Thursday, February 14, 2008

Ayuh! Aktifkan sms dan e-mail

Oleh Yaasin

"Gendang pilihanraya sudah dipalu,
Selepas lama jenuh menunggu,
Pak Lah kata 13 haribulan tiada berita baru,
'Atas darat' menipu rakyat muka tak malu.

Tengok Buletin TV3 sebentar tadi,
Walaupun dah lama tidak ikuti,
Kempen 20 minit untuk BN punya parti,
Memang TV3 gurka BN dulu dan kini.

BN kempen cukup senang,
Guna media tv, akhbar dengan terang,
Tapi semua penuh temberang,
Perbodohkan rakyat yang dirasa bangang.

Tawaran BA amat menarik,
'Negara berkebajikan' ingin dilorek,
Gantikan pemerintahan BN yang banyak carik,
Habis hasil mahsul bumi Malaysia dikorek.

Peluang bantu BA sudah terbuka,
Guna segala kemampuan yang ada,
Jangan hanya duduk sahaja,
Melihat dari jauh tanpa berkata.

Gunakan kepakaran dan kepandaian,
Kempenlah sekarang juga buat gerakan,
Jangan asyik buat andaian,
Bolehkah BA menang dalam ini peperangan.

Cara paling mudah boleh dibuat,
Sambil duduk sahaja tak guna dakwat,
Hantar sms dan email kepada rakan sejawat,
Hantar artikel dan bahan kempen hingga terpikat.

Sekali hantar beratus yang terima,
Mesej dan artikel yang sama,
Dengan santai duduklah lama-lama,
Tak sedar kepala dihinggap rama-rama.

Berjihadlah dengan sms dan e-mailmu,
Tolong Islam dengan iman dan ilmu,
Bukan payah bertindak tak usah jemu,
Ada PAHALA nanti akan ketemu.

TKO tolong siar kat ruang tengah,
Jangan kat tepi orang tak jengah,
Nak ajak kempen PRU12 jangan lengah,
Susun puisi fikir termengah.

rantisi_jr"

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...