Monday, January 28, 2008

Dedikasi Istimewa...

Tertutur tasbih di bibir insani..
Mengucap syukur ke hadrat Ilahi..
Sejarah tercipta antara dua hati..
Sehalus jiwa mereka mencintai..
Didasari iman bersuluh taqwa..
Mengakui kebesaran pencipta cinta..

Seunik pertemuan Adam&Hawa..
Sehalus muqabalah Yusuf&Zulaikha..
Dua hati yang mencintai tarbiah..
Akad bersatu mengagungkan ALLAH..

Buat bakal pengantin yang kami rai..
Buat hati2 yang mencintai Ilahi..
Buat jiwa2 yang merindui Rasulnya..
Renungan buat pencinta Agama..

"Ada tiga golongan yang ALLAH berhak menolong mereka.Orang yang berjihad pada jalan ALLAH,Hamba mukatib yang menunaikan bayarannya dan orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya.." (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertaqwalah ia pada yang separuh lagi.." (Hadis riwayat Al-Tabrani Fil-Ausath)

"Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi muslim di dalam sudut kejiwaan,'aqidah, 'ibadah dan akhlak, maka kewajipan yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyarakat muslim.."- FATHI YAKAN


Ya ALLAH Ya RAHMAN..
CintaMu kami damba selamanya..
Moga ikatan yang terbina..
Termeterai hingga ke syurga..AMIN. .

Selamat Pengantin Baru!

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...