Wednesday, January 23, 2008

nasib negeri penyu

Kuala Terengganu, 21 Jan Kuala Terengganu sebagai bandaraya menghadapi masalah yang lebih berat dari menjaga dan mengekalkan kebersihan. Cabaran kepada Datuk Bandar untuk membersihkan bandaraya itu dari kekotoran arak adalah lebih berat sebagai tanggungjawab seorang Islam
Di sebuah kompleks yang terkenal yang terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu, botol-botol minuman keras bersepah di kawasan letak kereta. Kompleks yang menempatkan ruang pejabat, premis perniagan, salon, kedai makan, pusat snoker dan pusat hiburan seolah-olah seperti rumah hantu dengan sampah sarap yang berselerakkan.



Botol-botol arak dan sampah yang bersepah adalah dipercayai perbuatan remaja yang ramai berkunjung ke Kompleks tersebut kerana terdapat deretan pusat karaoke terbuka yang terletak ditingkat satu. Anehnya para remaja bebas keluar masuk premis itu, seawal jam 11 pagi, untuk berkaraoke dan melakukan aktiviti-aktiviti tidak sihat yang lain, seolah-olah tidak ada undang-undang atau peraturan berkaitan pusat hiburan.

makin hari makin teruk negeri kelahiranku ini. bandarnya sudah dinaiktaraf menjadi bandaraya..inikah fungsi sebuah bandaraya??? hatiku amat gerun, dengan peristiwa tsunami menelan acheh 4 thn lalu. mungkinkah tsunami bakal bertandang ke negeri penyu ini jika penduduknya jauh dari mengingati Tuhannya?

bertindak sebelum anda diambil tindakan!!


No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...