi. Jurumudi yang mahir akan berjaya mengemudikan kapal ke tanah darat dengan selamat. Manakala jurumudi yang mabuk dan gila akan menyebabkan kapal terbalik dan membahayakan keselamatan penumpangnya.

Tuhan...Dekatkan aku denganMu..

Aku merintih di hadapaMu Tuhan
Air mataku mengalir laju lagi
Berdosanya aku pada diriku sendiri
Zalimnya aku kerana diriku sendiri

Tuhan
Kurasa jauhnya aku dariMu
Cinta yang kucari bukan cinta yang kudapat
Siapa aku dalam jasad manusia ini
Jika aku terlalu jauh dariMu

Tuhan
Dekatkan aku denganMu
Tenangkan aku dalam dakapan kasih sayangMu
Kelubungi aku dengan selendang rahmatMu

Tuhan
Hati ini tidak layak utk kuletakkan manusia
Hati ini hakMu, Tuhan
Derhaka lah aku jika manusia lebih ku ingati di hati ini

Tuhan
Maafkan aku atas kesilapanku
Nyata rahmatMu terlalu luas
Di mana sahaja kutemui keampunanMu

Nyata
Aku dalam kealpaan
Kau masih sudi mengingatkan aku
Kerana Engkau terlalu cinta dan kasih terhadap hambaMu

Maka
Dekatkan aku denganMu
Wahai Tuhan...

14.16
(dlm mencari siapa diri ini)
nukilan asli

Sunday, November 04, 2007

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Dengan pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

Tabahlah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman

(dari kak riena. time2 exam ni, susah sket nak perah ilham sendiri, jadi lebih baik cari inspirasi)

Wednesday, October 31, 2007

Mengharap suami/isteri soleh/ah?

Jika engkau tidak berusaha menjadi seperti Fathimah, mengapa engkau berharap bisa mendampingi pemuda seperti Ali ? Jika engkau tidak berusaha shalih seperti Rasulullah shalaAllahu ‘alaihi wassalam, mengapa engkau berharap mendapatkan wanita seperti ‘Aisyah ?

Berharap memang tak salah. Ada salah seorang saudara kita yang malas diajak solat jama’ah ke masjid, malas mendatangi majlis ilmu malah menghabiskan waktu dalam hal yang sia-sia. Bahkan ada juga yang kurang menjaga pergaulannya, merasa bebas berhubungan dengan lawan jenis. Namun, mereka tidak akan berkahwin kecuali dengan isteri/suami yang soleh/ah dan pandai dalam din. Mereka mendambakan suami/isteri yang tidak pernah bergaul bebas dengan lawan jenis. Mereka menginginkan isteri yang suci bagai bidadari turun dari surga.

Sebagaimana pula saudari-saudari kita, mereka yang menginginkan suami yang selembut Abu Bakar, yang setegas `Umar Ibnul Khattab, yang sekaya `Utsman Ibnul Affan, atau setangkas `Ali ibnu Abi Thalib. Namun anehnya, bagi saudari-saudari kita tersebut, tidak ada usaha untuk memperbaiki diri semisal meniru kebijaksanaan Khadijah, kepandaian ‘Aisyah, ketabahan Fathimah, atau keikhlasan Sumayyah.

Begitu juga dengan saudara kita para ikhwan yang menginginkan isteri sepandai para isteri nabi, sebagus akhlaq muslimah di zaman Rasul, namun dalam dirinya tidak ada usaha untuk lebih soleh, lebih pandai, dan lebih menuju akhirat.

Memang berharap itu tidak salah. Seorang pencuri sah – sah saja berharap anaknya tidak besar menjadi pencuri, namun apakah jika anak tersebut besar menjadi ‘ulama misalnya, apakah mampu membebaskan bapanya dari hukuman penjara ? Apakah suami yang soleh dan isteri yang solehah boleh menyelamatkan kita dari Naar jika kita sendiri tidak berusaha menjauhi Naar ?

Allah telah menjadikan istri nabi Nuh dan istri nabi Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya dibawah pengawasan dua hamba yang shalih di antara hamba-hamba Kami. Lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah, dan dikatakan (kepada keduanya) `masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk` (neraka) “ (QS. At Tahrim : 10)

“Dan Allah menjadikan istri Fir’aun sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata ` Ya Rabbi, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang dzalim “ (QS. At Tahrim :11)

(Dan ingatlah) Maryam putri Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan dalam rahimnya sebagaian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat-kalimat Rabbnya dan kitab-kitabNya dan dia termasuk orang-orang yang ta’at” (QS. At Tahrim : 12)

Doa Buat Lelaki Yang Dijanji Allah

Tuhanku...
Aku berdo'a untuk seorang mujahid yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang mujahid yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang mujahid yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu
Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang mujahid yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang mujahid yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah
Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tapi karena hatiku
Seorang mujahid yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya Tuhanku...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Untuk ku dokong menjadi peneguhnya
Untuk ku doa kebahagian kehidupannya
Untuk ku lampirkan senyuman mengatasi sedihnya
Untuk ku lengkap dirinya menjadi insan sempurna
Tuhanku...
Aku juga meminta,
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan: "Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."
Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan Amin...

Monday, October 29, 2007

Belajarlah...Jangan Malas

Menjadi student ialah tanggungjawab yang perlu digalas seumur hidup. Mehnah & tribulasi dalam mencari ilmu bukan sedikit. Apatah lagi bersama dengan title yang dianugerahkan Tuhan...sbg "Ummah Terbaik".

"Kamulah ummah yang terbaik, yang dihantar kepada manusia. Kamu menyuruh kepada kebaikan, dan kamu melarang kepada keburukan, dan kamu beriman dengan Allah.." (Ali Imran; 110)

Belajarlah...jangan malas. Ini bukan sifat seorang mukmin. Mukmin yang baik ialah yang dapat memberi manfaat kepada org lain, ibarat air hujan yang dapat menyuburkan tanah yang gersang.

Belajarlah...jangan malas. Intergrasi ilmu bermula denganmu, wahai ummah terbaik!

Monday, October 22, 2007

~Burung Murai~



Balik beraya di kampung, terus mengadap TV. Saya bukanlah peminat televisyen, tapi pengkritik televisyen... Saya tertarik melihat iklan petronas..semasa fatrah Aidilfitri. Sememangnya kita maklum, iklan dari penaja petronas itu setakat ini banyak menyampaikan mesej yg menyentuh hati, yang menceritakan budaya hidup kita...

Hati amat tersentuh melihat iklan "Burung Ape?.."

Kisah seorang ayah yang tidak jemu2 menjawab soalan yang sama dari anaknya, "Burung ape?". Saya kira hampir lebih 7 kali si anak bertanya soalan itu. Si ayah dengan kasih sayangnya terus menjawab, tanpa menunjukkan sebarang reaksi yg membosankan.

Namun apabila si anak sudah dewasa, bila si ayah menguji si anak dengan kondisi yang sama... si anak terus tidak dapat menahan sabar. "Ayah ni x dengar ke buat2 x dengar?"

Nyata, iklan ini bukan sekadar iklan semata. Ia terselit banyak mesej. Kisah realiti anak2 sekarang.

Sebab itu makin ramai ibu bapa yg disisihkan. Dibiarkan sakit sendirian di rumah usang. dibiar mati keseorangan dalam kesepian. Dibiar menjadi penagih sedekah di jalanan. Si anak, bersenang lenang dengan rumah yg ada air cond.

Budi apakah ini?

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu
Ibu ayah, didiklah kami mengenal agama agar kami tidak menjadi anak yang derhaka....!

Tuesday, October 09, 2007

~Kasihnya Allah Kepada HambaNya~


Taqabbalallahu Minna Wa Minkum



Alhamdulillah, hari ini sudah hari ke-27 kita diberi kesempatan merasai halwah Ramadhan. Sudah ramai sahabat2 saya sekarang sedang menjalankan ibadah puasa bersama keluarga masing2. Alangkah indahnya dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang!

Bahang Aidilfitri juga makin panas terasa. Sana sini lagu raya berkumandang. Lebih hebat dari seruan azan. Realiti masyarakat Islam Malaysia. Lebih agungkan Aidilfitri berbanding 10 malam terakhir Ramadhan.

Bukan salah meraikan Aidilfitri, malah kita digalakkan kerana Aidilfitri adalah simbol kejayaan sejarah Islam. Simbol kemenangan dalam Ghazwah Badar. Tanda kemenangan Islam melawan puak kuffar yang bersekutu dalam Ghazwah Khandaq/Ahzab.

Namun, kita perlu ingat...Aidilfitri bukan hari utk bermewah2 tp ia adalah hari utk bertakbir sebanyak2nya.

"Apabila telah datang kepadamu pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu melihat ramai org berbondong2 memeluk agama Allah. Maka, bertasbihlah dengan penuh kesyukuran kepada Tuhanmu dan mohonlah keampunan. Sesungguhnya Dia Maha Menerima taubat."

Inilah apa yang Allah ajar kepada kita. Mendapat kejayaan, raikan ia dengan memujiNya.

Kita sebagai manusia yang telah diberi sedikit kefahaman Islam ini tidak seharusnya sama2 meraikan Aidilfitri sepertimana org kebanyakan. Sambutlah ia dengan sederhana. perbanyakkan ucapan "TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM" kepada sesiapa yg kita temui. Moga2 dengan ucapan itu, segala amalan kita pada Ramadhan lepas diterimaNya. Alangkah malang jika puasa, terawih, iktikaf, tadarus dan qiamullail yang kita lakukan dicampak semula ke muka kita ibarat seperti dicampak kain buruk...

Barangsiapa bangun beribadah pada malam dua Hari Raya dengan mengharapkan keredhaan Allah maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya segala hati.” Riwayat Ibnu Majah dan Tabrani.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

Wednesday, October 03, 2007

~Keberuntungan Merasai Kekalahan dalam Kemenangan~


Demam PRK di kampus saya makin reda, lantaran tiada apa-apa masalah ketika pembuangan undi. Tidak seperti sahabat kampus saya, yang terpaksa membuat semula pembuangan undi gara-gara dikatakan wujudnya "pengundi hantu".

(Teringat saya kata main-main dari mulut seorang teman. "Selamat hari Raya, hati-hati di jalan raya, kalau tidak jadi hantu raya, paling teruk jadi pengundi hantu..)

kalau pada zaman Rasulullah S.A.W, jihad di kala bulan Ramadhan ialah Ghazwah Badar. Tapi di zaman ini, di tahun ini, jihad utk sang mujahid ialah PRK. Keadaannya tetap sama kerana sejarah itu tetap dan sentiasa berulang. Kaum yang sedikit vs kaum yang banyak. banyak dari sudut kuantiti, persiapan perang dan kekuatan. Namun, telah banyak kali Allah memenangkan kaum yang sedikit itu yg berjuang kerana Allah itu berbanding dengan kaum yang banyak itu.

Semalam juga telah mencatat pelbagai sejarah dalam diari hamasah jihad. 20 Ramadhan bersamaan 02 oktober. Susur galur sejarah telah mengaitkan bahawa 20 Ramadhan ialah tarikh keramat kejayaan Rasulullah dalam Pembukaan Kota Mekah. Manakala 02 Oktober dalam tahun masihi pula, menyaksikan kejayaan wira Salahuddin al-Ayubi menundukkan kekufuran di Jurusalem. Pada era millenium ini pula, satu lagi sejarah baru tercipta...iaitu kemenangan promahasiswa dalam PRK di sesebuah kampus.
Ada beberapa kerusi yang tidak ditakdirkan utk sama2 mengecapi kegemilangan ini. tapi tentu ada hikmahnya kerana Allah adalah sebaik2 perancang. Walaupun tidak dapat mencapai kejayaan seperti sahabat2 seperjuangan yang lain, namun itu bukan peruntuh hamasah utk terus berjuang menyampaikan risalah Nabi.

Ibarat Ghazwah Uhud, sebenarnya banyak hikmah yang telah Allah terapkan dalam mentarbiyyah jati diri sebagai seorang pejuang. Sebenarnya, ada keuntungannya diberi kesempatan merasai sedikit kekalahan dalam kemenangan. Walaupun kalah dari sudut undi, tetapi sebenarnya kalian telah berjaya dalam menembusi kekuatan pihak lawan. Kalian telah menang dalam keutuhan ukhuwwah.








Inilah hebatnya bila berjuang utk Islam.




















Wednesday, September 12, 2007

Did You Know??

  • Did you know that non-Jewish Israelis cannot buy or lease land in the Zionist entity?
  • Did you know that Palestinian license plates in Zionist entity are color coded to distinguish jews from non-jews?
  • Did you know that Israel allots 85% of the water resources for jews and the remaining 15% is divided among all Palestinians in the territories? For example in Hebron, 85% of the water is given to about 400 settlers, while 15% must be divided among Hebron's 120,000 Palestinians?
  • Did you know the United States awards the israel $5 billion in aid each year?
  • Did you know that yearly US aid to israel exceeds the aid the US grants to the whole African continent?
  • Did you know that the israel is the only country in the Middle East that has nuclear weapons?
  • Did you know that the israel is the only country in the Middle East that refuses to sign the nuclear non-proliferation treaty and bars international inspections from its sites?
  • Did you know that israel currently occupies territories of two sovereign nations (Lebanon and Syria) in defiance of United Nations Security Council resolutions?
  • Did you know that israel has for decades routinely sent assassins into other countries to kill its political enemies?
  • Did you know that high-ranking military officers in the israeli Defense Forces have admitted publicly that unarmed prisoners of war were executed by the IDF?
  • Did you know that israel refuses to prosecute its soldiers who have acknowledged executing prisoners of war?
  • Did you know that israel routinely confiscates bank accounts, businesses, and land and refuses to pay compensation to those who suffer the confiscation?
  • Did you know that israel blew up an American diplomatic facility in Egypt and attacked a U.S. ship in international waters, killing 33 and wounding 177 American sailors?
  • Did you know that the second most powerful lobby in the United States, according to a recent Fortune magazine survey of Washington insiders, is the jewish AIPAC?
  • Did you know that israel stands in defiance of 69 United Nations Security Council Resolutions?
  • Did you know that today's israel sits on the former sites of more than 400 now-vanished Palestinian villages, and that the israeli's re- named almost every physical site in the country to cover up the traces?
  • Did you know that it was not until 1988 that israelis were barred from running "jews Only" job ads?
  • Did you know that four prime ministers of israel (Begin, Shamir, Rabin, and Sharon) have taken part in either bomb attacks on civilians, massacres of civilians, or forced expulsions of civilians from their villages?
  • Did you know that the israeli Foreign Ministry pays two American public relations firms to promote israel to Americans?
  • Did you know that Sharon's coalition government includes a party -- Molodet -- which advocates expelling all Palestinians from the occupied territories?
  • Did you know that israel's settlement-building increased in the eight years since Oslo?
  • Did you know that settlement building under Barak doubled compared to settlement building under Netanyahu?
  • Did you know that israel once dedicated a postage stamp to a man who attacked a civilian bus and killed several people?
  • Did you know that recently-declassified documents indicate that David Ben-Gurion in at least some instances approved of the expulsion of Palestinians in 1948?
  • Did you know that despite a ban on torture by israel's High Court of Justice, torture has continued by Shin Bet interrogators on Palestinian prisoners?
  • Did you know that Palestinian refugees make up the largest portion of the refugee population in the world?
  • And finally do you know who is the terrorist now ?

Tuesday, September 11, 2007

Apa yang berlaku di Negeri Tanah Tumpah Darahku...?

jom...sama2 kita ambil tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku...kita kena adil. tak boleh dengar dari sebelah pihak sahaja (akhbar arus perdana)...jom kita selami masalah ummah ini...

http://groups.yahoo.com/group/MuslimatPAS/

Ramadhan yang Sama, Natijah yang Berbeza




Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Bersua kita sekali lagi pada kali ini. Rasa seperti baru semalam menyambut hari kemenangan dengan laungan takbir dan tasbih kepadaNya. Sungguh cepat masa berlalu. Entah apa yang diisi sepanjang hidup ini. Amalan baik atau maksiat. Entah mana yang lagi berat timbangannya.

Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza. Ini kata-kata dari seorang sahabat ana. Mengenalinya ketika berada dalam arus yang sama. Kerana aqidah yang sama. Dalam satu perjuangan yang sama.

Salah satu malam di bulan Ramadhan, beliau mengimamkan kami solat terawih. Sungguh syahdu bacaannya. Bacaan seoarang tahfiz yang cukup arif tentang hukum2 tajwid. Menjadi kebiasaan, selepas terawih, masa kami diisi dengan pengisian tazkirah. Malam itu, beliau mengungkap ayat ini. "Ramadhan yang sama, tapi natijah yang berbeza."

Setiap tahun kita akan bersua dengan Ramadhan yang memang semua orang tahu, kita disyariaatkan berpuasa. Benda yang sama yang akan kita lakukan jika tibanya Ramadhan. Namun, siapa yang tahu, Ramadhan kali ini cukup bermakna bagi kita. Tidak mustahil juga mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang biasa sahaja. Tiada apa-apa. Siapa tahu, ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Kita takkan bertemu dengannya lagi pada Ramadhan yang akan datang. tidak mustahil juga, mungkin kita akan berjumpa dengannya lagi dalam berpuluh-puluh kali lagi..

Pada subuh keesokkannya, beliau mengimamkan kami sekali lagi untuk solat subuh. Pagi itu, beliau membaca doa untuk para mujahid yang sedang berjuang membebaskan Islam di bumi masing-masing dan Palestin khususnya.

Namun, rupanya itulah kali terakhir kami menjadi makmumnya. Dua hari sebelum Ramadhan berakhir, ana mendapat SMS mengatakan beliau telah kembali ke Rahmatullah kerana kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung.

Hilanglah seorang mujahid, pergi mencari Kekasihnya yang abadi. Dalam ketenangan jiwa, mati sebagai seorang pejuang.

"Setiap orang akan mati. Ada yang mati atas katil kerana serangan jantung dan sebagainya, tetapi saya memilih untuk mati kerana Apache (senjata Israel)." Dr. Abd Aziz Rantisi.

Ingatan Ramadhan buat Allahyarham Farham.
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...