Monday, December 31, 2007
Friday, December 28, 2007
Hebatnya HAJAR
Masakan tidak, Hajar ialah ibu kandung kepada Ismail. Bukankah seorang yang hebat itu secara sunnahnya lahir dari rahim dan didikan wanita yang hebat juga? Ternyata, Hajar memang seorang wanita hebat dan terpilih dalam sejarah Islam.
Hajar asalnya hanyalah seorang hamba milik Ibrahim dan Sarah. Kerana kemurahan hati Sarah, dipintanya suaminya Ibrahim untuk menikahi Hajar, agar zuriat Ibrahim tidak pupus setakat itu kerana ketiadaan rezeki baginya untuk melahirkan zuriat buat Ibrahim.
Namun, perempuan tetap perempuan. Sarah tetap memiliki hati seorang perempuan. Isteri mana tidak cemburu, walau telah berkali2 Sarah mengusir perasaan itu. Perasaan itu semakin menebal apabila Hajar dikurniakan Ismail. Seperti juga yang tercatit dalam sejarah Humaira’ dan Rasulullah (SAW), si Humaira’ tetap cemburu apabila Rasulullah sentiasa menyebut-nyebut tentang kebaikan Khadijah yang tiada bandingnya.
Tabah Hajar menerima keputusan untuk dibawa menetap ke bumi gersang. Perjalanan yang jauh dan memakan masa itu, tidak pernah diisi dengan bersoal jawab dengan suaminya. Hajar tidak pernah menyalahi Sarah, kerana Sarah ialah wanita yang paling banyak berbudi padanya ketika dia bergelar hamba dahulu, lebih-lebih lagi kesudian Sarah menerima Hajar sebagai madu.
Setibanya di tempat yang dituju, yang diiringi petunjuk Ilahi, Ibrahim terpaksa meninggalkan Hajar dan Ismail segera. Hati suami mana tidak luluh dengan perpisahan itu. Hati isteri mana yang tidak hancur, namun demi menenangkan hatinya, Hajar akhirnya bersuara bertanya kepada Ibrahim.
“Adakah ini perintah Tuhan?”
Anggukan Ibrahim meyakinkan hatinya. Hajar yakin, jika itu perintah Tuhan, Tuhan tidak akan membiarkannya dan Ismail sia-sia. Keyakinan itulah yang mentarbiyyah Ismail untuk mewarisi keimanan ibu dan bapanya. Ibrahim juga meninggalkan kedua-duanya dengan menyerahkan mereka sepenuhnya di bawah jagaan Allah.
Ketabahan Hajar telah mentarbiyyah Ismail. Ketegaran Hajar telah mendidik Ismail. Akhirnya, tercatit dalam sejarah, Ismail pula yang menyuruh Ibrahim menyembelihnya ketika diberitahu bahawa ia ialah arahan Tuhan.
Hebatnya Ismail hasil tarbiyyah dari wanita yang hebat, Hajar. Benarlah kata hukama’, berdirinya seorang wanita di belakang kejayaan seorang lelaki. Firman Allah dalam surah at-Taubah:
Dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang maaruf, dan mencegah dari kemungkaran, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
Wednesday, December 19, 2007
Menangislah
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinyamemuncak gembira penawar sakit dan lesu.Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati,berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan,menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan.
Penghuni Syurga ialahmereka yang banyak dukacitanya didunia.Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barang siapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.
Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan.Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
" Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."(al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis,dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau merugikan.
Sabda Rasulullah s.a.w."Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi :"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akanbertakhta.
Nabi bersabda :"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Nabi Muhammad bersabda :"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Seorang Hukama pernah bersyair :"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. " Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita Nabi pernah bersabda :"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis." Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. "(AL BAQARAH : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda:"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu,menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah,sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu." Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :"Kenapa engkau menangis?""Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya .Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."
Ibnu Masud r.a. berkata :"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara,khusuknya di waktu orang lain berbangga,seharusnya orang yang mengerti alQuran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam,lalai, bersuara keras dan marah.Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur dihadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."
Menangislah di sini,sebelum menangis disana!!!... ... ... ... .
hanya untuk remaja
inilah saya, anda pula siapa?
hati seorang mukmin
pantun buat ex- sekolah agama
Monday, December 17, 2007
BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI
TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!!
KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH
PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN
KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA
BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM
BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG
PERJUANGAN SUAMIMU
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA
SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU
DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU
DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA
IAITUPERJUANGAN ISLAM!
JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA
YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI
DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!!
BAHKAN DIRIMU
ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH
PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA.
DIA MENCINTAIMU KERANA
DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM.
JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN.
SEKELUMIT CINTA PUN
TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU
BANTULAH ISTERIMU DAN
KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN
Wednesday, December 12, 2007
produk baitul muslim
Tahniah buat sahabat...farhana idrus yang baru melangsungkan perkahwinan pada 2 minggu lepas. walaupun Ina buat majlis kecik-kecik dan x panggil kami, tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya akhirnya kami tahu juga... inilah ukhuwwah islamiyyah... mesti banyak memberi dari menerima...
kami akan sentiasa doakan agar Ina dan suami bahagia hingga ke syurga. semoga perkahwinan ini tidak menjadi penghalang untuk terus berjuang mencari redha Ilahi, malah semoga perkahwinan ini menjadi batu loncatan untuk terus gemilangkan Islam tercinta...
Pertolongan Allah & Kemenangan yang Dekat
Alhamdulillah, bermula dengan semester baru ini, dengan azam yang baru, dengan tekad yang jitu, dengan semangat yang tinggi, saya akan berusaha untuk terus gemilangkan produk yang sedang saya bawa di bahu saya ini, iaitu ISLAM.
Saya amat-amat bersyukur kerana Dia makbulkan jua doa saya, iaitu kejayaan dalam menuntut ilmu. Walaupun ini baru sahaja permulaan perjuangan, tapi dengan keputusan yang cemerlang ini, telah menyuntik semangat yang padu kepada saya untuk terus bertahan dalam mencari ilmu kurniaanNya.
Saya pernah gagal sebelum ini. Sehinggakan saya rasa, kegagalan saya ini telah membawa fitnah kepada Islam yang saya bawa. Saya gagal membuktikan kepada mata masyarakat bahawa berjuang untuk Islam tidak mengganggu gugat kejayaan saya dalam pelajaran. Sememangnya manusia ini hanya mampu menghukum berdasarkan zahir sahaja. Mampu menilai melalui apa yang terpampang pada CGPA sahaja, walaupun hakikat ilmu itu hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui.
Namun pada kali ini, Dia telah menyuntik semangat dan keyakinan saya bahawa berjuang untuk Islam itu tidak akan sia-sia ganjarannya. Pertolongan dariNya ini amat saya hargai dan kadang kala saya berasa agak takut dengan nikmat kejayaan yang Dia kurniakan ini. Bimbang-bimbang jika saya menjadi semakin lalai dengan kesenangan dan lupa untuk bersyukur kepadaNya!
Saya mahu menjadi seperti Rasulullah S.A.W. Bengkak tumit baginda kerana mendirikan sembahyang di sepertiga malam. Bertanya si Aisyah, mengapa sampai begitu amalan baginda, padahal baginda adalah manusia yang telah dijanjikan syurga dan terhindar dari dosa semalam, hari ini dan esok. Jawapan baginda amat menyentuh hati..”Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”
Setiap masa, Allah akan sentiasa menguji kita. Teringat firmanNya dalam surah Muhammad, saya lupa ayat berapa, namun mafhum ayat itu ialah Allah akan sentiasa menguji kita untuk mengetahui siapakah antara kita yang benar-benar ingin berjihad di jalanNya. Setiap saat ada sahaja saringan dariNya. Seperti kisah Talut melawan Jalut dalam surah al-Baqarah. Pada awalnya, Talut telah ditentang oleh golongannya sendiri, mereka tidak percaya kenapa Talut yang dipilih Allah untuk menjadi pemimpin mereka, padahal masih ramai lagi lelaki dalam kalangan mereka yang kaya-raya dan berkedudukan. Namun, pemilihan Talut bukan kerana itu. Allah memilih Talut kerana ilmu yang ada pada dirinya dan kegagahan badannya. Itulah saringan pertama bagi orang-orang yang ingin berjuang di jalan Allah.
Saringan tidak berhenti setakat itu. Tapisan kedua, ketika tentera Islam yang dipimpin oleh Talut melalui perjalanan yang jauh. Mereka telah diuji dengan sebuah sungai. Talut telah berpesan supaya tidak berlebih-lebih meminum air sungai tersebut, namun, ramai tenteranya telah ingkar perintah. Akibatnya, tertinggallah mereka dari jalan jihad itu kerana kekenyangan. Tapisan seterusnya, apabila tentera Talut berhadapan dengan tentera Jalut, sesetengahnya merasakan kurang yakin dengan janji Allah. Kerana sikap pengecut yang ada dalam hati mereka, mereka juga meninggalkan jalan jihad itu. Tinggallah beberapa org tentera yang masih setia dan yakin dengan janji Tuhannya, melawan Jalut dan akhirnya terbukti…Tentera yang sedikit dapat mengalahkan tentera yang ramai..
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan
Berjuanglah wahai ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiyah
Berkorbanlah wahai beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi
Wednesday, December 05, 2007
Pesan Pada Hati...
kadang2 allah hilangkan sekejap matahari,kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,puas kita menangis mencari mana matahari,rupa-rupanya allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..
mengingati teman tanda persahabatan,
mengingati mati sumber keteguhan iman,
mengingati akhirat semulia-mulia ingatan
&mengingati Allah nadi ketenangan...
pesan lukman al-hakim kpd anaknya "jika ada 5 perkara terhimpundalam diri seseorang iaitu agama,harta,rasa malu,akhlak yang baik& kedermawanan,maka ia adalah suci,bertakwa,kekasih allah danterhindar dari syatian"
NISA' SURVIVAL CAMP 2007
Love hectic stuff?
Desire challenges?
Go all the way by train, bus and lorry to reach your destination?
This is the package that you've been waiting for…
Stand a chance to mingle with the Orang Asli community
at the same time gather priceless experience…
DON'T MISS THIS OPPORTUNITY! !!
Let's join Nisa' Survival Camp and be part of
THE ADVENTURE OF NISA'…
Date : 28th to 31st December 2007
Venue : Ulu Slim, Perak
Fee : RM100 (including tee shirt)
Call our HOTLINE : 0196732037 NOW!!!
Limited to 60 PERSONS only, FIRST COME, FIRST SERVED
Saturday, December 01, 2007
Cinta Bait al-Haram (khas utk mak ayah)
Kota itu pernah menjadi dengkian di hati Abrahah, Gabenor Yarman. Lantas, tanpa berfikir panjang, terus si Abrahah mengarahkan pasukan bergajah untuk merobohkan rumah Allah binaan Ibrahim dan Ismail alaihumas salam. Tentera gagah bersenjata besar itu tidak dapat dilawan oleh sesiapa, kerana memang si Abrahah tidak mahu berperang dengan manusia, tetapi dia sebenarnya mendeklarasikan perang dengan Allah. Tanpa bertangguh, datanglah sekumpulan tentera Allah dari langit, Ababil yang membawa batu2 yang dibakar. Tentera bergajah dilempari batu2 terbakar dari langit, maka bergelimpanganlah tentera bergajah bagaikan daun2 yang dimakan ulat. Maka, tinggallah sejarah kekalahan era tentera bergajah.
Mekah dan Madinah kota impian. Teringin rasanya ingin sujud di hadapan Kaabah-Mu, ya Allah. Merasai manisnya ibadah di tanah suci-Mu. Tiada tempat seindah tempat ini, ya Allah. Beriktikaf di Raudhah, salah satu taman syurga yang berada di Masjid Nabawi, impian yang takkan pernah padam di hati ini. Berlari-lari anak dari Sofa ke Marwah sambil memegang tangan ibu bapaku...seolah2 terasa ketika mereka membimbingku belajar berjalan di waktu kecilku...
Wahai Tuhan, perkenankan doa kami. Terimalah kami menjadi tetamuMu yang dahagakan rahmat dan kasih sayangMu. Wahai ibu, wahai ayah, kalian akan sampai juga di tanah suci yang kalian mimpikan. Akan ku realisasikan impian kalian kerana, inilah hadiah ucapan terima kasih dari anak-anakmu.
Terimalah amalan kami, ya Allah… Aku datang, ya Allah walaupun bukan tahun ini, tetapi pada masa akan datang. Perkenankan doaku….