Monday, February 11, 2008

Dilema Di Ambang 2 Jalan

"Saya nak tumpu study dulu. Habis je belajar, saya akan fokus pada perjuangan.."

Hairan saya mendengar frasa ayat ini. Mungkin manusia itu mahu memberi fokus 100% terhadap satu-satu kerja yang sedang dia hadapi.

Kepala saya menggeleng. Dulu, memang di sekolah kita tidak pernah diajar bahawa menegakkan Islam itu wajib bagi semua orang yang bersandarkan MUSLIM dipundaknya. kita hanya diajar, belajar, belajar, bila dah dapat kepututsan cemerlang dalam SPM, dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. dan terus belajar lagi, bila sudah grad, akan mendapat pekerjaan yang bagus. Itulah kebanggaan ibu bapa.

Terlalu sempit pemikiran kita kala itu. Namun, semakin kita membesar, semakin kuat keinginan kita untuk mencari apa nilai hidup yang sebenar. Sirah2 nabawiyah yang kita baca, mengajar kita untuk menjadi mata rantai penyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.

Malang
Malang sungguh, ramai yang sudah mengetahui kewajipan ini, namun berpura-pura seperti tidak tahu. Bagi yang muda, mereka memberi alasan untuk tumpu pada pelajaran terlebih dahulu. kerana sikap inferior, mereka takut untuk mencuba untuk melakukan 2 kerja dalam satu masa. Mereka mendatangkan kisah2 manusia2 yang gagal dalam akademik kerana terlibat dengan gerakan. Malang...

Kenapa mereka terlalu cetek daya akalnya? kenapa hanya melihat satu sudut sahaja? Tidakkah mereka melihat bahawa sudah ramai manusia yang mencapai tahap era cemerlang, gemilang dan terbilang bila mereka meletakkan Allah dan Rasul no. 1 di hati mereka?

Could you keep your words???
Tahukah mereka bila ajal mereka? mereka seolah-olah berlagak menjadi Tuhan bila mengatakan "sudah habis belajar baru nak fokus pada perjuangan". Mereka yakin mereka masih hidup di saat itu???...

Kalau bukan kita, siapa lagi?kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bikan di sini, di mana lagi?

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...