Monday, March 10, 2008

Air Mata buat Terengganu

Menang di 8 DUN, sebenarnya adalah satu kemenangan yang perlu dibanggakan juga! Berbanding PRU 11 dahulu, kita hanya mendapat 4 DUN, bermakna mandat yang diberikan rakyat sudah meningkat.

Namun, terasa malu dengan sahabat2 yang berada di KEDAH, PERAK, SELANGOR & PENANG. Kuasa pembangkang di sana mampu melawan gelombang biru hingga gelombang biru lenyap ditelan tsunami.

Tahniah buat sahabat2 di sana. Semoga peristiwa 8Mac adalah pencetus kepada era kebangkitan Islam di Malaysia.

Impian masih tidak tertunai kali ini. Benar... Dia ingin menguji siapa yang benar2 ingin berjihad dan bersabar. Walaupun tidak mendapat 2/3 Terengganu, usaha meletakkan Islam pada tempat tertinggi xkan terkurang sedikitpun.

Teringat kata2 sahabat ketika berdebar menantikan keputusan PRU 12. Banyakkan istighfar, kerana takut kerana dosa2 yang kita lakukan, kemenangan untuk Islam tertunda. Ya, takut kemenangan ditangguh kerana sikap kita sendiri.

"Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu lagi mempertahankan Islam di bumiMu ini, oleh itu aku minta kepadaMu, pertahankan agamaMu sebagaimana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan abrahah dengan tentera ababilMu"
-doa TG Nik Aziz yang menyebabkan air mata saya mengalir

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...