Thursday, October 22, 2009

Seni Che Guivara

Pepatah arab ada menyatakan.."Setiap seni, ada orangnya dan setiap orang, ada seninya."

Hari ini, saya tercari2 seni seorang pemuda yang sebenarnya agak terkenal. Che Guivara. Seorang bekas medical student yang amat berseni. Kagumnya, pada usia beliau digelar mahasiswa, beliau dengan tekadnya mengelilingi Argentina dan bermula dari perjalanan itulah 1TRANSFORMASI telah berlaku pada dirinya.

Perjalanannya telah dirakam dalam buku "the motorcycle diaries" yang saya kira, perlu utk saya mencari dan membacanya.

Che Guivara, secara positifnya, beliau ialah seorang pemimpin berjiwa rakyat. Beliau mendalami kesengsaraan kaum marhain dengan penjelajahan. Rela meninggalkan kehidupan kelas menengah (memandangkan beliau seorang doktor) semata2 kerana ingin memperjuangkan nasib mereka yg ditindas oleh kapitalisme.

Saya tertarik bagaimana beliau dididik di rumah sehingga beliau menjadi mahasiswa yg celik politik dan mempunyai keinginan yg mendesak sehingga begitu rupa.

Rupanya, semenjak sekolah rendah, beliau sudah terbiasa dengan bahan2 rujukan yg terdapat di perpustakaan mini ayahnya mengenai politik. Bahan bacaan itulah yg telah mendidiknya sehingga menjadi sehebat ini.

Che Guivara sedikit sebanyak telah menjadi idola sebahagian mahasiswa kini. Kuasa mahasiswa amat besar rupanya. Apa yg telah dilakukan oleh Che Guivara telah menyebabkan rakyat ketika itu amat mempercayai dan menaruh harapan yang besar pada mahasiswa sebagai AGEN TRANSFORMASI!

Tetapi sekarang, agak2 bagaimana? Apakah pandangan kaum marhain kepada kelompok mahasiswa?

Budak2 hingusan yg masih tidak matang?
Atau mahasiswa ini sinonim dengan remaja yg sekarang dilabel sebagai pembawa masalah sosial?

Fikir-fikirkan
(p/s: x sempat nak tulis solusi...sangat drowsiness, sbb makan ubat batuk n selesema)

~Anjeruby~

1 comment:

Fathi Adha said...

seni...satu kelebihan yang ada pada diri seseorang..

agen tranformasi yang dibawa olehnya boleh dilihat sehingga kini...tp coraknya berbeza...

hebatkah beliau??? sehingga anak2 muda zaman skrg guna pakai baju yang ada wajahnya....walaupun mereka tak tau apa jasanya....

fikir-fikirkanlah....

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...