Thursday, December 01, 2011

Dah bersarang tikus

lamanye x update blog...dh bersarang tikus...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, July 15, 2011

Nah, Baru Kau Rasa!

Salam buat semua.

Saya sekarang dah masuk fasa baru.

Alam pekerjaan.
Nah, sekarang baru rasa, sakitnya nak dapatkan rejeki sesuap nasi (hehehe).
Selama ni, sket2 minta duit ngn mak ayah. Sekarang, rasakan...

Apa yang best dgn kerja: dapat kawan baru, kenal tempat baru & paling best ialah bila hujung bulan, dapat gaji^^.

Apa yang tak best: kene bertanggungjawab dgn kerja tersebut, ada punch card.

Tuesday, March 29, 2011

Tak Mampu Beli Dinar?



Emas memang menguntungkan.

Tetapi, mungkin kita tidak mampu utk membelinya. Almaklumlah, student..

Tapi niat nak menyimpan emas atau perak, tetap ada kan?

Jangan bimbang…

Selain emas, kita boleh menyimpan perak. Sebab perak pun punya nilai dan kadar kenaikannya juga tinggi.

Tak percaya?

9 bulan yg lepas, saya telah membeli sekeping dirham dengan harga RM13. Akan tetapi, hari ini, harga semasa perak ialah RM25! Saya untung RM12 utk setiap keping

dirham! Agak-agak, genap setahun, berapa ye kenaikan harga perak?


Bagi yang tidak mampu membeli dinar, saya syorkan tukar wang simpanan anda ke bentuk dirham!


Berminat tukarkan wang ke bentuk dirham?

Hubungi MissRuby Ismail di 013-9143055

Takkan rugi…insyAllah.

Sunday, March 13, 2011

No Sacrifice, No Victory


Ingat tak cite ni?
Motto cite ni..."No sacrifice, no victory!"

Transformers telah mengajar kita supaya berkorban. Berkorban demi mendapatkan kejayaan.

P.Ramlee plak ade pesan,
"Berkorban apa saja, harta dan juga nyawa.." petikan filem Sarjan Hasan.

Islam pun mengajar kita supaya berkorban. Bulih check dlm Quran, berapa kali Allah sebut ttg kita perlu berkorban.

"No sacrifice, no victory."

Jika tiada ini, maka Tunisia hari ini masih lagi akan berada di bawah telunjuk kekejaman rejim Ben Ali.

Jika tidak berpegang pada ini, mungkin Mesir pada hari ini masih diselebungi pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak.


p/s: AA mengucapkan salam takziah pada penduduk Jepun atas bencana alam yang melanda negara mereka.

Rakyat Malaysia plak, ape khabar hari ni? Tak takut ke tetibe tsunami datang? NauzubiLlah.

Friday, March 11, 2011

Breaking News: 32 killed in major tsunami after 8.9 Japan quake






Dunia makin tua.
Jika Dia berkata "Jadi!" maka apa yang dikehendakiNya akan terjadi tanpa sebarang tangguhan.
Lantas...
Masihkah kita mahu mendabik dada menderhakai Nya?~

Thursday, February 24, 2011

Revolusi Rakyat : Qaradawi mewajibkan bunuh Gaddaf...

RAKYAT MARHAEN: Revolusi Rakyat : Qaradawi mewajibkan bunuh Gaddaf...: "'Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh d..."

Wednesday, February 23, 2011

Indahnya Wanita Jika~


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

- [LINK=http://iluvislam.com/]Artikel iluvislam.com[/LINK]

Wednesday, February 09, 2011

Bersifat Keibuan ~ Suka Kanak2

Salam dari daerah terasing (Tokyo in Malaysia).

Seramai 12 orang yang agak dewasa, berpakaian tudung putih, baju putih & seluar hijau menyerbu Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, pagi ini.

Kelihatan salah seorang dari mereka, free-hair (sebab lelaki rupanya) yang telah syok sendiri menganggap die sbg "abg HOT" atau model sambilan.

Mangsa mereka pada kali ini ialah bebudak yang berumur 10 tahun, tidak kira jantina, bangsa mahupun agama. Semua mereka tibai.

Maka, bermula jam 9 pagi, mereka pada mulanya mengumpan bebudak tersebut dgn jamuan air dutch lady & roti gardenia. Dan setelah itu, bebudak itu dikurung di dalam dewan.

Dewasa 12 org ini telah menguasai microphone yang ada disediakan dalam dewan tersebut. Maka, bebudak itu terpaksa mendengar suara2 merdu si dewasa yang lantang berucap tentang:

TRANSFORMASI DUNIA BARU KU

Si bebudak nampaknya syok mendengar tentang dunia akil baligh yg diterangkan oleh si dewasa.

Sehinggalah 2 jam selepas itu, barulah si bebudak dilepaskan dari kurungan. Maka, seperti beburunglah mereka berterbangan =)


(Gambar: entry selepas ini, InsyaAllah)

Friday, February 04, 2011

Pompuan: Solat Jumaat Jom


Salam jumaat!

Boleh tak pompuan gi semayang Jumaat jugak?
Ye la, kalo boleh pergi, semayang 2 rakaat je, takyah la 4 rakaat (wah, nampak sgt malasnyer)

Lelaki boleh ke?
Lelaki mmg la confirm, siap wajib lagi. Kalo tak pergi, memang bukan lelaki la tu, dan bapak segala malas la tu.

Pompuan??

Boleh jer...tak de masalah.

Tapi kene patuhi 5 syarat ni:

1) mendapat izin suami / wali
2) tidak menimbulkan fitnah
3) tak pakai wangian yg kuat
4) tidak berhias
5) siap solat, segera pulang sebelum kaum lelaki kluar

Tapi...
Kat Malaysia tak pernah dibuat oleh orang pompuan.
Kalo pergi oversea, Denmark ke, UK ke, Verona ke...diorg buat je tau.


Wednesday, January 26, 2011

Semangat Belajar

Praise to Allah!
Data collection in 3 secondary schools done!

Sekarang, angin mahlas utk key in data pulak. Mentang2 lambat lagi kene submit (lambat lagi???)..Mula la melalot tengok "Hantu Kak Limah", "Ngangkung" & "Khurafat".

Ini sindrom Dr.Fairuz nih!

Tetibe...zass

Teringat masa collect data kat last school.
Macam biasa, booth AA akan dikerumuni oleh kanak-kanak Form 1 kebanyakannya.

Siapa tak suka, ade kakak dr univ datang nak timbang berat n ukur tinggi. Lepas isi survey form sikit, dapat hadiah notebook plak tu. Mestila kanak-kanak ni suka.

Datang sorang adik lelaki ni. Comel. Kecik jer. Antara yang paling awal datang.
Dah siap timbang dia, ukur tinggi dia, isi survey form, bg souvenir, kira BMI dia....dia still stay depan meja AA.

Ape kehey budak ni. Takpela, asal dia tak kacau AA collect data respondent lain.

Lepas kira BMI kanak-kanak ni, AA kene rujuk table yang WHO sediakan.
Nak kategorikan mereka sama ada underweight, normal, overweight or obesity.

Yela, status kanak-kanak / remaja x sama ngan org dewasa. Ada table khas utk mereka!

Adik yg tadi ni, tgk je AA buat ape.
Last, die bersuara.

Adik: Kak, tu jadual apa?
AA: Ni jadual skala, nak tgk status BMI remaja.
Adik: saya nak, boleh?
AA: Alamak dik, akk bawak 1 copy je jadual ni...Maaf ek dik.
Adik: Ok

Tetibe die bukak notebook yg AA hadiahkan pada dia.

Tengok2, dia salin jadual tu!

SubhanaLlah, bagusnye adik ni!

AA: Adik salin jadual ni eh?
Adik: Aah
AA: Adik tau BMI tu ape?
Adik: X tau

Erk...

AA: Indeks Jisim Badan, tau?
Adik : Yg akk buat ni la, nak tgk org tu gemuk ke tak.

AA tergelak jer..

Kesian plak. Rajin beno menyalin.

AA: Adik tunggu jap eh. Akk nak siap dah ni. Tak payah salin, Banyak jugak ni. Nanti akak bagi jadual ni...
Adik : (tersenyum)..Time kasih kak!



p/s: ikhlas menuntut ilmu, Allah akan tolong!

Sunday, January 16, 2011

Radhi OAG & Rumah Pengasih

Angkara dadah dia musnah.
Namun, masih belum terlambat utk bertaubat.

Kami belia BENCI dadah!

Monday, January 10, 2011

Proposal Approved!

Alhamdulillah...
Research proposal approved!



Bermula la era "data collection"

Kat 3 (TIGA) buah sekolah menengah.
Questionnaire ini akan diedarkan.
AA akan duk kat kantin, sape yang datang kantin, akan jadi subjek AA.
AA akan timbang berat badan n ukur tinggi dia.
AA akan kira BMI dia.
So, siapa yang kena, sila bagi kerjasama yer...




InsyAllah, ada souvenir yang akan AA bagi...
Kita tengok siapa yang kena!!!


Keputusan AJL25

Anugerah Juara Lagu AJL 25 – Juara

Ana Rafali [ Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali]

Anugerah Juara Lagu AJL 25 - Naib Juara
Meet Uncle Hussain + Black [ Lagu Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain]

Anugerah Juara Lagu AJL 25 – Tempat Ketiga
Hafiz [ Lagu Noktah Cinta - Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7]

Anugerah Juara Lagu AJL 25 - Vokal Terbaik
Hafiz [ Lagu Noktah Cinta - Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7]

Anugerah Juara Lagu AJL 25 - Persembahan Terbaik
Faizal Tahir [ Lagu Hanyut - Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir]



p/s: kalo lagu "Kalo Berpacaran" masuk AJL, sure menang lagi nih...

Let's Get Married!


Nak kawen..
Nak kawen..
Nak kawen..

Persedian???
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...