Thursday, December 03, 2009

Jalang & 2012

Jalang - tgk tajuk pun dh cukup menjijikkan. Jelek. Banyak plak tu iklan dia waktu kita semua bersiap sedia meraikan hari raya aidiladha. Terpulang pd penonton, sama ada mrk prihatin atau tidak dgn sensitiviti masyarakat Islam terutamanya.


Tarikh penayangan ditentukan oleh siapa?? Biasanya penerbit la yg berhak memilih tarikh penayangan. Kemudian ia akan diluluskan oleh Unit Wajib Tayang dr Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Tidak tahulah saya bagaimana FINAS boleh meluluskan tarikh 26/11/09 utk JALANG ini diwayangkan, iaitu sehari sebelum hari raya aidiladha. Mungkin FINAS terlupa melihat kalendar, filem mana yg sesuai utk ditayangkan tika itu???


Bayangkan, ketika saudara mara atau kawan2 kita sedang berada di Tanah Suci, mengerjakan ibadah haji, ramai anak2 muda di Malaysia berlari2 ke panggung wayang menyaksikan filem yg mengangkat kisah perempuan tidak bermoral ini..


Tentu JALANG mampu memancing penonton ke panggung hanya dgn menggunakan tajuknya sahaja, tambahan iklan2 di televisyen dan cop 18PL. Tentu ramai yg berminat dgn cerita2 sebegini.


Apapun, sy berminat utk mengetahui jumlah kutipan yg diterima filem ini. Saya ingin melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap filem ini melalui jumlah kutipan tersebut.


Filem seperti ini sebenarnya sudah lama bertempat dlm sejarah perfileman Malaysia. Kalau pada 1993, Malaysia telah dikejutkan dengan filem Perempuan, Isteri dan … yg telah memaparkan kisah nasi kangkang utk menundukkan suami, kemudian filem Panas dgn aksi2 panas pelakon utamanya, kini giliran Jalang pula.


Dan 1 lagi, filem yg mendapat nama semenjak 12/11/09 yg lepas, iaitu filem 2012 yg mengisahkan tentang kiamat. Walaubagaimanapun, filem ini telah mendapat bantahan drp Majelis Ulama Indonesia (MUI) di Jawa Timur yg memohon masayarakat Islam di Indonesia tidak menonton filem itu.


Alasan MUI, sbg org Islam, mmg harus mempercayai adanya hari kiamat, tetapi bila akan berlakunya hari tersebut adalah kuasa Allah shj yg dpt menentukan. Kita sbg manusia tidak boleh menentukan hari mahupun tahunnya.


Bagaimana pula di Malaysia? Adakah jabatan, persatuan islam tidak mampu mengawal kejelekan filem2 di Malaysia??


~Anjeruby~

3 comments:

Raudhatul Nadwah said...

Em, tak suka sgt2 iklan filem Jalang tu. Tak sesuai btul... dahla raya budak-budak kecik ni suka tgk tv...

Effy Saiful said...

ruby,dah tgk ke blm cerita 2012 tu? if u have, you would know that there's nothing to worry about.. it's not about qiamat at all.. it's merely a natural disaster..

and i resent those who judge the movie without even watching it..

jalang tu, tak pernah tgk plak dan tak teringin nak tgk ;p

wearelearningparents said...

dh tgk...yes, natural disaster. but it is the faked armageddon created by illuminati. banyak tafsiran yg boleh dibuat drp filem ini.i'll post 2012 edition after this =) u can read and compare, ok? =)

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...