Tuesday, June 23, 2009

Law of Attraction

Demi kemuliaan-Mu ya Rabbi,
izinkan lah pena ku menari demi-Mu.
Demi Cahaya-Mu yang tidak bertepi ya Rabbul Izzati,
izinkanlah aku menyebarkan kalam-Mu,
dan seterusnya berikanlah sedikit percikan dari Rahmat-Mu kepada kami yang mungkin masih salah dalam kerabaan mencari-Mu.
Kerana Kau, ya Waddud, tidak pernah mungkir janji.


Saya masih ingat semasa saya mendaftar untuk memulakan pembelajaran saya - New Zealand Foundation. Disebabkan saya mendaftar lewat, saya ditempatkan dengan seorang pelajar perempuan di sebuah rumah, cuma kami berdua sahaja.

Mata nya merah, dia cuma ditemani oleh kakaknya. Rupanya....Ayah nya sudah dijemput Ilahi. Abah cuma
kata - Kasihan, ayahnya baru meninggal. Dia anak bungsu, dan pada malam itu, dan malam seterusnya, dia menangis sehingga ke pagi. Rupanya dia cuma bertahan untuk dua hari persekolahan. Kemudiannya berhenti.

Saya sehingga kini masih mampu mengingati wajahnya, tapi tidak namanya.
Saya kira arwah pastinya di taman syurga, ditemani bidadari. Atau jua, di pintu syurga, menunggu anak kesayangannya.

Dan pada kamu, walau dimana sahaja kamu berada, saya doakan kamu dinaungi Rahmat-Nya. Pastinya Al-Rahman tahu benar bahawa kamu ini sangat kuat, kerana itu kamu diberi ujian seperti ujian Siti Fatimah ra.


Ujian bukan main-main. Bukan boleh bersedia sepenuhnya seperti menghadapi SPM atau PMR yang kadang-kadang sudah ada soalan bocor. Ujian bukan ada ujian saringan seperti sukan sekolah menengah. Ujian adalah sesuatu kejadian yang berlaku - samada kita boleh jadi gila atau 'cool' dengannya. Sayugianya saya dengan sukacitanya mahu mengingatkan diri sendiri dan kamu - bahawa sehebat mana ujian yang diberikan pada-Mu, bersabarlah, bertakqwa lah, dan memohonlah pada-Nya, mohon sungguh-sungguh, bahawa diringankan azab itu, atau dialihkan ujian yang mungkin boleh membawa kekufuran itu.

Kata sahabat saya itu - Hak kita adalah memohon, berdu'a, dan yang memperkenankan adalah hak-Nya. Tiada siapa pun di dunia ini yang boleh merampas hak itu. Mungkin tanah peninggalan nenek moyang kita boleh dirampas, kuasa kita boleh di turunkan, jawatan kita boleh dilucutkan, tapinya, ya tapinya! Hak kita adalah menadah tangan, memohon pada Sang Pengasih itu, kerana Dia itu, Dia itu sangat pengasih.

Renungkan sebentar sahabat-sahabat yang dimuliakan, siapakah manusia yang paling dicintai di dalam hati mu? Berlaku jujurlah. Dan sekiranya manusia itu memohon sesuatu dari kamu, adakah kamu akan sedaya upaya memenuhi keperluannya? Kerana kamu cinta dia. Dan yakinlah, kasih sayang Allah swt itu lebih besar, lebih hebat, lebih mantap dari kasih sayang kamu kepada manusia itu. Apakah Dia tidak akan memperkenankan segala-gala yang diminta oleh kamu? Dia beri jaminan bahawa setiap yang diminta akan dipenuhi.

Jaminan Tuhan bukan seperti jaminan manusia, yang kadang-kadang sepe
rti menanam tebu dibibir. Jaminan Tuhan bukan seperti Goverment Bond Certificate - guarantee - yang berjanji akan membayar wang kita bersama bunga. Jaminan Tuhan itu, adalah segala-galanya. Kukuh. Hebat. Mempersonakan.

(al-Mukmin :60) Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” .

Dan kepada sesiapa yang suka quotation, ini saya sertakan salah satu konsep dari mat salleh - Law of Attraction:

Law of Attraction abounds, and when it is said to you, “Ask, and it is given,” there is no more powerful statement that is at the basis of what makes things happen than that. Now, how is it that you think you ask? With your words? The Universe doesn’t hear your words. You ask with your desire. The desire that is born out of the contrast. That desire. That wanting. That’s what summons the Life Force. — Abraham Hicks.

Excerpted from the workshop in Seattle, WA on Sunday, June 21st, 1998

Dan sesungguhnya telah Engkau wajibkan hamba-hambaMu beribadah kepadaMu,

Engkau perintahkan mereka untuk berdoa kepadaMu,
dan Engkau beri jaminan kepada mereka ijabah,
Maka kerana itu, kepadaMu, Ya Rabbi!, aku hadapkan wajahku,
Dan kepadaMuYa Rabbi!, aku hulurkan tanganku (memohon doa),
maka demi KebesaranMu, perkenankanlah doaku,
Dan sampaikanlah daku akan cita-citaku,
dan janganlah putuskan harapanku akan kurniaMu,
Dan lindungi daku dari kejahatan jin dan manusia dari kalangan musuh-musuhku.

Daripada : seorang kawan

~Anjeruby~

1 comment:

D.K. said...

salam ukwah...teruskan berdakwah melalui pena...

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...