Monday, June 01, 2009

KONVENSYEN KEBANGSAAN PAPISMA 2009 ; Kesihatan Sebagai Medium Dakwah

Sunday, May 31, 2009



Salam al-Kelantani, 6 Jamadits sani 1430 H, 31 Mei 2009

Alhamdulillah segala puji hanya milikNYA. PAPISMA adalah merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004 dengan dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan.

Bertemakan kesihatan sebagai medium dakwah, banyak persoalan dan perkara penting yang diperbincangkan sepanjang tempoh tiga hari hari dua malam. Banyak juga aktiviti dan slot-slot pengikat ukhuwah yang dilaksanakan sebagai satu method buat ahli yang faham hakikat penciptaan diri sebagai hamba.

Hari pertama dimeriahkan dengan forum 'Kesihatan Sebagai Medium Dakwah' yang mana salah seorang ahli panelnya adalah YB Dr. Lo' Lo' bt Ghazali. Hari kedua diteruskan dengan Mesyuarat Agong Tahunan, slot bersama CME, slot bersama wakil PKS, sukaneka, Persembahan wakil-wakil PAPISMA cawangan, persembahan oleh Azhan Atan
dan diakhiri dengan perjumpaan alumni-alumni kampus. Hari ketiga diteruskan dengan acara pantai, volleyball, berperahu ke laut, memukat ikan dan akhirnya bersurai.

Ramai kenalan baru dari USIM, UM, USM, UKM, UPM, dan RCMP yang dapat dikenali. Juga pakar-pakar perubatan dari seluruh Malaysia. Suka juga dapat bertemu dengan kakak angkat ku sekeluarga yang turut bertandang sama ke Konvensyen kali ini, Kak Azlah dan keluarga. Semoga dipanjangkan umur dan kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa lagi dalam rahmatNYA.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Konvensyen Kebangsaan 2009 kali ini. Semoga manfaat yang dikutip bersama mampu kita teruskan momentumnya demi kemuliaan Islam. Menanti slot seterusnya yang lebih berkesan bersama ISP (Ikatan Siswazah Perubatan) insyaALLAH. Kredit buat akhi Najmi :), Teruskan!

Jumpa lagi di Kedah 2010, InsyaALLAH!

Abu Talhah,
25200,
Indera Mahkota 2.

(from nuruddin)

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...