Sunday, December 09, 2012

Alhamdulillah, Bertemu Jodohnya



 Majlis Bertunang 20/05/12


 Majlis Akad Nikah & Resepsi Kuala Terengganu 30/06/12


Majlis Resepsi Rawang 15/07/12

Friday, April 06, 2012

Someone Not Like You

Aku suka red.fm. Sebab stesen radio tu asyik pasang lagu-lagu yang aku kira seperti ia tahu apa yang sedang aku lalui sekarang.

Alkisahnya, aku terbuka fb si dia. Terpampang gambar majlis pertunangannya. Aku sebenarnya sudah tau, majlis itu akan berlangsung, sebab adik dia pernah bagitahu aku.

Aku sedar, dalam keredhaan aku melepaskan dia pergi dulu hampir 2 tahun yg lepas, hati aku masih ada sedikit kesedihan pabila melihat gambar itu…Hihi, macam dalam lagu tenda biru pulak.

Tapi aku kira, lagu tenda biru tak sesuai sangat utk saat ini. Lagu paling sesuai ialah “Someone Like You” by Adele…Acececece….

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Maka, kaliannya aku akan tetap mendoakan kebahagiaanmu teman (walau tiada jodoh, aku tetap menganggapmu sebagai teman). Dimurahkan rejeki, punyai anak-anak yg baik. Doakan utk aku jua ya!

Tapi aku takkan mencari seseorg yg sama spt kamu (someone like you) kerana aku tidak mahu membandingkan sesiapa dgn sesiapa. Setiap orang pasti ada karakteristik masing-masing. Dan aku suka pada kelainan karakteristik manusiawi! ^^

Thursday, April 05, 2012

Teringat Pada Kawan Sengal

Beginilah hidup aku. Bagai roda, kadang di atas, kadang di bawah. Kadang suka, kadang duka. Fasa kehidupan aku selepas fasa mengembara di university, 180 darjah berputar.

Teman-teman baik yg sama2 air naik kepala time study dulu, semua dah bawa haluan masing-masing. Setahu aku, ½ sudah menamatkan zaman dara sunti dan sekarang sudah bertukar status menjadi mak dara.

kawan-kawan yg agak sengal

Lagi menyedihkan, tepat 4 bulan aku di fasa pekerjaan ini, ibu tersayang aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Siapa tidak terkejut, aku hampir-hampir gila utk menerima kenyataan ini. Terlalu cepat dia pergi. Tapi nasib baik aku tidak mengizinkan kegilaan aku tu. Kalau tak, tentu waktu ini, aku sudah berada di Tanjung Rambutan atau mungkin di Tampoi.

Aku cuba sesuaikan diri dgn keadaan baru aku ini, Tuhan mentakdirkan aku hidup sendirian di sini, walau aku tak perlu fikir lagi fasa pengangguran, walau aku punyai wang (takde la banyak sangat pun, cukup-cukup makan aje), tapi aku masih rasa kekurangan. Kekurangan itu ialah ketidakmampuan aku berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan bersama orang tersayang.

Aku cuba mencari kasih daripada manusia, dengan harapan, aku boleh menumpang secebis kasih, meneguk setitik cinta. Namun, derita juga yg aku rasai. Sungguh! Cinta paling ikhlas sgt sukar dijumpai melainkan ia ada pada 2 orang insan bergelar mak dan ayah!

Rumah sewa aku ini benar-benar kosong. Sekosong hatiku. Kami (penghuni rumah ini) benar-benar bagaikan musafir yang hanya merancang utk berteduh seketika sahaja, sementara mencari tempat destinasi. Maka, rumah ini bagaikan sebuah hotel, berfungsi hny sebagai tempat melabuhkan tirai mata, tika badan penat bekerja.

Kekadang, aku terasa teramat sunyi. Tapi kekadang kesunyian itu mengingatkan aku rumah di bawah tanah yg sedalam 7 kaki itu nanti. Oh, sungguh sunyi!

inilah kawan terbaikku, yang sentiasa menggedikkan kepalanya ke kanan & ke kiri.

Friday, March 09, 2012

2nd GiveAway


Salam Jumaat!

Tetibe hari ni rasa ingin berbuat kebaikan dengan ingin memberi hadiah topup RM10 (tak kira la celcom ke, maxis ke, digi ke, umobile ke, saudi mobile ke, US prepaid ke...atau pun indon prepaid).

Maka, rase nk buat 2nd GiveAway. Dulu dah buat 1st GiveAway dan best gak la tgk sambutan drp bloggers..

Jadi, sesape nak join, pastikan:

1) Jadi follower missRuby
2) Buat entry psl GA ni.
3) Masukkan gambar GA (yg atas skali tu) dlm entry tersebut.
4) Nyatakan apa yang akan korang buat bile dapat kedit rm10 PERCUMA
5) Inform link entry yg telah dibuat dalam komen utk entry (2nd GiveAway) ni
6) Minta bloggers yang baca entry korang komen kt entry GA kt blog korang tu.

Kedit RM10 PERCUMA akan diberi berdasarkan entry yg menarik & dpt komen paling banyak....

Ada faham ka? tada faham, boleh tanya tanpa segan silu....


Gud Luckkkkk!!!! ^^


Thursday, March 08, 2012

Hanya Untuk Wanita...Lelaki Boleh Gak



Salam keayuan buat semua (termasuk ler lelaki)

Tahniah buat wanita-wanita semua!
8 Mac setiap tahun ialah hari utk wanita2 semua. Betapa dunia mengiktiraf hebatnya seorg wanita. Sehingga ade hari sambutan utk wanita. Tadi masa AA main badminton kat MBA, ade bunga api banyak-banyak kt langit. Mungkin sebab sambutan hari wanita kot. Hehehehe ^^


Kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia. Hebat kan? Mak korang sangat hebat sebab lahirkan korang dan tengokla diri korang sekarang. Boleh surf internet & baca blog. Hihi.

Dalam anugerah Oscar pun, ade title "Iron Lady". Hebat tuh sampai boleh jadi iron. Panas panas.

Dalam agama Islam pun, taraf wanita diangkat. Kalo zaman dulu, wanita dijadikan sebagai alat pemuas nafsu jantan tak berguna (ops...terlebih-lebih plak), Islam datang memuliakan wanita dengan mensyaratkan sebuah perkahwinan. Soooooo sweeeetttttt ^^


Tapi sekarang? Ramai wanita-wanita di luar sane (bukan korang ler) menjatuhkan maruah sendiri dgn melacurkan diri. Sampai ade yg bg alasan semata2 nak mencari rejeki. Alahai kakak oi.....buat karipap pon boleh kalo nk mencari rejeki.

Jadi, nasihat AA utk diri sendiri n korang juga....jadilah wanita yg baik2. Jangan jatuhkan maruah sendiri (pandai2 ler nak hidup) sampai org lelaki buat kite macam sampah atau kucing kurap.

Buat lelaki yg hensem lagi bergaya, korang jagalah wanita korang elok2. Wanita ni drp tulang rusuk korang jugak. Kalo korang ikutkn segala kemahuan diorg (atau biarkan)...makin bengkok ler jadi nye. Kalo korang lawan, patah ler ia. Jadi jaga elok2 tau...

Tuesday, March 06, 2012

Come Back

Salam.
Fuiyyyooo...paling lama dalam sejarah tak menulis.
Jari pun dah tak terbiasa dengan keyboard.
Tapi bila tgk ade artis wat come back, AA rase nk wat comeback gak la.

Teringat masa mula2 hidup ngn blog. Masa tu blogspot tak wujud lagi. First AA gunapakai blogdrive. tajuk blog JAMBESO. Mengarut aje namenye. Itu bahasa ganu. Maksud dia jam besar mcm jam kt dinding tu.

Pastu baru blogspot kuar, pakai blogspot. History, dh berpuluh2 kali tukar nama. Tapi AA paling glemer dgn TINTASALSABILA. Pastu berlakunya revolusi blogger. Kawan2 pun ramai aktifkn diri jadi blogger. Best duk baca blog masing2.

Pastu tukar lagi. Jadi Athirah's Aunty. Masa tu kenal bloggers terkenal spt Ben Ashaari, Cik Epal dan sape lagi eh...ramai sgt. Tapi anak2 buah bg warning suh tukar. Atas alasan, pilih kasih. Yela, mane taknye. Anak buah 24 orang (???) tp athirah yg terpilih. Mane tak marah yg lain spt aisyah, adibah, muniera, najwa, najihah, alia dan yg sekutu dgnnya itu.

Pastu AA menyepi. Mentang2 dah dpt kerja & ade Miss Ruby Rose (kereta kuda kaler coklat). Maka blog ini dilupakan. Sehingga hari ini, hormon blog datang kembali......


wah.....


Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...