Saturday, December 01, 2007

Cinta Bait al-Haram (khas utk mak ayah)


LabbaikaLlahulabbaik… terngiang-ngiang di telingaku seruan itu. Namun, mataku hanya mampu menatap di peti televisyen sahaja. Begitu indah kota Makkah yang masih berdiri gagah itu. Tempat tumpuan berjuta manusia dari setiap pelusuk dan ceruk dunia.

Kota itu pernah menjadi dengkian di hati Abrahah, Gabenor Yarman. Lantas, tanpa berfikir panjang, terus si Abrahah mengarahkan pasukan bergajah untuk merobohkan rumah Allah binaan Ibrahim dan Ismail alaihumas salam. Tentera gagah bersenjata besar itu tidak dapat dilawan oleh sesiapa, kerana memang si Abrahah tidak mahu berperang dengan manusia, tetapi dia sebenarnya mendeklarasikan perang dengan Allah. Tanpa bertangguh, datanglah sekumpulan tentera Allah dari langit, Ababil yang membawa batu2 yang dibakar. Tentera bergajah dilempari batu2 terbakar dari langit, maka bergelimpanganlah tentera bergajah bagaikan daun2 yang dimakan ulat. Maka, tinggallah sejarah kekalahan era tentera bergajah.

Mekah dan Madinah kota impian. Teringin rasanya ingin sujud di hadapan Kaabah-Mu, ya Allah. Merasai manisnya ibadah di tanah suci-Mu. Tiada tempat seindah tempat ini, ya Allah. Beriktikaf di Raudhah, salah satu taman syurga yang berada di Masjid Nabawi, impian yang takkan pernah padam di hati ini. Berlari-lari anak dari Sofa ke Marwah sambil memegang tangan ibu bapaku...seolah2 terasa ketika mereka membimbingku belajar berjalan di waktu kecilku...
Wahai Tuhan, perkenankan doa kami. Terimalah kami menjadi tetamuMu yang dahagakan rahmat dan kasih sayangMu. Wahai ibu, wahai ayah, kalian akan sampai juga di tanah suci yang kalian mimpikan. Akan ku realisasikan impian kalian kerana, inilah hadiah ucapan terima kasih dari anak-anakmu.
Terimalah amalan kami, ya Allah… Aku datang, ya Allah walaupun bukan tahun ini, tetapi pada masa akan datang. Perkenankan doaku….

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...