Wednesday, February 09, 2011

Bersifat Keibuan ~ Suka Kanak2

Salam dari daerah terasing (Tokyo in Malaysia).

Seramai 12 orang yang agak dewasa, berpakaian tudung putih, baju putih & seluar hijau menyerbu Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, pagi ini.

Kelihatan salah seorang dari mereka, free-hair (sebab lelaki rupanya) yang telah syok sendiri menganggap die sbg "abg HOT" atau model sambilan.

Mangsa mereka pada kali ini ialah bebudak yang berumur 10 tahun, tidak kira jantina, bangsa mahupun agama. Semua mereka tibai.

Maka, bermula jam 9 pagi, mereka pada mulanya mengumpan bebudak tersebut dgn jamuan air dutch lady & roti gardenia. Dan setelah itu, bebudak itu dikurung di dalam dewan.

Dewasa 12 org ini telah menguasai microphone yang ada disediakan dalam dewan tersebut. Maka, bebudak itu terpaksa mendengar suara2 merdu si dewasa yang lantang berucap tentang:

TRANSFORMASI DUNIA BARU KU

Si bebudak nampaknya syok mendengar tentang dunia akil baligh yg diterangkan oleh si dewasa.

Sehinggalah 2 jam selepas itu, barulah si bebudak dilepaskan dari kurungan. Maka, seperti beburunglah mereka berterbangan =)


(Gambar: entry selepas ini, InsyaAllah)

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...