Tuesday, June 16, 2009

Memanusiakan Manusia


Alkisahnya..
Kakak saya pulang dr sekolah, tempat dia mengajar. Sebuah sekolah cina.
Kelas diajarnya ialah kelas ranking pertama, maka tentu ia terdiri drp pelajar2 yg bijak otaknya.

Seawal saat dia mendapat tawaran mengajar di sekolah tersebut, fikirannya terganggu.
Dilema:

-perlukah menghabiskan masa mengajar anak bangsa lain

Tugas diteruskan. Bermula pd hari pertama sesi penggal kedua persekolahan. Nyata dan benar desas-desus yg didengar sblm ini. Mrk ialah pelajar bijak yg sepatutnya sudah tidak perlu diajar. Guru di hadapan, mrk tidak hiraukan.

Dan pd hari itu, datanglah idea bagaimana mengajar mrk.
"Laws of Physics"
1) Respect your teacher

Mrk tertawa. Segera dia menuju ke arah salah seorang pelajar yg mentertawakan law tersebut, diberinya kerja sekolah iaitu : "Tanya ibu awak, betulkah kita perlu hormati guru?"

Maka, terdiam.

Pelajaran kedua.."Newton's Law"

"Adakah sebelum Newton menjumpai hukum ini, hukum ini masih tidak wujud?"
"Sudah wujud!" jawab mrk.
"Jadi, siapakah sebenarnya pencipta hukum ini?"

Maka, terdiam lagi.
Menjawab seorang. Juga berbangsa Cina.
"Allah yg Berkuasa!"

Terkejut mendengar. Namun, 99% pelajar kelas itu, terdiam. Tidak tahu mrk percaya adanya Tuhan ataupun tidak.

Sekolah...
Kilang membentuk manusia sebenarnya.
Di situlah seorang manusia menjadi insan, dan seorang insan menjadi manusia.

Alangkah indah, jika semua pendidik menyedari hakikat ini. Cerdik pd atas buku, tiada gunanya jika tiada moral dan akhlak.

Jika ramai pelajar sekolah jauh tersesat, wajarkah pendidik dipersalahkan?

Saya bersetuju KPLI dilanjutkan ke setahun 6 bulan, dan saya makin bersetuju jika guru2 dilatih bagaimana mendidik manusia dgn cara yg sebenar, bukan hanya tertumpu pd buku teks, yg rata2 mengajar manusia menjadi "exam-oriented" sahaja.

Ajar mrk berfikir, siapa mrk sebenarnya, apa tujuan mrk hidup dan ke mana mrk pergi selepas kehidupan ini nnt...

2 thumbs up 4 u, my only sister!

~Anjeruby~

10 comments:

..::بشرى::.. said...

bagus3 kakak awk

Cha Syazana said...

wow.. pandai laaa akak kak ruby.. fuhhh.. bukan snang kan jadi guru :)

al-aman said...

Mendidik manusia lebih susah daripada membela kambing.

Manusia merupakan makhluk yg amat sukar diramal.

Kain pelekat sehelai + RM 50 = lawan Islam. Huh!

arazma said...

walaupun mereka bukan sebangsa ngan kita, hanya ingat kita ni menjalankan tanggungjawab dan kita digaji utk mendidik... mana tau kot bonusnya nanti, ade yang terbuka hati memeluk islam....kak pon dulu pernah 4 bulan ngajo skola cina, ajar sains gak tp x terfikir idea macam kakak ruby tu...moga Allah memberkati niat murni kita...

wearelearningparents said...

insyAllah..lepas je dia cerita, sy terus suh dia kekal ngajar situ...sambil mengajar, boleh berdakwah..

~Cinta Cukulet~ said...

mendidik lebih susah dari mengajar huhu

aminmenulis said...

ye.. ana pn sokong kalo dia trus mengajar disitu.. Teruskan usaha dakwah.. Seeru ala barakatillah..

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan hikmah dalam berdakwah... Kreatif btul pmikiran dia....

Park Chick said...

hebat Allah ta'ala

3p4h said...

Mendidik dgn mengajar, 2 prkara bbeza... He5...

tarbiyah tu penting...

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...