Thursday, September 25, 2008

Salam Perantau

kami ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua warga Malaysia yang ikhlas menjalani ibadah puasa. Doakan kejayaan kami di perantauan..

Wednesday, September 24, 2008

Anda Seorang Pemandu Pada Hari Raya Ini?

'Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,' kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin.


Usin tersenyum memandang isterinya.


'Cantik isteri abang hari ni,' Usin mencubit pipi Liza lembut.

'Ayah, ayah, cepat la yah,' Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

'Yelah, yelah, ayah dah siap ni.'


Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

'Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?'

'Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.' Usin berkata kepada isterinya tercinta.


Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.


'Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,' Usin berkata dalam hati.


Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.


'Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?' tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

'Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti.'

'Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut.' Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.


'Rileks Liza.tak ada apa-apa,' Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. 'Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?' kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

'Sudah la tu bang.'

'Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa....' Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....


BAAANGGG!!!


'Usin....bangun Sin,' sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.


'Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?' Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.


Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

'Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?' Usin masih terus menangis.


PANGGG!!!


Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?


'Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!' emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ....


Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu!!


Sekian



Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang...

Monday, September 15, 2008

Abnaa'ul Harakah 2

Ku ingin abadikan kisah cinta dia dalam blog ini.. Kisah cintanya pada perjuangan islam, pada Allah dan Rasul, biar ku dengar dari mulut org lain, ku mahu abadikan juga, kerana tiap kali aku mendengar kisah cinta ini, air mata ku deras mengalir. Kerana biar kisah cinta ini menjadi salah satu sumber inspirasiku tika hati merasa penat dalam jalan yang sedang dilalui ini...

Dia ialah insan yang sama.. Insan yang pernah aku abadikan di entry "Sayonara...Semoga berjumpa di sana."

Ini cerita daripada ayahnya.. YDP PAS kawasan kediamannya.

"Sejak kecil, dia sangat manitikberat soal agama. Dia mula usrah dengan ayahnya sejak berusia 5 tahun. Pengajaran secara formal, terus dari ayahnya. Inilah amalan yang patut dilakukan oleh sebuah baitul muslim. Dia sakit, hanya 2 minggu. Pada hari terakhir, waktu berbuka puasa, dia makan sangat banyak...Dia kata, dia dah sihat. Wajahnya ceria. Sebelum ke masjid solat isyak, dia minta ayahnya menceritakan kisah2 perjuangan islam. Dia sangat bersemangat mendengar. Tapi, bila ayahnya mengubah topik kepada baju raya, dia terdiam. Tidak menjawab. Lantas, bapanya menyambung lagi kisah2 perjuangan. Dia tersenyum dan banyak bertanya. Ketika itu, bapanya sudah merasakan sesuatu yang lain pada dirinya, matanya tersentak ke atas. badannya berpeluh....Namun, bapanya terpaksa pergi juga ke masjid, atas jemputan yang sudah diterima. Dia memegang tangan bapanya, seolah2 mengucapkan salam akhir...Dalam hati bapanya...jika benar tanda2 ini, terlalu cepat Allah ingin mengambil hakNya itu kembali, namun, dia redha..redha hajar sebagai anaknya.

Badannya kembali lemah. Dia solat baring di bilik. Ditemani ibunya. Dia berkata pada ibunya, ingin solat isyak cepat2 bila masuk waktu..takut x sempat katanya...

Ketika ibunya sedang berterawih, dan dia berbaring di belakang ibunya...

Selesai solat terawih, ibunya berpaling ke arahnya.. dan melihat dia sudah tiada. Nadinya sudah berhenti berdenyut. Tiada lagi keluar masuk nafas..."

Jirannya pernah menegur tentang bau yang sangat wangi keluar dari biliknya, di mana jenazahnya di simpan sementara sebelum dikebumikan. Wajahnya sangat berseri2...

Ayahnya pernah menuturkan...bahawa mereka redha dengan Hajar. Redha Hajar menjadi anak mereka dan redha dengan kepulanganNya...

Semoga redha Allah juga bersamamu...

Abnaa'ul Harakah (Anak2 pergerakan islam)

Alhamdulillah, semalam, pergi ber'iftor' di padang masjid negeri. Rancangnya, nak berbuka dalam masjid, solat maghrib, isyak & terawih... tp sejurus sampai...tidak sangka...ramai sangat muslimin dan muslimat duduk bertebaran atas padang tepi masjid.


Suasana yang sangat indah dan meriah... menunggu2 waktu berbuka puasa, bersama keluarga, anak2 dan teman.

Tanpa berfikir panjang, kami terus mencari port yang paling hampir dengan kawasan masjid. Supaya mudah utk terus mengambil wudhuk dan solat maghrib berjemaah.

10 minit sebelum waktu berbuka...

Kami berkongsi2 ilmu. Buat ala2 usrah la.. Tanya soal fiqh dan tafsir Quran. Tiba2, terdengar suara kanak2 sedang menghafaz surah 3 Qul. Kami berpaling. Kelihatan 2 org kanak2 lelaki yang berada di sebelah kami sedang "tasmi' " bacaan mereka di hadapan ayah mereka. Kami tersenyum. Alhamdulillah, masih ada institusi rumah tangga seperti ini... inilah berkatnya MADRASAH RAMADHAN.

Selesai menjamah nasi, kami terus ke masjid. Masjid yang sangat indah. Honestly, hati memang sangat2 terpaut pada masjid ini. Tiba2 rasa terharu, kerana berpeluang ke sini. Maklumla... di UIA Kuantan, masjid masih lagi dalam pembinaan. Teringat ketika di DQ dulu.... Indahnya masjid dan paling penting... DAMAI..

Selesai solat maghrib, kami isi masa dengan tadabur ayat Allah sendirian. Biar rasa "zuq" dalam hati. Sedang mentadabbur, tiba2, ada sepasang kaki kecil berdiri di hadapanku. Ku dongak...

"Akak tengah buat ape tu?" si kecil bertanya.
"Akak tengah baca Quran,dik..." aku menjawab. Tidak pasti, si kecil faham atau tidak. Aku teringat kisah saifulislam, kata ust hasrizal, kita perlu jujur pada kanak2.
"Baca Quran?.. Nak jugak..." si kecil lantas duduk bertimpuh di sebelahku. Hairan juga, kenapa si kecil ni friendly sangat.. Takkan dia x takut kene culik kot..Ibunya mana? X takut anak kene culik mcm shafini ker?

Aku lihat, ditangannya ada satu surah yaasin.
"Adik nak baca apa,ni?"
"tak tahu"
"o0o..adik nak baca yaasin yer.."
"aah, yaasin.." aku tahu, si kecil itu tidak mengerti apakah itu yaasin.
"Adik nak baca ape?"
"Akak nak adik baca ape?"
"Baca la apa2 yang adik nak baca"

Si kecil tersenyum, lantas membaca doa makan. Aku tergelak. Dia sambung lagi dengan alfaatihah. LANCAR. Aku kagum. Budak sekecil itu lancar membaca alfaatihah, sedangkan ramai bekas anak muridku di sebuah sekolah menengah (ketika aku menjadi guru ganti) tidak tahu langsung membaca alfaatihah...
Si kecil menyambung lagi dengan membaca 3 Qul... comelnyer...

"Adik nama siapa, ni?"
"Husna.." jawabnya pelat...
"Husna bt ....?"
"othman" pelat lagi...
"Umur berapa?"
"3 tahun kot.."
"kot??"
Husna tersenyum.. comel!!!

Aku mengajak husna ke belakang...dan bercakap2 dengan si kecil itu.
Sangat pintar. Aku tertanya, siapalah ibu dan bapa si kecil ini... tentu ibu bapanya hebat..

"Husna ada adik x?"
"X... Husna la adik.."
"Akak... babah husna dah xde.. Babah dah mati.. Sakit jantung, minggu lepas.."

Air mataku mengalir...ya Allah, apalah si kecil ini faham dengan erti kematian...

"Husna datang sini, dengan siapa?"
"Ummi"
"Ummi yang bawa kereta..kesian kat ummi...penat..."

Ya Allah, si kecil ini sungguh mengerti..
Ya Allah, jadikanlah si kecil ini anak yang solehah sampai besar

Seusai solat terawih, aku berpeluang bertemu dengan ummi Husna. Aku nampak, ketabahan dari anak mata beliau...

Kami berpisah di situ...

Saturday, September 13, 2008

Yang terbaik untuk Wanita

Semalam, seperti malam2 biasa... iaitu menghadiri mesyuarat... yg diibaratkan sebagai hobi di masa lapang... sehingga Yayan (room mate) menggelar aku sebagai "YB malam"...

Namun, aku tidak pernah kesal dengan rutin ini. Kerana, aku tahu, jika aku memasang niat yang baik..insya Allah, pahalanya beribu2 lemon, kerana aku bermesyuarat for the sake of ummah.. lebih2 lagi, di bulan Ramadhan, di mana stiap amalan kebaikan kita akan digandakan 10 (lirik nasyid "kemuliaan Ramadhan" yang kami persembahkan ketika Ihya Ramadhan dahulu).

Sebelum agenda mesyuarat bermula (meeting muslimat sahaja smlm tu), kami berkongsi2 apa2 yang rasa2 mahu dikongsi...

Salah satu perkongsian yang kami dapat...

Apa yang sebenarnya terbaik untuk seorang wanita...


alang mula bercerita. saidina ali pernah bertanya pada sahabat2 yang lain, apakah perkara yang terbaik utk seorang wanita?
sahabat2 menggeleng, mereka tidak tahu kerana mereka lelaki...
saidina ali tertanya2 pada dirinya,lantas mengambil keputusan bertanya kepada zaujahnya
, sayyidatina fatimah.

cerita alang terhenti...alang cuba berteka-teki dengan kami. "yelah...ape ye yang terbaik utk kita?""kahwin kot.."jawab husna...kami tergelak... erm, ape yer? takkan emas...materialistik tu...ape ye?... alang menyambung perkongsian ilmiahnya...



jawab sayyidatina fatimah;

apa yang terbaik bagi seorang wanita ialah mendapat seorang lelaki yang dapat menjaganya daripada 2 perkara iaitu;

1) menjaganya daripada memandang lelaki lain
2) menjaganya daripada dipandang oleh lelaki lain


saidina Ali pergi menemui Rasulullah S.A.W, dan bertanya hal ini. Baginda menjawab;
sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian dariku.. (kata2 Fatimah diakui oleh baginda)...

ITULAH YANG PALING BAIK DAN TERBAIK BAGI SEORANG WANITA YANG MENJADIKAN ALLAH SEBAGAI MATLAMAT UTAMA...



Ada apa dengan 8-12 September 2008

MINGGU NERAKA

Alhamdulillah...akhirnya, kami berjaya mengharungi onak dan duri sepanjang minggu lepas. Baiti kata, minggu tu, ialah MINGGU NERAKA. Betapa mencabarnya minggu tersebut, sampai Baiti berani berkata begitu...

8-12 SEPTEMBER 2008



Mesti ingat tarikh ini. Mesti masukkan dalam diari/blog/hp tntg tarikh 'istimewa' ini.

Minggu yang berjaya membuatkan biological clock kami berubah... jika sebelum ini, pukul 12 sudah himpun daya (tidur), tp minggu ini telah menyebabkan, ada yang terpaksa himpun daya 3-4 pagi, kadang2, ada yang langsung menjadi burung hantu, mengadap laptop sepanjang malam.

Bukan fizikal sahaja yang didera, mental juga ditekan.

Minggu ini juga peperiksaan pertengahan semester. "Jika mahu A, tidak cukup dengan mambaca notes saya sahaja." Ujar Brother Said, lecturer kami yang mengajar MSN 2, blood disorders. Ini bemakna, kami terpaksa membelek buku black & hawks yang setebal 2+++ pages, seberat 1.5kg itu. DIPAKSA KAHWIN DENGAN BLACK & HAWKS - posted shoutout friendster ku.

Bukan itu sahaja, minggu itu juga ada seminar presentation....

Semua di package kan ke dalam minggu 8-12 september 2008.



TUGAS SEORANG MANUSIA BERGELAR MAHASISWA

Tugas manusia ini, bukan sekadar berjuang di medan lecture hall, library atau di mana2 yang menunjukkan simbol pembelajaran. Manusia ini, jika diukur dengan murid sekolah rendah@ sekolah menengah, dia dibayangkan sebagai manusia intelek yang mempunyai idealism yang tersendiri.

berfikiran kreatif dan kritis.

Lantaran, manusia bergelar mahasiswa ini...adalah pemuda yang perlu kuat fizikalnya, mantap daya mentalnya dan bijak dalam memilih arus kehidupan.


konklusinya...
aku berterima kasih kepada MINGGU NERAKA (kesian dia...dinamakan sebegini), kerana mengajar aku bagaimana menguruskan masa dengan baik dan optima.

ini baru sahaja di step mahasiwa...bagaimana jika aku berada di tahap SENATOR nnt? mesti lagi sibuk...

Apepun, aku mahu pesan pada diriku.... JANGAN TINGGAL SOLAT TAHAJJUD...!!

Friday, September 12, 2008

Surat Cinta untuk Jiwa

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya,
kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,
cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya yang kelam
merasa senang jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan
tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh,
merasa dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan
yang dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati,
lalu dimanakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku
dan diri sahabat-sahabat tercintaku
yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat
kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati,
namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit,
jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga
ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling,
memberikan keindahan Islam
yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,pada taat kepadaMu dan dakwah dijalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yangsedang mati atau jalan di tempat,berdiam diri tanpa ada sesuatu amalan pun yang dapat dikerjakan.Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku.. ...

Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".

Wednesday, September 10, 2008

Adi putra akan ikut jejak DSAI?







"Aku berfikir RASIONAL...Aku berfikir INTERNASIONAL!" - puisi Adiputra pd DSAI


Siapa tidak kenal Adiputra The Genius. Seorang hamba Allah yang masih kerdil tapi sejak usia 6 tahun mempunyai cita-cita sebesar satelit Measat. Usia 3 tahun sudah membaca suratkhabar, usia 6 tahun sudah mampu menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat tanpa kalkulator, mampu mencongak beberapa kiraan pendaraban tahap "berat" yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan puluhan titik perpuluhan.


Adi Putra pernah 'mencari' Sharlinie menggunakan deria keenamnya itu sehingga membawa sekumpulan anggota polis menemui perkataan misteri "Media" di Ulu Yam, Gombak yang dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.


Adiputa pernah bercita menjadi negawaran ulung apabila menyatakan hasratnya untuk membangunkan negara dengan "bertemankan" surah Yasin dan Matematik. Lihat sahaja beliau memberikan 'tamparan maut' kepada kualiti sistem pendidikan Malaysia dengan kenyataan sinis "Adi semasa sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak), Adi macam "kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil". Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein sangat tercabar dengan anak kecil dari Perak ini apabila menyebut : "He sat on my chair just now. He looked so comfortable there that I started to worry that I may lose my job to this brainy boy." (Bernama, 20 Disember 2005)


Kehadiran Adiputra ke Permatang Pauh dengan sambutan luarbiasa penyokong PR di sana - aku saksikan sendiri di sana - menyebabkan aku meyakini kanak-kanak ini sedang 'dijaga' oleh Yang Maha Berkuasa dari mengikut jejak Sufiah Yusof yang 'tumpas' dengan dunia. Barat. Kini, aku tidak sekadar optimis Adiputra akan ikut jejak langkah DSAI, tetapi aku cukup optimis figura kecil ini akan jadi lebih hebat dari DSAI. Apapun berlaku, I'm proud to be Muslim and I'm proud to be Malaysian.


NOTA TAMBAHAN

Orang-orang genius sangat bernilai untuk perjuangan Islam. Pertemuan dengan Ustaz Yahya Othman satu ketika dahulu, itulah amanat beliau yang pernah mendapat tarbiyah secara langsung dari Ikhwanul Muslimin. Katanya : "Dalam tarbiyah kampus, tiba masanya kamu memburu orang-orang cerdik dan genius.".

Tuesday, September 09, 2008

~Sayonara... Semoga Jumpa Di Sana~


Belum sempat aku menaip, air mata ini sudah laju menitik.
Wajahmu manismu, kulihat senyumanmu, berlegar-legar di mataku.

Tekanan darahku naik mendadak...bila aku menerima 1 mesej drp seorang sahabiah.

HAJAR IZHAM, kembali ke rahmatullah tadi...

Tersirap darahku, Hajar..
Melihat mesej yang sampai tengah malam itu.

Baru sebentar tadi, ketika solat terawih berjemaah di surau CF, aku ditaklifkan memberi pengisian tazkirah. Tentulah telinga ini masih ingat kata2 terakhir yg ditutut oleh lidahku..

"Masih belum terlambat untuk membina azam di bulan Ramadhan..kerana mungkin ini MALAM TERAKHIR untuk kita..."

Ape yang aku ucapkan itu, Allah telah tunjuk padaku, Hajar..

Dengan pemergianmu menemui Kekasihmu itu..
Walau sudah hampir 2 tahun kita tidak bertemu.. tetapi aku amat sayang padamu, Hajar..
Sayangku, kerana mungkin kita adalah sahabat 1 aqidah.
Perjuangan kita perjuangan yang sama.
Lidahku dan lidahmu sama2 telah mengucapkan baiah dan ikrar
Bahawa kita akan tetap memperjuangkan agama Allah, walau suka atau duka,
walau rela atau paksa
Mungkin kerana itu aku amat sayang padamu

Hajar,
Tahniah, kerana rohmu telah pergi berjumpa dengan Kekasih yang kita rindu2kan
Aku yakin, tentu rohmu amat gembira, dengan pertemuan ini
Tiada yang lebih membahagiakan hati, selain daripada pergi berjumpa denganNya



Hajar,
Hari ini, jasadku masih bernyawa
Tanggungjawab baiah yang kita lafazkan masih tertaklif atas bahuku
Akan aku teruskan perjuangan ini, Hajar
Walaupun dirimu telah tiada di dunia fana ini
Aku tahu, kau tetap bersama dengan mujahid mujahidah yang sedang berjuang
Semangatmu masih wujud di dunia ini, Hajar

Hajar,
Hidupmu tidak sia2
Matimu jua, tidak sia2

Hajar,
Aku teringat firman Allah dalam surah al-ahzab
Mafhumnya..

Di antara mereka, ada yang sudah pergi menemui Rabbnya, dan di antara mereka, ada yang masih menunggu2 gilirannya.

Engkau telah pergi
DAN AKU SEDANG MENUNGGU2 GILIRANKU PULA...

Memori buat Hajar Izham, Pelajar Tahun 1, Kuliyyah Bahasa Arab, UIAM Gombak

Bersemadilah jasadmu di MEMORIAL PARK SEKSYEN 21, SHAH ALAM
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...