Memang cinta itu benda yang mempunyai sakti dan sangat berpuaka, walaupun kita tahu di hadapan kita menanti 1001 rintangan, tapi…demi ISLAM tercinta, kita yakin jugak untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, dengan menjadikan hari ini sebagai korban. Perjuangan itu satu KEMESTIAN…!! (terima kasih kepada kalam hawariyyun kerana SMS mesej ni…mesej ini sangat bermotivasi, untuk saya meneruskan perjuangan ini)
Tuesday, February 26, 2008
Thursday, February 14, 2008
Ayuh! Aktifkan sms dan e-mail
Oleh Yaasin
"Gendang pilihanraya sudah dipalu,
Selepas lama jenuh menunggu,
Pak Lah kata 13 haribulan tiada berita baru,
'Atas darat' menipu rakyat muka tak malu.
Tengok Buletin TV3 sebentar tadi,
Walaupun dah lama tidak ikuti,
Kempen 20 minit untuk BN punya parti,
Memang TV3 gurka BN dulu dan kini.
BN kempen cukup senang,
Guna media tv, akhbar dengan terang,
Tapi semua penuh temberang,
Perbodohkan rakyat yang dirasa bangang.
Tawaran BA amat menarik,
'Negara berkebajikan' ingin dilorek,
Gantikan pemerintahan BN yang banyak carik,
Habis hasil mahsul bumi Malaysia dikorek.
Peluang bantu BA sudah terbuka,
Guna segala kemampuan yang ada,
Jangan hanya duduk sahaja,
Melihat dari jauh tanpa berkata.
Gunakan kepakaran dan kepandaian,
Kempenlah sekarang juga buat gerakan,
Jangan asyik buat andaian,
Bolehkah BA menang dalam ini peperangan.
Cara paling mudah boleh dibuat,
Sambil duduk sahaja tak guna dakwat,
Hantar sms dan email kepada rakan sejawat,
Hantar artikel dan bahan kempen hingga terpikat.
Sekali hantar beratus yang terima,
Mesej dan artikel yang sama,
Dengan santai duduklah lama-lama,
Tak sedar kepala dihinggap rama-rama.
Berjihadlah dengan sms dan e-mailmu,
Tolong Islam dengan iman dan ilmu,
Bukan payah bertindak tak usah jemu,
Ada PAHALA nanti akan ketemu.
TKO tolong siar kat ruang tengah,
Jangan kat tepi orang tak jengah,
Nak ajak kempen PRU12 jangan lengah,
Susun puisi fikir termengah.
rantisi_jr"

The Invisible Government
4 tahun Malaysia mengalami zaman kegelapan. Zaman di mana rakyat yang menyokong reformasi beralih arah pada tahun 2004 apabila jawatan Perdana Menteri diganti oleh cucu kepada seorang ulama besar. Imej Islam yang dibawa memukau hati, memberi seribu harapan untuk melihat Islam digemilangkan di kibaran Jalur Gemilang.
Namun, harapan makin kabur kerana rasuah atau bahasa yang manisnya "tumbuk rusuk" makin berleluasa. Dari pihak atasan, hinggalah pihak bawahan, semua suka "duit kopi". Walaupun the invisible government ini mendabik dada menunjuk-nunjuk mengatakan bahawa segala jenis rasuah akan dibanteras. banteraskah rasuah bila ramai pak-pak menteri akhirnya senyap dalam hukuman??
INILAH KEKECEWAAN KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

Monday, February 11, 2008
Dilema Di Ambang 2 Jalan
"Saya nak tumpu study dulu. Habis je belajar, saya akan fokus pada perjuangan.."
Hairan saya mendengar frasa ayat ini. Mungkin manusia itu mahu memberi fokus 100% terhadap satu-satu kerja yang sedang dia hadapi.
Kepala saya menggeleng. Dulu, memang di sekolah kita tidak pernah diajar bahawa menegakkan Islam itu wajib bagi semua orang yang bersandarkan MUSLIM dipundaknya. kita hanya diajar, belajar, belajar, bila dah dapat kepututsan cemerlang dalam SPM, dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. dan terus belajar lagi, bila sudah grad, akan mendapat pekerjaan yang bagus. Itulah kebanggaan ibu bapa.
Terlalu sempit pemikiran kita kala itu. Namun, semakin kita membesar, semakin kuat keinginan kita untuk mencari apa nilai hidup yang sebenar. Sirah2 nabawiyah yang kita baca, mengajar kita untuk menjadi mata rantai penyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.
Malang
Malang sungguh, ramai yang sudah mengetahui kewajipan ini, namun berpura-pura seperti tidak tahu. Bagi yang muda, mereka memberi alasan untuk tumpu pada pelajaran terlebih dahulu. kerana sikap inferior, mereka takut untuk mencuba untuk melakukan 2 kerja dalam satu masa. Mereka mendatangkan kisah2 manusia2 yang gagal dalam akademik kerana terlibat dengan gerakan. Malang...
Kenapa mereka terlalu cetek daya akalnya? kenapa hanya melihat satu sudut sahaja? Tidakkah mereka melihat bahawa sudah ramai manusia yang mencapai tahap era cemerlang, gemilang dan terbilang bila mereka meletakkan Allah dan Rasul no. 1 di hati mereka?
Could you keep your words???
Tahukah mereka bila ajal mereka? mereka seolah-olah berlagak menjadi Tuhan bila mengatakan "sudah habis belajar baru nak fokus pada perjuangan". Mereka yakin mereka masih hidup di saat itu???...
Kalau bukan kita, siapa lagi?kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bikan di sini, di mana lagi?

Subscribe to:
Posts (Atom)
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p