Thursday, June 26, 2008
Islam, Kapur, Pemadam & Karpet
Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburanyang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanyaGuru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua..."
Gurunya meneruskannya. ..... "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" Tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Sunday, June 22, 2008
Habits of highly effective muslims
Habits of highly effective muslims:
an Islamic prospective based on Stephen R. Covey’s best selling
Be proactive – Principles of personal vision
Stephen said : How you respond to certain things?
Reactive: blame other people and circumstances for obstacles or problems
or
Proactive: taking responsibility for every aspect of your life.
Islam said: Sabar
Berupaya berhenti sejenak dan berfikir apakah tindakan paling tepat yang patut kita lakukan
“Bukanlah gagah itu, pada orang yang kuat bergusti.
Akan tetapi yang gagah itu adalah orang yang menguasai dirinya ketika marah”
“Dan bersabarlah kamu.
Dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah”
(an Nahl 16:127)
Begins with the end in mind – Principles of personal leadership
Stephen said: Document one's perception of one's own vision in life.
Islam said: Zikrul maut
Sudahkah dianalisa, apakah perbuatan kita itu nanti bakal diproses menjadi pahala lantas membuka peluang untuk ke Syurga, atau dosa yang menjurus ke lembah neraka?
“Setiap yang bernyawa akan merasai mati”
(ali ‘Imran 3:185)
Stephen said: Framework for prioritizing work
Islam said: Nilai
Akhirat mengajar kita membuat penilaian terhadap setiap satu kebajikan dan kebaikan di dunia. Akhirat juga memberi amaran kepada kita terhadap setiap satu kejahatan dan dosa kedurhakaan.
“Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami
Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan”
(al Furqan 25:23)
Think win/win – Principles of interpersonal leadership
Stephen said: Beneficial solutions are sought that satisfy the needs of oneself, or, in the case of a conflict, both parties involved.
Islam said: Kasih sayang dan tanggungjawab
Kasih sayang kerana kita bersaudara atas iman. Tanggungjawab iaitu ada memikirkan maslahah ummah yang hanya terbela apabila para Dhu’at berfikiran Win-Win.
“ Agar kamu tegakkan agama, dan janganlah pula kamu berpecah belah di dalam urusan itu”
(Al-Syura 42: 13)
Seek first to understand, then to be understood – Principles of empathetic communication
Stephen said:Giving out advice before having empathetically understood a person and their situation will likely result in rejection of that advice.
Islam said: Meraikan perbezaan
Synergize – Principles of creative communication
Stephen said:A way of working in teams, “The whole is greater than the sum of its parts.”
Islam said: Sunatullah
Sebahagian daripada sistem ini, atau menjadi makhluk asing yang mengasingkan diri dari Sunnatullah? -manfaatkan peranan
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
[Al-Hujurat : 13]
Sharpen the saw – Principles of balanced self-renewal
Balanced self-satisfaction: carefully selected recreational activities.
Tokens of gratitude: saifulislam.com &
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Seven_Habits_of_Highly_Effective_People
Monday, June 02, 2008
Educating The Ummah, Serving The Nation
Hanya berbaki 4 hari sahaja lagi peluang saya untuk mengutip pengalaman sebanyak-banyaknya ketika bertugas di hospital. Mungkin selepas ini, saya akan ditugaskan menyempurnakan clinical posting saya di hospital lain.
Saya tertanya-tanya pada diri saya. Apakah yang telah saya lakukan sepanjang 2 bulan lebih ketika berada di hospital itu? Apakah yang telah saya sumbangkan untuk Islam? Adakah saya sempurnakan motto “Educating the Ummah, Serving the nation” ?
Mendidik Ummah, Berkhidmat untuk Manusia Sejagat.
Telah lama saya sedari, bidang saya ini, terlalu banyak peluang untuk mendekati masyarakat. Pelbagai lapisan masyarakat. Educated, atau golongan pertengahan, atau golongan warga asing, saya amat dekat dengan mereka. Tapi, sebanyak mana saya gunakan peluang ini untuk membawa risalah Allah, untuk mengingatkan mereka tentang ketauhidan Allah?
Pengajaran hidup yang takkan saya lupakan
Saya terasa malu dengan seorang sahabat saya. Walaupun hari cuti, dia sanggup menunggang motosikal ke hospital. Ke wad tempat dia bertugas. Semata-mata untuk menziarahi pesakitnya, semata-mata untuk membantu pesakitnya mengambil wudhuk untuk menunaikan solat. “Kalau bukan kita yang membantu mereka, siapa lagi…?”
Allah, banyaknya saham akhirat untuk dia!!
Pesanan Muslimat dan keluarga al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Chik
3 hari lepas, wad saya didatangi beberapa orang pelawat. Berjubah dan bertudung labuh. Bila saya amati mereka, saya yakin, saya mengenali mereka. Rupanya mereka ialah Muslimat kawasan saya. Saya menegur mereka, dan Alhamdulillah,mereka juga mengenali saya.
Rupa2nya, anak Ustaz Abu Bakar Chik terlantar di katil itu. Terlibat dengan kemalangan. Motor-vehicle accident (MVA). Jadi, pada awal malam itu, saya sempat bertemu dengan ustaz Abu Bakar Chik. Tengan hati saya, dapat melihat manusia yang mempunyai wajah dan hati yang tenang.
Nasihat mereka kepada saya: “Tolong orang sakit, banyak berkatnya.”
Dan, saya rasa begitu bersemangat untuk meneruskan tugas saya!
Eid Milad Saeed
HARI INI HARI LAHIRMU,
HARI INI BERTAMBAH LAGI USIAMU,
HARI INI AKAN BERTAMBAH JUA TANGGUNGJAWABMU
HARI INI AKAN MENJADIKAN DIRIMU LEBIH MATANG,
DEK UJIAN YANG AKAN MENDATANG,
HARI INI AKAN MENJADI SAKSI KETABAHAN DIRIMU
MENGHARUNG ONAK & DURI,
HARI INI ALLAH TELAH MEMENDEKKAN LAGI JARAKMU DENGANNYA
SEMAKIN BERKURANG TEMPOH UTK BERAMAL,
SEMAKIN KUBUR MEMPERSIAP TEMPAT UNTUKMU,
SEMAKIN BERSEDIA MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT,
SEMAKIN DEKAT MASA AMALAN DIHITUNG,
DAN SEMAKIN HAMPIR HARUMAN FIRDAUSI ATAU AZABNYA JAHANAM
SANAH HELWAH, TINTASALSABILA 3005