Wednesday, April 23, 2008

Mengenang Duka Dlm Perjalanan MenujuNya

Kalau sahabat2 benar-benar nak nak mengenang cerita dan derita, biarlah ana titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang menderita kerana agama, berkorban dalam mencari nikmat beragama..!

Di bulan ramadhan baru-baru ini...Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Di saat kita sambut syawal, solat raya kat masjid musa, Ingatkah kita kisah nabi musa a.s..Di waktu masuk musim sejuk ini, semasa kita membuka saratoga masing-masing, mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berhari raya, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera, jumpa macam-macam kuih raya yang mengalami evolusi dan resformasi…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…Dalam pada waktu kita dijemput hari terbuka di sana sini, disajikan nasi hadaralmaut, mungkin kita lupa berapa ramaikan kekasih Allah berjuang sehingga maut menjemput mereka.

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana agama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana agama!Nampaknya, demi agama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita menjamu selera, makan nasi minyak dan nasi ayam bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang makan shawirma, sishtawood atau roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat beragama…!

Dalam kedamaian beribadat pada Allah, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika sahabat2 mahu mengenang cerita dan derita,Izinkan ana titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana agama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!Jika kita masih terlupa, biarlah kita kenang kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!

Dalam keseronokkan berhari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, dijalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul,disepak terajang dan di baling batu serta najis...Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”Nabi menjawab (lebih kurang maksud)“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Hari ini, semakin jauhnya kita daripada pelita kenabian, semakin jauhnya kita daripada agama.Sebanyak manapun penderitaan kita ianya masih lagi tidak dapat menyamai mereka pada khairul kurun dahulu. Kita hari ini bila ditimpa sikit ujian dah mengeluh spt orang tak tahu arah.. (oh..! terkena atas batang hidung ana sendiri...)

Sesungguhnya ibadat yg ana lakukan selama ini kalau dibandingkan dengan hanya debu yang melekat pada tapak kaki kuda yang ditunggangi sahabat2 r.a dahulu, nescaya debu itu lebih mulia.Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengajak kita berjihad di jalan Allah,menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran, tidak kira di mana kamu berada, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...Jika dikau ingin mengenang derita dan sengsara......,

Sesengguhnya, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para pejuang agama Nya.Di dalam doa sahabat2 yang khusus, janganlah lupa doakan untuk sahabat seperjuangan semua.. mudah mudahan doa sahabat2 yang tulus itu Allah kurniakan juga kasih sayangNya dan rahmatnya untuk tabah dalam menghadapi seribu mehnah dalam permusafiran yg penuh dugaan ini... (ameen)

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...