Thursday, July 09, 2009

PPSMI Dimansuhkan

"Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara. Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan 5 sasterawan Negara membantah dasar itu dan mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.


3 tahun lagi..

Ia bukanlah tempoh yang singkat.

Perjuangan membela nasib rakyat tetap akan diutamakan.

1 Malaysia
~Anjeruby~

1 comment:

arazma @ ami m said...

anak sulung kak first batch ppsmi.... ntah la nasib kita yg jadi bahan sasaran dasar-dasar ni... melaksanakan tu satu hal lah, melaluinya seperti yg ditempuh para pelajar sekarang, satu hal lagi... kesian kene switch kepala otak kepada 'term baru' dalam bahasa pulak... moga Allah terangi hati-hati anak-anak ini...

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...