Friday, June 26, 2009

Eksploitasi

Dunia kini, dunia eksploitasi.
Mangsa eksploitasi : WANITA & KANAK-KANAK

Eksploitasi bermula drp zaman jahiliyyah lg.
Kalau sebelum ini, wanita dieksploitasi sebagai barang pemuas nafsu, pada hari ini, begitu juga. Malah ditambah lagi dgn eksploitasi dagangan.

Pada zaman industri, kanak2 dieksploitasi menjadi buruh kerja, dan pada hari ini, kanak2 masih menjadi sumber eksploitasi.

Eksploitasi kanak2 pd hari ini ialah exploitasi nyanyian.

Kebanyakan ibubapa hari ini bangga mendabik dada jika anaknya bergelar penyanyi.
Mungkin krn mrk melihat bayaran yg lumayan, atau publisiti di mana seluruh Malaysia akan mengenali mrk.

Kadang2 membuat alasan krn anak mrk berbakat.

Saya setuju dgn pendapat Dato Fadzilah Kamsah.
Beliau berpendapat, kebanyakan drp anak2 zaman skrg, berapa ramai ibubapa yg mengajar anak2 mrk TAJWID, ALQURAN & KISAH2 RASUL?

Rancangan tv di Malaysia berlumba2 mengadakan program realiti, antaranya nyanyian kanak2.
Cuba lihat di Indonesia, mrk pula berlumba2 mengadakan program realiti di mana kanak2 perlu memberi ceramah.

Meremang bulu roma saya bila melihat si cilik "Bunga" memberi ceramah kpd kita yg lebih tua drpnya.
http://www.youtube.com/watch?v=OJluZornM_0&feature=related

Menyampah bila saya melihat "Bintang Kecil" berpakaian seksi tergedik2 di atas pentas, perasan bahawa dia seorang artis. Oh!

Anak2 zaman skrg lebih mengenali penyanyi2 berbanding Rasulullah.
Maka, jika keadaan ini berlaku....

Jadilah umat Islam ini sebagai ubi kayu yang isinya ialah ubi kentang.

P/S: Ibu bapa, didiklah anakmu mengenal Allah & Rasul, krn kamu akan ditanya di Padang Mahsyar nnt ttg tanggungjawabmu ini.
~Anjeruby~

Wednesday, June 24, 2009

Small Little Voice : Law of the Lid


Hati dan jiwa
Dalam diri kita, Allah telah ilhamkan...
Ilham yg baik dan ilham yg jahat.
Maka beruntunglah bg yang mensucikannya
dan rugilah bagi yg kotorinya..

Sila rujuk surah as-Syam
Atau boleh menikmati nasyid "Demi Matahari" oleh Snada.

Dalam diri kita,
ada "small little voice"
Pernah jika kita berhasrat melakukan sesuatu
Melakukan sesuatu kebaikan
Maka si halus itu akan berbisik

"Ah, nantilah..."
"Biar dulu..."
"Boleh ke?"

Itulah si kecil halus "small little voice".
Ia major dikenali sbg watak pesimis.
Amat jarang ditemui berwatak optimis.

Hanya mereka yg mampu mentadbir diri shj mampu mengubah akhlak si halus ini menjadi optimis.

"Kau boleh buat!"
"Buat sekarang..bila lagi?"

Benarlah Rasulullah tercinta bersabda:

"ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

Josiah Gilbert Holland pernah bermadah:
"The soul, like the body, lives by what it feeds on."

Wahai jiwa yang hati bersemayam didalamnya, jadilah engkau pelengkap antara satu dan lainnya. Dalam kurungan nestapa dan bahagia akanNYA.

Wahai hati yang jiwa melindungi dari sisi luarnya, jadilah engkau sebagai penyuci akan debu yang menebar dalam aroma nafasnya sehingga malam larut dalam harap kepadaNYA.

Maka, didiklah hati dan jiwa itu...

Tarbiyyah ia dengan siraman tarbiyyah islamiyyah, di mana method2 nya telah lama diperkenalkan oleh baginda junjungan, juga imam al-ghazali serta ibnu qayyim.

"Tegakkanlah daulah islamiyyah di hatimu terlebih dahulu."

Kita mampu, kerana kita adalah tuan badan kita. Gunakan segala law yang ada.

Seperti teori pertama John C. Maxwell dalam The 21 Irrefutable Laws of Leadership :Follow them and people will follow you : LAW OF THE LID.

bayangkan anda sebotol minuman. makin tinggi penutup, makin banyak kuantiti air yg boleh diisi. Jadi, ketinggian penutup itu mencerminkan kebolehan anda dalam memimpin.

Jadilah seorg pemimpin, bukan sebagai seorang pengurus.

The leader is :

  • dreaming the vision of future not just analyzing the datails today
  • spends more time looking for opportunities not just smoothing out current situations
  • focuses more on people who like the encourager not focus on accomplishing tasks
  • prefers high risk of environment not prefer the safety zone
  • bias toward creativity, fluidity and innovation not bias toward preservation, protection and procedure.





~Anjeruby~

Tuesday, June 23, 2009

Law of Attraction

Demi kemuliaan-Mu ya Rabbi,
izinkan lah pena ku menari demi-Mu.
Demi Cahaya-Mu yang tidak bertepi ya Rabbul Izzati,
izinkanlah aku menyebarkan kalam-Mu,
dan seterusnya berikanlah sedikit percikan dari Rahmat-Mu kepada kami yang mungkin masih salah dalam kerabaan mencari-Mu.
Kerana Kau, ya Waddud, tidak pernah mungkir janji.


Saya masih ingat semasa saya mendaftar untuk memulakan pembelajaran saya - New Zealand Foundation. Disebabkan saya mendaftar lewat, saya ditempatkan dengan seorang pelajar perempuan di sebuah rumah, cuma kami berdua sahaja.

Mata nya merah, dia cuma ditemani oleh kakaknya. Rupanya....Ayah nya sudah dijemput Ilahi. Abah cuma
kata - Kasihan, ayahnya baru meninggal. Dia anak bungsu, dan pada malam itu, dan malam seterusnya, dia menangis sehingga ke pagi. Rupanya dia cuma bertahan untuk dua hari persekolahan. Kemudiannya berhenti.

Saya sehingga kini masih mampu mengingati wajahnya, tapi tidak namanya.
Saya kira arwah pastinya di taman syurga, ditemani bidadari. Atau jua, di pintu syurga, menunggu anak kesayangannya.

Dan pada kamu, walau dimana sahaja kamu berada, saya doakan kamu dinaungi Rahmat-Nya. Pastinya Al-Rahman tahu benar bahawa kamu ini sangat kuat, kerana itu kamu diberi ujian seperti ujian Siti Fatimah ra.


Ujian bukan main-main. Bukan boleh bersedia sepenuhnya seperti menghadapi SPM atau PMR yang kadang-kadang sudah ada soalan bocor. Ujian bukan ada ujian saringan seperti sukan sekolah menengah. Ujian adalah sesuatu kejadian yang berlaku - samada kita boleh jadi gila atau 'cool' dengannya. Sayugianya saya dengan sukacitanya mahu mengingatkan diri sendiri dan kamu - bahawa sehebat mana ujian yang diberikan pada-Mu, bersabarlah, bertakqwa lah, dan memohonlah pada-Nya, mohon sungguh-sungguh, bahawa diringankan azab itu, atau dialihkan ujian yang mungkin boleh membawa kekufuran itu.

Kata sahabat saya itu - Hak kita adalah memohon, berdu'a, dan yang memperkenankan adalah hak-Nya. Tiada siapa pun di dunia ini yang boleh merampas hak itu. Mungkin tanah peninggalan nenek moyang kita boleh dirampas, kuasa kita boleh di turunkan, jawatan kita boleh dilucutkan, tapinya, ya tapinya! Hak kita adalah menadah tangan, memohon pada Sang Pengasih itu, kerana Dia itu, Dia itu sangat pengasih.

Renungkan sebentar sahabat-sahabat yang dimuliakan, siapakah manusia yang paling dicintai di dalam hati mu? Berlaku jujurlah. Dan sekiranya manusia itu memohon sesuatu dari kamu, adakah kamu akan sedaya upaya memenuhi keperluannya? Kerana kamu cinta dia. Dan yakinlah, kasih sayang Allah swt itu lebih besar, lebih hebat, lebih mantap dari kasih sayang kamu kepada manusia itu. Apakah Dia tidak akan memperkenankan segala-gala yang diminta oleh kamu? Dia beri jaminan bahawa setiap yang diminta akan dipenuhi.

Jaminan Tuhan bukan seperti jaminan manusia, yang kadang-kadang sepe
rti menanam tebu dibibir. Jaminan Tuhan bukan seperti Goverment Bond Certificate - guarantee - yang berjanji akan membayar wang kita bersama bunga. Jaminan Tuhan itu, adalah segala-galanya. Kukuh. Hebat. Mempersonakan.

(al-Mukmin :60) Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” .

Dan kepada sesiapa yang suka quotation, ini saya sertakan salah satu konsep dari mat salleh - Law of Attraction:

Law of Attraction abounds, and when it is said to you, “Ask, and it is given,” there is no more powerful statement that is at the basis of what makes things happen than that. Now, how is it that you think you ask? With your words? The Universe doesn’t hear your words. You ask with your desire. The desire that is born out of the contrast. That desire. That wanting. That’s what summons the Life Force. — Abraham Hicks.

Excerpted from the workshop in Seattle, WA on Sunday, June 21st, 1998

Dan sesungguhnya telah Engkau wajibkan hamba-hambaMu beribadah kepadaMu,

Engkau perintahkan mereka untuk berdoa kepadaMu,
dan Engkau beri jaminan kepada mereka ijabah,
Maka kerana itu, kepadaMu, Ya Rabbi!, aku hadapkan wajahku,
Dan kepadaMuYa Rabbi!, aku hulurkan tanganku (memohon doa),
maka demi KebesaranMu, perkenankanlah doaku,
Dan sampaikanlah daku akan cita-citaku,
dan janganlah putuskan harapanku akan kurniaMu,
Dan lindungi daku dari kejahatan jin dan manusia dari kalangan musuh-musuhku.

Daripada : seorang kawan

~Anjeruby~

Monday, June 22, 2009

Oh Epal Hijau

Percutian saya kali ini, ada suatu kelainan.
Kelainan?

Ye, di mana2 saya akan jumpa mrk.

EPAL HIJAU

Rasa seperti tinggal di luar negara pula.
Bangun pagi2, jus epal hijau sudah terhidang.

"Mak, kenapa hari2 kita minum jus epal hijau ni...?"
Soalan tu, bukan krn tidak suka, ttp kehairanan.

"Baik utk jantung..."
Ye ke...
Saya membuat kajian.. (check dalam internet)

  • membantu penghadaman dan penurunan berat badan.
  • membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
  • epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
  • menyeimbangkan kembali kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
  • Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
  • Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  • Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
  • Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
  • mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse
~Anjeruby~
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...