Tuesday, December 22, 2009
Bimbing Tangan2 Kita
Hari ini, saya tahu, ia tidak terlalu lewat utk saya ucapkan "SALAM TAHUN BARU" buat semua sahabat2 saya, terutama sahabat2 baik saya, khai, pahcah, hajaq, dan tiq juga...x dilupakan syikin..
Saya sedari, makin berlalu masa, umur kita makin berkurang (terutama saya, yg paling tua di kalangan kamu). Namun saya tertanya, amalan kita bertambahkah?..
Saya terbaca hadith qudsi pd entry di bawah ini.
Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku
akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup
Saya berdoa semoga kalian berada di bawah rahmatNya selalu. Dikurniakan kekayaan akhlak,ilmu dan ukhuwwah.
Saya sedih pabila~Anjeruby~
Sunday, December 20, 2009
Duhai Hamba Tuhan
Duhai hamba Tuhan...tersentuhlah hatimu yg serapuh kaca itu dengan kalimah Tuhanmu...
"HambaKu menyombongkan diri terhadapKu
dengan pelbagai bentuk kemegahan
padahal Akulah yang melindungi mereka
di tempat tidur mereka
Aku yang menciptakan
namun yang disembahnya adalah selainKu
Aku yang memberi rezeki
namun selainKu yang disyukuri
kebaikanKu sentiasa turun kepada para hambaKu
tapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu
Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmatKu
sedangkan Aku tidak memerlukan mereka
mereka memancing kemurkaanKu dengan pelbagai kemaksiatan
padahal mereka adalah yang paling perlu kepadaKu
Sesiapa yang datang kepadaKu maka
ia akan kujemput dari kejauhan
sesiapa yang berpaling dariKu
Aku akan memanggilnya dari kejauhan
Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku
akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup
sesiapa yang menginginkan keredhaanKu
Aku pun menginginkan apa yang diinginkannya
Sesiapa yang bertindak dengan bergantung pada
daya dan kekuatanKu
maka akan Kulunakkan besi baginya
dan sesiapa yang lebih mementingkan Aku dari selainKu
Aku akan memetingkannya dari orang lain
Orang yang mengerjakan maksiat
tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmatKu
jika mereka bertaubat kepadaKu
maka aku akan menjadi kekasih mereka
sebab Aku mencintai orang-orang
yang bertaubat dan mensucikan diri
kalau mereka tidak bertaubat kepadaKu
maka aku akan bertindak sebagai Doktor mereka
akan Kuberikan cubaan kepada mereka dengan berbagai musibah
untuk membersihkan mereka dari berbagai aib
Satu kebaikan disisiKu adalah
senilai sepuluh kali ganda sepertinya
hingga tujuh ratus kali ganda
hingga ke gandaan yang banyak sekali
sedangkan kejahatan disisiKu adalah bernilai satu
maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun
maka Aku pun mengampunkannya
Aku mensyukuri amal kebajikan yaang sedikit
dan mengampuni banyak kesalahan
Kasih sayangKu mendahului KemurkaanKu
Sifat penyantunKu
mendahului keputusanKu menjatuhi hukuman
pemberian maafKu lebih mendahului seksaanKu
Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaKu
lebih daripada kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya
Jika engkau mengingati Aku sendirian
Aku akan mengingati engkau di khalayak ramai
jika engkau mengingati Aku di khalayak ramai
Aku akan mengingati engkau di khalayak yang lebih baik dari itu
jika engkau datang kepadaKu berjalan
Aku akan datang kepadamu berlari
jika engkau menghampiriku sehasta
Aku akan menghampirimu sejengkal
~Anjeruby~
Tuesday, December 15, 2009
Words of Condolence To Mawaddah & Hafiz
Dearest Mawaddah & Hafiz,
While the loss of a loved one is never easy, even when anticipated, it is most certainly the hardest when they are taken from us too soon. Your recent loss of your son who has left us at such a youthful age is certainly in the category of those hard losses for which there is so painful a reminder of what might have been.
We offer our sincere condolence and deepest sympathy on your loss. May the outpouring of sympathy, the kind acts of friends and strangers and the comfort in knowing that your loss is felt by many, help you through this difficult time.
I ask for God's blessings on you and your wonderful family. May you find the courage and strength to move forward in peace and confidence and in knowing that his was a life well-lived.
Yours In Peace,
Students' Representative Council
Friday, December 04, 2009
Berpengaruh
TG Nik Aziz Di Iktiraf Antara 500 Pemimpin Dunia 2009 THE TOP 50 1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques 2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran 3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco 4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan 39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina 40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference 41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran 42. Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia 43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh 44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide http://rissc.jo/ http://www.rissc.jo/muslim500v-1L.pdf |
~Anjeruby~
Thursday, December 03, 2009
Compare: What U Read & What U C
Saya suka menonton filem. Tetapi, bukan semua filem saya tonton. Saya menonton filem2 yg sesuai dgn jiwa saya sahaja. Drp filem itu, saya akan menilai, sejauh mana kebenarannya dan apakah nilai2 yg perlu diambil, apa yg perlu dibuang. Jika perlu, saya akan kritik filem yg saya tonton tersebut. Begitu juga dgn bahan bacaan.
Seperti yg telah saya janjikan..mengenai filem "2012". Saya bukanlah penentang hebat, tetapi kritikan mengenai 2012 yg telah saya jumpai ini sedikit sebanyak membuka minda saya dan membuatkan otak saya ligat berfikir dalam membandingkan apa yg saya baca ini dgn apa yg saya lihat. (terjumpa dr blog us.shaari)
anda juga..silakan membacanya. Dan anda berhak mengutarakan pandangan anda..
"2012" : Emmerich Lengkapkan "Secret Puzzle" New World Order Illuminati
Saya mohon maaf atas kelewatan membuat komentar kepada "2012" yang telah saya tontoninya sebelum ini atas beberapa masalah.
Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar 2012 menyesatkan aqidah umat Islam. Kenyataan tegas dari Indonesia (malangnya tidak kedengaran pula dari Malaysia termasuk dari pimpinan ulama gerakan Islam mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan) sangat penting bagi mempertegas penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".
Namun demikian, bagi saya, ada sesuatu yang perlu dilihat dengan lebih mendalam dan tersirat, bukan sekadar yang tersurat dari filem itu.
Ada beberapa teori konspirasi Yahudi Illuminati yang sedang menarik perhatian saya dalam filem yang mesejnya menepati ramalan saya sebelum ini (baca "Apa Pula Simbol Emmerich Dalam 2012" dan "2012 Janjikan Propaganda Illuminati").
1. Kenapa seorang pakar geologi - yang membocorkan maklumat kerajaan AS mengenai gempa bumi yang akan menimpa AS - terbunuh di tempat yang sama kemalangan maut berlaku pada Princess Diana ?
Adakah filem ini terang-terang mahu 'sengaja' menunjukkan bahawa kemalangan di tempat yang sama meragut nyawa Princess Diana hakikatnya suatu yang dirancang "secret societies" dan bukannya kebetulan ?
Baca juga : "...when The Queen Diana said : “there are powers at work in this country of which we know nothing...”.
2. Kenapa kapal armada laut AS (lihat gambar utama ini di website 2012) yang jelas terpampang nama John F. Kennedy 'terpilih' untuk merempuh White House ketika di kemuncak bencana tsunami dalam 2012 ?
Pendedahan John F. Kennedy suatu bahaya besarkah kepada pemilik sebenar pentadbiran AS ? Mungkin pendedahan website seperti ini mampu membuka minda.
3. Kenapa ada sahaja elemen "konspirasi yang tidak boleh didedahkan" dalam filem ini ketika ramai mungkin menjangkakan ia tidak akan berkesudahan dengan wujudnya kehidupan baru selepas diselamatkan oleh bahtera penyelamat - yang telah dirancang pembinaannya lebih awal oleh AS ?
Sukarkah membuat filem tanpa elemen 'konpirasi' ataupun 'hidden map' ?
Adakah ia suatu signal sememangnya Kiamat 2012 bukannya fenomena alam, tetapi sesuatu yang sedang dirancang pihak yang sama yang pernah mencatur Perang Dunia Pertama sehingga tertegaknya negara haram Israel dan mencipta bom atom untuk meletupkan Perang Dunia Kedua dari Jepun ?
Apatah lagi filem "2012" terdapat banyak aksi semacam sengaja "memperli" mengenai kedatangan "the end of life" seperti aksi nyanyian berseloroh sebuah band musical dan aksi animasi kelakar "matahari menembak bumi" dalam komputer Charlie Frost, juruhebah radio. Nampak jelas ia semacam memerli mereka yang akan mempercayai kiamat pada "2012".
4. Terdapat juga aksi seperti mirip aksi tenggelamnya Kapal Titanic di Bermuda Triangle ketika adegan tsunami 2012 menghempap sebuah kapal. Tahniah Remmerich, anda membuka fikiran saya untuk melihat tragedi bersejarah Titanic itu kini dari sudut yang berbeza.
"It is not inconceivable that we have heard so much about the famous voyage of the Titanic because it was one of the most perfect crimes ever committed." - Doug Yurchey
How could a ship that's made out of metal be sunk by an iceberg?
Rujukan lagi :
5 persoalan misteri sebelum kejadian Titanic
www.dajjalvideo.blogspot.com/bermudatriangle
5. Filem ini juga memberikan suatu mesej bahawa sesiapa yang menguasai teknologi penerbangan dan lautan, akan selamat dari bencana besar 2012.
Adakah ini suatu lagi signal pihak yang sama sedang mencipta teknologi di udara dan di lautan - yang kononnya ia adalah makhluk asing (U.F.O) walhal mereka yang menciptanya ('faked alien') ?
Mereka telah berjaya menipu dunia dengan 'fake event' pendaratan di bulan pada 20 Julai 1969, kali ini tidak perlu pelik dengan penipuan seterusnya mengenai wujudnya 'makhluk asing', dunai mesti bersatu di bawah AS untuk menentang mereka seperti digambarkan dalam Independence Day arahan Remmerich yang sama sebelum 2012, filem ke-12 beliau.
New World Order Conspiracy Reveals Secret Martial Law Doomsday Plan 2009-2012. Lihat lagi pendedahan golongan Youtuber Kristian mengenai ancaman Illuminati di sini. Walaupun ia dibuat oleh golongan Kristian, namun sememangnya Illuminati adalah musuh utama yang akan menghapuskan semua agama.
5. Berulang kali juruhebah radio dalam 2012, Charlie Frost membuat kenyataan sebelum dirinya dihempap batu api dari letupan volkani 2012.
"To all Christian, Muslim, Buddhist, Rastafarian. .. We must be ONE family now. We Will be ONE!!!".
Untuk apa kalimah "one" sentiasa digemakan ? Untuk apa dipaparkan negara-negara besar dunia seperti China (tempat projek 'bahtera penyelamat' dibina), India, Russia dan 48 buah negara kesemuanya bersetuju dengan pelan keselamatan AS melalui kapal Atlantis tersebut ?
Merujuk kepada projek besar Yahudi untuk mewujudkan "One New World Oder" pada 2012 ? One World Religion ?
Bagi saya, skrip 2012 yang ditulis oleh Harald Kloser sememangnya mempunyai mesej tertentu kalaupun tidak kesemuanya. Jika tidak, masakan filem menelan belanja besar hampir 800 juta ringgit Malaysia ini boleh ditampung oleh Yahudi di belakang Hollywood.
6. Apa simbol di sebalik bahtera penyelamat yang menyelamatkan beberapa ratus ribu manusia yang 'terpilih' selepas bencana 2012 tersebut ? Adakah ia mengisyaratkan kepada projek penyingkiran 90 % penduduk dunia - melalui sekatan pemakanan dan sebagainya - dan akan kekalnya mereka yang 'terpilih' untuk meneruskan tamadun baru manusia berasaskan "New World Order" (novus ordo seclorum) .
Undian pemimpin pasca 2012 di website rasmi 2012 tambah meragukan siapakah dalang di sebalik projek "2012 fear factor"
Propaganda "Noah Ark" versi AS. AS tampil sekali lagi dalam "2012" sebagai penyelamat dunia (baca : pemusnah dunia).
Kenapa semacam kisah kapal Nabi Nuh yang sememangnya kisah sejarah itu menjadi titik persamaan antara agama asal Yahudi, Kristian dan Islam dijadikan 'nostalgia' dalam penghujung "2012" ? Semua agama akhirnya akan tunduk pada SATU kuasa setinggi Gunung Everest pada saat itu berlaku ?
Dalam ajaran agama Samawi dan mungkin juga agama lainnya, ketika kiamat terjadi tidak ada satu pun makhluk di bumi yang akan selamat, semua hancur bersama dengan hancurnya alam semesta. Namun filem 2012 ini mengirimkan "hidden messages" bahwa kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya, pasti anda akan selamat.
Demikianlah "mesej halus" filem 2012 pada anak-anak kecil dan remaja yang belum mapan didikan agama mereka. Didikan filem itu jelas melawan ajaran agama tentang Kiamat. Seolah-olah Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut. 2012 mengirimkan pesan AS penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda !!!
Semuanya di atas hanyalah hipothesis saya, boleh diterima mahupun ditolak.
Mesej dari 2012 adalah pengumuman siri puzzle seterusnya dari Yahudi pembunuh para anbiya'.
Ramai adik-adik bertanya kepada saya, kenapa Illuminati mendedahkan kewujudannya dalam pelbagai bentuk halus sedangkan mereka sebuah gerakan rahsia yang mahu melakukan kerosakan di dunia ?
Jawapan saya mudah.
1. Dengan berbicara dengan simbol kepada musuh-musuh mereka (baca : umat Islam dan golongan beragama), mereka akan cuba mencipta peperangan secara propaganda menimbul ketakutan atau "fear-factor". Mencipta ketakutan sebelum berperang adalah teknik "mind-control" yang sememangnya dipraktikkan Yahudi sejak dari zaman Nabi S.A.W.
Yahudi sememangnya sebuah bangsa yang dibuktikan sejarah takut berdepan dengan peperangan bersemuka dengan umat Islam. Perang Bar Lev sudah cukup mengajar mereka erti ketakutan pada doa-doa para ulama Islam. Justeru mereka mahu menimbulkan ketakutan kepada umat dengan menonjolkan kewujudan mereka dalam catur-catur yang mereka atur sejak lama dahulu, yang lingkaran mereka sangat luas dan complicated, tetapi kesemuanya menggunakan brand dan pattern (logo) yang sama.
2. Supaya umat Islam terus disibukkan mengkaji kewujudan simbol-simbol mereka sahaja, dalam pelbagai medium, tetapi lalai dari tindakan yang lebih konstruktif untuk menyelamat dan membentengi ummah dari perencanaan jahat 9 "F" mereka (Finance, Food, Film, Fashion, Fun, Fiction, Faith, Friction dan Fitnah), lalai dari usaha keras untuk mengemukakan penyelesaian membina kepada ummah yang sedang disepakterajang oleh mereka atau sedang berada di telunjuk percaturan mereka.
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Orang-umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Pertempuran besar tersebut telah diisyaratkan Nabi S.A.W akan memihak kepada umat dan tentera Islam. Saya sangat optimis khususnya setelah menatapi "Al-Mubassiyraat bi Intahsaaril Islam" karangan ulama intelektual dunia Islam Syekh Dr Yusuf al-Qaradhawy.
Syaratnya cuma apabila tentera Muhammad telah memenuhi syarat persiapan syariatullah dan sunnatulah (ilmu) sebelum kedatangan Nabi Isa alahissalam dan gerombolan tentera Imam Mahdi, impian membenamkan Yahudi-Iblis, seluruh sistemnya yang well-complicated dan seluruh proksi-proksi 'mata satu' mereka dari terus mencatur sepak terajang bencana kemanusiaan dunia akan direalisasikan.
"...Usaha-usaha menghalang gagasan pengislaman ilmu ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL). Sesungguhnya pembunuhan beliau membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu ‘pakej konspirasi’ yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun." - www.ibnuyaacob. com
http://rijal82.blogspot.com/2009/11/2012-emmerich-lengkapkan-puzzle-misteri.html
Jalang & 2012
Jalang - tgk tajuk pun dh cukup menjijikkan. Jelek. Banyak plak tu iklan dia waktu kita semua bersiap sedia meraikan hari raya aidiladha. Terpulang pd penonton, sama ada mrk prihatin atau tidak dgn sensitiviti masyarakat Islam terutamanya.
Tarikh penayangan ditentukan oleh siapa?? Biasanya penerbit la yg berhak memilih tarikh penayangan. Kemudian ia akan diluluskan oleh Unit Wajib Tayang dr Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Tidak tahulah saya bagaimana FINAS boleh meluluskan tarikh 26/11/09 utk JALANG ini diwayangkan, iaitu sehari sebelum hari raya aidiladha. Mungkin FINAS terlupa melihat kalendar, filem mana yg sesuai utk ditayangkan tika itu???
Bayangkan, ketika saudara mara atau kawan2 kita sedang berada di Tanah Suci, mengerjakan ibadah haji, ramai anak2 muda di Malaysia berlari2 ke panggung wayang menyaksikan filem yg mengangkat kisah perempuan tidak bermoral ini..
Tentu JALANG mampu memancing penonton ke panggung hanya dgn menggunakan tajuknya sahaja, tambahan iklan2 di televisyen dan cop 18PL. Tentu ramai yg berminat dgn cerita2 sebegini.
Apapun, sy berminat utk mengetahui jumlah kutipan yg diterima filem ini. Saya ingin melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap filem ini melalui jumlah kutipan tersebut.
Filem seperti ini sebenarnya sudah lama bertempat dlm sejarah perfileman Malaysia. Kalau pada 1993, Malaysia telah dikejutkan dengan filem Perempuan, Isteri dan … yg telah memaparkan kisah nasi kangkang utk menundukkan suami, kemudian filem Panas dgn aksi2 panas pelakon utamanya, kini giliran Jalang pula.
Dan 1 lagi, filem yg mendapat nama semenjak 12/11/09 yg lepas, iaitu filem 2012 yg mengisahkan tentang kiamat. Walaubagaimanapun, filem ini telah mendapat bantahan drp Majelis Ulama Indonesia (MUI) di Jawa Timur yg memohon masayarakat Islam di Indonesia tidak menonton filem itu.
Alasan MUI, sbg org Islam, mmg harus mempercayai adanya hari kiamat, tetapi bila akan berlakunya hari tersebut adalah kuasa Allah shj yg dpt menentukan. Kita sbg manusia tidak boleh menentukan hari mahupun tahunnya.
Bagaimana pula di Malaysia? Adakah jabatan, persatuan islam tidak mampu mengawal kejelekan filem2 di Malaysia??