Monday, March 23, 2009

Lagu dan Sinetron


Allah Peduli

1. Lagu yang dinyanyikan oleh Agnes Monica, penyanyi yang terkenal dgn lagu "Matahariku".

2. bila menonton di youtube, lagu ini lebih menceritakan tentang kesengsaraan manusia, tetapi walau sengsara mana pun mereka..Allah tetap peduli.

3. Namun, bila mendengar sampai habis, "Allah" yang dimaksudkan ialah merujuk kepada Jesus!

4. Senang2 sahaja kita ditipu dgn lagu. Sebabnya, sebenarnya lagu ini ialah lagu yang dinyanyikan oleh gereja.

5. Skrg, bukan lagu sahaja, tetapi drama sinetron yang diimport drp indonesia yg semakin melambak di malaysia perlu ditapis semula.

6. Kerana, makin hari, cerita2 yang dipertontonkan semakin mengarut dan jelas tidak masuk akal.

7. Drama2 ini boleh merencatkan intelektual rakyat Malaysia, melambatkan proses pengembangan otak dan meningkatkan risiko penyakit darah tinggi... (tidak percaya? boleh try tengok cerita bawang putih bawang merah)

8. Jabatan Perfileman Negara perlu sedar bahawa peranan mereka amatlah penting dalam memastikan intelek rakyat Malaysia dididik dgn cara yg sebetulnya.

9. Individu2 yg terlibat dgn persiaran juga perlu ambil tahu bahawa cerita2 ini hanya membuang masa sahaja.

10. Jangan tengok lagi cerita2 yang mengarut yang langsung tidak membantu perkembangan minda!

Terima Kasih kepada MAIS kerana telah mengharamkan lagu ini.

3 comments:

Shahibul Afzan Wahab said...

anje tulis macam tun mahathir tulis pulak..pakai nombor :)

Usrah Medic Terengganu said...

Apa hal sebenarnya cerita bawang putih tu? sampai boleh buat darah tinggi?

cerita sedih ke?

Unknown said...

Drama bersiri sama ada Indonesia, Amerika Latin, Korea, Jepun; semuanya berhantu. Sekali tengok, terus melekat, nak tengok lagi. Padahal sebelum cerita itu ada, tak ada masalah kalau tak ada kesudahannya...

Saya pernah terbaca di blog Faisal tehrani yang bercerita bahawa untuk mengetahui tahap intelek sesebuah negara, lihat pada intisari rancangan televisyen negara itu. Jika banyak telenovela, ia bererti negara itu berada pada tahap intelektual yang rendah.

Saya tengok rancangan TV melalui Internet.

:-)

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...