Friday, January 25, 2008

Bersedia untuk Diperingat & Diprogramkan

kita perlu bersedia untuk berpindah dari zon selesa (comfort zone) ke zon mencabar (courage zone).

Tidak semua orang menganggap kesusahan itu sebagai sesuatu yang menyakitkan. Pepatah Melayu pun ada menyebut "alah bisa tegal biasa". Dek kerana sudah biasa dengan penderitaan, jangan terkejut jika ramai di kalangan kita yang lebih rela terus hidup di dalam kesusahan dan penderitaan, berbanding mengambil langkah perubahan untuk memperbaikinya.

Lebih baik terus hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Biar pun sakit dan makan tidak pernah cukup, lebih baik begini, daripada menyambung pelajaran, menambahkan kemahiran dan kelulusan agar boleh mencari pekerjaan yang lebih baik.

Lebih baik perniagaan kita ini sekadar cukup-cukup makan, daripada mengubah strategi, membuat pinjaman untuk menambah modal bagi meningkatkan pelaburan… kerana kita sudah biasa begini.

Lebih baik bercerai berai dan hancurkan rumahtangga, daripada masing-masing mengubah apa yang patut diubah. Ubah sikap, ubah kebiasaan…

inilah pemikiran orang Melayu Islam pada hari ini. Saya membenarkan petikan dari saifulislam ini kerana saya sendiri pernah berhadapan dengan masyarakat yang berdoktrin sebegini sepanjang pengalaman saya berhubung dengan mereka.

Tidak keterlaluan juga bagi sesetengah pejuang untuk membiarkan diri mereka terus ditipu, kalah dan terus kalah, mengulangi sahaja strategi lama yang mereka sudah mahir dan biasa, daripada memberanikan diri untuk berubah… ke arah yang lebih baik, kerana berubah itu SUSAH.

(betul ke berubah itu SUSAH??) kenapa mentaliti kita terlalu takut untuk mencuba sesuatu yang baru? terlalu takut untuk mengambil risiko? "usah bercakap tentang perjuangan jika takut menanggung risiko".

Kerana itu kita harus BERANI HIDUP!!

Golongan yang berani hidup, tidak takut dengan mati. Orang yang berani mati, mungkin terlalu pengecut untuk hidup. Atau malas berjuang memperbaiki kehidupan, lalu memilih kematian.

Hanya dengan keberanian untuk berubah, keluar dari zon selesa kepada zon mencabar, kemenangan akan datang menyusul. Jangan diulang asbab kekalahan dan kegagalan yang kita sudah biasa itu, sebaliknya cabarlah diri dengan realiti kehidupan yang tidak semudah memilih kematian.

MENCABAR POTENSI DIRI!!!

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...