Monday, December 22, 2008

Organmu untuk Manusia Lain

Ya, kali ini saya Berjaya merentasi sempadan pintu bilik ‘Blood Bank’. Selama ini, saya tidak berkelayakan untuk berada di situ, kerana berat yang tidak mencukupi, hemoglobin yang rendah dan tekanan darah yang tidak seimbang. Tetapi pada kali, saya berjaya. Berat saya berjaya melebihi 45kg, hemoglobin 12.8. Maka, pegawai yang bertugas mula mengambil setitik darah saya, untuk dipastikan jenis apa. Dan secara jujur, baru saya mengetahui bahawa darah saya jenis A.



“Baguslah awak dating menderma. Darah jenis A ni, dah berkurangan dalam bank darah. Tidak ramai penderma yang mempunyai darah A”. Saya tersenyum, walaupun ada debaran kencang, kerana ini kali pertama saya menderma darah.

Nurse yang bertugas meminta saya berehat seketika, sementara dia mengambil tekanan darah sahabat saya. Setelah melihat procedure derma darah itu, nurse beralih kea rah saya. Beliau mula memicit cuff sphygmomanometer. Dan..
“Minta maaf dik…tak dapat, sebab tekanan darah adik terlalu rendah..”
Sedih saya mendengar. “Boleh la staff nurse, nanti saya pergi lompat2, pastu staff nurse ambil balik tekanan darah saya…”
“Tak boleh dik. Terlalu rendah, nanti adik pengsan..”
Maka, pulanglah saya ke wad dengan rasa yang kecewa…

Syarat2 untuk menderma darah:

1)Berat melebihi 45kg

2)Tekanan darah normal = 120/80 mmHg

3)Normal hemoglobin (wanita = 12-14, lelaki = 14-16)

4)Sihat tubuh badan

5)Bebas HIV

MENDERMA ORGAN
Ketika pameran nursing dulu, sahabat saya menawarkan saya untuk menderma organ. Setelah menimbang-nimbang, maka, dengan rela hati saya mengisi borang itu. Pada hari itu sahaja, kami mendapat seramai 50 penderma yang mendaftar.

WHAT IS PRICELESS GIFT OF LIFE
Setentunya, kematian dan derma organ, adalah isu yang sukar difikirkan, sukar utk diperkatakan. Dan jika ia terlalu rumit bagi kita sekarang, cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan apabila berhadapan dengan kematian orang yang tersayang. Pegawai perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit juga terasa sukar menerima kematian dan berbincang mengenainya. Membuat keputusan untuk menderma organ dan tisu orang yang tersayang yang baru sahaja meninggalkan kita juga bukan perkara yang mudah. Jadi, ia adalah pertaruhan organ dan tisu kita sendiri, dan keputusan ini adalah lebih senang berbanding orang lain.
Mendaftar untuk menjadi penderma boleh menyelamatkan nyawa orang lain.

ORGAN & TISU YANG BOLEH DIDERMA
Organ: buah pinggang, jantung, hati, peparu dan pancreas
Tisu: mata, tulang, kulit dan injap jantung.

JANGAN CEPAT MELATAH
Tidak perlu risau. Organ2 ini hanya akan diambil apabila berlaku kematian otak bagi penderma. Jika seseorang penderma meninggal bukan kerana kematian otak, maka organ2 ini tidak akan diambil.


ISLAMIC WORLDVIEW
“Tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu berbuat dosa dan kemungkaran.”(Al-Maidah,2)
Islam MEMBENARKAN rawatan pemindahan organ atas dasar memelihara maslahat iaitu kebajikan yang berterusan untuk manusia.


12.16am
MAHALLAH ZAINAB

5 comments:

Shahibul Afzan Wahab said...

Nak riya'sket ngan anje ni...angah dah derma darah 5 kali.hehehe.jgn jeles.=)

tp sekarang berat dah x cukup 45kg la.semenjak duk uia kuantan ni,turun pulak berat ambe ni...tak tau la lepas ni boleh derma ke dok.huhu.i love donating blood!

Unknown said...

Saya pun dah 3 kali amik darah. Tapi untuk medical check up la. Haha...

Qarar di sini, kalau keluar Mesir, kena buat pemeriksaan darah bila daftar kuliah.

Maaf ye, off topic... :)

Anonymous said...

macam kenal je 2 manusia dalam gambar tu..

wearelearningparents said...

derma darah tu, bagus...boleh sihatkan badan kita...tp skrg, ramai yg nak guna cord blood (darah drp tali pusat baby) sbb lagi banyak penyakit yg boleh dirawat dengan cord blood ni. cth : leukemia dll

RaNGkuTi said...

my blood also A type but positive rhesus la..
tapi baru 4 kali la, nak masuk ke-lima kai.tgh tunggu direction order dari puan blog ni..

kak Ruby cepatla sket, sian blood bank tu tak cukup darah A tu!!..hehe =)

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...