Tuesday, May 04, 2010

3 Lelaki Bakhil

3 orang sahabat yang terkenalkedekut sedang berkira-kira utk memberi sedekah sebahagian harta mereka setelah orang ramai mengecam sifat kedekut mereka.

Lelaki pertama berkata :

"Aku akan melukis 1 bulatan di atas tanah kemudian aku akan lemparkan wang ke udara. Wang yang jatuh di dalam bulatan itu milik aku, manakala wang yang jatuh diluar garisan bulatan tersebut milik orang miskin."

Lelaki kedua pula berkata :

" Aku pula akan melukis 1 garisan panjang di atas tanah. Aku akan lemparkan wang ke langit. Wang yang jatuh di sebelah kanan garisan ialah milik aku, manakala di sebelah kiri ialah milik orang miskin."

Manakala lelaki ketiga pula berkata:

" Aku akan lemparkan wang ini ke langit. Wang yang jatuh ialah milik aku, manakala yang tidak jatuh ialah milik orang miskin.."


-Ish-ish...kedekut betol

~Open Your Eyes~

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...