Tuesday, March 03, 2009

The Other Chances



peluang utk kita bertaubat hampir setiap hari dikurniakanNya.

kes 1

saya pernah menjadi guru sandaran tanpa latihan selama 2 bulan di sebuah sekolah menengah di negeri sembilan.

maklum sahaja, sebuah sekolah yang akan diiktiraf sbg sekolah cluster, tentu mesyuaratnya banyak dan guru2 wajib utk pulang paling awal jam 4.

perjalanan dr sekolah ke rumah mengambil masa lebih kurang 1 jam. tiba di rumah, perlu melayan anak2 buah dan membantu kakak ipar memasak utk makan malam (biasanya kami bergilir hari utk tugas memasak).

malam selepas maghrib, terus makan malam dan sementara menanti isyak, saya mengajar anak2 buah mengaji. kadang2, tidak sempat mengaji, kami syahid terlebih dahulu. maka, hampir seminggu isyak saya terlewat.

ada lebihnya solat isyak dilewatkan, jika kita dapat bangun dan qiamullail skali. tapi cara ini juga amat bahaya jika kita terlepas hingga ke subuh.

mmg saya akui, saya sangat letih. tidak dapat saya bayangkan bagaimana kehidupan bila berumah tangga dan beranak pinak. suatu malam...

saya bermimpi, saya sedang dikafankan. saya dapat melihat ibu saya menangis. dan saya dapat melihat sehingga kain kafan pembalut muka saya ditutup.

saya tersentak

astaghfirullah...

2pagi. saya terus berwudhuk. menunaikan solat isyak. dan saya juga solat taubat, saya menyesal atas kealpaan saya.

sibuk mcm mana pun, tanggungjawab saya terhadap Allah perlu diutamakan.

terima kasih Allah kerana menegur saya dan memberi peluang utk saya membaiki diri....


No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...