Beginilah hidup aku. Bagai roda, kadang di atas, kadang di bawah. Kadang suka, kadang duka. Fasa kehidupan aku selepas fasa mengembara di university, 180 darjah berputar.
Teman-teman baik yg sama2 air naik kepala time study dulu, semua dah bawa haluan masing-masing. Setahu aku, ½ sudah menamatkan zaman dara sunti dan sekarang sudah bertukar status menjadi mak dara.
Lagi menyedihkan, tepat 4 bulan aku di fasa pekerjaan ini, ibu tersayang aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Siapa tidak terkejut, aku hampir-hampir gila utk menerima kenyataan ini. Terlalu cepat dia pergi. Tapi nasib baik aku tidak mengizinkan kegilaan aku tu. Kalau tak, tentu waktu ini, aku sudah berada di Tanjung Rambutan atau mungkin di Tampoi.
Aku cuba sesuaikan diri dgn keadaan baru aku ini, Tuhan mentakdirkan aku hidup sendirian di sini, walau aku tak perlu fikir lagi fasa pengangguran, walau aku punyai wang (takde la banyak sangat pun, cukup-cukup makan aje), tapi aku masih rasa kekurangan. Kekurangan itu ialah ketidakmampuan aku berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan bersama orang tersayang.
Aku cuba mencari kasih daripada manusia, dengan harapan, aku boleh menumpang secebis kasih, meneguk setitik cinta. Namun, derita juga yg aku rasai. Sungguh! Cinta paling ikhlas sgt sukar dijumpai melainkan ia ada pada 2 orang insan bergelar mak dan ayah!
Rumah sewa aku ini benar-benar kosong. Sekosong hatiku. Kami (penghuni rumah ini) benar-benar bagaikan musafir yang hanya merancang utk berteduh seketika sahaja, sementara mencari tempat destinasi. Maka, rumah ini bagaikan sebuah hotel, berfungsi hny sebagai tempat melabuhkan tirai mata, tika badan penat bekerja.
Kekadang, aku terasa teramat sunyi. Tapi kekadang kesunyian itu mengingatkan aku rumah di bawah tanah yg sedalam 7 kaki itu nanti. Oh, sungguh sunyi!
No comments:
Post a Comment