Wednesday, October 03, 2007

~Keberuntungan Merasai Kekalahan dalam Kemenangan~


Demam PRK di kampus saya makin reda, lantaran tiada apa-apa masalah ketika pembuangan undi. Tidak seperti sahabat kampus saya, yang terpaksa membuat semula pembuangan undi gara-gara dikatakan wujudnya "pengundi hantu".

(Teringat saya kata main-main dari mulut seorang teman. "Selamat hari Raya, hati-hati di jalan raya, kalau tidak jadi hantu raya, paling teruk jadi pengundi hantu..)

kalau pada zaman Rasulullah S.A.W, jihad di kala bulan Ramadhan ialah Ghazwah Badar. Tapi di zaman ini, di tahun ini, jihad utk sang mujahid ialah PRK. Keadaannya tetap sama kerana sejarah itu tetap dan sentiasa berulang. Kaum yang sedikit vs kaum yang banyak. banyak dari sudut kuantiti, persiapan perang dan kekuatan. Namun, telah banyak kali Allah memenangkan kaum yang sedikit itu yg berjuang kerana Allah itu berbanding dengan kaum yang banyak itu.

Semalam juga telah mencatat pelbagai sejarah dalam diari hamasah jihad. 20 Ramadhan bersamaan 02 oktober. Susur galur sejarah telah mengaitkan bahawa 20 Ramadhan ialah tarikh keramat kejayaan Rasulullah dalam Pembukaan Kota Mekah. Manakala 02 Oktober dalam tahun masihi pula, menyaksikan kejayaan wira Salahuddin al-Ayubi menundukkan kekufuran di Jurusalem. Pada era millenium ini pula, satu lagi sejarah baru tercipta...iaitu kemenangan promahasiswa dalam PRK di sesebuah kampus.
Ada beberapa kerusi yang tidak ditakdirkan utk sama2 mengecapi kegemilangan ini. tapi tentu ada hikmahnya kerana Allah adalah sebaik2 perancang. Walaupun tidak dapat mencapai kejayaan seperti sahabat2 seperjuangan yang lain, namun itu bukan peruntuh hamasah utk terus berjuang menyampaikan risalah Nabi.

Ibarat Ghazwah Uhud, sebenarnya banyak hikmah yang telah Allah terapkan dalam mentarbiyyah jati diri sebagai seorang pejuang. Sebenarnya, ada keuntungannya diberi kesempatan merasai sedikit kekalahan dalam kemenangan. Walaupun kalah dari sudut undi, tetapi sebenarnya kalian telah berjaya dalam menembusi kekuatan pihak lawan. Kalian telah menang dalam keutuhan ukhuwwah.








Inilah hebatnya bila berjuang utk Islam.




















1 comment:

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Suatu tulisan yg baik. Ana stuju dengan kata2 nti tu. Kekalahan yang nampak bukanlah satu kekalahan yg mutlak dan ana merasakan kejayaan sebenarnya yg kita kecapi dan kejayaan yg mereka kecapi hanyalah kejayaan pada pandangan mata ramai tetapi mereka kalah dari beberapa sudut lain. Semangat sang mujahid berbeza dengan semangat sang penipu. pengharapan sang perwira berlainan dengan pengharapan sang pengampu. Terus berusaha dengan hati yg ikhlas.dalam kekalahan ada kemenangan...

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...