Saya terfikir masa hadapan saya. Kosong. Otak saya tidak mampu menjangkau apa yang akan berlaku pada saya pada masa hadapan. Dengan siapa saya akan berkahwin, siapa keluarga mertua saya, siapa anak2 saya dan seterusnya.
Mungkin juga saya tidak sempat dengan situasi ini. Mungkin juga umur saya hanya setakat ini. Kerana maut itu, saya tidak tahu bila akan datangnya. Semenjak praktikal di wad medical, hampir setiap hari saya melakukan procedure last office (LO) . Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana telah menggerakkan hati saya untuk memilih kursus kejururawatan ini, walaupun ia agak satu keputusan gila. Siapa tidak gila, saya ditawarkan kursus farmasi dan sudah setahun setengah saya berada dalam kursus, tiba2 pada semester terakhir ketika di pusat asasi UIA, saya menukar kursus kejururawatan. Keputusan yang diambil dalam masa sehari, tanpa berbincang dengan keluarga! Hanya gila seperti saya…
Keputusan ini, tidak saya sesali. Kerana banyak faedah yang saya dapat drpd kursus ini. Hari2 saya berhadapan dengan kematian, tangisan, kesedihan, kemurungan, kemarahan dan kesakitan pesakit2. Sesungguhnya, pengajaran dari Tuhan itu terlalu banyak. Hanya terpulang pada diri kita sahaja sama ada mahu mengambil pengajaran tersebut atau tidak.
Hari ini, salah seorang pesakit dari cubical yang saya jaga, kembali menghadap Ilahi. Masih muda lagi. Sebab kematian, meningoencephalitis, jangkitan kuman di kedua2 bahagian otak dan termasuk membrane otak itu juga. Kerana jangkitan kuman. Sebabnya, tidak pasti kerana saya tidak sempat bertanya kepada keluarganya, kerana pada waktu itu, adalah grooving stage.
Ketika membersihkan jenazah, saya terfikir. Apakah nasib saya ketika di akhir hayat saya nnt? Bilakah? Di manakah? Bagaimanakah?
Ini harapan dan doa saya. Moga Allah memakbulkannya. Sebelum saya mati, biarlah saya mempunyai anak dahulu, walaupun seorang. Sekurang, ada juga insan yang sudi mendoakan saya sepanjang hidupnya. Bercahaya juga kubur saya nnt. Kerana, saya tidak mmpu bergantung pada amalan saya yang terlalu sedikit ini.
Saya ingin memiliki anak2. Seperti ust Hasrizal. Saya rindu pada anak2 saya yang soleh solehah. Bilakah?...
1 comment:
[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]to buy pirate software, [url=http://firgonbares.net/]video shop software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] photoshop elements for mac 4 adobe photoshop cs3 for mac
buy cheap microsoft software [url=http://firgonbares.net/]software store pictures[/url] coreldraw jobs in scottsdale az
[url=http://firgonbares.net/]trial software downloads[/url] buy windows mobile software
[url=http://firgonbares.net/]cheap windows xp pro[/url] office software discounts
buying softwares [url=http://firgonbares.net/]Pro 10[/b]
Post a Comment