Saturday, November 08, 2008

"Engkau Gila!"

Pernah tak kamu diejek "gila!"?...

Gila bermaksud mental retarded. Seingat kamu, kamu pernah tidak diejek dengan perkataan yang sangat menyakitkan hati itu, sedangkan, kamu bukan pesakit mental. Kamu ialah manusia normal. Bijak dalam pelajaran, aktif berpersatuan. Pernah tak?

Nabi tercinta kita, pernah. Malah acapkali digelar "majnun" yakni "gila". Padahal, sebelum itu, nabi diangkat oleh masyarakat dan terkenal dengan gelaran al-amin. Bermakna, nabi sebelum itu sudah popular di kalangan arab bahawa baginda seorang yang bijaksana dan jujur yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namun, setelah baginda menerima wahyu untuk berdakwah kepada manusia, mereka mula mengejek bahawa nabi itu "gila". Pedih betul hati...

Pernah tidak kamu berdakwah sehingga mereka menggelar kamu GILA? Atau mereka memulau kamu bertahun-tahun, tiada makan, tiada minum, sehingga terpaksa memakan dedaun kerana kamu mengajak manusia mentauhidkan Allah. Pernah tidak?

Kalau saya, tidak pernah..

Hebat kan baginda?..

Setakat mana usaha kita untuk menyambung perjuangan baginda? Darah pun, belum lagi setitis mengalir demi Islam.

Berdakwah

Ramai manusia takut dengan perkataan ini. Apatah lagi implimentasi nya. Padahal, berdakwah bukan perkara susah. Bukan berdakwah itu semata-mata pergi kepada rumah orang yang tidak dikenali, ketuk pintu, minta supaya tauhidkan Allah. Bukan itu semata-mata.

Kamu perlu variasikan cara berdakwah. Tetapi, jangan sampai tersilap arah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Contoh, seorang lelaki soleh, bercouple dengan seorang perempuan, niatnya untuk berdakwah. Salah! Salah sama sekali, kerana couple sendiri itu sudah HARAM!

Berdakwah perlukan HIKMAH. Tetapi ingat, hikmah itu bukan LEMAH LEMBUT. Hikmah itu ialah sesuai dengan mad'u dan keadaan. Berdakwah adakala boleh menggunakan kekerasan seperti rotan. Seorang bapa/ibu boleh merotan anak yang berusia 10 tahun ke atas jika si anak malas sembahyang. Namun, ada cara dan tempatnya untuk merotan. Berdakwah juga boleh menggunakan dengan lemah lembut. Seperti seorang sahabat baik yang sememangnya kita tahu bahawa dia sangat sensitif. Ia sangat memerlukan skill bagaimana untuk menyedarkan dia. Ibarat menarik rambut dalam tepung.

Berdakwah bukan sekadar dengan lisan. Kalau hanya lisan, bagaimana si bisu mahu berdakwah? Tentu tidak adil, kan? Berdakwah juga seperti cara komunikasi (seperti yang saya belajar dalam subjek Bahasa Melayu Kerjaya, Therapeutic Communication dan Health Behaviour and Communication). Ada verbal, ada nonverbal dan ada language (tulisan). Sesiapa yang Allah bagi kelebihan dalam menulis, tulislah sesuatu yang dapat membaiki dan mangajak manusia ke jalan Allah. Sesiapa yang boleh melukis, lukislah sesuatu yang boleh menyebabkan kita merasai takut dan cinta pada Allah. Sesiapa yang ada kebolehan berucap, gunakanlah peluang itu untuk menggetarkan hati2 manusia supaya beriman kepada Allah. Gunalah sebaik2 untuk jalan perjuangan.

Berdakwah, hak semua orang. Nurse, doctor, ustaz, engineer, guru, lawyer, semua kene berdakwah. Ibarat kata2 baginda.. “Setiap orang ada penjurunya. Jagalah penjuru itu sebaik2nya.” Gunakan segala kelebihan yang ada untuk berdakwah, bukan untuk bermaksiat.

Berdakwahlah, jangan berhenti. Sehingga manusia mengejek “kamu seorang gila!”. Jangan takut jangan gentar, kerana Nabi menerima lebih teruk drp itu. Berdakwahlah wahai manusia yang beriman!

~Semoga jejari ini menjadi saksi di akhirat nnt, bahawa aku pernah menggunakan mereka untuk perjuangan Islam~


Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...