Tuesday, September 11, 2007

Ramadhan yang Sama, Natijah yang Berbeza




Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Bersua kita sekali lagi pada kali ini. Rasa seperti baru semalam menyambut hari kemenangan dengan laungan takbir dan tasbih kepadaNya. Sungguh cepat masa berlalu. Entah apa yang diisi sepanjang hidup ini. Amalan baik atau maksiat. Entah mana yang lagi berat timbangannya.

Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza. Ini kata-kata dari seorang sahabat ana. Mengenalinya ketika berada dalam arus yang sama. Kerana aqidah yang sama. Dalam satu perjuangan yang sama.

Salah satu malam di bulan Ramadhan, beliau mengimamkan kami solat terawih. Sungguh syahdu bacaannya. Bacaan seoarang tahfiz yang cukup arif tentang hukum2 tajwid. Menjadi kebiasaan, selepas terawih, masa kami diisi dengan pengisian tazkirah. Malam itu, beliau mengungkap ayat ini. "Ramadhan yang sama, tapi natijah yang berbeza."

Setiap tahun kita akan bersua dengan Ramadhan yang memang semua orang tahu, kita disyariaatkan berpuasa. Benda yang sama yang akan kita lakukan jika tibanya Ramadhan. Namun, siapa yang tahu, Ramadhan kali ini cukup bermakna bagi kita. Tidak mustahil juga mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang biasa sahaja. Tiada apa-apa. Siapa tahu, ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Kita takkan bertemu dengannya lagi pada Ramadhan yang akan datang. tidak mustahil juga, mungkin kita akan berjumpa dengannya lagi dalam berpuluh-puluh kali lagi..

Pada subuh keesokkannya, beliau mengimamkan kami sekali lagi untuk solat subuh. Pagi itu, beliau membaca doa untuk para mujahid yang sedang berjuang membebaskan Islam di bumi masing-masing dan Palestin khususnya.

Namun, rupanya itulah kali terakhir kami menjadi makmumnya. Dua hari sebelum Ramadhan berakhir, ana mendapat SMS mengatakan beliau telah kembali ke Rahmatullah kerana kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung.

Hilanglah seorang mujahid, pergi mencari Kekasihnya yang abadi. Dalam ketenangan jiwa, mati sebagai seorang pejuang.

"Setiap orang akan mati. Ada yang mati atas katil kerana serangan jantung dan sebagainya, tetapi saya memilih untuk mati kerana Apache (senjata Israel)." Dr. Abd Aziz Rantisi.

Ingatan Ramadhan buat Allahyarham Farham.

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...